Saturday, June 13, 2015

Penculik Guna PTI Sebagai Tali Barut. (ada sekali pendapat admin)

KUNAK: Kumpulan penculik di selatan Filipina dipercayai menggunakan pendatang asing tanpa izin
(PATI) sebagai `tali barut’ untuk melakukan jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Penolong Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Supt. Che Aris Bakar berkata, taktik menggunakan tali barut itu adalah bagi mendapatkan tebusan.
Beliau berkata, secara tradisinya sasaran utama kumpulan penculik bertumpu kepada mereka yang menjalankan aktiviti perusahaan ternakan ikan dalam sangkar, perusahaan, rumpai laut, nelayan dan pelayaran.

Namun, katanya, sasaran kini turut melibatkan kawasan di darat seperti restoran.

“Penculikan yang berlaku (di sebuah restoran) di Sandakan dipercayai didalangi oleh orang dalam yang serba mengetahui keadaan dan individu yang disasarkan.

“Jelas sekali, Esscom juga berdepan penjenayah atau PATI yang sudah berada di Sabah yang bertindak sebagai pemberi maklumat,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Program Pertemuan Esscom Bersama Komuniti Nelayan Kunak pada Sabtu.

Pada 14 Mei lepas, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dan menculik seorang pelanggan lelaki dan seorang wanita yang merupakan kakak ipar pengurus restoran itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Sumber FMT

Kurang itu ada pula bekas PTI yang dilantik atau diiktiraf sebagai Ketua di peringkat akar umbi atau kampung. Terutamanya di Pantai Timur Sabah. Jadi kan kita tidak menolak kalau ada diantara mereka yang menjadi tali barut kepada penculik atau penceroboh paling tidak dengan menyembunyikan kegiatan kumpulan penjahat, maklum berasal dari leluhur yang sama. Sebab itu jugalah kalau kita perhatikan gejala sosial semakin meningkat. Himmm

Ini pemimpin pemimpin politik kan jangan terlalu berpolitik hingga lupa akan sensitiviti masyarakat setempat atau tempatan. Mereka juga punya semangat nasionalisme bagi memperjuangkan atau mempertahankan apa yang dipanggil hak mereka terhadap kampung mereka.

Jangan nafikan hak mereka, hanya kerana mereka cakap tidak serupa bikin, maklum memang begitu pemikiran komuniti yang kurang atau tidak berpendidikan. Walaubagaimanapun jangan dilupa mereka punya nilai yang sangat berharga di dalam demokrasi khasnya ketika PRU, ini yang perlu dijaga jangan sampai terlepas kepada pembangkang.

Kamu orang tahukah, semangat nasionalisme jauh lebih berharga dari wang ringgit kalau masyarakat sudah tersedar dari lamunan atau tersepit oleh keadaan.

Harus hak diletakkan pada tempatnya, Tuhan pun sayang. Nanti dunia akhirat mendapat rahmat.

Percayakan saya.


No comments: