Semalam diri ada membaca artikel perihal Syiah oleh Dr Maza di portal Malaysia Insider. Semua orang tahu, Syiah bertentangan dengan fahaman Sunnih, malah Syiah yang terlebih lebih hingga mereka mengeluarkan fatwa kalau membunuh mereka yang berfahaman Sunnih adalah wajib.
Tidak timbul soal penjelasan atau saja permintaan, seperti mana pendapat Dr Maza, pada beliau kehadiran Syiah perlu di perjelaskan pada masyarakat, bukan menolaknya mentah mentah. Tapi pada saya hasilnya nanti tidak lebih dari satu kronologi perihal Syiah di Malaysia sedang fahaman Syiah itu tetap haram pada pandangan masyarakat Malaysia yang beragama Islam.
Dan yang terbaru artikel dari portal Malaysiakini berkisar pendapat Tuan Guru Nik Aziz terhadap Syiah dan politik UMNO. Pada hakikatnya, beliau bersetuju kalau Syiah itu diharamkan, jangan sampai mempengaruhi ramai masyarakat Malaysia, pun begitu beliau masih menyalahkan kepimpinan UMNO, yang pada pendapat beliau ia hanyalah bersifat kepuraan sebab tidak mengangkat Islam sebagai alat kepada Penyatuan ummahdi Malaysia. Maksudkan pengharaman Syiah oleh UMNO hanya cukup sebagai retorik politik.
Beliau tetap melihat dari ruang lingkup politik yang sempit semata-mata, sedang tujuan UMNO mengharamkan Syiah adalah untuk kebaikan masyarakat Islam yang ramai. Jadi kenapa lagi perlu merendahkan Keislaman UMNO kalau juga ia demi agama bangsa dan negara.
Beliau juga bertegas kalau penyatuan melalui bangsa yang digunakan oleh UMNO adalah menyalahi konsep penyatuan dalam Islam itu sendiri. Kenyataannya memang benar tapi dari konteks politik Malaysia dan sekarang Syiah, penyatuan Islam kurang boleh digunapakai, sebab PAS sendiri yang berdoktrinkan Islam tapi tidak mendokong UMNO yang sebenarnya mendokong Islam berbanding dengan DAP, mereka lebih suka untuk berkerjasama. Apa kita pernah yang DAP sibuk dengan hal Syiah ? Bermaksud UMNO lebih baik dari DAP, tapi kenapa ?
Kesimpulannya pendapat Dr Maza agar Syiah perlu diberi ruang untuk memperjelaskan hanyalah sebuah kenyataan yang kurang berkesan, sejarah sudah membuktikan kalau Syiah itu pada akhirnya akan berpaling tadah.
Bersetuju dengan pendapat Nik Aziz yang Syiah harus di tolak oleh masyarakat Islam Malaysia alsebab sudah banyak kitab kitab agama karangan para ulama yang menceritakan Kejelekan Syiah. Disini kita boleh lihat perbezaan pendapat di antara mereka, yang satu seolahnya merestui tapi dek kerana UMNO ia bertukar kepada isu politik dan yang satu lagi cuba bersikap nautral sebab beliau bukan orang politik, tapi sepatutnya tidak begitu. Yang salah tetap salah.
#jalinanpolitik
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202099570564713&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1
No comments:
Post a Comment