Retorik PAS yang bersoal hudud. Pada 5hb Mei yang lalu Tuan Haji Hadi, sekali lagi membicarakan hudud, selepas tempoh yang agak lama, maklum PRU dah nak hampir tiba. ;)
Dalam kenyataannya, beliau bertegas yang hudud akan di laksanakan walaupun ia mendapat tentangan hebat dari puak puak DAP. Tujuannya hanyalah untuk menaikkan semangat penyokong penyokong taksub PAS, biar mereka giat berkempen dan tidak memihak pada pada mana mana parti selain PR.
Namun begitu kenyataan tegas ini mendapat perhatian dari Karpal Singh. Seperti biasa pemimpin DAP ini akan juga bertegas untuk menafikannya, yakni hudud tidak akan di laksanakan, DAP sedar tanpa pengaruh mereka PR tidak akan ke mana dalam PRU. Ini menunjukkan pada kita yang hudud tidak terlaksana tanpa adanya persetujuan DAP.
Maka sebab itu Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar cepat cepat menyalahkan portal Malaysia Insider sebab menyiarkan artikel "Hadi sticks to hudud stand, unfazed by Karpal's view" yang mampu memecahkan belahkan sokongan Melayu kepada PAS, dan merenggangkan hubungan PAS dan DAP.
Sebab itu juga jangan mudah di perbodoh PAS mengenai Hudud selagi DAP ada bersama mereka. Tidak menghairankan kalau esok esok pakatan/PR akan membuat agenda sulit dalaman yang kononnya DAP akan membenarkan hudud di laksanakan tanpa di kenakan apa apa syarat politik. Sebab pada mereka Putrajaya adalah segala galanya walau apa pun yang berlaku pada akhirnya.
No comments:
Post a Comment