Kalau memang benar akan tersimpan benar sampai bila bila. Begitu juga sebaliknya akan jua terbongkar. Sama juga halnya, kaya hasil dari sumber yang haram akan juga binasa pada akhirnya.
Bangunan tiang retak seperti mana gambar yang tersisip. Tiang bangunan sekolah (flat) ini terletak di daerah Ranau yang menjadi pusat gempa bumi hingga mengorbankan beberapa jiwa.
Kenampakan hanya satu tiang kecil sebagai penyokong bangunan yang bertingkat, di luarnya disusun sebaris bata supaya kelihatan kukuh. Bagi tujuan menipu dalam usaha mengaburi mata pihak yang berwajib di dalam mendapatkan kelulusan bayaran. Tanpa sikit pun memikirkan nasib murid murid Sekolah. Himmmmmmm
Jangan saja ini hasil kerja kroni Musa, sudahlah. Sebab mereka itu hanyalah mengambil kesempatan dari pentadbiran negeri Sabah sebagai simpanan tetap BN.
Masyarakat Sabah secara keseluruhannya yang bertanggungjawab keatas kemenangan BN tapi hanya mereka kroni yang mendapat untung, mentang mentanglah mereka rapat dengan pentadbiran negeri.
Ini ada kualiti kah.? Pada saya inilah kerja yang paling hina.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.