Friday, May 18, 2012

Hudud Di Polimikkan Demi Politik

Selepas beberapa penggal berlalu hudud tetap tidak boleh di laksanakan terutamanya di Kelantan, walaupun ada yang mengkhabarkan enakmen telah di draft, tapi tetap juga tidak boleh di laksanakan konon disebabkan tiada kerjasama dari pusat, kenapa sebelum mereka membuat enakmen tersebut tidak ke mereka memikirkan bagaimana nanti ia di laksanakan tanpa ada persetujuan dari pentadbiran pusat ?

Terbaru Tuan Guru Haji Hadi telah mensyaratkan untuk melaksanakan hudud kemiskinan dan pengangguran perlu di selesaikan terlebih dahulu bermaksud walaupun enakmen yang di draft di Kelantan tadi mendapat kelulusan pusat ia masih tetap tidak boleh di laksanakan. Sebab Kelantan masih lagi di kedudukan teratas dalam standing kemiskinan negara.

Nampak tak hudud hanyalah cerita polimik politik PR ;)

Apapun kita yang beragama Islam perlu mendokong hudud biar terlaksana sebab ia adalah hukum Allah. Cuma ia perlu di lihat dari pelbagai sudut agar ia tidak kelihatan retorik.

No comments: