Masyarakat Sabah sedar lagi tahu, siapa yang menyebabkan mereka miskin. Bukan kerana pentadbiran Federal seperti yang di momokkan oleh jentera pembangkang yakni STAR. Tapi pemimpin tempatan BN negeri Sabah yang menganiaya mereka. Tanah adat menjadi milik syarikat kroni, perkampungan di tukar hak milik menjadi milik syarikat juga kroni. Penganugerahan projek telah di rancang akhirnya jatuh kepada kroni.
Selama ini, tanpa kerja berkebajikan dari pemimpin pemimpin Federal khasnya Kementerian KKLW. Serta program melalui konsep 1Malaysia. Kemiskinan yang kita nampak sekarang sudah tentu jauh miskin dari yang ada. Pokoknya pentadbiran BN Sabah tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat Sabah, gagal. Hampir saja ada tidak ada sama saja, ada kalanya lebih baik Sabah dijadikan Persekutuan seperti mana Pulau Labuan.
Begitu gambaran kegagalan BN Sabah.
Itu belum lagi kita sebut pasal kebobrokan sosial di kalangan masyarakat yang menjadi tanggungjawab Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah yakni Ketua Menteri Sabah. Himmm
Jadinya pada CyberTrooper Tiong pro Musa berserta pemimpin mereka. Jangan tegakkan benang yang basah. Mengangkat isu lapuk yang berkaitan dengan Menteri KKLW tidak akan mampu mengubah persepsi masyarakat Sabah terhadap apa yang mereka rasakan. Kenapa mereka miskin hina di negeri yang terkenal kaya.
Tanya pada penyokong STAR terutamanya KDM. Kenapa mereka begitu membenci BN Sabah.
Pada PRU13 yang lepas ada 12 kawasan yang dipertandingkan menjadi milik pembangkang. Peliknya walaupun komuniti di 12 kawasan berkenaan tidak mendapat manfaat pembangunan maklum kawasan pembangkang tapi mereka gembira bersama pembangkang. Begitu teruk kebencian mereka terhadap BN Sabah di bawah pentadbiran Musa. Rela hidup sengsara daripada dipimpin oleh Musa.
Mohon pencerahan jangan malah memarahi saya ya, himmm.?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.