Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baharu 2014

Ingin menyampaikan perkhabaran tahun baharu 2014 yang tidal lama lagi kita akan berada di dalamnya. Daripada saya, juga untuk ketua ketua politik yang ada di tingkat tertinggi sepertinya Datuk Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hissamuddin dan Musa. Kunci kepada namanya kemajuaan ialah perpaduan lagi bersikap matang dengan perpaduan dan bersikap matang maka nasib negara bangsa ini akan tetap terjamin lagi terus terusan mencapai kecemerlangan. In shaa Allah. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202230835686259&set=a.1061384188775.2010746.1651064835&type=1&relevant_count=1

Monday, December 30, 2013

Langkah menenangkan rakyat

Ada beberapa pendekatan untuk bagaimana menenangkan rakyat bahawa isu kenaikan harga tidak menjurus kepada kerajaan semata-mata. Antaranya :-

1. Buat kira kira kos pemprosesan pada satu satu barang selepas pengurangan subsidi minyak dan penambahan takrif kadar letrik di semua sektor perindustrian. Berapa kadar harga yang sepatutnya untuk satu satu barang selepas penambahan kos diatas.

2. Buat penguatkuasaan yang keras terhadap semua peniaga yang melanggar ketetapan harga di atas.

3. Perkasakan KPDNKK

4. Beri ganjaran pada individu yang membuat laporan harga yang dimanipulasi.

Langkah Menjimatkan Perbelanjaan

ELAUN MENTERI DAN PEGAWAI DIPOTONG

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan."Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan permohonan Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat;Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Sumber

Perhimpunan Haram Yang Merugikan

Dengan menghadiri perhimpunan pada 31hb pasal konon kenaikan harga barang yang meningkat yang sebenarnya dimanipulasi oleh sebahagian besar peniaga, tidak akan mampu berubah begitu saja. Melainkan mendapat kerjasama daripada semua organisasi parti politik bagi membuat pemantauan dengan tidak menganjurkan perhimpunan haram.

Apa lagi pihak pemerintah sudah nampak, ada dimana jalan penyelesaiannya iaitu penguatkuasaan oleh agensi KPDNKK.

Pada anda yang teringin untuk ikut serta. Tanya pada diri anda untuk apa kalian hadir disana, apa manfaatnya pada diri kalian secara peribadi dan umum ? Ingat untuk membuat satu satu pekerjaan kita harus berkira kira apa ia berfaedah untuk diri atau apa dia. Dengan itu kalian akan  kelihatan matang. Barulah orang lain tabik spring, bukan perlu naik kereta yang berharga juta. Arios

Sunday, December 29, 2013

Sambutan Ambang 2014

Setuju dengan perancangan kalau sambutan ambang 2014 di batalkan sebab risau kalau perhimpunan itu nanti di ambil kesempatan oleh para hadirin perhimpunan haram. Nanti pula orang tengok semua yang datang pada hari ini ialah penyokong kuat PR :-) https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202210285412515

Thursday, December 19, 2013

Penyelewengan DAP di Pulau Pinang

Itu bab kerajaan negeri , dalam parti DAP sendiri pun bermacam kepincangan boleh di lihat daripada isu pemilihan yang tidak beretika sehinggalah kepada pemilihan pucuk pimpinan parti.

Untuk rekod Guan Eng tetap di pilih sebagai orang nombor satu dalam parti walaupun undian meletakkan beliau di tangga ke lima.Mana ketelusan yang di war-warkan ???

Yang ada hanyalah CEKAP dalam membuat HELAH dan MENIPU semata-mata !!

Justeru itu melihat kepada sikap sombong lagi bongkak kepimpinan DAP di Pulau Pinang maka Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melalui Ketua Pergerakannya saudara Rafizal Rahim menyelar dan mempersoalkan tentang kaedah pemberian tender Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam yang jelas di lakukan tanpa melalui tender terbuka.


Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut.

Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60.

Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama.

“Dalam hal ini, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang ingin meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kaedah pemberian tender ini memandangkan kenyataan beliau di dalam The Star Online dan Minit Mesyuarat JawatanKuasa Perolehan ini berbeza,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT.

Rafizal berkata rakyat memerlukan penjelasan terhadap persoalan ini apatah lagi, dengan slogan ‘ Competency, Accountability dan Transparency’ perkara sebegini perlu diketahui oleh rakyat umum.

Sehubungan dengan itu, beliau berpendapat bahawa Pemuda juga ingin mendapatkan penjelasan kenapa projek ini perlu dirunding secara terus memandangkan masih banyak kontraktor lain yang mampu melaksanakan projek ini jika dilaksanakan tender terbuka.

 “Oleh yang demikian Pergerakan Pemuda Umno Negeri memohon penjelasan yang sewajarnya daripada Ketua Menteri Pulau Pinang segera berkaitan isu di atas,” tegasnya lagi.fmt 

Wednesday, December 18, 2013

Rafizi Menyerlahkan Kekurangannya

Gani Patail, kalau menurut dakwaan Rafizi, beliau telah mendapat bayaran yang cukup lumayan, sebab konon terlibat dengan penjualan Pulau Batu Putih. Isunya ialah apa apa Menteri Menteri yang lain tidak tahu akan hal ini, begitu mudah percaya kepada saranan Gani walaupun melibatkan negara, tidak mungkin. Secara jujurnya kalau pun benar Gani ada menerima imbuhan ia tidak lebih dari hanya satu relinquish yang sebenarnya tidak ada pun unsur unsur rasuah hasil back up seperti yang di dakwah oleh Rafizi dan tidak mungkin boleh dibuktikan secara detail. Itupun kalau benar seperti yang di dakwa kalau tidak benar pasti saja batu besar akan hinggap di dahi Rafizi. #jalinanpolitik 

https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202137600555439

Sunday, December 15, 2013

Dr Roland Chia Lebih Baik Menyertai BN

Tuan Dr Roland Chia ni tidak ada kerja lain, asyik saja di kenduri kahwin :-) Saya ingat tuan akan lebih menyerlah andai memihak BN, tuan tidak boleh berdiri seorang, nanti saja masyarakat Inanam Itu yang akan terhambat oleh proses pembangunan yang sedang rancak berjalan sekarang. Pemimpin yang baik ialah sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat yang dia sayangi. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202124075617324

Friday, December 13, 2013

Penafian Bloggers Pro PR Yang Tidak Bijak Pasal Mohamad Sabu

Membaca blog pro PR selepas KDN membuat sidang bagi mendedahkan keterlibatan Mohamad Sabu dalam fahaman Syiah. Pemilik blog cuba membuat perbandingan, kalau orang lain juga pernah kagum dengan pemimpin Iran yakni Khomeini sepertinya Dr M. Selain itu adanya pejabat diplomatik Malaysia di Republik Iran. Serta mengaitkan gambar Ibrahim Ali bersama Khomeini. Baik, saya kata artikel itu sangatlah dangkal, penafiannya yang cukup kebudak budakan. Kenapa? #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202113222105993&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Thursday, December 12, 2013

Dakwaan KDN Pasal Mohamad Sabu Ada Benarnya

Mari kita berpolitik pasal Syiah. Dakwaan Datuk Zahid Hamidi pasal nombor dua dalam organisasi PAS ada benarnya. Saya kata ada benarnya, sebab individu yang berstatus nombor dua itu mengagumi kepimpinan Iran dari konteks khalifah selain lawatannya ke negara Syria sedang kita semua tahu Syria adalah tulang belakang :) Iran. Mana mungkin Mohamad Sabu tidak tahu apa penyebab perang di Syria pada ketika itu kalau bukan kerana perbalahan antara Sunnih dan Syiah. Dan sekarang para pemimpin pemimpin PR ingin meminta bukti yang jelas, kalau nombor dua dalam PAS itu sungguh berfahaman Syiah. Memanglah untuk membuktikan secara bertulis lagi ditandatangani oleh Mohamad Sabu bahwa dia berfahaman Syiah memanglah tidak ada. Contohnya seperti ini, apa buktinya yang anda berfahaman Sunnih? Kalau bukan hanya bukti bukti luaran yang boleh membuktikannya, nah begitu jugalah nanti bentuk bukti yang mensabitkan Mohamad Sabu dengan Syiah. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202097366069602

Pengikut PR Yang Melucukan

Kadang kadang juga agak melucukan. Disebabkan PAS ini banyak bercerita pasal Islam malah agendanya yang cuba mengangkat hudud maka ada ramai masyarakat yang menganggap PAS itu bukan lagi parti politik tapi sejenis pertubuhan yang lebih daripada Islam. Nah saya mahu tanya ni, bagaimana kalau parti politik PAS ini ditukar kepada pertubuhan bukan kerajaan NGO tapi mereka tetap memperjuangkan apa yang mereka cuba perjuangkan sekarang. Sebab pada pendapat saya, PAS tidak akan mampu sampai bila bila untuk memperjuangkan agenda mereka selagi PAS masih berstatus parti politik. Alah macam juga para ulama dulu dulu bha, ada di kalangan mereka yang sanggup dipenjarakan daripada mereka sebahagian dari pemerintahan Sultan pada ketika itu. Baru nampak real, macam juga Ustaz Kazim beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan mana mana parti politik. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202100061096976

Kitaran Manusia Dan Tenaga, Masa Dan Wang

Kitaran masa, wang dan tenaga. Bila ia dilihat dari sudut agama, tenaga yang penting disana. Penggunaan tenaga sangat penting dalam mengabdikan diri kepada Allah. Singkat bukan https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202106274252301&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Istilah Kebijakan

Senario ini di anggap genius oleh orang orang yang bijak tapi sebalik pada mereka yang pandai, sebab pada kiraan mereka, bahaya ada disana. Nampak tak, kebijaksanaan itu tidak bersumber/berbuku lagi tidak boleh diukur ia adalah anugerah total dari Tuhan. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202106447376629&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Peguam PR Sengaja Mengangkat Isu Perkauman

Peguam PR yang sengaja menimbulkan persepsi kalau Melayu itu perkauman. Hanya ini yang mampu dilakukan oleh ramai pendokong tegar di PR. Hanya mampu menimbulkan persepsi, nah apa lagi penyokong bawahan PR yang jelas menyokong membawa rebah sebab tidak tahu apa apa ?. Pemimpin dan penyokong PR yang ada ditingkat tertinggi tidak tahu bahawa ada ramai penyokong PR dari Sabah, yang sebenarnya tidak wujud di bumi Sabah kalau organisasi UMNO ini bersifat perkauman. Sebab itulah juga STAR berkeras dengan politik puak ni, ingin menafikan mereka sampai bila bila. Itupun BN tetap mempertahankan status mereka, walaupun di perlekeh. Ingat antara sebab STAR tidak mahu berkerjasama dengan BN ialah kerana kalian puak sengal yang tidak pandai bersyukur. Ok Peliknya, penyokong bawahan, pula tidak sedar diri. Hanyap pandai mengkritik kudeta, sedang pada hakikatnya mereka itu sebenarnya yang kudeta, walaupun tidak ada harga. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202073080622481&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Buang Bayi Dan Jalan Penyelesaiannya

Nah kenapa perlakuan pembuangan bayi semakin menjadi jadi ni? 1. Sebab lelakinya tidak ingin bertanggungjawab kah. Kalau ini lelaki itu harus di bunuh kalau dia tetap tidak ingin bertanggungjawab. 2. Dokumentasi pada anak tersebut yang akan menimbulkan masalah kah sebab itu dibuang. Kalau ini kerajaan itu yang salah. 3. Atau ibu bapa pada perempuan yang tidak ingin menanggung malu. Kalau ini, bapa/keluarga perempuan yang harus berani untuk membunuh sang lelaki atau paling tidak membawanya ke muka pengadilan. Faktor diatas hanyalah relevan kalau kehamilan belum berlaku. Cara yang paling afdal bagi mengelakkan perkara diatas berlaku ialah cuba mengelak, tapi diri juga maklum, manusia ini punya keinginan nafsu yang kekadang sukar untuk dibendung. Kita hanya mampu berikhtiar, kalau sudah begitu carilah pasangan anda yang betul betul bertanggungjawab, caranya mudah jangan sembunyikannya dari pengetahuan keluarga anda, kalau sudah merasakan serasi dan mendapat persetujuan dari kedua belah pihak. Semoganya kalian #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202104107998146&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

PR Meludah Kelangit Pasal Bantuan Banjir

Kalau saya tidak lupa, dua atau tiga hari lepas diri di perlekeh sebab bantuan barang kepada mangsa banjir ada tertulis lambang BN. Tapi bagaimana dengan yang ini ?. Cuba konok https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202091741048980&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Pembunuhan Kejam Di India

Pembunuhan ngeri ini berlaku di Bangalore, India. Ia dilakukan oleh suaminya sendiri dan dipercayai ia berpunca dari perselisihan mengenai kewangan. Berminggu mayat yang di kerat ini disimpan dalam peti sejuk. Kes disedari bila sahaja kawan penjenayah melaporkannya kepada pihak polis, selepas dia di minta untuk menanam mayat yang berkenaan. Renung renungkan apa moral yang boleh di kutip? Maaf gambarnya agak porno, sedang itupun saya sudah menampalnya dengan pen draw. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202097610675717&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Pendapat Ulama Dan Pemimpin Politik Ulama Yang Bercanggah

Semalam diri ada membaca artikel perihal Syiah oleh Dr Maza di portal Malaysia Insider. Semua orang tahu, Syiah bertentangan dengan fahaman Sunnih, malah Syiah yang terlebih lebih hingga mereka mengeluarkan fatwa kalau membunuh mereka yang berfahaman Sunnih adalah wajib. Tidak timbul soal penjelasan atau saja permintaan, seperti mana pendapat Dr Maza, pada beliau kehadiran Syiah perlu di perjelaskan pada masyarakat, bukan menolaknya mentah mentah. Tapi pada saya hasilnya nanti tidak lebih dari satu kronologi perihal Syiah di Malaysia sedang fahaman Syiah itu tetap haram pada pandangan masyarakat Malaysia yang beragama Islam. Dan yang terbaru artikel dari portal Malaysiakini berkisar pendapat Tuan Guru Nik Aziz terhadap Syiah dan politik UMNO. Pada hakikatnya, beliau bersetuju kalau Syiah itu diharamkan, jangan sampai mempengaruhi ramai masyarakat Malaysia, pun begitu beliau masih menyalahkan kepimpinan UMNO, yang pada pendapat beliau ia hanyalah bersifat kepuraan sebab tidak mengangkat Islam sebagai alat kepada Penyatuan ummahdi Malaysia. Maksudkan pengharaman Syiah oleh UMNO hanya cukup sebagai retorik politik. Beliau tetap melihat dari ruang lingkup politik yang sempit semata-mata, sedang tujuan UMNO mengharamkan Syiah adalah untuk kebaikan masyarakat Islam yang ramai. Jadi kenapa lagi perlu merendahkan Keislaman UMNO kalau juga ia demi agama bangsa dan negara. Beliau juga bertegas kalau penyatuan melalui bangsa yang digunakan oleh UMNO adalah menyalahi konsep penyatuan dalam Islam itu sendiri. Kenyataannya memang benar tapi dari konteks politik Malaysia dan sekarang Syiah, penyatuan Islam kurang boleh digunapakai, sebab PAS sendiri yang berdoktrinkan Islam tapi tidak mendokong UMNO yang sebenarnya mendokong Islam berbanding dengan DAP, mereka lebih suka untuk berkerjasama. Apa kita pernah yang DAP sibuk dengan hal Syiah ? Bermaksud UMNO lebih baik dari DAP, tapi kenapa ? Kesimpulannya pendapat Dr Maza agar Syiah perlu diberi ruang untuk memperjelaskan hanyalah sebuah kenyataan yang kurang berkesan, sejarah sudah membuktikan kalau Syiah itu pada akhirnya akan berpaling tadah. Bersetuju dengan pendapat Nik Aziz yang Syiah harus di tolak oleh masyarakat Islam Malaysia alsebab sudah banyak kitab kitab agama karangan para ulama yang menceritakan Kejelekan Syiah. Disini kita boleh lihat perbezaan pendapat di antara mereka, yang satu seolahnya merestui tapi dek kerana UMNO ia bertukar kepada isu politik dan yang satu lagi cuba bersikap nautral sebab beliau bukan orang politik, tapi sepatutnya tidak begitu. Yang salah tetap salah. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202099570564713&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Saturday, November 30, 2013

Pembohongan PKR Yang Jelas

Hitler dan Menteri Propaganda Nazi Goebler pernah berkata, 'the bigger the lie, the more people will believe it - lebih besar sesuatu pembohongan itu, lebih mudah orang percaya'.

Masih ingat lagi kisah dongeng pembohongan 16 Sep 2008? Konon cerita lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat ke pembangkang. Dan Kerajaan BN akan jatuh. Dan 16 Sep 2008 akan menyaksikan Kerajaan baru pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat lagi janji kepada penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang semasa kempen PRU-12 tahun 2008. 'Ane, ini hari kasi undi sama kita, lagi dua minggu geran kasi mari'. Tak berapa hari menang Pulau Pinang dan membentuk Kerajaan DAP, penduduk Kg. Buah Pala menerima kedatangan traktor dan jentolak merobohkan rumah mereka dan dihalau keluar!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat lagi sebelum PRU-13, 'jika pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS tewas dalam PRU-13, saya akan bersara dan mungkin menjadi pensyarah'. Tetapi sehingga hari ini bukan sahaja tidak berhenti dan bersara, malah terbaru dibawa usul dalam Kongres PKR baru ini supaya Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya Wan Azizah!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat cerita jam Omega? Masih ingat lagi cerita sakit belakang? Masih ingat lagi cerita Lynas? Masih ingat lagi cerita Felda bankrap? Masih ingat lagi cerita China-Doll? Masih ingat lagi banyak lagi kisah dan cerita yang dibawa oleh pembangkang - yang semuanya akan membuatkan Goebel senyum meleret, yang akan membuatkan Hitler terkedu!

Baru-baru ini Dato' Sri Najib mengadakan lawatan rasmi ke Bangladesh setelah menghadiri Sidang CHOGM di Sri Lanka. Sekembalinya daripada lawatan itu, Dato' Sri Najib ditanya tentang misi lawatan yang pertama oleh beliau sebagai PM Malaysia ke Bangladesh. Jawab PM,

Misi lawatan ini alhamdulillah telah membuka era baru dalam hubungan Malaysia - Bangladesh. Namun misi kedua saya telah gagal!

Ramai wartawan terkejut, apa misi kedua yang gagal tu Dato' Sri, tanya para wartawan. Dengan penuh selamba Dato' Sri Najib menjawab;
Misi kedua saya ialah untuk mencari 40,000 pengundi Bangladesh yang didakwa mengundi dalam PRU-13, tetapi gagal. Malah Sheikh Haseena Perdana Menteri Bangladesh menggelengkan kepala bila diberitahu tentang dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh konon mengundi didalam PRU-13!

Sebaik sahaja kenyataan PM tersebut disiarkan media, tak pasal-pasal Anwar membuat kenyataan bahawa dia tidak pernah menuduh BN bawa masuk 40,000 Bangla semasa PRU-13.

Media-media portal pro Kerajaan kemudian mendedahkan beberapa siri berita yang disiarkan media pembangkang termasuk di laman twit dan lain-lain dimana pembangkang membuat dakwaan konon ujud para pengundi Bangla dalam PRU-13, termasuk kisah sedih seorang penyokong pembangkang sendiri yang diserang dan dihalang mengundi pada pagi 05.05.2013 kerana dituduh sebagai Bangla!

Pada saya, politik pembohongan dan putar-belit pembangkang adalah satu jenayah demokrasi yang harus dibenteras segera. Jika tidak dibendung, ianya akan memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keharmonian negara!

Kepada pembangkang DAP-PKR-PAS, saya nasihatkan berhentilah daripada politiking kotor dan jijik ini! Politik berteraskan pembohongan, putar belit, matlamat menghalalkan cara, menimbulkan kontroversi, memecahbelahkan perpaduan negara dan keharmonian antara kaum dengan sikap cauvinis, extremis, pelampau bukan warisan yang mahu kita tinggalkan kepada generasi akan datang.

Melabel kakitangan kerajaan yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan tuduhan mereka anjing Kerajaan dan sekadar kucing kurap jalanan bukan jenis politik yang boleh diterima oleh rakyat!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu. Umur awak pun dah masuk rumah kata pergi, kubur kata mari. Tuhan pun dah bagi subsidi empat tahun mengikut ukuran umur Rasulullah saw.

Elok tunaikan janji nak berhenti dan berundur, jadilah pensyarah kat mana-mana. Kalau tak dapat mengajar di Oxford Universiti, mengajar ajelah di UniSel. Saya pasti Tan Sri Khalid akan berikan tempat walaupun mungkin slow sikit keputusan dia.

Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang baru ditabalkan pun dah tegaskan supaya PAS mendesak jawatan calon Perdana Menteri bagi pembangkang diberikan kepada Datuk Seri Hadi Awang. Bermakna PAS pun dah tak mahu kat hang lagi dah.

PKR pun dah makin kelam kabut. Dua ADUN PKR Sabah dah meninggalkan kemungkaran kembali kepada kebenaran. 11 Ketua Cabang PKR Sabah pun sudah angkat kaki dan mengisytiharkan sokong BN. Bos-bos PKR di Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna semua dah mengikrarkan sokongan kepada Dato' Sri Najib dan BN.

Jadi eloklah membuat persediaan untuk menerima kedatangan Izrail - jangan salah faham Israel pula! Perbanyakkan dengar nasyid Selimut Putih. Dan sebelum Izrail datang memanggil, dan jasad hang terbujur di pembaringan, eloklah habiskan masa dengan cucu-cucu tu.

Sentiasa ingat pesan ALLAH, kullun nafsil zaa ikatul mawt - tiap jiwa pasti mati. Macam mana manusia berusaha untuk berawet muda, berapa banyak manusia berusaha untuk membotoxkan diri, akan datang nanti satu masa satu ketika satu detik hukum ALLAH pasti berlaku - hang pasti mati!

Dan pastikan soalan pertama di alam barzakh nanti boleh dijawab - maarobbukaa - jawapannya ALLAH Hu Ahad, bukan Allah-Hus-Salis seperti yang dituntut kristian!

Moga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua, dan semoga ALLAH menunjukkan kebenaran, dan menganugerahkan kita aqidah dan keimanan yang benar -  ameen!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
22 Muharram 1434
26 Nov 2013

Thursday, October 17, 2013

Polemik Oleh Calon Yang Tewas Di Pemilihan UMNO

Begini. Demokrasi itu milik rakyat, rakyat yang menentukan menang kalahnya satu satu perjuangan. Para calon akan menggunakan pelbagai bentuk strategi demi mendapatkan kemenangan. Walau bagaimanapun, strategi itu tidak akan berkesan andai ia tidak mendapat kerjasama dari ramai yang bersetuju atau saja mereka yang bersetuju pada sesuatu yang mereka tidak persetujui. Dari konteks pemilihan, proses demokrasi diatas juga ada berlaku, maka sebab itu kalau memang diperhitungkan, calon atau parti yang bertanding tidak boleh dikeji atau saja dituduh tanpa ada bukti yang jelas lagi berkesan telah menyumbang. Sebab pasti saja calon yang kalah itu juga ada melakukan strategi yang sama tapi tidak berkesan. Atau kalau tidak, calon itu memang tidak mendapat sokongan penuh alsebab dia memang tidak disukai yang disebabkan oleh beberapa perkara, mengikut hemat masyarakat/ perwakilan. Walaupun calon itu menganggap dirinya super ikhlas dan super boleh. Mari kita rumuskan, tidak semua calon yang menggunakan strategi yang kalian tafsirkan sebagai jelek itu tidak ikhlas atau saja tidak jujur lagi tidak mampu melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan. Begitu juga sebaliknya, atau saja calon itu memang tidak pandai berpolitik walaupun cukup dengan berfikir tapi tetap ingin menjadi calon. Pada hemat kalian, calon seperti ini akan mampu mendatangkan kebaikan? Ingat dalam demokrasi, rakyat atau perwakilan itu yang duduk sebagai Raja, calon itu tidak lebih sebatang tunggul yang kakuh. Biar kita resional, resional pada pendapat atau kekalahan diri. Sekejap, yang tidak layak itu tidak hanya dihukum semasa berlangsungnya proses demokrasi yakni pemilihan atau pertandingan tapi kekadang ia merujuk pada sejarah perkhidmatan yang jelek yang dilakukan oleh calon atau saja kerabat terdekat calon itu sendiri, terpalit maksudku. Langkah pertama untuk berfikiran positif ialah, berhenti dari berfikir pasal perkara yang tidak boleh sudah diubah. Tapi kalau mahu sangat berpolemik dengannya jangan salahkan calon yang bertanding tapi itu perwakilan atau masyarakat yang perlu diubah. Sejauh mana para calon telah berusaha untuk mengubah persepsi perwakilan atau masyarakat untuk mengamalkan demokrasi konon tulen? atau saja baru dua tiga hari sedang sebelum ini diri itu yang tegar melakukannya. Strategi itu hanyalah satu strategi semata kalau ia tidak diiringi oleh potensi calon itu sendiri. Saya tidak kata, saya menyokong politik jelek secara total tapi namanya manusia ia tidak akan lari dari kepentingan diri. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201646099148211

Parasit UMNO Dalam Pemilihan 2013

Parasit UMNO ialah mereka yang tidak memilih Dato Sri Shafie Apdal dari tiga kerusi yang tersedia. Undi popular yang menjadi milik PR (5.5 juta pengundi berbanding BN hanya 5.2 juta) pada PRU13 yang lepas adalah pencetus kepada fenomena ini. PR merumuskan UMNO tidaklah kuat mana dan akan semakin lemah andai UMNO tidak lagi memiliki pemimpin seperti Shafie yang berpengaruh dalam parti parti kompenan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Selain yang pasti pada masyarakat marhaen. "Transformasi politik itu harus juga berlaku pada BN dan tidak saja pada UMNO" #Shafie4NP #PAU2013 https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201638891648028

Kriteria Calon Yang Perlu Ada

Ini antara kriteria calon yang perlu ada. Tidak bersikap kenegerian, tidak membezakan semangat negara bangsa, sama ada Melayu atau Bumiputera mereka harus dilihat sebagai satu bangsa yang duduk dalam satu negara. Sebabnya dalam pilihanraya, parti politik hanya melihat pada satu matlamat yakni kemenangan hasil dari keputusan yang memihak pada satu parti. Ingat, Pemilihan UMNO hanya untuk parti sedang Pilihanraya untuk semua bangsa. #Shafie4NP Hard Work, Stay Humble. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201627784250350

Pendapat Diri Sama Dengan Dr M

Kadang kadang saja, pendapat politik diri sama/sehaluan dengan Dr M :). Itu bermaksud jangan cuba nafikan Kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal. Sebab beliau pastinya bukan pemimpin yang sembarangan. Punya misi dan visi untuk semua bangsa demi kelangsungan politik UMNO yang menjadi tunjang kepada politik BN. Sebab itu juga diri kerap berpolemik dengan istilah masyarakat luar. Sebenarnya bukan hanya pada perkara diatas kami sehaluan tapi pada banyak perkara lain. #Shafie4NP #PAU2013 https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201633510553504

Politik Sengal Segelintir Penyokong Calon

Kalau mahu berpolitik sengal, teruskan saja. Tapi jangan peralatkan istilah Kemelayuan hanya kerana ingin menarik perhatian para perwakilan. Biar memihak, kenapa sudah kemaruk kuasa, walaupun menjadi cacian kepada masyarakat luar. Hanya perwakilan yang tidak ada semangat negara bangsa saja kok yang mudah terpengaruh. Dimana kekuatan UMNO tanpa komponen BN yang di selia oleh pemimpin pemimpin UMNO? #Shafie4NP #PAU2013 https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201633605155869

Politik Ali Menang Tapi Kalah

Andai Datuk Ali Rustam mendapat kemenangan di pemilihan UMNO nanti tapi kalah di PRU14 yang akan datang. Saya kata kalah, sebab pengundi Cina tetap tidak akan mengundi beliau, ialah kan agenda Datuk Ali di pemilihan ini semacam menaring kaum Cina demi untuk mendapatkan kekuatan dari perwakilan. Jangan dilupa antara faktor kekalahan beliau di PRU13 yang lepas ialah kerana beliau tidak mendapat undi dari kaum Cina. Nanti ini dipanggil strategi politik apa ni? Maka itu, perwakilan harus melihat pada kelangsungan politik UMNO. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201635930454000

Masyarakat Sabah Sudah Tahu Menilai

Masyarakat Sabah sudah tahu menilai politik. Malah resional dalam berpolitik. Tapi akan terkeduh andai satu satunya pemimpin yang mereka ada yakni Dato Sri Shafie Apdal tidak mendapat sokongan penuh dari para perwakilan sekaligus yang mungkin mampu menggugat kedudukan beliau sebagai Naib Presiden UMNO. Bila ini berlaku, maka masyarakat ini akan menilai ada segelintir pemimpin politik UMNO sebagai pengamal politik perkauman, yakni tidak menerima pemimpin dari negeri Sabah untuk duduk di peringkat tertinggi. Hello, ini kenyataan yang jelas dan pihak PR faham akan kemungkinannya yang nanti akan membuatkan UMNO/BN tidak lagi mendapat sokongan penuh dari masyarakat Sabah. Sebab itu para perwakilan harus matang demi kelangsungan politik UMNO. #PAU2013 https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201636215541127

Tuesday, October 8, 2013

Pertahanankan Shafie, Dia Adalah Pemimpin Yang Mewakili Masyarakat Marhaen

Calon ini yang berpengaruh pada masyarakat marhaen dan masyarakat marhaenlah yang menjadi penentu kepada kemenangan UMNO/BN di PRU13 yang lepas dan akan datang. 


Ingin tetap melihat UMNO kekal relevan seiring dengan  evolusi pemikiran masyarakat semasa, ya kekalkan momentam kalian dalam mempertahankan Dato Sri Shafie sebagai Naib Presiden UMNO. Jangan sesekali terpengaruh dengan suara suara sumbang yang konon inginkan New Blood dalam organisasi UMNO, apa lagi kelompok itu bermastautin di kawasan kawasan urban yang kebanyakkannya di perintah oleh PR, parasit UMNO kok itu. Yang ingin melihat UMNO lemah dimasa masa yang akan datang. Please Vote No 3 for Datuk Sri Shafie Apdal. Hard Work, Stay Humble. #Shafie4NP


Monday, October 7, 2013

Analog Simpanan Tetap Sabah

Analogi simpanan tetap. Sabah bukan hanya simpanan tetap kepada BN tapi juga pada mana mana parti politik yang berminat untuk menjadikan Sabah ini sebagai simpanan tetap mereka. Dan kunci pada analogi ini ialah Pemilihan UMNO 2013. Sama ada kunci yang sedia ada tetap digunakan atau saja akan ditukar kepada baharu yang nampak berukir tapi tidak ampu bertahan dari kerosakan. #Shafie4NP https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201588205020894

Berbahagia Lagi Berbangga

Merasa berbahagia lagi berbangga, ada ramai ahli UMNO dari Semenanjung yang turut prihatin dengan pemilihan UMNO terutamanya yang melibatkan jawatan Naib Presiden UMNO, semestinya mereka tertumpu pada calon Dato Sri Shafie Apdal. Mereka yang Sabahan jangan ceritalah. Tatap #Shafie4NP https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201592582210321

Saya Leceh Dalam Politik

Saya ini sedikit leceh dan tidak dimahu dikongkong. Apa lagi dalam hal hal yang menyentuh politik, saya cukup kisah tu dalam hal memilih pemimpin. Saya juga lebih banyak mengambil kasihan orang lain berbanding diri, selagi mana tugasan yang saya anggap amanah itu belum selesai. Oleh itu siapapun pemimpin yang saya dokong dia adalah pemimpin/individu yang juga terbaik untuk anda. Jangan lagi persoalkan. Harus juga kalian tahu, diri punya kenalurian yang tajam dalam menilai satu satu pemimpin atau seseorang. Saya tahu tu, pemimpin/orang mana yang boleh diguna pakai atau tidak. Please Vote for Dato Sri Shafie Apdal #Shafie4NP https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201596967759957

UMNO Memerlukan Kekuatan Hakiki

UMNO memerlukan kekuatan yang hakiki bukannya kekuatan yang hanya tampak muda dan kuat tapi sebenarnya lemah. Kuat pada kelompok tertentu yang tahu menggunakan laman sosial tapi lemah dalam pengetahuan marhaen. Seperti mana PAS tika bertanding di Putrajaya melawan Tengku Adnan, gempita alam ini dengan konon perubahan yang bakal diketuai oleh PAS, tapi apa yang berlaku? PR tersungkur layu di kaki BN. Dengan majoriti 5541. Hubungan cerita kekalahan PR diatas dengan pemilihan UMNO pada kali ini akan ada persamaannya kalau tidak diatasi, ada ramai suara yang mengempitakan alam dengan melaungkan slogan meremajakan UMNO tapi lupa ada ramai di luar sana yang sudah dewasa. Nampak saja remaja tapi sebenarnya sudah dewasa dalam memahami isu isu politik semasa. Bermaksud, pemimpin pemimpin yang sedia dewasa yang ada dalam UMNO sekarang adalah mereka yang masih relevan hingga ke Pilihanraya yang akan datang. Pun begitu, apapun strategi politik dalaman UMNO, kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal harus dikekalkan. Please vote for Dato Sri Shafie Apdal #Shafie4NP @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal @mohdshafieapdal @MusaHjAman @Khairykj https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201599546184416

Thursday, October 3, 2013

Laporan Audit 2012 Yang Di Salah Tafsir

Ekoran laporan audit 2012 yang sedang dimanipulasi oleh pihak lawan. Konon ada penyelewengan.

Kamu orang tahukah. Audit tetap akan menganggap satu satu aset itu masih mempunyai nilai/aktif selagi ia belum dihapus kira yang melalui proses penghapusan aset sekaligus dibuang dari buku rekod atau pengkalan data. Walaupun aset itu pada realitinya sudah rosak sejak berpuluh tahun yang lalu. Atau saja sudah melalui proses penghapusan aset tapi aset tersebut masih ada di dalam rekod aset yang aktif. Seperti contoh Katil, Bangku, Bantal, atau apa saja.

Jadinya kalian jangan hiran, kalau pihak audit mengeluarkan angka yang besar seolah olah ada berlaku penyelewengan pada agensi yang terbabit. Maksud saya, itu bukan penyelewengan atau salah guna kuasa tapi ia adalah hasil kemalasan kakitangan agensi yang terlibat yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik. @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal @MusaHjAman @Khairykj

Tuesday, October 1, 2013

Komitmen Shafie Apdal Sebagai Menteri KKLW

Program kerja Kementerian KKLW tu tidak akan sebegini makmur kalau tidak dipimpin oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat lagi berkomited tinggi. Mungkin separuh dari program KKLW akan dirasmikan oleh Pengarah Pengarah agensi tertentu. Jangan tidak percaya, selain menjaga hati masyarakat Semporna yang memerlukan perhatian khusus, Dato Sri Shafie juga perlu melawat hampir di semua daerah dan kampung di seluruh negara yang telah dirancang oleh Kementeriannya. Sebab itu Tan Sri @MuhyiddinYassin memuji beliau sebagai Menterinya yang paling rajin. #Shafie4NP https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201533884822923

Tanda Kepada Calon Naib Presiden, Shafie Apdal

Sebagai tanda sokongan kita terhadap kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal dalam beliau mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMMO, sila klik atau gunakan Hashtag #Shafie4NP dalam aktiviti politik kalian. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201491020751348&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Kenapa Shafie Apdal Tidak Tersenarai?

Sebentar tadi, diri berdebat dengan salah seorang penyokong politik yang agak popular (Listen). Dia berpendapat calon yang mungkin menyandang jawatan Naib Presiden UMNO ialah Ali Rustam, Zahid dan Mukhriz. Bermaksud pemimpin seperti Dato Sri Shafie Apdal kurang diperlukan. Walaupun pada hakikatnya itu hanyalah pendapat peribadi beliau yang tidak pun mendatang apa apa kesan politik pada UMNO secara keseluruhannya, tapi ia mampu menaikkan ranking satu satu calon yang bertanding, maklum dia itu individu yang agak popular walaupun pendapatnya agak tidak tepat. Ingin melihat UMNO tersungkur di masa hadapan, tanpa dia sedari sebenarnya. Apa yang saya tekankan dalam sesi debat kami tadi ialah :- 1. Dimana kepopularan politik UMNO tanpa keterlibatan pemimpin dari Sabah khasnya Dato Shafie Apdal, dimata hati masyarakat marhaen. Sedangkan kita tahu, sebahagian besar kemenangan BN di PRU yang lepas datang dari negeri Sabah yang diterajui oleh Datuk Shafie dan Datuk Musa Aman (tidak bertanding sebab memberi laluan kepada Datuk Shafie) 2. Dimana kekuatan politik Datuk Ali Rustam, dari konteks UMNO dan PRU, adakah agenda Ultra Melayu yang cuba di bawa oleh Datuk Ali Rustam akan mampu memperkasakan UMNO yakni relevan pada masyarakat umum Malaysia. Sedangkan beliau sendiri tersungkur di PRU yang lepas, alsebab agenda politiknya yang tidak boleh diterima oleh segelintir masyarakat Melaka, wal hal untuk menang UMNO perlu mendapat undi dari semua bangsa. 3. Saya juga berpendapat, Datuk Mukhriz punya kekuatan tapi tidak mampu memenangkannya. Alsebab Dato Sri Shafie yang juga sekutu Zahid dan Hisamuddin ada kekuatan di negeri Kedah, kalau sudah begitu, apa lagi dinegeri negeri yang lain terutamanya di Perak, Johor dan Sabah. Tapi kenapa Datuk Sri Shafie boleh tersingkir ? 4. Tiga Naib Presiden UMNO yang menyandang punya kekuatan, sebab pastinya mereka akan bersekutu dalam mempertahankan jawatan mereka. Juga mengingatkan, bahawa seorang ahli UMNO yang layak mengundi boleh memihak tiga orang calon dari senarai calon naib presiden yang bertanding. Bermaksud yang menyandang punya kekuatan yang total. Jadi kenapa Datuk Shafie dan Datuk Hisamuddin boleh tersingkir ? Pilihan peribadi :- Shafie, Zahid dan Hisamuddin/Mukhriz :) #Shafie4NP https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201503801230852&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Jadilah Pemilih Yang Matang, Pilihlah Shafie

Apa yang saya tidak boleh buat, saya boleh menulis sebanyak mana yang saya suka pasal kekurangan calon yang bertanding. Tapi apa keperluannya ? Buang karan jak. Asal saja jangan ada dikalangan macai macai calon yang terlebih dahulu memburukkan Calon Naib Presiden UMNO/Ketua Bahagian UMNO Semporna, Dato Sri Shafie Apdal. Kalian sebagai Ahli kepada mana mana Cawangan UMNO di Semporna khasnya dan umumnya Sabah/Semenanjung. Kalian sesekali jangan mudah diperdaya oleh calon yang bertanding, yang hanya tahu membasahkan tekaknya, bila saja Pilihanraya dan Pemilihan seperti ini baru kalian dititikkan sedikit air. Alahai Awal awal saya kata sedemikian, sebab sedang pegawai pegawai kerajaan pun mudah melacurkan diri dari konteks politik dan pemimpin yang tidak berjiwa rakyat. Apa lagi mereka yang kurang berkemampuan, yang selama ini kerap dimanipulasi oleh individu tertentu. Soal calon yang tidak berjuang pada PRU13 yang lepas tapi tiba tiba mengangkat dirinya sebagai calon yang bertanding diperingkat Bahagian, nah itu sudah jelas cuba melacurkan anda sebagai Ahli Cawangan yang sebenarnya sangat berharga. Kalian itu seperti Intan, nah jangan buang di tengah tengah laut atau dilongkang busuk yang curam. Tolak calon seperti ini. Ingat siapapun calon yang mendapat restu dari Dato Sri Shafie Apdal, mereka adalah calon yang terbaik, kekurangan apapun yang mereka lakukan, pasti saja Dato Sri yang akan melangsaikannya. Jadinya Vote for Shafie dan calon barisan kepimpinan yang ada di peringkat bahagian. Tidak dilupakan calon calon Naib Presiden UMNO yang kalian rasakan layak seperti Dato Sri Shafie Apdal #Shafie4NP https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201550135109170&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Friday, September 13, 2013

Pilih Dato Sri Shafie Apdal Untuk Kekal Sebagai Naib Presiden UMNO

Senang saja begini, kalau ada penyokong tegar UMNO yang berusaha untuk menolak kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO itu bermakna kalian sedang berusaha untuk memusnahkan UMNO.

Tidak ada alasan yang boleh dilogikkan, untuk menafikan kepimpinan Dato Sri Shafie sebagai Naib Presiden UMNO.

Di era ini, Untuk mencari pemimpin yang komited lagi rajin seperti Dato Sri Shafie Apdal memang agak sukar, kalau adapun, mereka hanya rajin membuat kerja kerja pejabat tapi tidak seperti beliau yang sanggup hadir ke pelusuk kampung di seluruh negara demi melaksanakan pelbagai frasarana yang dirancang oleh kerajaan. Sekaligus memberi perhatian pada marhaen, dan ini yang sebenarnya dikehendaki oleh masyarakat marhaen, perhatian penuh dari pemimpin mereka.

Oleh itu kalian sebagai ahli yang bakal memilih tunggak dalam organisasi UMNO, pilihlah pemimpin sepertinya Dato Sri Shafie Apdal yang mampu menguatkan pengaruh UMNO di mata marhaen. Sekaligus memenangkan UMNO/BN di Pilihanraya yang akan datang.

Ingat PR sedang memerhatikan pemilihan UMNO dengan penuh minat dan pasti mereka berharap agar wakil dari Sabah yakni Dato Sri Shafie Apdal tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan UMNO dan andai itu berlaku maka ruang dan peluang PR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri Sabah dan Sarawak akan lebih terbuka dan memungkinkan PR boleh di terima oleh sebahagian masyarakat marhaen di dua negeri tersebut. Yang akhirnya Sabah dan Sarawak akan bukan lagi simpanan tetap kepada BN.

Friday, September 6, 2013

Tujuan Subsidi Minyak Di Kurangkan

Tujuan subsidi minyak dikurangkan adalah untuk melaksanakan beberapa program baharu yang pastinya untuk kebaikan masyarakat umum. Kerajaan ini macam juga diri kita, ada pelbagai komitmen yang perlu diselesaikan. Yang ini, perlu dilunaskan terlebih dahulu barulah kita boleh membuat pinjaman baharu atau membeli hartanah baharu. Bukannya melonggokkan semua hutang lepas itu perbelanjaan asas dikurangkan hingga menjejaskan kesihatan yang mungkin akan membawa penyakit. Ini perkara yang jelas, jadi berikan kepercayaan total kepada pemerintah. Bertenang........ Kelemahan alasan yang dikeluarkan oleh beberapa orang Menteri itu hanyalah alasan yang mungkin statik silap/salah tapi ia tidak mengubah tujuan asal pengurangan subsidi itu sendiri. Penyokong PR kata, Timbalan Menteri itu konon tidak cerdik sebab berfikir guna kepala lutut, sedang mereka itu sendiri tidak memakai otak. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201376717813846

Thursday, September 5, 2013

Calon Dendam Wajib Di Tolak Di Pemilihan UMNO

Pemilihan UMNO 2013. Saya langsung tidak berminat pada calon yang bertanding atas dasar dendam. Bersikap dendam itu sendiri sudah cukup untuk menunjukkan yang calon itu tidak budiman. Dendam itu satu hal yang jelek, ia merupakan ciri ciri orang yang individualistik dan tamak. Dan kalau kalian menyokong calon seperti ini di pemilihan UMNO nanti itu bermaksud anda juga seorang pendendam yang ketinggalan zaman. Ironinya yang berdendam itu biasanya berada di pihak yang melawan. Kita berbicara dari konteks memimpin masyarakat dan masa depan negara. Akan tidak ada kebaikannya kalau anda dipimpin oleh pemimpin yang individualistik. Mati hidup semula pun kalian akan tetap mengalami birokrasi yang sama, ditipu; ditertawakan; dan diperalatkan. Tolak calon yang bertanding atas tiket dendam. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201371083913002

Wednesday, September 4, 2013

Kenaikan 0.20 Sen Dan Pemikiran Yang Kita Patut Ada

(Post dari ananda Muhaimin Safaruddin) YANG SANGAT PATUT ADA DALAM PEMIKIRAN SETIAP INDIVIDU...

Kes naiknya harga barang, tidak hanya terjadi pada zaman sekarang. Fenomena ini pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW. Disebutkan dalam riwayat bahawa pada zaman sahabat pernah terjadi kenaikan harga. Mereka pun mendatangi Rasulullah SAW dan menyampaikan masalahnya. Mereka mengatakan:

"Wahai Rasul Allah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang."

Rasulullah SAW menjawab :

"Sesungguhnya Allah ialah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Sang Pemberi Rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun daripada kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah mahupun harta."

(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, dan Ibnu Majah; disahihkan Al-Albani)

PERTAMA - SESUNGGUHNYA ALLAH DZAT YANG MENTAKDIRKAN SEMUA HARGA.

Dengan memahami hal ini, setidak-tidaknya kita berusaha mengkehadapankan sikap tunduk kepada takdir, dalam erti kata tidak terlalu bingung dalam menghadapi kenaikan harga, apalagi harus stress atau bahkan bunuh diri. Semua sikap ini bukan solusi, tapi hanya menambah beban dan memburukan keadaan.

KEDUA - SESUNGGUHNYA KENAIKAN HARGA TIDAK MEMPENGARUHI REZEKI SESEORANG.

Yang penting kita sepatutnya yakin bahawa rezeki kita telah ditentukan oleh Allah 'Azza wa Jalla. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah mahupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali TIDAK AKAN MENGGANGGU REZEKI kita.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata."

(Surah Asy-Syuura, ayat 27)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A'lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang benar)

Sunday, August 25, 2013

Cita Cita Politik Masyarakat Umum

Bukan individu, bukan kelompok komuniti, bukan sekelompok dari kerabat tapi masyarakat umum pada setiap negeri yang perlu ada cita cita politik. Barulah politik ini mampu memberikan manfaat kepada negara bangsa secara total. Siapa yang menggerakkan agenda tersebut, individu tua/muda; lelaki/wanita; yang sedia ada dalam politik? Bukan, kalian fikirlah sendiri. Saya lihat perkara ini tidak ada dibicarakan oleh mana mana pemimpin parti politik kecuali oleh penyokong politik BN/UMNO seperti diri. Untung kok masyarakat negara ini sebab ada individu seperti saya, bila lagi (mengangkat bakul sendiri) :) https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201303986275603

Sokongan Membawa Rebah Dalam UMNO

Kalau wanita, wanita jugalah, mereka tidak akan boleh menjadi "lelaki". Mesyuarat tingkap tetap menjadi fitrah sosial mereka. Kenapa tidak, tidak boleh kok mana mana Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh membuat kenyataan memihak secara terbuka kepada mana mana calon Ketua Wanita UMNO Malaysia. Oleh itu kalau ada lelaki yang membuat kenyataan terbuka seperti perkara diatas, nah macam juga kok mereka itu seorang "wanita" :) 

Maksud saya siapapun ketua pergerakan sayap sama ada lelaki atau wanita, mereka tidak boleh membuat kenyataan menyokong secara terbuka pada calon Ketua. Sebab mereka adalah lambang ke unggulan jentera.

Saya belum lagi cerita pasal hati busuk macam longkang yang sudah pasti hampir tidak boleh dibuang tapi berada dalam politik.

Macam belum matang lagi, adeh.

Saturday, August 24, 2013

Nasihat Politik Untuk PAS Di Sabah

Kalau saja PAS ini menjalankan aktiviti dakwah selama tempoh 2 tahun tanpa ada rasa prejudis walau sedikit. Sekaligus mengurangkan cerita politik. Pasti saja PAS ini akan mendapat tempat di mata hati masyarakat Sabahan. Apa lagi kalau pihak PAS ada menyediakan ruang untuk remaja belia Sabahan meneruskan pengajian mereka di pondok pondok yang ada di Kelantan dan Terengganu, semakin utuhlah PAS di hati mereka.

Ini nasihat saya, kebetulan buat masa ini BN tidak mendengar nasihat politik seperti ini sebab sudah merasakan diri mereka terlalu bijak, mahu kita saja yang terhegeh hegeh, walaupun mereka sedar akal fikir mereka tidak kemana kecuali berlagak bijak (tidak semua) Nah ambil peluang ini, catatan idea ku tengah sarat hingga melimpah sebab itu perlu dikurangkan biar tersusun :)

Thursday, August 22, 2013

Idea PPTN Yang KETINGGALAN Zaman

Ini lagi ni idea ketinggalan zaman dari pemimpin yang kekadang macam tidak relevan sudah sebab usang, sory. Dulu semasa perhimpunan UMNO yakni sebelum PRU13 berlangsung, ada di kalangan pemidato yang mencadangkan agar isu kebangkrapan remaja belia terutamanya, akan diselesaikan. Hingga ia mampu menarik balik golongan muda yang hampir hampir saja memihak PR kerana manifesto pendidikan percuma PR sekaligus mereka akan terlepas dari disenarai hitamkan. Tersenyum kita mendengar isi pidato individu yang berkenan. Dan terbaru diri ada mengutuk ke tidak keberanian penasihat parti pembangkang dalam menyuarakan pendapatnya perihal kemuflisan di peringkat kabinet sebelum ini politik pembangkang ada bertegas konon mereka akan menyelesaikan isu kemuflisan di kalangan masyarakat Malaysia, tapi pada sesi Perlimen itu hari, Anwar pula akur dengan polisi bank bank tempatan perihal perkara tersebut. Selain hujah dari pemimpin pemerintah yang seolah olah dia itu seorang pelajar menengah yang mempersembahkan kertas kerjanya :) Tapi dalam minggu ini ada pula cadangan dari pemimpin tertentu agar hutang PPTN dimasukkan dalam sistem yang dipanggil CCRIS, yang akan mengakibatkan individu yang disenaraikan tidak boleh lagi membuat pinjaman dimana mana bank tempatan. Itu yang berlaku pada peminjam PPTN, bagaimana pula dengan peminjam kewangan untuk perniagaan, nanti masuk dalam ICU kah? Inilah kita ni, gali saja emas hitam dan tanam saja sawit banyak banyak, bumi ini kaya dengan sumber alamnya apa lagi Sabah dan Sarawak lepas itu hapuskan hutang peminjam dengan merujuk pada tahun pinjaman sipeminjam (rujuk posting diri sebelum ini). Ingin kelihatan bersistem sangatlah tu, sedang pendapatan negara ini datang dari sumber alam yang tidak akan pupus sampai bila bila kecuali kiamat. Berapa juta sangatlah pendapatan negara yang datang dari kebijakan masyarakat ini dalam berniaga dan hasilnya digunakan untuk membangun negara ini. Selain menggunakan dana yang datang dari kekayaan sumber alam yang sedia ada. Bijak bijakkan sikit akal fikir tu, walaupun terpaksa kelihatan bodoh buat sementara ini, yakni selagi masyarakatnya ini belum kukuh ekonominya. Buat macam mana, itulah masyarakat yang lahir hasil dari tadbir politik oleh segelintir pemimpin yang ada dalam pemerintah. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201279715668853

Pra Syarat Sebelum Memihak Calon PAU

Pemilihan UMNO dibuat untuk menguatkan organisasi UMNO. Tidak lebih dari itu, tiada agenda untuk mengherokan pemimpin atau memperkasakan politik mana mana negeri. Itu harus difahami terlebih dahulu sebelum menaruh minat perihal politik pemilihan UMNO. Jangan saja lantang mempersoal DAP sebab agenda Malaysian Malaysia nya tapi pada masa yang sama ada menyimpan semangat kenegerian yang tinggi. Kolot kok itu namanya. Apa yang mesti diingat ialah, musuh politik UMNO bukannya UMNO itu sendiri tapi parti lawan yang ada dalam Pakatan (PR). Pra syarat diatas mampu difahami, yah teruskan berkempen. Jom rumble tapi kalau tidak buat diam jak jangan menyokong membawa rebah pada mana mana calon yang bertanding. up @TengkuAdnanReal https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201281614756329

Wan Ji Mencari Menyamakan Sultan Dengan Syaitan

Wan Ji Wan Husein, mengemukakan beberapa formula untuk bagaimana menghapuskan sistem sultan di negara ini hingga negara menjadi sebuah republik.

Pertama, menyamakan Sultan dengan syaitan.

Kedua, mencipta provokasi terhadap Institusi Raja Raja.

Kita tidak jelas, bagaimana ia beroperasi atau saja rakaman video yang tersebar sekarang telah di edit dimana cerita asalnya adalah penerangan perihal proses membina games/permainan ataupun memang ia benar ia penerangan yang ingin menjatuhkan sistem beraja di negara ini apapun alasannya mengaitkan Sultan  dengan syaitan walau bergurau sekalipun ia adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun.

Dan kalau betul perancangan menghapuskan Sultan diatas memang benar, nah rakaman video yang tersebar sekarang juga adalah formula ketiganya.

Hakikatnya, Wan Ji sedang mencari nama di ruang maya. Tapi kalau itulah gaya olahan yang dia ada, alahai sangat menyedihkan. Tidak ada ciri ciri langsung sebagai seorang perancang politik dimasa hadapan, PR sudah ketandusan bloggers yang berkaliber :). Sampah

Wan Ji Menghina Sultan

Saturday, August 17, 2013

Hanya Yang Pro Dalam Politik

Kalau ada politician resmi mana mana parti politik tapi beliau tidak membicarakan konflik politik di Mesir, nah jangan hormati dia sebagai seorang politician, tong sampahkan saja dia. Pencabulan hak terang terangan tapi tidak diangkat sebagai konflik kemanusiaan?. Macai mungkin dia tu, sebab tidak berhati pekerti atau saja berlagak konon politician. Dan tidak mengira politician itu beragama apapun. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201238646642153

Friday, August 9, 2013

Khutbah Jumaat Di Raya Kedua

Apa kesimpulan khutbah di tempat anda? Bila anak kampung yang Agamawan lagi sedikit zuhud balik kampung lalu ia berkhutbah maka sudah semestinya isi khutbahnya akan mendalam yang menyentuh kemaslahatan masyarakat atau komuniti itu sendiri. Seperti tadi, ia menyentuh penyakit hati, hati yang tidak mempedulikan jelek buruk perbuatan dalam mencari kelebihan duniawi lalu ia berjaya maka semestinya ia akan menjadi ikutan pada ramai orang yang akhirnya akan merosakkan masyarakat itu sendiri. Kesimpulannya jasad yang mati tidak boleh diubati sedang hati yang mati boleh diubati. Khutbah Jumaat era ini perlu menyentuh cerita hati dan mati. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201204643912106

Thursday, August 8, 2013

Penyelesaiannya Insiden Tembak Yang Semakin Menjadi

Senjata api itu macam juga dadah, bagaimana dadah boleh terlepas dari kawalan di sempadan negara dan negeri,  begitu juga dengan senjata api. Mungkin saja kuantiti senjata api haram di negara ini sudah sama jumlah dengan simpanan dadah/stok para pengedar, siapa tahu kan?

Jadi penyelesaian kepada insiden tembak menembak yang semakin berleluasa bukan semata mata dengan menguatkuasakan  ISA semula tapi penguatkuasaan pada dua benda diatas harus lebih ketat terutamanya di tempat yang saya sebutkan di atas. Tidak dilupa keterlibatan penguatkuasa juga harus dipantau sebab tidak mustahil kalau mereka ada terlibat dalam hal hal penyeludupan.

Untuk langkah awal para pengedar dadah murahan harus dibanteras secara total di semua tempat, dari sini segala kebobrokan sudah boleh dicungkil.

Monday, August 5, 2013

Pemimpin Muda Sabahan Ramai Yang Tidak Layak

Tiada satupun pemimpin pemimpin muda Sabahan UMNO  yang telah berjaya mengangkat anak muda  ke tahap tertinggi melainkan dia itu juga di kalangan kroni atau kerabatnya.

Bermaksud pemimpin pemimpin muda ini masih ketinggalan zaman dalam berpolitik, mereka minta masyarakat luar
menjulang tinggi tinggi mereka,  lepas itu mereka hanya perlu menunjukkan gigi sekali dengan tipu dayanya. Sedang dianya sudah di cium dari hujung kasutnya hingga ke hujung rambutnya dan masyarakat luar yang menjulangnya dulu tetap berkeadaan begitu.

Mungkin saja beginilah pemikiran pemimpin  yang bukan tulen seorang pemimpin,  cuma nasib saja yang memihak mereka pada ketika itu kenapa mereka menjadi konon pemimpin. Sabah hanya terkenal dengan keluasan tanahnya tapi sempit akal fikir muda mudinya. Kalau pun ada terus saja mahu menukar baju, sedang yang bermasalah bukan bajunya tapi badannya yang mungkin tidak sihat......... Jalin Luin :)

Kelompok Memperbodoh Pemimpin

Saya cakap berbuih pun demi kebaikan masyarakat dan pemimpin secara menyeluruh tapi kalau kelompok tamak duniawi dalam politik itu semakin bertambah, maka masih juga bicaraku tidak berguna.

Kejelekan kelompok ini ialah, menafikan hak semua orang dan menganggap wang itu adalah Tuhan, dahsyat. 

Kelompok ini hanya tahu berdiam dengan berlagak faham lagi budiman wal hal dalam hati mereka, mahu saja mereka meracun pemimpin yang tidak memberikan mereka peluang dalam mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Pemimpin harus sedar akan fenomena politik ini, janganlah mudah sangat digula gunakan, nanti legacy kepimpinan yang sudah lama kukuh terbentuk akan binasa begitu saja.

Jangan Berpolitik Bangsa Melayu Semata Di Pemilihan UMNO

Semakin ramai yang berpolitik bangsa Melayu semata dan bukan parti UMNO yang menyatukan semua bangsa atas nama rumpun Melayu, menjelang Pemilihan UMNO yang akan datang. Mereka berpendapat Malaysia ini perlu dipimpin oleh pemimpin yang betul betul Melayu sekaligus menafikan hak bangsa/kaum kaum yang lain. 

Apa Malaysia ini boleh maju kehadapan tanpa sumbangan politik/Ekonomi dari negeri Sabah dan Sarawak. Apa kalian ingat Malaysia ini hanya dihuni oleh bangsa Melayu dan negeri negeri  di Semenanjung mempunyai cukup sumber ekonomi untuk membangunkan negara ini ?

Oleh itu kalian sebagai ahli UMNO yang layak mengundi untuk memilih mana mana calon yang bertanding di Pemilihan UMNO nanti, berfikirlah secara bijak, keterlibatan pemimpin Sabah dalam menjawat  jawatan tertinggi dalam organisasi UMNO adalah sangat penting dalam proses memakmurkan sekaligus memajukan negara ini. Jangan mudah terpengaruh dengan pendapat politik yang bersifat sementara, sepertinya perkara diatas yang punya kesan buruk yang berpanjangan yang justeru akan menguntungkan organisasi lawan dan merosakkan organisasi UMNO itu sendiri.  

Sunday, August 4, 2013

Melayu Berpecah Bukan Kerana Politik Semata mata

Membaca satu artikel perpecahan Melayu, penulis berpendapat  Melayu berpecah kerana ada orang politik sanggup menggunakan institusi raja demi mempertahankan kuasa, dan saya tidak melihat itu sebagai sebab kepada berlakunya perpecahan.

Tidak ada sebab nyata yang boleh diturunkan di sini selain menurut hawa nafsu yang tidak berpenghuni. Hawa nafsunya yang jahat menyusup masuk melalui politik. Tidak ada istilah bangsa Melayu dalam politik di Malaysia ini seperti mana bangsa Arab di Timur Tengah, mereka berpecah kerana nafsu politik yang menyusup masuk adalah agama. Semuanya kerana memenuhi nafsu politik semata-mata.

Saya katakan demikian sebab negara ini di perintah oleh organisasi Melayu yang kukuh dan hanya sedikit mendatangkan masalah pada kaum Melayu tapi tetap juga  di tentang oleh politikus lawan Melayu yang memperjuangkan entah apa selain nafsu dunia semata-mata. Ada berapa bilion hasil bumi Sabah dan Sarawak yang diagihkan kepada kaum Melayu dengan mengwujudkan kemudahan frasarana tapi tetap juga ada di kalangan Melayu yang menafikan politik Melayu yang menjaga kebajikan mereka dengan bersungguh. Lihat saja kemenangan BN pada PRU13 yang lepas sanggup dipersoal walaupun dengan cara yang agak jelek oleh Melayu itu sendiri, malah ada di kalangan mereka/Melayu yang sanggup masuk penjara hanya kerana ingin menidakkan keputusan yang ditentukan oleh majoriti Melayu. Semua itu salah siapa, salah kerajaankah, salah Sultankah? Salah siap?

Friday, July 26, 2013

Isu Minyak Disel Di Sabah


Isu Minyak Disel dan Petrol di Sabah. 

Dan yang sebenarnya tidak ada pemantauan khusus perihal minyak petrol dan diesel di negeri Sabah ini. Masyarakat mana juga yang boleh membezakan kalau minyak petrol dan diesel yang diisi dalam bekas itu menggunakan harga industri sedang bekas itu diisi dengan menggunakan mesin pam yang menyediakan harga biasa.

Sebab itu pemantauan harus dibuat ke atas Jabatan yang  dipertanggungjawabkan (KPDNKK) agar ketirisan boleh dibendung dari berlaku, sekaligus mengurangkan penyeludupan minyak ke negara jiran. Itu saya kata siapa yang menguasai pasaran....... Up @NajibRazak @MusaHjAman

Tuesday, July 23, 2013

Bahaya Kemewahan

Hadis Nabi Riwayat Termizi:- 

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,

“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat.

Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi

Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi.

Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”. Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. 


http://uruswang.wordpress.com/2007/03/07/bahaya-kemewahan/

Saturday, July 6, 2013

Pendatang Yang Tidak Beradab

Kehadiran pendatang yang TIDAK beradab perlu di pantau. Setiap individu yang berstatus warganegara tapi sebangsa atau serumpun dengan kelompok yang saya maksudkan maka kalian perlu memainkan peranan yang lebih. Atau mungkin persatuan persatuan yang melibatkan suku bangsa boleh memainkan peranan.

Walaupun sebenarnya agak berat sebab risau kalau ia bertukar kepada dendam kesumat yang boleh dibawa hingga ke tanah leluhur, tapi demi keharmonian dan mengekalkan rasa hormat dari masyarakat tempatan maka ia perlu dilakukan.

Jangan sampai persepsi masyarakat tempatan bertukar, seperti mana STAR KDM melihat sinis kelompok yang saya maksudkan diatas.

Dan pada mereka yang beradab itu tidak ada masalah mereka berhak atas bumi Allah ini dan boleh di pertimbangkan untuk di dokumenkan.

Portal Malaysia Insider Wajar Di Saman

Portal Malaysia Insider tuduh SPR terima bonus dari kerajan sebanyak RM200 juta. Dan kenyataan tersebut adalah fitnah maka adalah wajar pemerintah memfailkan saman terhadap portal tersebut. Tapi penyokong PR kata tidak boleh saman pemilik portal Malaysia Insider. SPR hanya perlu memperjelaskan isu sebenar. Peliknya kalau mereka yang saman Utusan boleh pula, tapi tidak pada pemerintah.

Mereka cuba logikkan penafian mereka dengan meletakkan SPR sebagai badan berkecuali sedang mereka lupa punca dana 200 juta itu datang dari siapa kalau bukan kerajaan BN :-) Jadinya saman

http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200997879543126

Friday, July 5, 2013

Berterus Terang

Baik saya berterus terang lah. Kalau bukan saya yang hint masyarakat kampung ini untuk mengundi calon BN di DUN Bugaya pada PRU13 yang lepas dengan menolak calon Bebas, BN tidak akan menang kok di Zon ini.

Buktinya lihat saja majlis (pertandingan bola tampar) sekarang ini yang dianjurkan oleh mereka yang pandai bermuka muka, nah siapa yang hadir? PTI 

Calon PAS dan konco konco calon Bebas yang berlambangkan Kunci juga tahu siapa saya, demi memenangkan BN di DUN tersebut.

Bukan niat untuk mengungkit apa lagi yang saya bantu itu adalah calon yang bertanding atas tiket BN tapi tujuan saya menulis entry ini ialah agar jangan ada yang perasaan lagi pandai bermuka muka konon mereka yang membantu calon BN tersebut.

Antara individu yang saya maksudkan ialah kelompok yang menganjurkan pertandingan tersebut, kedua duanya Guru Sekolah yang satu mengajar di rendah dan yang satu lagi di Sekolah Menengah. 

Tuesday, July 2, 2013

Tiada Keikhlasan Dan Kesetiaan Tapi....

Tiada keikhlasan total dalam politik baik dalam BN atau juga PR, tapi  ia boleh bertukar kepada keikhlasan kalau diri sudah merasa kecewa. Begitu juga dengan kesetiaan dalam politik tidak ada istilah kesetiaan kalau tiada yang di akalkan kesetiaan akan bertukar kepada pengkhianatan kalau apa yang di akalkan tidak tercapai.

Persoalannya ialah tapi bagaimana pula hak masyarakat yang ramai itu boleh terjamin kalau kesetiaan dan keikhlasan sudah tidak ada? Atau saja setiap diri dari kita perlu berlumba lumba mencari kelebihan hingga perlu menukar karakter dari seorang Ustaz kepada kontraktor dari yang jujur kepada pendusta dari yang ikhlas kepada penyangak. Begitu kah? Kenapa tidak saja memberi ruang dan peluang mengikut kemahiran masing-masing sekurang kurangnya ia tidak akan mengganggu struktur masyarakat yang sudah sedia ok.

Friday, June 28, 2013

Jusuf Kalla, Blackout505 Adalah Sia Sia

Mantan Naib Presiden Jusuf Kalla tetap mempersoal kalau #Blackout505 tidak telus lagi sia sia sebab di dalamnya ada agenda tersembunyi yang melibatkan kepentingan kuasa asing. Dana yang digunakan untuk menggerakkan perhimpunan tersebut datang dari usahawan antarabangsa yakni dari Turki, Washington dan Philippines. Justeru itu beliau menegaskan bahawa ekoran dari perhimpunan tersebut yang akan mendapat untung ialah mereka yang anti kepada Islam yakni kelompok Kafir jahat. Dan untuk menguatkan dakwaan beliau, beliau ada mengajukan soalan kepada Anwar Ibrahim sendiri, kalau gabungan PKR dan DAP telah mampu menguatkan Islam atau saja beliau mampu mengawal tindak tanduk kepimpinan DAP tapi jawapan yang diberikan tidak jelas yakni tidak lebih dari mengambil sikap berdiam. @NajibRazak @TengkuAdnanReal @shafieapdal @MusaHjAman @tunfaisal @mediarakyatnet http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200955600086166

Rakyat Yang Berkuasa Dalam Demokratik

Mungkin saja masyarakat tidak tahu ni, tapi mahu juga bersembang soal politik. Namanya demokratik yang berkuasa itu adalah rakyat, pemimpin yang kalian lantik pada mana mana pilihanraya adakah individu yang mewakili kalian bagi menuntut kehendak kalian tapi tidak pula yang dituntut itu manjang projek untuk kepentingan diri semata mata. Oleh itu anda sebagai masyarakat berhak mengamuk bising andai kehendak kalian tidak dipertimbangkan oleh mana mana agensi kerajaan, apa lagi ia melibatkan orang politik. Kalau tidak mampu berbuat apa apa sebab takut iya tadahkan tangan pada Tuhan mohon semoga keturunan mereka di hinakan, ini tidak bising dengan orang rumah jak lepas itu konon marah marah. Begitulah hingga tiba PRU baharu. Sampai waktunya diri pula yang meninggal dunia jadilah istilah habis wayang tinggal panggung. Sedang keadaan tetap begitu yang berubah hanyalah itu kelompok sengal yang tidak tahu malu. :-)

http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200955299798659

Friday, June 21, 2013

Kritikan Terhadap Bajau Laut/Palauh Dan PTI

Kalau pendatang ini saja datang ke Malaysia untuk mencari rezeki saya ingat ia tidak mendatangkan banyak masalah. Yang menjadi soal ialah bila mereka berkelakuan kurang ajar pada masyarakat tempatan. Mereka kerap berlagak berani walaupun ia sudah dilarang berulang kali.
Ironinya mereka ini satu kepala dengan mereka yang berstatus bekas pendatang. Jadinya apapun perbuatan pendatang ini, mereka yang berstatus bekas hanya mampu melihat tapi pada masa yang sama berlagak punya semangat negara bangsa yang 

Antara sebab kenapa mereka saling membiarkan, sebabnya ialah leluhur mereka berasal dari tempat yang sama lalu risau kalau dendam pergaduhan mereka sampai ke negara leluhur asal mereka yang pasti akan melibatkan banyak korban nyawa.  Saya juga tahu kenapa pendatang ini sering menunjuk berani, sebabnya mereka merasakan diri mereka tidak berharga dan kalau pun mereka mati ia bukan satu masalah berbanding dengan komuniti tempatan, masyarakat tempatan banyak memikirkan generasi selepas mereka.
Maka sebab itu ada banyak Kampung Kampung di Sabah ini umumnya dan Semporna khasnya sering dikategorikan sebagai Zon Hitam. Kebetulan pula Ketua Ketua Masyarakat di Kampung yang terbabit tidak punya keberanian serta kurang mendapat sokongan dari masyarakat tempatan dalam bertindak ini ekoran kerana sikap mereka yang sudah tidak mendapat kepercayaan kerana kebodohan dan sikap memperbodoh mereka yang sudah berlangsung bertahun tahun. Faktor anak mudanya yang tidak punya jati diri yang tinggi terhadap kesukuan mereka, walaupun sebenarnya ada di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi juga menyumbang kepada kedangkalan diatas, anak muda ini hanya suka memerhati atas kedangkalan yang berlaku tapi takut bertindak, kesimpulannya selain dari faktor jati diri, mereka juga tidak punya keberanian untuk menegakkan kebenaran.
(Pada yang ok, oklah yang tidak pulangkan saja ketempat asal mereka)