Showing posts with label singgahmata. Show all posts
Showing posts with label singgahmata. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Tidak Wajar Esscom Di Persalahkan Secara Total ?



Ada tu saya terbaca pasal kemampuan Esscom dan peruntukannya, yang dicanang terutamanya oleh pemimpin pembangkang khasnya Lim Kit Siang, DAP.

Katanya, Esscom telah berbelanja  beratus juta ringgit tapi keadaan tetap begitu rupa, di mana perairan negara masih tidak terjamin dari ancaman pihak luar, malah katanya semakin teruk.

Tapi akhirnya saya tersenyum dengan dakwan yang dibuat di atas.  Saya juga baru "memahami", rupanya pemimpin pemimpin pembangkang ini kebanyakan berstatus haprak, jelas tidak tahu apa apa. Yang hanya mereka tahu ialah mempersoal isu semasa sekaligus menukarnya kepada isu politik, walaupun pada hakikatnya mereka sendiri tidak jelas dengan apa yang berlaku. Seperti mana insiden MH370 dan yang terbaru pasal insiden penculikan di Pulau Singgahmata, Semporna. Serius

Begini, Lim Kit Siang mempersoal kononnya Esscom telah menerima peruntukan mencecah RM300 juta tapi keselamatan di perairan Sabah semakin teruk,  kurang itu, dia pula memperlekeh insiden penculikan di Pulau Singgamata Resort sebagai "April Fools Joke". Nampak sangat DAP  memang pengamal politik provokatif yakni sengaja mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat Malaysia umunya dan khasnya masyarakat Sabah.  Jangaan di lupa Elizabeth juga pemimpin DAP yang pernah berpolemik dengan keharmonian di negeri Sabah ya.

Selain itu, ada juga suara suara sumbang yang kedengaran, konon mempersoal kemampuan Esscom dalam melaksanakan tanggungjawabnya, sedang saya yakin mereka sendiri tidak tahu tu apa sebabnya  Esscom di wujudkan. Adeh.

Kebenarannya, Esscom hanya mendapat peruntukan sebanyak RM2.83 juta sejak awal kewujudannya daripada RM300 juta yang di canang oleh pemimpin pembangkang. Selebihnya sebanyak RM297.17 juta daripada RM300 juta adalah milik agensi keselamatan seperti Polis, Tentera dan agensi yang berkaitan.

Jadi cuba bayangkan, apa yang boleh di lakukan dengan peruntukan sebanyak RM2.83 juta ? Hanya untuk menampung kos perbelanjaan 2 batalion yang bernaung di bawah agensi Esscom sudah tidak memadai. Apa lagi untuk merancang sekaligus melaksanakan langkah langkah khas dalam memastikan perairan laut negeri Sabah berada jauh dari ancaman pencerobohan seperti yang dilakukan oleh agensi keselamatan sepertinya Marine dan PGA. Adeh

Esscom tidak memiliki kuasa "command and control" terhadap mana mana agensi keselamatan. Esscom hanya menunggu arahan tindakan dari pihak atasan atau Ketua Polis  untuk bertindak keatas insiden yang mungkin akan  berlaku. Atau senang cerita Esscom tidak ada autoriti untuk mengelurkan arahan.  Bermaksud Esscom tidak lebih dari agensi perantaraan. Tapi kenapa begitu mudah Esscom  di persalahkan, apa lagi kewujudan Esscom baru sahaja setahun jagung, yang sudah tentu pasti tidak memungkinkan  Esscom mampu menanggung semua ketirisan yang berlaku sebelum kewujudan Esscom. Sebelum Esscom diwujudkan, ada berlaku beberapa insiden penculikan di Lahad Datu dan diperairan tertentu di negeri Sabah, jadi dari mana datangnya ketirisan tu, siapa yang harus di persalahkan ? Hata tujuan Esscom di wujudkan pun adalah ekoran pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu oleh "Kesultanan Kiram". Jadi ? :)

Selain di atas, kedengaran juga kononnya Esscom di lengkapi oleh enam batalion tapi masih tidak mampu menjaga perairan negara. Sedang yang sebenarnya Esscom hanya memiliki dua batalion,  jadi ada di mana kekuatan Esscom dalan menjaga perairan Sabah yang sangat luas ni ? Untuk makluman dua batalion ini di letakkan di FELDA Sahabat merangkumi sepanjang perairan Tanjung Labian. Bagaimana pula keselamtan di perairan daerah Semporna  dan lain lain perairan selain perairan yang di jaga oleh Esscom  ?

Konklusinya, Esscom tidak boleh di persalahkan secara total sebab ia adalah agensi yang tidak pun memiliki autoriti terhadap keseluruhan keselamatan perairan negara khasnya perairan di negeri Sabah, apa lagi esscom tidak pun memiliki kuasa, "command and control jauh sekali kelengkapan senjata.

Pun begitu, baik masyarakat dan terutamanya  pemimpin pemimpin pembangkang harus melihat kejayaan yang telah di capai oleh Esscom sepertinya kawalan terhadap sepanjang perairan Lahad Datu sekaligus mengekang tuntutan/pencerobohan berterusan dari pihak "Kesultanan Kiram", bukan hanya melihat pada kekurangan. Ingat mengekang pencerobohan dari "Kesultanan Kiram" adalah matlamat utama Esscom di tubuhkan.

Sebab itu saya katakan, adalah tidak wajar andai Pengarah Esscom yakni Mohammad Mentek di persalahkan secara total sekaligus terlibat dengan penstrukturan semula Esscom.

Adalah lebih baik kalau selepas ini  daerah Semporna di masukkan dalam perlaksaan Esscom, agar kejadian yang sama yakni insiden penculikan tidak berulang. Perlu diberi  ingat, jangan pula selepas ini perairan Sabah macam berada dalam suasana perang hingga boleh membawa risau kepada masyarakat, biasa biasa jak.  Arios :)

Opss, sebelum terlupa, saya di khabarkan ada pihak yang telah mendapat maklumat terlebih awal mengenai rancangan penculikan pada sekitar  jam 10.00pm akan tapi  agensi yang dipertanggungjawabkan secara khusus untuk membenteras, lambat mengambil tindakan sehinggalah insiden penculikan berlaku di Pulau Singgmata pada jam 10.30pm. Apa kebobrokan ini boleh di letakkan di bahu Esscom ?






Tuesday, April 8, 2014

Pos Keselamatan Di 11 Pusat Pelancongan Tapi Gejala Syabu ?

KUALA LUMPUR: Semua 11 Pulau peranginan di Semporna kini dilengkapi pos kawalan keselamatan dengan yang terbaharu di Singamata Adventures Reef and Resort.

Untuk kesan yang lebih baik dan meyakinkan masyarakat ada baiknya kalau pos pos keselamatan seperti ini juga di letakkan di kampung kampung yang telah dikenal pasti mengandung pelbagai kegiatan sosial yang negatif. Bukan hanya tertumpu di pusat pusat peranginan. Dengan itu juga ia akan mampu  membenteras kegiatan pengedar dadah/syabu di daerah ini khasnya dan umumnya di pantai timur Sabah.

Bukan apa, kalau kita mengukur kesannya kepada keamanan, berikutan pengwujudan pos keselamatan hanya di sekitar Pulau Pulau pelancongan ekoran insiden penculikan di Pulau Singgahmata, sebenarnya ia tidak memberikan kesan positi yang mendalam.

Memandangkan di tanah besar daerah Semporna sendiri telah agak sarat dengan kehadiran pendatang baharu yang mampu melakukan kegiatan jenayah kalau tidak ada pemantaun keselamatan walaupun ia cukup hanya bersifat umum.

Sebab itu suka saya mencadangkan agar penyelesaian ekoran insiden penculikan di Pulau Singgamata dipanjangkan ke tanah besar, supaya kesannya betul betul di rasa dan bersifat jangka panjang. 


Posted via Blogaway

Sunday, April 6, 2014

Cadangan Penutupan Singgahmata Adventure Resort Tidak Drastik, Andai ?



Ramai pula yang mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pasal cadangannya untuk menutup Singgamata Adventures Reef Resort atau mana mana pusat peranginan yang berhampiran sebab kedudukannya yang agak terpencil jesteru menyulitkan pihak keselamatan untuk membuat pemantauan.

Hakikatnya kita tidak bersetuju atau saja bersetuju dengan pendapat segelintir pemimpin pemimpin Sabah yang menolak cadangan penutupan sebab pada pendapat mereka ia adalah tindakan yang agak drastik dan tidak pun mampu menyelesaikan persoalan untuk tempoh yang panjang. Walaupun kenyataan timbalan menteri berkenaan hanyalah mungkin sinikal semata mata :)

Tapi tidaklah drastik, andai benar, pengurusan Singgamata Adventures Reef Resort sengaja menggaji pekerja yang langsung tidak ada keterangan diri walaupun telah diberi ingatan berulang kali. Nah kalau kerana kesalahan ini, kita bersetuju dengan cadangan penutupan. 

Inilah gaya pemimpin pemimpin negeri Sabah yang terdiri dari parti kompenan BN ni, manjang berpolemik dengan hal yang mereka sendiri tidak jelas atau saja cuba kelihatan sebagai pejuang pada masyarakat Sabah, wal hal ada banyak lagi perkara yang mereka boleh perjuangkan sepertinya memberikan peluang yang seluasnya kepada masyarakat Sabah untuk terlibat dengan program ekonomi. Terbaru Setiausaha Agung parti PBS, Datuk Johnny, sebelum ini Presiden SAPP yang turut berpolemik hingga sanggup menawarkan imbuhan berupa wang ringgit andai ada individu yang boleh menampar Menteri KDN, Zahid Hamidi. Pada hal sebelum ini dia sendiri tidak menyumbang kepada kemajuan masyarakat Sabah, buktinya ketika beliau menjadi Ketua Menteri, apa yang dia telah sumbangkan ?  :)

Semahu kita ni, berikan sokongan atau paling tidak pertimbangan cadangan yang mungkin ada kebenarannya. Siapa tahu kalau pengurusan resort berkenaan terlibat dengan insiden penculikan atau saja boleh dipalitkan sebab menggaji pekerja yang tidak ada keterangan diri dan berpotensi menjadi dalang jahatan. Betul tidak ?

Terlanjur menulis pasal perkara ini, suka saya mencadangkan agar selepas ini semua pusat pusat peranginan di daerah Semporna khasnya dan umumnya Sabah agar mengaji pekerja di kalangan anak anak tempatan atau saja mereka yang mempunyai keterangan diri yang totally sah. 

Jangan Terlalu Ketat, Esscom

Terima atau tidak sebahagian besar penduduk negeri Sabah terutamanya yang bermastautin di Pantai Timur masih mempunyai hubungan kekeluargaan dengan leluhur mereka yang ada selatan Philipines terutamanya.

Jadinya perlaksanaan penguatkuasaan yang mungkin akan di jalankan selepas insiden penculikan di Pulau Singgahmata baru baru ini, jangan pula terlalu ketat.

Mungkin pendekatan yang lebih harmoni boleh di perkenalkan seperti contoh memperkenalkan pas lawatan sementara dan komersial bagi yang ingin berkunjung atau melakukan aktiviti perniagaan di negara Philipines atau sebaliknya.

Terima juga hakikat bahwa pola ekonomi di pantai timur Sabah banyak melibatkan bekas pendatang yang sudah ada keterangan diri tapi masih mempunyai hubungan kekeluargaan di selatan Philipines. 

Kebanyakannya terlibat dalam perniagaan kecil kecilan dan pembinaan bangunan sebagai buruh kasar.
Jadinya terlalu menguatkankuasakan  keselamatan hingga ke tahap yang terlalu, boleh membawa kepada gejala sosial yang baharu selain menjejaskan pola ekonomi setempat atau mungkin saja pada ekonomi negeri Sabah.

Posted via Blogaway

ESSCOM Di arah Tingkat Tahap Kesiapsiagaan


LEDANG: Kabinet mengarahkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meningkatkan tahap kesiapsiagaan, pengawasan dan perisikan ekoran masih berlaku kejadian jenayah di perairan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius berulangnya kejadian jenayah dengan terbaharu insiden penculikan dua wanita termasuk seorang warga China di sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas.
"Kita pandang berat tentang isu yang telah berulang kali berlaku apa lagi selepas Esscom ditubuhkan, ia masih terus berlaku.

"Kita sedar kawasan ini bukan mudah untuk dikawal kerana pantainya luas dan berhampiran pulau-pulau di bawah jagaan Filipina," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Ledang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian penculikan di Sabah walaupun dengan kewujudan Esscom.

Muhyiddin berkata, Esscom akan dipanggil memberikan taklimat khusus pada mesyuarat Kabinet akan datang berhubung keupayaannya menghadapi ancaman jenayah.

"Mesyuarat jemaah menteri semalam memutuskan kita teliti struktur perintah yang ada di Esscom kerana di situ ada agensi seperti tentera, polis dan penjawat awam.

"Di samping itu apa aset atau alatan ketenteraan seperti bot dan helikopter, ini kita akan teliti, jadi kita panggil Esscom beri taklimat," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Esscom diminta memberi maklumat kepada masyarakat khususnya pengusaha resort dan pelancong mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika berada di kawasan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, tindakan mengesan mangsa masih diteruskan pihak berkuasa.

Katanya beliau berharap mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan dibebaskan penjenayah. - Bernama


Posted via Blogaway

Friday, April 4, 2014

Yong Teck Lee Berlagak Hero




Datuk Yong Tech Lee menawarkan RM 500 pada sesiapa yang dapat menampar Menteri KDN ? alsebab kenyataan Timbalan Menteri KDN yang mengesyorkan agar pusat pusat peranginan yang terpencil di tutup ekoran faktor keselamatan.

Dan ganjaran RM1000 pada mana mana ahli parlimen yang mengusulkan potongan gaji terhadap Menteri KDN,  Menteri Pertahanan dan Menteri KKLW.

Ini timbalan menteri ni juga satu hal, membuat kenyataan pun macam tidak masuk akal. Tapi apa hal pula dengan Datuk YTL ni, macam sungguh pejuang rakyat ni, alahai.

Kalau ia pun mahu di lihat sebagai pejuang politik agak agak lah, mengata orang tapi dia pula macam budak budak.  Memang begini dia puna gaya politik ni sejak dari dulu manjang ikut ikutan. Sebab itulah ketika dia menjadi Ketua Menteri Sabah tidak ada apa yang dia buat, paling pun ada hanya untuk mengisi kantungnya.  Bukan saya kata ya tapi saya mengikut kenyataan Anwar Ibrahim :)

Jangan kamu orang ambil kisah sangat, anggap saja pemimpin  SAPP seorang ni macam orang yang gila talak, kurang itu macam budak budak. Alahai

http://m.malaysiakini.com/news/259124

Mangsa Culik Pulau Singgamata Dalam Keadaan Baik

Dua orang mangsa culik di Pulau Singgahmata, Semporna berada dalam keadaan baik, kini mereka berada di selatan Philipines dan kedudukan sebenar mereka juga telah dikenal pasti, itu menurut Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek.


Di ketahui, penculik ini bergiat aktif dalam mencari mangsa untuk dijadikan tebusan, dan bergiat aktif di selatan Philipines. Di percayai juga kumpulan pengganas yang menculik dua orang mangsa di Pulau Singgahmata ini mempunyai rangkaian dengan individu tempatan yang berasal dari Philipines.

Seorang daripada penculik ini adalah anggota kumpulan penculik yang menculik  di Pulau Pom Pom dan Pulau Sipadan sebelum ini.

Ekoran insiden penculikan ini, pihak keselamatan telah menangkap seramai 15 orang pekerja Resort Singgahmata dimana kejadian culik berlaku, sebab tidak memiliki keterangan diri yang sah walaupun sebelum ini telah diingatkan berulang kali dan disyorkan untuk menggaji pekerja tempatan.