Wednesday, April 29, 2015

Penarikan Balik GST 6% Terhadap Top Up Kredit

Penarikan balik cukai GST 6% yang sebelum ini dikenakan terhadap setiap Top Up kredit rangkaian telekomunikasi.

Sudah tentu pasti, penarikan ini amat menggembirakan ramai masyarakat.

Tahniah, pemerintah.


Setuju Dengan Penganugerahan Mantan DO, Master Felding Di Regatta Lepa 2015



Kebudayaan adalah ketamadunan manusia dan tidak pernah berakhir akan terus berevolusi.

Budaya yang kita junjung sekarang ini pun masih dalam proses pengembangan yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhir. Tidak satupun manusia di dunia yang mampu menghentikannya.

Jadinya kan penganugerahan mantan DO Semporna, Master Felding yang berbangsa British melalui pesta kebudayaan Reggata Lepa 2015 adalah sebahagian daripada proses pengembangan budaya itu sendiri. Yang tidak sikit pun mencacatkan budaya Bajau.

Apa lagi beliau bekas kakitangan Pejabat Daerah yang menjawat jawatan DO yang sudah tentu telah menabur banyak jasa pada masyarakat Bajau Semporna.

Jadi tidak timbul isu, kononnya mantan DO Semporna, Master Felding tidak layak menerima anugerah tertinggi dari kebudayaan Bajau Semporna yang disampaikan melalui pesta Reggata Lepa yang diadakan setiap tahun. Hanya kerana beliau berbangsa asing (penjajah).

Sama juga halnya dengan konsep beragama. Tidak semestinya bila seseorang itu telah menganut agama Islam maka secara automatik bangsanya telah bertukar menjadi bangsa Arab. Bangsanya tetap asal, tapi agama telah berkembang. Nampak tak.?

Tidak kah mereka terfikir, kenapa bila budaya barat menjadi sebahagian dari budaya kita, tidak pula ada yang kisah. Sebab kononnya itulah ciri ciri masyarakat moden. Alahai

Tapi kenapa bila masyarakat barat mengiktiraf budaya bangsa yang ada di Malaysia, pula yang dipersoalkan.

Harus masyarakat yang agak berpendidikan itu faham akan proses ini. Jangan jadikan budaya sebagai alat untuk kekal di takuk lama. Sama ada sedar atau tidak.  Himmm


Hukuman Bunuh, Pengedar Dadah Oleh Jokowi.

Andrew Chan and Myuran Sukumaran, dua individu bangsat ini telah menjalani hukuman bunuh oleh pemerintah Indonesia, Jokowi di Pulau Nusakambangan. Sebab telah didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran dadah di negara berdaulat Indonesia.

Sebelum hukuman bunuh ini ditunaikan, pemerintah Australia ada meminta pertimbangan agar hukuman bunuh tidak dikenakan.

Permintaan yang sangat pelik, usaha memusnahkan masyarakat mereka, tapi dibela. Himmm

Yang menarik perhatian saya ialah dadah berkenaan cuba dibawa keluar dari negara Indonesia yang akan memusnahkan hidup remaja belia mereka, Australia. Tapi atas dasar kemanusiaan yang tinggi, tetap juga dua bangsat itu dianggap sebagai telah melakukan kesalahan besar yakni penganiayaan sesama insan manusia.

Saya antara masyarakat sivil dari Malaysia, menjunjung tinggi pentadbiran Jokowi. Tahniah, tahniah dan syabas.

Dengan itu juga kan, saya sebagai masyarakat sivil menyeru agar aktiviti pengedaran dadah di Malaysia umumnya, khasnya di Sabah dapat dibanteras dengan kadar yang segera.

Membenteras kegiatan jenayah dadah adalah jihad yang sebenar benarnya. Allahuakbar.


Najib - Buat Penilaian Secara Matang

Najib yakin kebenaran akan tiba dan ketika itu ia akan menangkis segala nista dan tohmahan pihak tertentu terhadap usaha yang dilakukan pentadbirannya selama ini. Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru agar rakyat dapat berfikir dengan matang dan tidak diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan dan usaha-usaha murni yang dilakukan selama ini.

Tegasnya, atas nama kebaktian kepada untuk semua, pentadbirannya tidak akan goyah walaupun diasak dan dikritik.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Najib yakin kebenaran akan tiba dan ketika itu ia akan menangkis segala nista dan tohmahan pihak tertentu terhadap usaha yang dilakukan pentadbirannya selama ini.

“Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku Perdana Menteri,bersama-sama Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baharu demi kebaktian kepada rakyat dan negara,” katanya.

Bagi tujuan itu, beliau menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa mendengar rungutan dan kritikan serta amat mengalu-alukan pandangan juga pendapat yang diberikan oleh semua golongan termasuk rakyat dalam usaha membangunkan negara.

“Harus diingat, apa jua bentuk kritikan dan saranan, perlulah bersifat membina dan tidak semberono atau main hentam melulu sahaja kerana hanya dengan kritikan dan saranan-saranan yang membina, barulah kita mampu memperbetulkan, mengislah dan memperbaiki segala yang kurang dan kelemahan yang wujud di sana sini,” jelasnya.

Sumber Malaysiakini

Ini yang kita maksudkan, seperti mana  tulisan diri sebelum ini. Di sebalik apa yang saya nyatakan berhubung teguran oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, terhadap Datuk Seri Najib Razak ekoran kritikan Dr M.

Semua teguran itu bertujuan untuk membetulkan keadaan atau persepsi. Dengan itu UMNO akan kekal dengan kekuatannya.

Nah kamu orang sudah faham kan. Perbezaan ini adalah rahmat, terutamanya apa yang diinginkan oleh dua pemimpin diatas.

Sekali lagi, merujuk tulisan diri sebelum ini, apa yang penting ialah bagaimana kita masyarakat pro BN menyikapinya.


Tuesday, April 28, 2015

Acara Keagamaan Punca Gempa Bumi Di Nepal





Acara keagamaan di Nepal telah mengorbankan sebanyak 250,000 ekor lembu. Dua hari selepas itu berlaku gempa bumi di negara berkenaan juga telah mengorbankan hampir mencecah +-2800 orang korban jiwa. Nah kan, aniaya binatang lagi.

Ertinya, jangan kan manusia sedang binatang pun kalau tidak diurus dengan baik mampu mengundang amarah Tuhan.






Gempa bumi telah mengorbankan beribu ribu jiwa.


Shafie Perjumpaan Dengan Masyarakat Orang Asli

Satu program perjumpaan bersama Dato Sri Shafie Apdal dengan masyarakat orang asli yang bertempat di Kediak, Pahang telah berlangsung dengan jayanya.

Pada majlis itu diadakan sesi penyampaian bantuan, termasuklah penyerahan kunci rumah kepada komuniti orang asli.

Kerja mulia yang sangat memberikan makna yang mendalam. Alhamdulillah.

Kerja berkebajikan oleh BN ini tidak hanya berlaku bila tiba saat pilihan raya tapi setiap masa.


Shafie, Cadangan Anwar Keluar Mengundi Tidak Munasabah

Gambar Hiasan Tapi Berkaitan

Betul apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Tidak ada keistimewaan bagi seorang banduan sepertinya Anwar Ibrahim untuk dibenarkan membuang undi di PRK Permatang Pauh.

Kita sendiri tidak terfikir akan ada cadangan sedemikian rupa, malah pula mendapat pertimbangan dari pemerintah.

Kalau permintaan pembangkang berkenaan mendapat kebenaran. Nah ada banyak kes yang saya tahu, dipenjarakan kerna bersalah walhal sebaliknya hanya kerana dia tidak di wakili oleh peguam.

Bukan macam Anwar tetap bersalah walaupun dikelilingi oleh Peguam. Tapi ada pula cadangan pelik, keluar dari penjara hanya kerana PRK. Himmm.

Perlembagaan atau undang undang adalah teras kepada keamanan masyarakat. Andai ini tidak dipatuhi, apa lagi sistem yang boleh mengawal keadaan, sedang ada kalanya takdir Tuhan cuba ditidakkan.

Kesimpulannya kan cadangan pembangkang supaya Anwar dibenarkan keluar dari penjara Sungai Buloh hanya kerana mengundi adalah tidak munasabah.


Shafie, Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Rompin.

Datuk Seri Shafie Apdal di Majlis Pemimpin bersama rakyat Rompin, Pahang.

Menyampaikan bantuan sarahidup pada peserta projek tanam semula, Felcra Endau. Sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan JKKK Bukit Ibam, Rompin.

Kerja ikhlas lagi berkualiti akan mampu dirasa oleh masyarakat.


Monday, April 27, 2015

Kekurangan Undi Majoriti Di PRK Permatang Dan Rompin Adalah Kekalahan



PRK Permatang Pauh, untuk BN menang tidaklah kot tapi tidak mustahil apa pun berlaku, ini kan politik. Tapi kalau majoriti PKR berkurangan, itu boleh berlaku. Begitu juga dengan PRK Rompin, ada kemungkinannya majoriti BN agak berkurangan tapi sangat mustahil untuk PR memenanginya. ;-)

Berkurangnya majoriti dengan begitu banyak bererti kekalahan, sekaligus  boleh dijadikan kayu ukur kepada kekuatan parti sebelum tibanya PRU. Memandangkan Permatang Pauh dan Rompin adalah kubo kuat parti masing masing.

Kalau kita teruskan polemik ini maka selanjutnya seperti dibawah :-

Kita sedia maklum calon PKR di Permatang Pauh tidak mendapat dukungan daripada PAS, bererti Wan Azizah akan kehilangan undi daripada PAS. Dengan itu majoriti PKR sudah tentu akan berkurangan. Nampak.?

Saat akhir kenyataan dari PAS yang mendukung calon PKR hanyalah retorik politik demi usaha menjaga hubungan PAS di dalam PR. Tidak lebih daripada itu, supaya dengan itu saling kebergantungan mereka akan tetap terjamin, sekurangnya hubungan politik mereka sampai ke PRU akan datang.

Buktinya ketika penamaan calon, tidak kelihatan satu pun bendera PAS di kibarkan. Sedangkan saat itulah, kekuatan sokongan parti komponen amat perlu untuk ditunjukkan kepada pengundi.

Manakala di PRK Rompin, tidak ada isu yang hangat yang boleh menjejaskan kredibiliti calon atau saja pergeseran dalaman UMNO yang menyumbang kepada kekalahan BN di PRK Rompin.

Tidak dinafikan dakwaan Dr M sedikit sebanyak akan memberikan kesan negatif, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan politik. Pun begitu, seperti yang dinyatakan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal, usaha keras di ruang maya amat ditagih, bagi menepis segala tuduhan pembangkang yang tidak berasas. Ini dapat dilakukan maka majoriti BN akan bertambah khasnya di Rompin.

Soal kesan daripada perlaksanaan GST, tidaklah ia mempengaruhi kehendak pengundi, memandangkan ceramah berkaitan GST bagi memperjelaskannya kepada umum sedang rancak dijalankan. Tinggal lagi caranya biarlah nampak realistik.

(harus ditegaskan bahwa GST sebahagian daripada sistem ekonomi, yang wajib dilalui oleh setiap individu tidak terkecuali pengundi di PRK berkenaan)

Saya ulangi kenyataan diri diatas, kekurangan majoriti yang mendadak adalah sebenarnya kekalahan. Jadi, pada jentera BN pastikan kekurangan ini tidak berlaku.

Isunya kan, ditakdirkan sungguh majoriti berkurangan, parti mana yang betul betul terkesan sekaligus memberikan kesan negatif menjelangnya PRU.? 😉


Sunday, April 26, 2015

Muhyiddin Dan Zahid Menolak Gesaan Dr M, Pasal Jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Baik pemimpin atau penyokong BN. Untuk menafikan kredibiliti Dr M harus ia kelihatan bijaksana, jangan merapu.

Begini contoh pendapat yang budiman :-

Kalau benar Dr M ingin menggugat kedudukan PM Najib Razak maka semestinya Dr M mendesak agar TPM Muhyiddin mengeluarkan kenyataan supaya PM Najib Razak mengundurkan diri.

Daripada Dr M berterusan berpolemik di luar organisasi UMNO, tidak kritikan itu mendatangkan manfaat kepada BN malah sebaliknya.

Kalau dulu pilihan ada di tangan PM Najib, akibat kritikan bertali arus maka tekanan kini berada di tangan Dr M. Sejauh mana beliau boleh mempengaruhi Timbalan Perdana Menteri.

(belum sempat saya paparkan entri diatas, sudah ada kenyataan terbaru dari TPM tapi agak kontra)

Pergolakan semasa politik UMNO, "sukar" untuk diulas. Semakin rumit.

Sebab individu pemimpin yang menjadi kunci yakni TPM Tan Sri Muhyiddin buat masa ini tidak ingin mengikut kehendak Dr M. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai serangan terbaru Dr. M terhadap pentadbiran negara.

Begitu juga dengan Datuk Zahid Hamidi menurutnya, tidak ada keperluannya untuk menukar PM Najib Razak. Beliau ketika mengulas kenyataan Tun Dr M yang mahu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran Najib menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi.

Adakah dengan itu telah ia menutup spekulasi pasal peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia.?

Selepas ini apa agaknya yang akan berlaku ya. Adakah Dr M akan meneruskan serangannya atau berhenti begitu saja, sebab telah pun mendengar kenyataan padu daripada pemimpin rasmi UMNO itu sendiri. Yang mereka tetap memihak Datuk Najib Razak untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Saturday, April 25, 2015

Wan Azizah Calon Oligarki Politik

Wan Azizah calon PKR di PRK Permatang Pauh. Hanya satu soalan untuk beliau dan penyokong PR.

Apa kelebihan atau kehebatan Wan Azizah. Sedang  dia juga menyandang  Yb DUN Kajang.?

Kalau pun dia hebat, tidak mungkin dia mampu melakukan satu kerja dalam satu masa.

Teringat saya pada satu falsafah hidup, orang barat. Tidak mungkin orang yang sama mampu menyelesaikan masalah yang berbeza dalam masa yang sama.

Inilah yang dimaksudkan dengan oligarki di dalam politik. Jawatan turun kepada isteri. Tidak lain tidak bukan hanya kerana kuasa semata. Apa haraki ini ada tercatat di dalam sejarah keagungan Islam. ?


Friday, April 24, 2015

Akaun Klon Jalin Luin, Bertujuan Memburukkan Saya Dan Pemimpin



Saya akan buat report polis. Sebelum ini ada tiga akaun klon yang menyerupai akaun Jalin Luin. Bertujuan untuk memburukkan saya, sekaligus pemimpin.

Individu ini agak pandai, dia blok diri dan kawan kawan saya, lepas itu baru dia menjalankan operasinya.

Terbaru, kawan tanpa sengaja terjumpa akaun ini.

Jadinya apa apa cerita berkaitan diri dan mana mana pemimpin, terutamanya pemimpin BN dari akaun ini, maka ia adalah fitnah, palsu lagi kurang ajar.

Tolong maklumkan pada diri.


Penyaman Udara Masjid Ar Rahman Tidak Berfungsi

Ini penyaman udara Masjid Ar Rahman, Bandar Semporna sudah dua Jumaat tidak berfungsi. (sepanjang pengetahuan saya dan kaitannya dengan apa yang saya mahu sampaikan).

Alasan atau puncanya telah dikenalpasti, sebab kuasa bekalan letrik tidak mencukupi. 

Pun begitu kalau itulah alasannya tidak ia boleh diterima, memandangkan telah dikenalpasti dan berlaku agak lama. Tapi tidak ada tindakan, takkan tidak ada kutipan wang masjid yang mencukupi.? 

Kebetulan Jumaat pada hari ini bertepatan dengan hari pertama sambutan pesta Reggata Lepa 2015. Dimana pelancong datang dari hampir pelusuk bandar dan daerah, yang sudah pasti mereka yang beragama Islam akan menunaikan solat di Masjid ini.

Ada penyaman udara tapi tidak berfungsi. Sama lah ertinya dengan tidak ada.

Sudahlah sesak, hangat lagi. Akhirnya kemudahan yang disediakan tidak memberikan manfaat.

Sama sama lah kita membetulkannya. Himmm, sedikit malu adalah juga.

Nasib baik saja alasannya agak munasabah, kalau saja alasannya sebab risau akan ada jemaah yang duduk lama di dalam masjid. Lagi lah memalukan. Himmm

Rasionalnya Pendapat Muhyiddin, Shafie Apdal Dan Azwan



Saya ingat apa yang dinyatakan oleh Azwan Bro, tidaklah salah mana. Bukannya kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai derhaka terhadap pemimpin atau parti tapi lebih kepada usaha membetulkan persepsi masyarakat terhadap kepimpinan UMNO, itu saja. Seperti mana TPM Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal.

Kematangan berpolitik tidak hanya setia sepanjang masa tapi adakalanya perlu berbeza pada perkara yang jelas silap atau salah. Apa lagi kalau parti itu berhadapan dengan krisis kepercayaan dari masyarakat.

Dengan perbezaan dalam masa yang sama bersikap matang, nanti yang akan mendapat kebaikannya ialah UMNO. Matang dalam erti kata yang sebenarnya. Tidak seperti sekarang, kedengarannya matang tapi cengeng.

Matang tapi cengeng di dalam politik adalah hal yang amat memualkan masyarakat. Masyarakat faham, malah ada kalanya lebih faham dari ahli politik yang tidak seberapa. Contohnya dari konteks kuasa, sepatutnya dengan kuasa yang ada di tangan maka segala kebobrokan yang dihadapi oleh masyarakat dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Tidak macam mencurahkan air diatas daun keladi.

Kepercayaan masyarakat terhadap parti, boleh dirai selepas pemimpin parti bersikap terbuka ekoran krisis yang dihadapi. Lalu tampil dengan penuh keberanian dan kematangan.

Saya menyokong atau bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh TPM, Naib Presiden, Shafie Apdal dan Azwan Bro yang menjurus kepada mencari jawapan. Tapi pula tidak bererti menafikan PM Najib Razak, selagi mana PM tidak sengaja membuat kesalahan. Inilah sikap yang kita perlu ada, bila kita mendengar kenyataan dari pemimpin UMNO terhadap PM dari konteks apa yang dinyatakan oleh Dr M.

Apa yang penting sekarang ini ialah sikap PM Najib Razak dalam mendepani, apa pun kenyataan dari pemimpin UMNO itu sendiri. Dan apa yang berlaku selepas itu.

Akhirnya juga, semua yang berlaku adalah sejenis strategi di dalam politik. Sebab harus diingatkan. Penolakan bukannya masalah, apa lagi di dalam politik, tapi bagaimana kita menghadapinya. Cakap serupa bikin atau apa dia.?


Wednesday, April 22, 2015

Perdana Menteri Boleh Dikritik Berbanding Ketua Menteri Sabah.

Menurut Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, PM Najib Razak dikelilingi oleh individu individu yang memandai mandai. Hanya mementingkan diri, jauh sekali menjaga politik PM Najib Razak. Maka itulah timbul konflik yang hampir melibatkan semua barisan utama UMNO.

Kenyataan seperti diatas telah lama menjadi liburan masyarakat politik di peringkat pertengahan dan akar umbi. Tidak hanya bertempat di kedai kopi tapi juga di ruang maya. Skop ceritanya meliputi 1MDB, walaupun pada ketika itu tidak berapa jelas.

Sebab itulah ada kita mendengar, jolokan punah sihat Perdana Menteri. Sebagai kesimpulan keatas apa yang berlaku.

Tapi sayang tidak mendapat peduli. Sehinggalah Dr M pula memainkan peranan.

Secara peribadi saya sendiri turut berpolemik dengan kelemahan tadbir, tapi hanya di peringkat negeri Sabah yang diketuai oleh orang orang Musa. Diri katakan, caranya terpulang apa yang penting bagaimana untuk memulihkan keyakinan masyarakat Sabah terhadap BN, memandangkan telah 12 kawasan menjadi milik pembangkang. Itu saja, ini tidak malah takut dengan bayang bayang sendiri.

Tapi juga sayang tidak mendapat peduli. Malah menjadi bahan cacian mereka yang berlagak CyberTrooper Tiong. Sehinggalah Datuk Jumat menjadi mangsa ketidakmampuan mereka dalam menangani dakwaan yang dilemparkan.

Ini kumpulan sengal ni bukan pandai faham, bagaimana untuk membetulkan politik. Buktinya sehingga sekarang ini pun mereka sengaja mencari gara gara, itu pembangkang yang sepatutnya mereka nyakan pula yang didiamkan. Himmm

Tidak malu kah, pentadbiran Perdana Menteri orang boleh kritik, berbanding pentadbiran negeri Sabah yang tidak seberapa tu. Apa lagi hanya sedikit kemajuan yang dirasa. Paling ada bangunan tinggi yang tidak pun menguntungkan masyarakat. Itu yang dijulang tinggi sebagai kononnya kejayaan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tauke Hap Seng boleh buat. Himmm

Nah terbukti benar, bukan. Fokus


Tuesday, April 21, 2015

Kaki Bodek Petualang UMNO

Ahli UMNO baru berjumlah 3.5 juta, jumlah pengundi seluruh Malaysia berjumlah 13 juta. Ertinya yang menentukan kemenangan parti ialah  masyarakat ramai yang bukan ahli parti ialah 9.5 juta.

Peliknya, masih ramai lagi pemimpin atau jentera UMNO yang tidak boleh di kritik.

Walhal, segala persoalan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang lebih kepada kepentingan masyarakat, bukannya organisasi atau ahli UMNO.

Begitu juga dengan kritikan yang datang daripada Dr M, benar kritikan ditujukan kepada pentadbir negara, tapi yang terkesan ialah masyarakat, bukan kah masyarakat yang menentukan kemenangan UMNO.

Terlalu lah kaki bodek mereka yang berkenaan. Era ini berpolitik harus realistik, hadapi persoalan persoalan dengan penuh keberanian.

Terima kelebihan orang lain pada masa yang sama mengakui kelemahan diri. Jangan malah syok sendiri. Harus kepentingan parti diutamakan.

Ini tidak, jangan kan jentera rasmi yang jelas kaki ampuh  walau UMNO berhadapan dengan pelbagai masalah sedang CyberTrooper yang macam kulit limau pun turut sama kaki ampuh, kurang itu macam Tiong . Selepas itu berlagak budiman. Ini sebenarnya puak ni adalah pengkhianat, bukannya jentera parti.


Krisis Salib Di Taman Medan, Siapa Sebenarnya Yang Bersalah.?



Tanda salib di Taman Medan, Petaling Jaya adalah hak mereka yang beragama Kristian.

Tapi, jangan pula dengan sengaja gereja di dirikan dibangunan rumah kedai yang menjadi tumpuan ramai terutamanya di kawasan bandar.

Cuba bayangkan, kalau ada individu kaya yang menaja. Semua rumah kedai diubah suai menjadi gereja lepas itu dipasangkan lambang Salib. Tidak nanti bandar itu mendapat jolokan bandar salib.

Lihat pada kesesuaian, jangan berbangga berbangga pada hal yang tidak patut. Ini negara Islam dalam masa yang sama memelihara kepentingan agama lain.

Buatlah gereja mengikut peraturan, supaya tidak mendapat tentangan dari masyarakat. Ada banyak gereja rasmi yang bertaburan di luar sana, tidak pun ia menjadi isu. Kenapa.? sebab kedudukannya yang sangat bersesuaian. Tidak seolahnya mencabar masyarakat setempat yang beragama Islam.

Di Eropah, tidak mudah mendirikan Masjid apa lagi mengubah suai rumah kediaman menjadi masjid umum. Perlu melalui proses yang ketat. Contohnya di Negara German dan Belgium. Masyarakat yang beragama Kristian hadir di tengah jalan untuk menunjuk perasaan sebagai tanda protes, walhal masyarakat Muslim itu juga sebenarnya warganegara negara berkenaan. Himmm

Lalu kenapa tuntutan yang sebegini kecil boleh bertukar kepada sentimen agama.?

Tidak ia menjadi isu kalau pihak gereja berlapang dada sekaligus menerima teguran dengan hati yang ikhlas. Sebab memang pun mereka melakukan kerja yang salah. Ini tidak malah dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan, supaya pentadbiran ini nampak zalim kepada masyarakat.

Akhirnya, siapa sebenarnya yang tidak bertanggungjawab.?

Samalah kita menjaga keharmonian dikalangan masyarakat, jangan agama pun ditukar kepada keuntungan politik dengan cara yang halus.


Monday, April 20, 2015

Sebelum Ini Muhyiddin Sekarang Shafie Terhadap Najib

Dulu ketika Pak Lah jadi PM, begitu mudah beliau mengundurkan diri. Kenapa.?

Yang pasti bukan kerana faktor kritikan pedas semata-mata tapi desakan atau asakan dari pemimpin tertinggi semasa UMNO khasnya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa dia punya maksud tu.?

Maksudnya tu, bukan pasal Dr M semata-mata yang berada di luar parti tapi lebih daripada itu. Ia di dorong oleh apa sebenarnya persoalan yang berlaku, selepas itu sejauh mana penerimaan masyarakat. Akhirnya, yang menjadi persoalan ialah di tahap mana sudah jalan penyelesaian kepada persoalan yang ditimbulkan.

Bila penyelesaian atau penjelasan kepada persoalan seperti mana diatas tidak jelas maka ruang luas akan tersedia, bisa saja berterusan sehinggalah menemui titik penyelesaiannya walaupun dalam paksa.

Kenyataan seolahnya menyokong oleh TPM Muhyiddin dan yang terbaru oleh Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal. Boleh dijadikan petunjuk, setakat mana sudah tahap penyelesaian/penjelasan kepada persoalan yang dilemparkan oleh Dr M terhadap PM Najib Razak. Apa telah  menyakinkan masyarakat atau apa dia.

Tidak juga bermakna dengan itu, dua individu pemimpin diatas telah membuat gesaan rasmi agar PM Najib Razak berundur tapi berupa susulan untuk memuaskan hati masyarakat. Sekaligus usaha mengekalkan sokongan masyarakat terhadap BN.

Suka kita ingatkan, akhirnya semua perbezaan ini akan berakhir dengan kekuatan bukannya perpecahan. Dalam hal ini kita masyarakat pro BN perlu lebih matang, ok.

(Pada entry sebelum ini kita tegaskan, bahwa setiap persoalan yang ditimbulkan perlu diberikan penjelasan yang sewajarnya)


Sunday, April 19, 2015

Pemimpin Dan Penyokong DAP Sendiri Tidak Percaya Pada Lim Guan Eng

ALOR SETAR - DAP Kedah mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan parti dengan baik dan efisien.

Setiausaha Organisasi, Law Theng Hooi berkata, kegagalan itu menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggunakan akta pertubuhan untuk menolak dan tidak menerima keputusan pemilihan parti sebanyak dua kali pada 2012 dan 2013.

Beliau berkata, kekeliruan juga timbul apabila berlaku pertambahan lebih 120 cawangan baharu di seluruh negara pada pemilihan 2013 yang masih dalam siasatan ROS.

"Kekeliruan ini masih belum dijawab oleh Guan Eng," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Theng Hooi berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga bersikap pilih kasih terhadap pemimpin DAP.

Penyokong dan penyokong DAP sendiri baru sedar rupanya Lim Guan Eng tidak reti buat kerja. Selain kaki tipu demi mengekalkan dominasinya terhadap DAP.

Peliknya pemimpin PKR dan PAS mahu pula berkerjasama dengan DAP.


Saturday, April 18, 2015

Cukup Cukuplah Cerita GST, Tenang Saja

Sememangnya GST adalah sistem ekonomi, yang bertujuan untuk menambah pendapatan negara. Bukannya sistem yang sengaja diwujudkan untuk menyusahkan masyarakat, sekaligus melemahkan BN.

Tidak dinafikan negara ini punya sumber alam yang banyak tapi itu tidak bermakna  negara ini sewajarnya terasing dari tuntutan ekonomi global yang memaksa keterlibatan semua pihak termasuklah  masyarakat itu sendiri.

Cuba bayangkan, negara mengeluarkan atau membelanjakan dana, selepas itu wang yang banyak menjadi milik orang kaya yang datang dari proses ekonomi. Bagaimana lah wang berkenaan datang balik kepada negara, kalau tidak ada dasar kutipan cukai yang sempurna lagi menyeluruh.?

Sekali lagi GST sangat baik untuk negara dan masyarakat, tinggal lagi perlu ada penguatkuasaan yang jelas lagi tegas. Itu saja.

Maksud saya kan, jangan terlalu berpolemik pasal GST, malu kita. Nelayan, Petani masyarakat biasa saya lihat ok saja, tidak pun mereka membebel pasal sedikit kenaikan harga. Mereka yakin tu, rezeki itu adalah ketentuan Allah. Buat apa nak kisah.

Sekali sekala mempersoal GST iya tidak mengapa, adat bernegara. Jangan setiap masa. Himmm

GST pada akhirnya akan menjadi sebahagian daripada evolusi ketamadunan bangsa Malaysia. Apa yang penting, ketenangan jangan terpengaruh oleh propaganda pembangkang. Buktinya kalau pun mereka yang menjadi pemerintah, tidak mungkin GST boleh di tarik balik. Atau pun kalau boleh, itu bermakna kenaikan harga barang ada campurtangan politik pembangkang. Betul tidak.?


Friday, April 17, 2015

Bekas Menteri Dan Penulis Blog Yang Yang Kurang Cerdik



Pendapat yang tidak rasional macam orang kebanyakan oleh bekas Menteri, Zaid Ibrahim. Katanya,

Ada kemungkinannya Dr M dan Anwar akan bergabung bagi menjatuhkan PM Najib Razak selepas itu Ku Li dilantik menjadi Perdana Menteri untuk tempoh tiga tahun sebelum habis penggal. Himmm.

Sebelum mempersoal apa yang di polemikkan oleh Zaid Ibrahim diatas. Suka kita tegaskan, Dr M hanyalah cuba untuk membetulkan mengikut apa yang beliau fahami pada masa yang sama mengakui kelebihan PM Najib Razak. Percayakan saya.

Jauh sekali mengajak Anwar Ibrahim berkerjasama, sebab kalau tidak samalah ertinya dengan meludah ke langit selepas itu di jilat. Perbuatan yang sangat hina.

Kalau kunjungan hormat Dr M keatas arwah ayah Anwar, disalah ertikan menjadi keuntungan politik, saya ingat ia adalah pendapat yang kurang cerdik. Kunjungan hormat dibuat atas dasar rakan seperjuangan dan insan manusia yang beragama Islam. Tidak lebih daripada itu.

Bukannya Dr M tidak tahu siapa Azmin Ali, sebagai kononnya wakil kepada Anwar Ibrahim dalam usaha membentuk kekuatan, jelas pemimpin pembangkang yang berlawanan. Selain berita yang kita ketahui selama ini, membenarkan apa yang salah selagi menguntungkan dirinya.

Jadinya tidak ada Point yang jelas akan kerjasama yang diimpikan.

Lain itu pada satu Blog pro pembangkang. Kononnya Datuk Seri Shafie Apdal mempersoal pentadbiran PM Najib Razak. Pendapat itu jauh cerdik Zaid Ibrahim. Boleh saja penulis Blog berkenaan lebih teruk dari beruk. Himmm


Thursday, April 16, 2015

PM Najib Razak Dan Dr M Adalah Anugerah Allah

Sejak daripada dulu, politik bukan semua apa sebenarnya yang berlaku lalu di dedahkan tapi sebaliknya. Dan hakikat ini berlaku sejak lagi di era pentadbiran Dr M malah Anwar Ibrahim. Tinggal lagi waktu itu masyarakat belum terdedah dengan pelbagai kemudahan komunikasi seperti mana sekarang.

Ada berita mulanya palsu tapi nampak benar bila ia dikaitkan dengan beberapa isu sepertinya berita 1MDB. Atau saja sememangnya benar tapi dimanipulasi akhirnya nampak palsu, sepertinya kegiatan Anwar, walaupun sudah merah padam Dr M mendedahkan bahawa Anwar memang melakukan kesalahan moral tapi ada juga masyarakat yang tidak mempercayainya. Inilah yang dipanggil persepsi.

Kamu orang sudah faham kan. Ini juga mungkin manipulasi atau mungkin juga bukan. Himmm

Bermakna perselisihan antara PM Najib Razak dan Dr M, tidak boleh kita kata ada di antara mereka yang benar maka itu kita memihak. Tapi keduanya berada di pihak yang benar, pernah melakukan kebaikan dan kesalahan, buktinya waktu itu pembangkang sedia ada.

Keduanya memberikan kebaikan dari konteks politik dan masyarakat. Keduanya perlu diberikan sokongan, selagi mereka berada di atas landasan BN.

Memang begitu kebaikan di dalam politik kadang kadang baik pada kita tidak pada orang lain, begitu juga sebaliknya. Oleh itulah terutamanya Ketua Ketua NGO tidak boleh secara terang memihak satu di antara dua yang sedang berbeza yakni PM Najib Razak dan Dr M.

Mereka berdua anugerah Allah seperti mana kita. 😉


Wednesday, April 15, 2015

Perbezaan PM Najib Razak Dan Dr M Adalah Rahmat.

PM Najib Razak dan Dr M adalah ahli UMNO. Mereka berbeza pendapat pada beberapa isu yang telah kita sedia maklum. Antaranya pasal 1MDB dan sebagainya. Tapi hakikatnya dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib masyarakat melalui organisasi UMNO/BN.

Ertinya perbezaan yang ada hanyalah sebahagian daripada proses membetulkan apa yang patut.

Tapi pula ada pihak yang campurtangan secara serius hingga ada yang menyarankan agar Mukhriz meletakkan jawatan, untuk apa.?

Begitu juga dengan dorongan penuh terhadap PM Najib Razak, seolah olah Dr M lebih teruk daripada pemimpin pembangkang. Sedang sedang cukuplah, jangan malah menambah amarah sebelah pihak, seolah olah menyiram petrol diatas bara api.

Apa yang penting ialah kesetiaan kita masyarakat terhadap UMNO/BN. Ingat, perbezaan adalah rahmat kepada UMNO. Maka itulah apa yang kita persoalkan diatas tercetus.

Bukan kah selama ini ada dikalangan kita yang memihak pembangkang hanya kerana bersetuju dengan sikap segelintir pemimpin pembangkang yang kononnya tegas mengkritik demi kononnya kebaikan.

Jadi kenapa bila ada ahli UMNO yang bersikap kritikal terhadap pentadbiran BN, ia dianggap sebagai pengkhianat atau saja dianggap pembangkang sedangkan tidak pun ia menguntungkan pembangkang.? Himmm.

Kamu orang nampak tak. Apa yang dimaksudkan dengan politik matang.


Tuesday, April 14, 2015

Tiga Naib Presiden UMNO Membantu Di PRK Permatang Pauh

Tiga tonggak utama yang akan membantu di dalam memastikan kemenangan BN di PRK Permatang Pauh 2015. 

Mereka terdiri tiga Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Hismuddidn akan terlibat secara langsung dalam kempen BN di PRK berkenaan. Manakala Datuk Shafie Apdal akan memikul tugas tugas khas dan Penyelaras kepada perjalanan jentera BN, ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menunjukkan kepada kita bahwa BN sangat  komited dalam memastikan komuniti  Permatang Pauh mendapat limpahan kemajuan hasil daripada pentadbiran BN.

Permatang Pauh terletak di Pulau Pinang yang diperintah oleh pembangkang, adalah antara negeri yang termaju di Malaysia. Tapi yang memelikkan masih ada lagi perkampungan yang belum menerima bekalan letrik.

Itu baru bekalan letrik, belum lagi kelengkapan prasarana yang memangkinkan ekonomi setempat. Himm
Jadi tidak mustahil BN akan mendapat kemenangan. Selain faktor Anwar yang didapati bersalah oleh Mahkamah.

(Ini saja majoriti PKR pada PRU13 11,721)

Dapatan undi calon PKR, Ketua Pembangkang di negeri PR. Hanyalah berjumlah 37,090 berbanding BN agak besar mencecah 25,369. Manakala calon Bebas mendapat 201.

Jauh di sudut hati, PRK Permatang Pauh bukan soal siapa yang menang, tapi lebih kepada ukuran kepada tahap kematangan masyarakat pro pembangkang secara keseluruhannya. Apa mereka sudah celik selepas keputusan Mahkamah atau tetap selesa bersama kegelapan)


Sunday, April 12, 2015

Kadir Sheikh Fadzir Yang Tidak Boleh Dipercayai



Orang macam ini, apapun yang dia kata jangan pernah percaya. Hipokrit tahap tinggi tidak orang lain bersalah selagi menguntungkan dirinya.

Ini jenis manusia yang tidak ada guna, terkecuali menipu baru berjaya. Himm

Kenaikan harga barang sebelum dikenakan GST tidak boleh diletakkan di bahu kerajaan semata-mata sebagai kesalahan . Sebab itu kerja peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Jadi apa pun yang dinyatakan oleh Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir adalah tidak benar. Hanya cuba menarik perhatian terutamanya pemimpin pemerintah.

Walaubagaimanapun kerajaan masih boleh dipertanggungjawabkan. Terutamanya pada harga barang yang terlalu mendadak, sedang penguatkuasaan kurang berlaku.

Pak Menteri pula ubah sikit cara memperjelaskan GST kepada rakyat. Sebab selama ini ternyata gagal.

Cakap saja begini, semasa sistem SST cukai yang di dapat tidak balik kepada kerajaan oleh itulah GST diperkenalkan. Dengan GST segala penipuan melalui pernyata pendapatan dapat diatasi.


PRK Permatang Pauh 2015



Ini saja dia punya majoriti 11,721

Isunya disini ialah dapatan undi calon PKR, Ketua Pembangkang di negeri PR. Hanyalah berjumlah 37,090 berbanding BN agak besar mencecah 25,369. Manakala calon Bebas mendapat 201.

Sedikit usaha keras akan mampu menawan Permatang Pauh.

Jauh di sudut hati, PRK Permatang Pauh bukan soal siapa yang menang, tapi tahap kematangan masyarakat pro pembangkang. Apa mereka sudah celik selepas keputusan Mahkamah atau tetap selesa bersama kegelapan. Himmm

Sudahlah di kawasan Permatang Pauh sendiri masih ada kampung yang belum menerima bekalan letrik walaupun Pulau Pinang antara negeri yang paling maju di Malaysia.

Pokoknya tidak ada kemajuan selama tempoh Permatang Pauh di perintah oleh oligarki Anwar.


PM Najib Razak Boleh Dikritik Berbanding Ketua Menteri, Musa.?

Ketua Menteri Sabah Tidak Boleh Dikritik
PM Najib Razak Boleh Dikritik

Perdana Menteri Malaysia boleh di kritik berbanding Ketua Menteri Sabah.?

Jelas PM mengambil sikap berlapang dada selepas  tampil di media perdana bagi menjelaskan apa yang dikritik oleh Dr M, tapi tetap menghormati Dr M, jauh sekali melucutkan keahlian  UMNO Dr M.

Ini penyokong politik Musa, nampak sangat bukan orang politik. Apa lagi hal yang dikritik oleh Datuk Jumat hanyalah menyentuh pentadbiran Ketua Menteri, tidak pun menyentuh peribadi atau organisasi BN itu sendiri. Walaubagaimanapun keahliannya sebagai ahli UMNO digantung selama tempoh 6 tahun.

Jangan pula beralasan sebab Dr M seorang negarawan maka itulah dibolehkan bagi mengkritik berbanding Datuk Jumat. Isunya bukan soal darjat, tapi setiap ahli UMNO berhak mengkritik pentadbiran yang salah oleh organisasi UMNO/BN. Ini

Kita jadi keliru, aspek mana yang boleh di kritik hingga politik mampu membawa manfaat kepada pengamalnya. Jangan lupa tidak parti politik mendapat kemenangan tanpa undi dari masyarakat yang kebanyakannya tidak menceburi lapangan kepolitikkan.

Akhirnya, kalau kita perhalusi, seolah olah perjuangan politik Ketua Menteri lebih kepada memperjuangkan keuntungan peribadi semata-mata, tidak mempedulikan kelangsungan BN. Oleh itu boleh kita beranggapan bahawa mereka sebenarnya pengkhianat kepada kelangsungan BN tanpa mereka sedari.?
Macam mana mereka menjadi penyokong politik Musa kita pun tidak tahu. Himmm.

Bikin malu orang Sabah oh. Macam orang yang gila kuasa. Suka juga saya maklumkan saya bukannya jentera politik Datuk Jumat.

Apa yang saya tulis disini hanyalah pendapat peribadi semata-mata sebagai masyarakat yang meminati politik. Itu saja ;-)


Saturday, April 4, 2015

Pindah Barang Sebelum Bakar Kali Ketiga.?





Tadi kan sekitar jam 6pm berada di jeti umum berdekatan rumah rasmi DO Semporna. 

Kelihatan komuniti Kampung Bangau Bangau  memindahkan barang mereka ke rumah keluarga yang berada di darat untuk diselamatkan.

Pada sebelah malam pula sekitar jam 11pm, saya kawasan Sekolah Kampung Bangau Bangau, wah rupanya ada ramai komuniti Kampung tidur di sana bersama barang mereka.

Untuk makluman sebelum kejadian bakar pagi semalam, memang komuniti Kampung ada mendengar satu ugutan  kebakaran 25hb Mach bagi tujuan membalas dendam. Sebab kononnya tiak berpuashati. Himm

Sebahagian komuniti mengindahkan nya lalu mereka memindahkan barang mereka ke pulau Bangau Bangau, Sekolah SK Bangau Bangau. Sebahagian lagi tidak risau. Himm

Tapi selang beberapa hari yakni pada  pagi 03hb April kebakaran kali kedua ada berlaku. Sebanyak 30 rumah menjadi mangsa kebakaran.

Dan pada kali ini, mereka berazam untuk menyelamatkan keluarga dan harta benda mereka. Paling tidak siang mereka di rumah malam ke kawasan Sekolah.


Kebakaran Kampung Bangau Bangau Selepas 25hb Mach



Ini kebakaran kali kedua...... Mulanya angkara cucu Ketua Kampung sekarang anak bekas JKKK adik kepada JKKK ganti. Himmm

Dipercayai tertuduh membakar rumah   dari bawah kulung yang terletak di perumahan yang terselamat dari kebakaran pertama.

Sejauh mana perkara ini menjadi perhatian pemerintah, mari kita tunggu dan lihat. Sebab sistem not work.

Bila saya kata sistem not work, ertinya ia meliputi masyarakat sivil yang tidak wujud. Sebab itulah ada pelbagai kebobrokan sosial yang kini menghantui masyarakat. Tidak terkecuali agensi keselamatan yang tidak memberikan kesan, malah sebenarnya penyumbang kepada kebobrokan. Siapa masyarakat yang kisah akan perkara ini.? Tiada.

Sejujurnya saya banyak menulis mengenai ini yakni kebobrokan sosial yang tidak mendapat peduli dari ramai masyarakat. Sebab mungkin belum kena batang hidung setiap dari kita. Sedangkan kesan dari kebobrokan sosial, amat luas melangkaui batasan negeri. Dan tidak mustahil pada suatu hari akan memalitkan salah seorang daripada ahli keluarga kita. Siapa yang tahu? , sebab waktu itu kita mungkin sudah tiada.

Mengangkat pemimpin masyarakat dari kalangan PTI hanya kerana menjaga kepentingan politik, juga  menyumbang kepada kebobrokan sosial. Setiap kali Yb DUN bertukar setiap itu juga Ketua kampung dan JKKK bertambah. 😆

Begini bha hidup ni, selagi kita bersekongkol menafikan hak mereka berhak hanya kerana tujuan politik, maka akhirnya keberkatan hilang berterbangan.

Jangan ingat, Tuhan tidak nampak akan apa yang kita lakukan, mentang mentang lah ia berkisar soal politik. Himmm

Kalau masyarakat tempatan secara umumnya menerima kehadiran mereka yang datang dari negara jiran, maka hormati pula masyarakat tempatan. Senang, Tuhan bersama yang hak.


Kampung Bangau Bangau Terbakar

Semporna 25hb Mach 2015. Kampung Bangau Bangau yang terletak di pinggiran  darat tanah besar daerah Semporna bersempadan dengan Kampung Panji telah terlibat dengan satu kebakaran besar.

Kejadian berlaku sekitar jam 2am  yang telah membakar sebanyak +-300 unit rumah komuniti.

Dikenal pasti kebakaran bermula  dari rumah Ketua Kampung. Api  merebak dengan cepat sebab rumah Ketua Kampung berdekatan dengan kedai runcit yang menjual Gas masak dan Petrol.

Walaubagaimanapun kebakaran berjaya di hentikan selang 40 minit dengan bantuan masyarakat kampung, termasuklah bantuan daripada diri walaupun sikit. He

Ini PTI daripada Pakistan memang tidak boleh pakai macam penonton bola. Begitu dengan segelintir PTI yang berasal dari seberang pun begitu mereka lebih baik dari PTI Pakistan. Tapi lagi parah komuniti tempatan, kalau mereka bersekutu boleh tu kesan kebakaran dikurangkan.

Peliknya sepatutnya kerja mengawal kebakaran tugas anggota bomba. Tapi tidak berlaku, kalau pun tidak berkeupayaan beri pam air, lepas itu biar orang kampung yang memadamkan api. Apa lagi air laut pada ketika agak tohor boleh tu anggota bomba datang ke tempat kebakaran untuk memberikan sebarang alat memadam.

Tapi ini tidak, terpaksa orang kampung menimba air masin dengan menggunakan baldi, jadi lambatlah, sempat lagi api bermaharajalela. Himmm

Sebelum ini ada Datuk Seri Shafie Apdal membekalkan pam air untuk kegunaan masyarakat kampung dan telah diserahkan pada JKKK tapi semasa kebakaran tidak pula pam berkenaan kelihatan. Kena jual. Hehe

Mangsa kebakaran di tempatkan di Dewan Kampung Bangau Bangau, sebahagian lagi di Bangunan Belia Semporna. Ada juga yang tinggal di rumah anak saudara yang terselamat dari kebakaran. 

Yang sangat mengecewakan admin ialah keterlibatans dan rasa tanggungjawab Ketua Kampung, JKKK yang berbilang bilang dan Ketua Ketua agensi tertentu semasa kebakaran tidak nampak apa yang mereka lakukan selain turut melarikan diri dan duduk diam. Himmm

Walhal kebobrokan ini datang dari kebebalan mereka. Kedudukan rumah yang tidak teratur datang daripada mereka, kegiatan syabu yang tidak terkawal hingga memalitkan ramai individu juga datang daripada mereka. Dan individu yang menyebabkan kebakaran ini adalah individu yang terpalit dengan penyalahgunaan dadah. Membakar rumah ekoran permintaan yang tidak di penuhi, inilah punca kepada berlakunya kebakaran.

Tapi kalau bab projek, lebih pantas daripada kilat. Walaupun pada hakikatnya mereka bukan siapa siapa. Himmm

Dikhabarkan esok pagi bersamaan 26hb Mach 2015, tapak kebakaran akan di lawat oleh Dato Sri Shafie Apdal.


Friday, April 3, 2015

Ahmad Mazlan Wajib Pertahan Tiada GST Keatas Top Up Kredit

Siapa yang berani. Ada dimana kelemahannya.?

6% GST - 16% SST = -10%

Jadi, apa bayaran yang bertambah.?

Terima kelemahan, sebenarnya mungkin 16% SST daripada rakyat sebelum ini tidak dapat kepada kerajaan tapi milik total syarikat Telekomunikasi. Sebab itulah bila GST yang menggantikan SST diperkenalkan syarikat berkenaan tidak akur. Tapi tidak cukup kah keuntungan selama ini. Kenapa tidak akur.?

Wajib Datuk Ahmad Mazlan, bertahan tidak ada tambahan harga pada setiap top up kredit. Tapi jangan pula kena tipu, dimana kadar panggilan di naikkan.

Ini pun tidak boleh dipertahankan kah.? Kalau ini tidak dapat dipertahankan, ertinya Datuk Ahmad Mazlan tidak memiliki sebarang keistimewaan. Tapi lebih dari tukang karut yang menyampaikan khabar. Himmm


Wednesday, April 1, 2015

Hormat Masyarakat Tempatan, Elakkan Sentimen.

Hiasan tapi sedikit berkaitan.

Ini yang kita tidak suka. Ini bukan soal bangsa yang sengaja dianiaya lalu terpinggir tapi bangsa atau kaum berkenaan yang tidak bersatu akhirnya terpinggir. Macam individu yang tidak jelas, suka berbicara soal hak yang sangat memerlukan kebijaksanaan dan sanggup berkongsi hak tanpa prejudis.

Walaubagaimanapun, suka kita ingatkan, kalau masyarakat tempatan boleh menerima kehadiran masyarakat jiran maka hormati pula masyarakat tempatan. Ingat dokumen kewarganegaraan tidak lebih dari hanya sebentuk kertas yang tidak berharga berbanding nilai jati diri yang tidak boleh dijual beli. Bukan kah perlembagaan boleh digubal mengikut keperluan semasa.

Pokoknya mesti kok belajar menghormati hak yang berhak selepas itu hak sesama tanpa mengira jenis bangsa dengan demikian kesejahteraan yang ada akan terjamin sampai bila bila.

Jangan malah, mereka awalnya pendatang pula yang mengetuai masyarakat tempatan, apa lagi di peringkat komuniti. Kalau keadaan ini tidak dikawal, jangan hairan kalau sentimen perkauman boleh tercetus. (Akhirnya akan tercetus, jangan main main jadi elakkan)

Tuhan telah mentakdirkan bahawa kaum atau bangsa tertentu adalah penduduk asal satu satu tempat, jadi akui saja ketentuan ini. Tidak pun masyarakat tempatan menghalang mana kaum bekas pendatang mencari kelebihan ekonomi. Tapi biarlah pula sosial politik dikuasai oleh masyarakat tempatan. Kalau semuanya lah di bolot, orang yang sangat beriman pun pandai meradang. Himmm

Kita sedar sentimen seperti mana gambar sedang rancak di canang. Tujuannya untuk mengurangkan kekuatan BN di negeri ini. Himmm

Tapi jangan risau bilangan yang rasional seperti diri masih ramai. Apa yang penting ialah letakkan hak pada tempatnya. 😉