Thursday, August 22, 2013

Idea PPTN Yang KETINGGALAN Zaman

Ini lagi ni idea ketinggalan zaman dari pemimpin yang kekadang macam tidak relevan sudah sebab usang, sory. Dulu semasa perhimpunan UMNO yakni sebelum PRU13 berlangsung, ada di kalangan pemidato yang mencadangkan agar isu kebangkrapan remaja belia terutamanya, akan diselesaikan. Hingga ia mampu menarik balik golongan muda yang hampir hampir saja memihak PR kerana manifesto pendidikan percuma PR sekaligus mereka akan terlepas dari disenarai hitamkan. Tersenyum kita mendengar isi pidato individu yang berkenan. Dan terbaru diri ada mengutuk ke tidak keberanian penasihat parti pembangkang dalam menyuarakan pendapatnya perihal kemuflisan di peringkat kabinet sebelum ini politik pembangkang ada bertegas konon mereka akan menyelesaikan isu kemuflisan di kalangan masyarakat Malaysia, tapi pada sesi Perlimen itu hari, Anwar pula akur dengan polisi bank bank tempatan perihal perkara tersebut. Selain hujah dari pemimpin pemerintah yang seolah olah dia itu seorang pelajar menengah yang mempersembahkan kertas kerjanya :) Tapi dalam minggu ini ada pula cadangan dari pemimpin tertentu agar hutang PPTN dimasukkan dalam sistem yang dipanggil CCRIS, yang akan mengakibatkan individu yang disenaraikan tidak boleh lagi membuat pinjaman dimana mana bank tempatan. Itu yang berlaku pada peminjam PPTN, bagaimana pula dengan peminjam kewangan untuk perniagaan, nanti masuk dalam ICU kah? Inilah kita ni, gali saja emas hitam dan tanam saja sawit banyak banyak, bumi ini kaya dengan sumber alamnya apa lagi Sabah dan Sarawak lepas itu hapuskan hutang peminjam dengan merujuk pada tahun pinjaman sipeminjam (rujuk posting diri sebelum ini). Ingin kelihatan bersistem sangatlah tu, sedang pendapatan negara ini datang dari sumber alam yang tidak akan pupus sampai bila bila kecuali kiamat. Berapa juta sangatlah pendapatan negara yang datang dari kebijakan masyarakat ini dalam berniaga dan hasilnya digunakan untuk membangun negara ini. Selain menggunakan dana yang datang dari kekayaan sumber alam yang sedia ada. Bijak bijakkan sikit akal fikir tu, walaupun terpaksa kelihatan bodoh buat sementara ini, yakni selagi masyarakatnya ini belum kukuh ekonominya. Buat macam mana, itulah masyarakat yang lahir hasil dari tadbir politik oleh segelintir pemimpin yang ada dalam pemerintah. https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10201279715668853

No comments: