Saturday, April 18, 2015

Cukup Cukuplah Cerita GST, Tenang Saja

Sememangnya GST adalah sistem ekonomi, yang bertujuan untuk menambah pendapatan negara. Bukannya sistem yang sengaja diwujudkan untuk menyusahkan masyarakat, sekaligus melemahkan BN.

Tidak dinafikan negara ini punya sumber alam yang banyak tapi itu tidak bermakna  negara ini sewajarnya terasing dari tuntutan ekonomi global yang memaksa keterlibatan semua pihak termasuklah  masyarakat itu sendiri.

Cuba bayangkan, negara mengeluarkan atau membelanjakan dana, selepas itu wang yang banyak menjadi milik orang kaya yang datang dari proses ekonomi. Bagaimana lah wang berkenaan datang balik kepada negara, kalau tidak ada dasar kutipan cukai yang sempurna lagi menyeluruh.?

Sekali lagi GST sangat baik untuk negara dan masyarakat, tinggal lagi perlu ada penguatkuasaan yang jelas lagi tegas. Itu saja.

Maksud saya kan, jangan terlalu berpolemik pasal GST, malu kita. Nelayan, Petani masyarakat biasa saya lihat ok saja, tidak pun mereka membebel pasal sedikit kenaikan harga. Mereka yakin tu, rezeki itu adalah ketentuan Allah. Buat apa nak kisah.

Sekali sekala mempersoal GST iya tidak mengapa, adat bernegara. Jangan setiap masa. Himmm

GST pada akhirnya akan menjadi sebahagian daripada evolusi ketamadunan bangsa Malaysia. Apa yang penting, ketenangan jangan terpengaruh oleh propaganda pembangkang. Buktinya kalau pun mereka yang menjadi pemerintah, tidak mungkin GST boleh di tarik balik. Atau pun kalau boleh, itu bermakna kenaikan harga barang ada campurtangan politik pembangkang. Betul tidak.?


No comments: