PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyindir media pro-kerajaan yang menggunakan individu yang sudah hilang nilai integriti untuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata, media pro-kerajaan menggunakan individu popular untuk menangkis serangan terhadap Najib tetapi sebenarnya mereka itu popular dengan penyelewengan dalam UMNO.
Katanya, tidak hairanlah jika ada sesetengah penyokong Najib itu ‘sampah’ yang disebabkan tindakan tidak profesional media prokerajaan.
“Nak cari bantuan carilah orang yang berintegriti untuk diletakkan di barisan depan dan bukannya muka-muka yang menyebabkan orang tutup TV sehingga rating penonton berita jatuh bagitu teruk,” katanya.
Zainuddin berkata, individu tidak berintegriti itu diberi keutamaan di media prokerajaan berbanding pemimpin UMNO yang berintegriti.
“TV atau di Utusan Malaysia,Berita Harian NST dan sebagainya dan tidakkah ini bertentangan dengan journalisme yang berasaskan reliability dan authority?,” tanya bekas Pengarang Utusan Malaysia itu.
Menulis dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com, Zainuddin akui beliau tidak berniat untuk merendah-rendah tugas media, sebaliknya cuma mempertikai tindakan mengutamakan mereka yang sudah hilang intergeriti.
“Saya tidak maksudkan penulis dan wartawan profesional dalam media sosial atau akhbar kawalan kerajaan mahupun sukarelawan penyokong Najib sebagai sampah.
“Cuma, menjadi pertanyaan saya ialah kriteria dan etika penilaian kewartawanan oleh Ketua-Ketua Pengarang. Adakah profesioalisme tidak lagi menjadi panduan?,” ujarnya.
Tambah Zainuddin, walaupun niat media kerajaan itu adalah untuk membantu Najib dalam pentadbiranya, mereka sepatutnya meletakkan individu-individu yang lebih berintegriti bukannya mereka yang sudah hilang maruah diri dalam UMNO.
Sumber FMT
Admin agak bersetuju dengan kenyataan Datuk Zainuddin Maidin diatas. Mereka yang kononnya sibuk mempertahankan skandal 1MDB adalah mereka yang pandai bermuka muka, sedang tanpa mereka sedari mereka telah menambah beban UMNO. Penyokong sampah, ada tidak ada sama saja. Himmm
Seperti juga halnya dengan kumpulan CyberTrooper BN Sabah. Tahu cakap saja, tidak ada beza dengan burung Tiong. Sedangkan apa yang mereka canang, tanpa mereka sedari telah menukar krisis 1MDB kepada liabiliti khususnya pada BN di negeri Sabah.
Sudahlah DAP kian bertapak, di burukkan lagi dengan penyokong sampah. Tidak semua tapi ada.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.