Thursday, October 30, 2014

Masyarakat Sabah Harus Berpolemik Pasal Himpitan Kemiskinan Sabah Dari Konteks Negeri.

Masyarakat Sabah secara keseluruhannya harus kuat berpolemik pasal kemunduran yang menghimpit. Ini tidak berlaku, maka selamanya sistem yang difikirkan sesuai tidak dicari sekaligus dilaksanakan. Terutama dari aspek modal insan.

Bahwa pentadbiran negeri yang ada sekarang tidak sebenarnya berjaya. Simpanan rezab kewangan yang agak banyak tidak boleh dijadikan kayu ukur berjaya atau tidaknya satu satu pentadbiran negeri.

Kayu ukur yang sebenarnya ialah dirujuk pada himpitan kemiskinan yang dialami masyarakat Sabah itu sendiri atau keselamatan dan persoalan semasa yang dihadapi oleh masyarakat. Bukan merujuk pada bilangan bangunan yang telah didirikan, sebab sudah tentu ia milik orang perseorangan yang duduk di dalam politik, yang boleh juga menyumbang kepada kebobrokan yang saya maksudkan diatas.

Tidak salah mencari kelebihan tapi pastikan orang lain juga boleh kaya seperti mana mereka. Jangan ingat tujuan Tuhan mencipta manusia sebagai masyarakat Sabah hanya untuk menyokong sekaligus hanya mengayakan pemimpin pemimpin BN khasnya yang ada di negeri Sabah.

Hanya masyarakat Sabah yang bodoh saja kok yang tidak terfikir pasal perkara ini. Sekaligus dalam diam mengekalkan kepimpinan negeri Sabah yang sedia ada. Mahu juga menjadi "kadam" kepada mereka yang juga sebenarnya" kadam".

Kesinambungan cetusan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah perlu ada titiknya.???


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, October 28, 2014

Perbicaraan Kes Liwat, Rayuan Hukuman

Saiful Berada Di Rumah Anwar. Gambar ini bukan bahan bukti. Gopal perlu berhujah untuk membuktikannya

Seluar dalam yang menjadi bahan kes

Proses hari pertama kes rayuan Anwar.

Bahan kes :-

Peguam Bela, Anwar Ibrahim Gopal Sri Rim mempersoal kehadiran Saiful di rumah Anwar sehari selepas mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar.

Sedangkan dakwaan sebelum ini, selepas Saiful diliwat, dua hari Saiful tidak membuang air besar, bertujuan untuk menjaga bahan bukti air mani Anwar yang ada di duburnya.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Peguambela Anwar kenapa Saiful berada di sana.

Komen admin :- Kenapa kalau Saiful hadir di rumah Anwar sehari selepas diliwat, wajib kah Saiful membuang air besar, dimana pun Saiful berada Saiful boleh menahan dirinya dari membuang air besar. Jadinya kehadiran Saiful di rumah Anwar tidak boleh dijadikan bahan bukti. Peguambela Anwar perlu berhujah untuk memperjelaskan bahan bukti yang ada.

Bahan kes kedua, dua seluar dalam Saiful  dipersoalkan.

Menurut Gopal, seluar dalam pertama, telah dibasuh bersih. Tidak ada air mani yang melekat.

Seluar dalam kedua, ada tanda air mani tapi tidak digunakan sewaktu aktiviti liwat.

Komen admin :- Macam mana Peguambela Anwar tahu yang mana satu seluar dalam yang digunakan ketika Anwar meliwat.? :) bukan ini menunjukkan sememangnya ada aktiviti liwat.

Ini kes macam cerita dongeng.


Posted via Blogaway Jals

Pelincir dan Agama Dari Konteks Liwat Anwar

Inilah kerja peguam pembangkang . Sakit atau tidak dijadikan bahan bukti, kalau benar Saiful diliwat oleh Anwar.

Peguam Gopal, mempersoal penggunaan penggunaan pelincir atau Jeli K-Y. Hujahnya kalau sungguh ada berlaku aktiviti liwat dengan menggunakan pelincir maka Saiful tidak akan merasa sakit, seperti yang di dakwa oleh Saiful sebelum ini. Ketika itu menurut dakwaan Saiful aksinya bersama Anwar berlaku di atas karpet.

Peguam itu tidak tahu, walaupun menggunakan pelincir, pelincir berkenaan akan kering akibat pergeseran yang akhirnya membawa kesakitan yang pedih. Adeh

Anwar cuba di selamatkan walaupun jelas telah melakukan kesalahan liwat, sedangkan dengan mempersoal penggunaan pelincir yakni Jeli K-Y sudah jelas menyatakan ada berlaku aktiviti liwat. Lucu juga ya

Lain itu, timbul persepsi dari masyarakat umum dalam usaha menafikan liwat oleh Anwar, tidak mungkin Saiful rela diperlakukan oleh Anwar apa lagi kedua mereka beragama Islam.???

Kalau begitu, ada berapa ramai pondan yang beragama Islam yang tahu hukum halal haram perbuatan liwat. Tapi tetap melakukan liwat, malah ada yang sanggup menukar jantina.

Ada berapa ribu masyarakat politik Malaysia, bila bersama Pemimpin maka apapun perbuatan pemimpin akan mereka benarkan, walaupun boleh membawa murtad dan kerosakan pada pemimpin itu sendiri.?

Contoh pertama, sanggup mempertahankan Anwar walaupun Anwar adalah peliwat. Berdasarkan keputusan mahkamah dan walaupun mereka yang menyokong itu sendiri tidak jelas dengan proses kehakiman.

Contoh kedua, hal yang melibatkan wang ringgit dari konteks pemimpin. Ada berapa ramai masyarakat politik yang bersikap talam dua muka di depan lain di belakang lain hanya kerana ingin mendapatkan sesuatu walaupun sebenarnya menjatuhkan maruah diri dan keluarga, apa yang penting kononnya kelebihan.

Bererti dari konteks Saiful dan Anwar, pasti saja Saiful sanggup berbuat apa pada Anwar. Sebab Saiful adalah pekerja Anwar.

Jadinya tidaklah menghairankan kalau aktiviti liwat ada berlaku.

Anwar seharusnya bertaubat.???

Klik link di bawah, artikel ini yang saya maksudkan untuk dipersoalkan.

 http://www.malaysiakini.com/news/278783 


Posted via Blogaway Jals

Sunday, October 26, 2014

Pemimpin M vs Pemimpin S = S (Sabah)

Di Sabah inj ada dua jenis kekuatan politik yang dimiliki oleh pemimpin.

Ada pemimpin hanya kuat pada golongan "bangsawan" kita panggil dia sebagai pemimpin M ada pula pemimpin yang kuat pada golongan masyarakat tidak mengira apa jenis bangsa atau saja agama. Kita panggil dia pemimpin S

Kekuatan yang dimiliki oleh pemimpin nombor M diatas hanya berkesan pada satu keadaan yang tidak pun bermakna di dalam sistem demokrasi. Berbanding pemimpin yang seorang lagi yakni S kekuatannya meliputi semua lapisan masyarakat dan sangat bermakna pada sistem demokrasi.

Agak agak kamu oranglah, kalau saja ada berlaku proses pilihanraya khas negeri Sabah untuk dua pemimpin ini, siapa agaknya yang akan menjadi ketua pemerintah negeri Sabah.?

Iya, sudah tentu calon pemimpin S yang mendapat sokongan dari ramai masyarakat.

Jadi fikir fikirkan, harus di ingat adik kepada pemimpin M kedengarannya pernah terlibat dengan perundingan dalam bersama Anwar. Ini juga sejenis faktor yang boleh diambil kira di dalam menentukan kelangsungan BN di negeri Sabah.


Posted via Blogaway Jals

Anwar Tidak Akan Menjalani Hukuman Pada 28HB Ini.

Ada kemungkinan Anwar Ibrahim akan terlepas dari hukumannya.???

Disebabkan oleh dua kemungkinan.

Menurut khabar Anwar ada berhubung dengan seorang pemimpin BN. Dan yang kedua pemerintah risau dengan nanti tindak tanduk masyarakat dalam atau luar negara terhadap sistem pemerintahan.?

(Sejujurnya kita tidak berkeyakinan pasal Anwar Ibrahim ada bertemu dengan pemimpin BN tertentu berkaitan hukumannya. Tapi bab akibat yang melibatkan kononnya penyokong Anwar, saya menyimpan sedikit keyakinan itu pun kalau benar Anwar terlepas dari hukumannya).

Pun begitu untuk dijadikan bahan polemik, kalau lah benar seperti yang tersebar, siapa agaknya pemimpin BN berkenaan ya.???

Jalankan saja hukuman apa adanya, yang salah tetap salah begitu juga sebaliknya. Janji dihukum.

Ini juga menunjukkan kepada kita, bahwa sesungguhnya sistem kehakiman negara tidak dipengaruhi oleh mana mana pemimpin BN sepanjang proses perbicaraan Anwar. Tidak ada tipu daya, tinggal lagi Anwar tidak mampu membuktikan yang dia tidak melakukannya walaupun pada hakikatnya dia melakukannya.

Memang susah tu menterbalikkan perkara  sedang perkara itu kita lakukan. Lain kalau kita membuktikan perkara yang kita tidak lakukan, ahh ini mudah.

Apapun pengakhirannya, Anwar harus bertaubat.!!!


Posted via Blogaway Jals

Saturday, October 25, 2014

PERKASA Mencampuri Politik Sabah, Sebab Musa.!!!

Wah PERKASA pun turut terlibat dalam menentukan masa depan masyarakat dengan mempertahankan kepimpinan Musa.

Kalau ia pun membodek agak agaklah. Agaknya lah kalau pun NGO sepertinya PERKASA tidak terlibat dengan pergolakan politik di Sabah, tidak boleh kah BN mendapat kemenangan.??? Alahai buang karan jak.

Sebelum ini saya ada menulis pasal campurtangan NGO dari negeri Sabah dalam usaha mereka mempertahankan kedudukan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah. Saya ibaratkan kuasa NGO berkenaan melebihi kuasa politik Ketua Bahagian UMNO. Adeh

Dan yang terbaru, sokongan datang daripada NGO yang agak gah di Malaysia yakni PERKASA. PERKASA menyatakan sokongan mereka terhadap Musa melalui pesanan sms seperti mana di bawah :-

“Saya begitu bimbang dengan kononnya ada konspirasi jatuhkan Musa Aman. Sabah dan Sarawak lebih kurang sama keadaan. Muslim bukan majoriti di kedua-dua negeri. Saya fikir perlu ada Taib Mahmud di Sabah. Pada saya biarlah Musa terus berkuasa. Biarlah dia seperti Taib Mahmud, supaya Sabah pasti kekal di bawah orang Islam.”

Wah nampaknya PERKASA melebihi kuasa politik seorang Yb yang berpengaruh terutamanya pada kaum Bajau dan KDM. Malah melebihi fungsi JHEAINS sebagai Jabatan kerajaan yang menjaga kepentingan Islam di negeri Sabah.

Atas kapasiti apa PERKASA mencampuri urusan dalaman politik Sabah, termasuklah agama Islam.?

Sedangkan peralihan yang tercetus adalah atas kehendak masyarakat Sabah yang berpolitik yang tidak senang dengan kepimpinan Musa. Banyak isu yang berbangkit yang melibatkan masa depan generasi masyarakat Sabah itu sendiri.

Apa yang PERKASA tahu pasal himpitan kehidupan yang dialami masyarakat Sabah dari hasil birokrasi pentadbiran Musa.?

Apa yang PERKASA tahu pasal, kemelut pemilikan tanah oleh masyarakat Sabah, yang sebenarnya menafikan hak orang asal yang berhak.?

Apa yang PERKASA tahu pasal penurunan undi KDM terhadap BN pada PRU13 yang lepas.?

Atau PERKASA tidak menyedari ekoran kenyataan mereka yang sebelum ini sering mencampuri sosial budaya masyarakat Sabah di tambah dengan pentadbiran Musa yang salah telah menyumbang kepada kelemahan BN. Rujuk peratus sokongan masyarakat Sabah khasnya KDM terhadap BN telah menurun sehingga 70%. Akibatnya berlaku pertambahan 11 kerusi DUN menjadi 12 dan 2 Parlimen menjadi 3 kerusi milik pembangkang.

Sebaiknya PERKASA membuat kenyataan menafikan atau menarik balik sokongan yang telah diberikan dan berdiri sebagai orang tengah. Jangan sampai PERKASA diremehkan oleh masyarakat Sabah sebab mencampuri urusan orang lain tanpa alasan yang jelas.

Kalau pun PERKASA mengambil kisah pasal kepentingan agama Islam di negeri ini, tapi pula berdasarkan keputusan PRU yang lepas lepas, kaum Bajau yang sudah tentu beragama Islam tidak pun berbelah bahagi dalam memihak BN khasnya pemimpin Bajau. Jadi apa kaitannya saranan PERKASA dari konteks Islam di negeri Sabah, selain sokongan politik terhadap Musa.???

Pokoknya peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah perlu ada Kesinambungannya. Pada saya calon yang paling layak untuk menggantikan Musa ialah Shafie Apdal. Titik


Posted via Blogaway Jals

Lim Guan Eng, Hipokrit Tahap Tinggi.

Lim Guan Eng, pakar hipokrit dan kuat spin. Dia dan keluarganya telah berjaya memperbodoh masyarakat Cina untuk menyokong DAP.

Pada dia politik adalah alat untuk menggubal perlembagaan yang sedia ada. Dia tidak tahu, sekuat mana pun sokongan yang dia dapat terutamanya dari kaum Cina, akhirnya kaum Cina akan mengalah. Bila perlembagaan dikuatkuasakan dan seluruh Melayu bersekutu bagi mempertahankan hak mereka.

Dia ni pelik, bila pemimpin pemerintah mempersoal Sekolah Venakular, dia pula dengan tegas merujuk perlembagaan yang membenarkannya. Tapi pada masa yang sama tidak menghormati perlembagaan yang menyentuh kontrak sosial.

Isunya, selama mana Melayu PAS sanggup bersekongkol dengan DAP. Begitu juga dengan Melayu yang menyokong DAP. Pada masa yang sama, sampai bila pula UMNO di dokong oleh orang orang berfikiran sempit, hingga menyebabkan muda mudi memihak DAP.???

Kalau mahu mendapatkan jawapan dari kenyataan saya diatas berkisar akhirnya masyarakat Cina akan mengalah. Iya dipersilakan orang Melayu membuat pendekatan yang menyongsang kehendak mereka pada semua aspek yang diinginkan oleh kaum Cina khasnya penyokong DAP.


Posted via Blogaway Jals

Friday, October 24, 2014

Aduan Terhadap Tadbir Hospital Dan Sekolah Di Empat Pulau Di Daerah Semporna

Saya menerima dua aduan dari dua individu masyarakat awam pasal kelengkapan frasarana (tadbir) Hospital Semporna dan tadbir Sekolah di empat Pulau. Selepas ini sebagai tanggungjawab saya untuk memaklumkannya kepada pemimpin atau saja masyarakat awam. Lebih kurang dibawah :-

Katanya, peralatan yang ada di hospital Semporna sudah ketinggalan zaman seperti contoh tilam katil yang ada sudah lebih 30 tahun tidak ditukar, jarum suntik tertentu ada yang berkarat. Tidak ada pembelian peralatan baru atau menukar peralatan lama kepada yang lebih canggih sedangkan bajet tahunan ada diberikan.

Nasib baik saja peralatan baharu yang ada, hasil sumbangan peribadi Dato Sri Shafie Apdal. Nah kalau tidak, hanya mungkin demam panas jak yang boleh dirawat.

Walaupun kakitangan bawahan memajukan permohonan bagi menambah atau menukar peralatan yang difikirkan perlu, tapi tidak mendapat kelulusan yang sepenuhnya dari pentadbir. Jadinya kekallah yang sedia ada begitu rupa.

Yang hanya dilakukan ialah penambahan blok bangunan dan baik pulih bangunan yang sedia ada. Oleh itulah walaupun penyakit yang ditanggung oleh pesakit tidaklah teruk mana atau saja kronik tapi pesakit akan dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Sebab itulah sering kita mendengar siren Ambulance bergema berulang kali dalam sehari. Macam di HKL sudah, adeh.

Menurut pengadu, tandas hospital juga perlu diberikan perhatian yang amat serius, sangat tidak terurus.?

Kebobrokan tadbir ini kalau dibiarkan tanpa ada usaha untuk membetulkannya nanti akhirnya yang rugi ialah masyarakat Semporna itu sendiri. Berbanding hospital di daerah jiran, sudahlah bangunan baharu ditambah lagi dengan peralatan untuk merawat yang moden.

Saya juga menerima aduan pasal Sekolah di Pulau Pulau tertentu, sepertinya Salakan, Manampilik, Dannawan dan Larapan. Pentadbiran Sekolah di empat Pulau kecil ini hanya menyediakan kelas sehingga tahun 3, selepas itu murid di sekolah berkenaan perlu berpindah ke Sekolah berpusat Pulau Bum Bum. Dan perkara ini telah menyusahkan ibu bapa, murid sekaligus menjejaskan kehadiran murid untuk hadir ke sekolah berpusat disebabkan oleh faktor jarak.

(Paling tidak pihak sekolah perlu berbuat sesuatu, walaupun sedikit memaksa agar murid yang terbabit tinggal di asrama yang disediakan).

Semoga dengan ini, agar dua persoalan yang ditimbulkan diatas mendapat pertimbangan yang sewajarnya sekaligus bertemu dengan titik penyelesaian.

Letakkan hak pada tempatnya.


Posted via Blogaway Jals

Thursday, October 23, 2014

Ustaz Azhar Idris.?

Apa ini benar, sebagai individu yang dikenali sebagai Ustaz Azhar Idris. Kalau bersama isterinya iya tidak mengapa. Tapi kalau dengan orang lain dan ia benar. Sungguh tidak senonoh, apa lagi beliau seorang Ustaz atau pendakwa yang sangat terkenal.

Benar atau palsu, kita tunggu respon awal daripada beliau Ustaz Azhar. Sama ada melalui kenyataannya yang  menafikan atau saja bersumpah dengan nama Allah. Sementara menunggu kemunculan video atau saja selepas video di dedahkan.

Menurut penulis blog seperti yang tercatat pada gambar yang tersisip, akan ada video yang menyusul berkaitan gambar diatas, mungkin sebagai bukti kepada tulisannya. Kita tunggu kemunculan video berkenaan.

Dan ingat, kalau saja pendedahan ini semata-mata fitnah, maka hina lah mereka yang melakukannya.

Posted via Blogaway Jals


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, October 22, 2014

Ada Individu Cuba Hack Blog Ini.

Ada individu cuba hack Blog ini. Jangan cuba cuba.


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, October 21, 2014

Doris Jones Kononnya Mencabar PM Najib Razak.???

Ketua si Doris Jones ingin kononnya menuntut hak bagi  masyarakat Sabah tapi tidak sanggup berhadapan dengan pemimpin Malaysia, sedang untuk merealisasikan tuntutannya pertemuan empat mata perlu berlaku, baru nampak real. Ini NGO apa ni, suam suam kuku.

Malah pula mencabar PM Najib Razak dan Hishammuddin agar mencari dia. Sedangkan dua pemimpin negara ini  telah diberikan mandat oleh majoriti masyarakat Sabah, sebagai pemimpin mereka di peringkat Federal/pusat. Kan lucu tu. Tidak logik langsung, individu yang mendapat sokongan majoriti pula yang dicabar untuk mencari. :-)

Memang benar Doris Jones bersalah yang boleh didakwa di bawah akta hasutan sebab berusaha menghasut rakyat Sabah agar keluar dari Malaysia. Yang sebenarnya bertentangan dengan perkara 7 yang terkandung di dalam perjanjian 20 perkara, sebagai Sabah tidak hak keluar dari Persekutuan/Federal.

Tapi disebabkan oleh beberapa faktor, Doris Jones gagal dihadapkan kemuka pengadilan. Antara faktor yang menggagalkannya ialah

* Tubuh badan Doris Jones tidak ada di Malaysia.

* Gerakan yang diketuainya yakni SSKM  belum lagi mencetuskan huru hara, hingga mengganggu keharmonian masyarakat Sabah khasnya.

Tapi kalau memang sungguh si Doris Jones sangat berani dipersilakan mengeluarkan arahan agar penyokongnya  mencetuskan suasana  huru hara atau saja pergaduhan hingga membabitkan kaum atau saja agama. Nah waktu itu, kita tengok apa yang akan berlaku terhadap dirinya. Waktu itu jarak bukan lagi halangan kalau takat  berada di England apa barang, hata di mulut Singa pun akan tu dia diheret kemuka pengadilan untuk dihukum.

Doris Jones ada berani.???


Posted via Blogaway Jals

Gadis Sanggup Bunuh Ibu Demi Kekasih Hati.?

Keganjilan cinta yang tidak mengenal dosa.

Seorang gadis yang kononnya ingin hidup bahagia bersama kekasihnya sanggup membunuh ibunya. Sebab menganggap  ibunya sebagai halangan kepada hubungan cintanya.

Untuk mengelakkan mayat ibunya berbau sekaligus mengelakkan dari dikesan oleh jiran, gadis derhaka berkenaan menyiram mayat ibunya dengan asid.

Kejadian berlaku di India, di perkampungan yang agak terpencil.

Pun begitu sepandai pandai tupai melompat akhirnya juga menyembah bumi.

Cinta, bukan hanya membutakan mata tapi hati terutamanya. :)


Posted via Blogaway Jals

Calon Peralihan Ketua Menteri Sabah.?

Yang dimaksudkan dengan peralihan dari konteks Sabah ialah Pemimpin berkenaan harus mereka yang mampu merealisasikan kehendak masyarakat tidak mengira kaum bangsa. Tidak juga mengira jenis persoalan yang mereka hadapi, terutamanya isu tuntutan tanah dan kebobrokan birokrasi yang tampak semakin menghimpit.

Senang cerita tidak hanya mendengar denyut nadi rakyat tapi menyelesaikan apa apa yang didengar.

Isu pemilikan tanah dan himpitan kemiskinan adalah pokok persoalan yang perlu diberikan perhatian yang amat. Perkara ini telah secara peribadi disuarakan oleh calonku bahawa memberikan geran tanah secara berkelompok tidak sebenarnya menyelesaikan masalah malah nampak memperbodoh pemilik. Kenapa tidak, kalau pemilik tidak mempunyai kuasa keatas tanahnya tapi lebih kepada makan gaji. Sepatutnya ada jalan penyelesaiannya yang lebih efisien dan berkesan.

Bila kita menyentuh soal tuntutan tanah yang menjadi kriteria utama untuk diselesaikan. Nampak, calon bayangan yang disebut sebut oleh masyarakat politik di pantai barat tidak berupaya dalam menyelesaikannya. Antara sebabnya ialah mereka adalah kroni Musa yang terpalit dengan pemilikan aset secara peribadi, ekoran itu tuntutan tanah tampak tidak berpenghujung. Adeh

Semestinya individu ganti berkenaan adalah mereka pemimpin yang tidak ada kaitan dengan cara berfikir politik Musa.

Akhirnya calonku yang saya maksudkan ialah Dato Sri Shafie Apdal. Soal bagaimana ia duduk sedangkan beliau memegang jawatan Ahli Parlimen, ia bukannya halangan besar. Sebab peralihan dalaman yang kecil akan berlaku, bagaimana prosesnya nanti kita sembangkan, ok. Apa yang penting ialah Shafie Apdal adalah pemimpin yang  betul betul berjiwa rakyat yang memenuhi citarasa masyarakat Sabah. Arios

Ingat, ekoran tadbir urus yang salah telah menyebabkan sokongan KDM terhadap BN berkurangan.

Klik link di bawah, entri ini yang saya maksudkan, sebagai pentadbiran salah oleh Musa, maka itu peralihan adalah kuncinya.

Perlu juga diingatkan, ini bukan soal meminggirkan pemimpin yang ada tapi lebih kepada memenuhi aspirasi masyarakat Sabah khasnya. Maka itu tiada benci antara kita.

 http://jalsjalin.blogspot.com/2014/10/peralihan-jawatan-ketua-menteri-mahu.html 

 http://jalsjalin.blogspot.com/2014/10/peralihan-jawatan-ketua-menteri-sabah.html 


Posted via Blogaway Jals

Monday, October 20, 2014

Sentimen Bangsa/Perkauman DAP Dari Konteks Sabah

Namanya pembangkang, kerjanya tidak ada lain selain membangkang. Mereka tidak kisah apa akan terjadi selepas itu, ekoran tindakan mereka pada hari ini.

Di Sabah penyokong pembangkang, rata rata mempersoal kehadiran pendatang dari negara jiran, walhal kalau diikutkan dia itu sendiri adalah Melayu atau saja Bumi, yang harus bertanggungjawab atas nasib agama serta negeri bangsanya.

Peliknya puak ni tidak pula mempersoal status kewarganegaraan yang dimiliki oleh Cina DAP. Tidak mempersoal :-

Bagaimana mereka mendapatkan kewarganegaraan dengan begitu mudah, walaupun langsung tidak boleh bertutur di dalam bahasa Malaysia.?

Kuburan bayi Cina DAP, pernah mereka nampak.?

Bagaimana dengan warganegara baharu selain Cina DAP sepertinya Bangla, Thailand dll.?

Perkara perkara seperti ini perlu diambil kira sebelum mempersoal kononnya kehadiran pendatang di negeri Sabah, selepas itu kaitkan pula dengan kepentingan politik sebagai wadah kepada kelangsungan nasib kaum bangsa serta agama.

Tanya orang Melayu yang ada di Semenanjung, mereka juga risau dengan masa depan mereka, Cina DAP tumbuh macam cendawan selepas hujan. Begitu juga dengan Bangla, Thailand dan lain lain. Mereka mereka ini adalah penyokong DAP, apa lagi kalau mereka berkerja pada tauke tauke yang beridealogi DAP, lagilah.

Timbul persoalan, kalau kerajaan UMNO dituduh sebagai dalang kepada Ic Projek lalu bagaimana dengan Cina DAP dan lain lain, siapa yang memutihkan mereka. Bukan kah kakitangan kerajaan yang memihak DAP, yang boleh dipanggil sebagai kerajaan kecil DAP.?

Masyarakat Sabah yang memihak BN harus sedar akan perkara ini, jangan mudah terkeliru dengan agenda DAP, yang kononnya mempersoal keputusan RCI, sedang tujuan sebenar DAP adalah untuk menguatkan cengkaman mereka dari konteks politik sekaligus kuasa, bukan apa. Saya yakin penyokong STAR sendiri tidak menyedarinya yang mereka sedang diperalatkan. Alahai

Kalau sudah penyokong STAR turut dipersoalkan, bayangkan anda yang menyokong BN atau saja Melayu/Bumiputera.

Tapi kalau penyokong sengal STAR tetap mempersoal yakni menafikan kehadiran pendatang walaupun tidak menyusahkan sedang DAP di diamkan, nah ada baiknya Bumiputera selain mereka menyimpan azam untuk pula menafikan STAR dan sewaktu dengannya. Kok rela diperintah oleh DAP berbanding Bumiputera. Adeh

Renung renungkan statistik seperti mana diatas, pembuangan undi berdasarkan sentimen bangsa yang ada di dalam DAP.


Posted via Blogaway Jals

Dyana Dan Zairil, Intim Di Ruang Maya.?

Walaupun penulis portal Malaysiakini, menulis bahwa dua individu yang ada di dalam gambar kononnya mirip kepada pemimpin muda DAP, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud tapi rata rata masyarakat Malaysia percaya bahwa individu berkenaan adalah sungguh mereka bukannya mirip kepada siapa siapa. Tulen, tidak ada edit edit.

Gambar tersisip menunjukkan Dyana dan Zairil bermesraan sebagai pasangan kekasih walaupun belum bernikah. Mereka adalah Melayu Islam dan pemimpin, tapi berbuat perkara jelek. Apa ini perkara biasa yang dihalalkan di dalam organisasi PR dan penyokong PR tidak kisah dengan hal seperti ini.?

Sebelum ini kita ada mendengar cerita pasal pemimpin pemimpin PR yang terpalit dengan salah laku moral. Mereka ialah Anwar dan Azmin daripada politik PKR dan beberapa pemimpin dari PAS. Adeh

Mungkin kita boleh mengambil sikap terbuka terhadap jenis parti tapi tidak pada pemimpin yang ada di dalamnya, andai mereka terpalit dengan perlakuan yang tidak bermoral. Ini bukan tuduhan liar tapi tuduhan yang berbukti.

Mungkin masyarakat tidak kisah, andai Dyana dan Zairil masyarakat biasa yang tidak ada kepentingan terhadap masyarakat itu sendiri, untuk kelangsungan lapangan politik yang mereka ceburi sekaligus sebenarnya untuk kepentingan peribadi mereka.

Sekali dua melihat pada gambar di atas, terasa "cemburu" pula. :)


Posted via Blogaway Jals

Sunday, October 19, 2014

Ahli Politik BN Yang Berjawatan Keatas Pergolakan Politik Sabah.

Semua orang tahu, politik Sabah agak bergolak dan yang menyebabkan ia bergolak ialah kerana adanya pentadbiran negeri yang salah dibawah politik BN.

Lalu harus pihak mana yang membetulkan kebobrokan ini. Adakah pihak pembangkang yang bukan siapa siapa di negeri Sabah.? sudah tentu bukan. Semestinya pergolakan ini dibetulkan oleh politik BN itu sendiri.

Isunya, tapi kenapa ada ramai ahli politik yang berjawatan di dalam organisasi BN/UMNO di negeri ini yang mengambil sikap berdiam. Tidak kah ini menunjukkan kepada masyarakat bahwa kehadiran mereka di dalam politik hanyalah untuk mencari kepentingan diri semata-mata.

Dan begitu bodoh kah masyarakat Sabah yang terpalit hanya tahu menyalahkan pentadbiran Federal dan bukan pentadbiran politik di peringkat negeri.?

Peralihan perlu wujud, tapi kalau tidak berlaku nampak sangat pengamal politik di negeri ini memang memperbodoh alsebab masyarakatnya yang mudah di perbodoh. Berkobar kobar mempersoal politik pembangkang tapi diam bodoh bila kebobrokan datang dari parti politik yang disokong. Itulah politik era ini, betullah kata Albert Einstein, kebodohan tidak bertitik berbanding kebijaksanaan.

Peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah.???

Ingat kalau kuasa politik sudah beralih  tangan, amat sukar tu untuk diambil balik. Lihat saja Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dan Selangor oleh PR. Adeh

Fahami betul betul, faktor kepada tercetusnya pergolakan politik di negeri Sabah ialah kerana himpitan kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat Sabah itu sendiri. Tuntutan autonomi atau Borneonisasi hanyalah cebisan tapi sengaja diangkat untuk menarik perhatian masyarakat terutamanya KDM STAR.


Posted via Blogaway Jals

Thursday, October 16, 2014

Kejadian Lanun Di Perairan Kudat.

Kelmarin malam, satu kejadian tembak perairan laut Kudat.

Dipercayai dilakukan oleh kumpul lanun dari selatan Filipina dan telah mencederakan seorang warga Vietnam yang berkerja di syarikat tempatan menangkap ikan. Bila mana kumpulan lanun atau mundu  cuba untuk merampas bot kapal yang digunakan warga Vietnam berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jalaludin Abdul Rahman telah dikhabarkan yang pihak Esscom telah menggerakkan kumpulan anggota keselamatan khas untuk memantau di perairan Kudat dimana insiden berlaku.

Pertanyaan kita ialah, kenapa ancaman seperti ini semakin menjadi jadi ya, bukannya kumpulan lanun atau saja kumpulan penculik tidak tahu yang Esscom sedang mengukuhkan keselamatan di perairan laut Sabah. Macam ada masej mahu disampaikan.?


Posted via Blogaway Jals

Agenda SSKM Kerja Sia Sia, Tapi Di Ambil Kesempatan.???

Perkara 7 di dalam perjanjian 20 perkara. Menyatakan bahwa tidak ada hak untuk Sabah keluar dari Federal, bererti agenda autonomi SSKM adalah kerja yang sia sia.

(Seperti yang kita sering perkatakan sebelum ini. Agenda autonomi adalah kerja yang sangat sia sia)

Saya yakin kebenaran ini juga disedari oleh individu pemisah si Doris Jones, sebab itulah dia hanya berani di ruang maya, kurang itu duduk pula di luar negara.

Peliknya yang terkesan dari propaganda ini bukan orang Sabah tapi individu tertentu yang sengal dari Semenanjung. Sekaligus mengambil kesempatan dengan menyuntik sentimen perkauman diantara masyarakat Sabah dan Semenanjung. Dengan harapan kekuatan BN akan berkurangan.

Individu sengal berkenaan sedar akan kekuatan BN di Semenanjung, dengan itu andai BN di Sabah lemah maka PR akan dengan mudah menjadi pemerintah.

Kurang itu ada hati pula menyalahkan PM Najib Razak sebab kononnya telah menghapuskan Akta ISA, maka itulah agenda autonomi tercetus. Mungkin dia ingat akta ISA sejenis radar yang mampu mengesan kegiatan jenayah. Alahai

Berkobar kobar, macam juga si Doris Jones entah entah satu kumpulan. Atau paling tidak, secara tidak langsung sebenarnya mendukung agenda autonomi.


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, October 15, 2014

Hasan Malek, Jadi Ejekan Pembangkang.

Datuk Seri Hasan Malek meminta peniaga agar mencontohi pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga sebanyak 20 sen selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, perkara ini dikesan semasa pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara untuk memantau harga barangan bermula 2 hingga 12 Oktober lalu.

"Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen. Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Sumber.

Betul apa yang dinyatakan oleh Datuk Hasan Malek, sepatutnya tidak timbul soal kenaikan harga yang mendadak, hanya kerana pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.20.

Dek kerana kenyataan Datuk Hasan Malek yang mengaitkan pengurangan subsidi dengan harga cendol, telah menjadi ejekan  penyokong pembangkang. Inilah masalahnya pembangkang, tidak tahu membezakan baik buruk satu satu kenyataan. Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Hasan Malek ialah sikap peniaga yang tidak mengambil kesempatan yang sebenarnya memperbodoh masyarakat.


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, October 14, 2014

Peralihan Jawatan Ketua Menteri, Mahu Wang Atau Kuasa.?

Siapa selepas Musa, Mahu Wang Atau Kuasa.?

Pemimpin politik di negeri Sarawak nampak tegas memperjuangkan nasib masyarakatnya. Mereka faham kenapa mereka menjadi pemimpin dan kenapa BN.

Berbeza dengan pemimpin politik di negeri Sabah. Sudahlah masyarakatnya terhimpit, terpinggir, terkebelakang, malah mahu lagi mulut masyarakat ini di tampal walaupun masyarakat ini terkenal dengan kesetiaan mereka terhadap pemimpin dan BN itu sendiri. Sudahlah terpinggir, di kasih sengal lagi, nanti apa yang ada.?

Begitu teruk pun pentadbiran yang berjalan, ada lagi pemimpin di negeri ini, yang menyarankan agar peruntukan/dana Federal disalurkan terus kepada mereka. Agar kononnya pembangunan yang ditunggu tunggu oleh masyarakat dapat di realisasikan.???

Biar saya berterus terang ya, kalau saja Menteri KKLW dari kalangan mereka, sudah lama kok bumi Sabah ini menjadi milik individu seorang Ketua Pemimpin dan gerombolannya.

Dengar saja perkhabaran terbaru pasal pemilikan tanah, seluas 45 ribu ekar di hutan simpan Bonggaya telah menjadi milik pemimpin dan keluarganya. Begitu juga dengan Pulau Pulau utama di pesisir laut Sabah.???

Dua anak syarikat Yayasan Sabah yang mengalami kerugian jangan dilupakan ya, ini juga hasil kebobrokan tadbir yang merugikan.

Lain itu, perintis hutan dianggap penceroboh. Tidak percaya tanya marhaen yang terpalit di daerah Tenom, Ranau dan di pantai timur Sabah. Mereka menangis tak bererti mata, hingga mengundang campurtangan Menteri KDN, agar diselesaikan. Ini semua kerana pentadbiran yang salah yang memerlukan transformasi dalaman.???

Cukup cukuplah, masyarakat tahu lagi sedar apa yang berlaku pada diri dan generasi hadapan mereka, selepas kepercayaan yang mereka berikan.

Pemimpin pemimpin negeri sepatutnya telah sedia maklum, bahwa generasi muda Sabah yang ada sekarang, sudah pun matang, mereka sedar apa jenis pembangunan yang sepatutnya mereka kecapi memandangkan Sabah adalah sebuah negeri yang kaya lagi diperintah oleh pemerintahan BN. Lain itu, generasi ini juga tahu pasal peruntukan tahunan Federal yang diterima oleh kerajaan negeri. Apa yang berlaku, peruntukan tahunan berkenaan telah disalahgunakan, pembangunan berlangsung tapi milik kumpulan pemimpin tertentu.???

Siapa tahu pasal tanah UMNO di negeri Sabah, mulanya meminta bahagian tapi akhirnya lesap entah ke mana, angkara siapa.?

Ekoran pentadbiran yang tidak menguntungkan masyarakat itulah, sokongan masyarakat KDM telah berkurangan dengan begitu mendadak, hingga mencecah 70% pada PRU13 yang lepas.

Itu yang saya katakan sebelum ini, bahwa krisis kepimpinan di negeri Sabah tidak hanya melibatkan dua kumpulan yang berbeza pendapat tapi lebih kepada kepercayaan pengundi terhadap kemampuan BN.

Ada dua pilihan tu, ingin BN kekal memerintah Sabah atau apa dia.? Kalau ingin kekal, titikkan peralihan pada masa yang sama beri kerusi TYT pada mantan, agar peralihan tidak meninggalkan kesan yang terlalu negatif. Tapi pastikan pula pengganti KM, adalah individu pemimpin yang betul betul di terima oleh masyarakat Sabah secara keseluruhannya, tidak mengira jenis bangsa atau saja agama. Ini penting dalam meraih balik sokongan masyarakat Sabah khasnya kaum KDM.

Mahu wang atau kuasa. Siapa selepas Musa.?


Posted via Blogaway Jals

Sunday, October 12, 2014

Peralihan Jawatan Ketua Menteri Sabah, Perlu Ada Kesinambungannya.???

Isu peralihan jawatan Ketua Menteri, persoalan kenapa dan mengapa bukan hanya merujuk pada apa yang di fahami oleh masyarakat umum, yang lebih kepada perbezaan di antara dua kepimpinan tapi lebih daripada itu, iaitu sokongan masyarakat KDM terhadap organisasi BN.

Saya difahamkan, merujuk pada keputusan PRU13 yang lepas tampak sokongan kaum KDM terhadap BN agak menurun sehingga 70%, hanya kerana kesalahan tadbir negeri. Terutamanya dalam hal pengurusan tanah, kepimpinan yang terpalit pula dikaitkan dengan pemilikan tanah hingga mencecah ribuan ekar. Sedangkan ada ramai lagi masyarakat Sabah yang tidak memiliki tanah.???

Itu belum lagi menyentuh kerugian yang dialami oleh syarikat syarikat yang dikawal selia oleh pentadbiran negeri. Ini juga mempengaruhi sokongan masyarakat Sabah terhadap BN.

Jadinya apa keperluannya untuk mempertahankan kepimpinan yang ada sekarang. Sedang yang kita mahukan ialah BN kekal berkuasa sekaligus mengekalkan Sabah sebagai simpanan tetap, maka itu semestinya peralihan yang dicetuskan oleh kumpulan peralihan yang diketuai oleh Jumat Idris ada titik akhirnya yakni Kesinambungannya. Nah kalau tidak berlaku, mengutip kamu kelemahan selepas itu fikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya sampai bila bila.

Ingat ada dua pilihan tu, sama ada wang atau kuasa.?

Kalau peralihan ini terrealisasi, siapa agaknya yang paling layak untuk menggantikan Musa ya.? :)


Posted via Blogaway Jals

Kenapa Tawaran Braodband Celcom Di Luar Negara Lebih Murah Dari Di Malaysia Sendiri

Kenapa Tawaran Braodband Celcom Di Luar Negara Lebih Murah Berbanding Di Malaysia Sendiri.

Kekadang kita tidak faham, apa itu ekonomi di negara yang kaya. Ini namanya manipulasi dan monopoli oleh pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab. Tapi adakah perkara ini berterusan hingga merugikan masyarakat Malaysia, sedang mungkin syarikat yang berkenaan adalah sebenarnya pelabur asing.?


Posted via Blogaway Jals

Thursday, October 9, 2014

Perkhidmatan Mahkamah Syariah Semporna Mengecewakan Masyarakat Semporna.

Kelmarin kan ada seorang pesara kerajaan memaklumkan kepada kita. Bahwa dia tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh Mahkamah Syariah Cawangan Semporna.

Katanya, bayangkan seorang kawan datang jauh dari Semenanjung semata-mata untuk berurusan dengan Ketua Jabatan atau saja Hakim di Mahkamah Syariah Cawangan Semporna tapi malang Pegawai/Hakim berkenaan tidak ada di pejabat. Mengikut maklumat umum ketiadaan Pegawai berkenaan tidak hanya berlaku pada hari Isnin tapi hari biasa minggu berkerja jabatan kerajaan.

Hal ini amat merugikan masyarakat Semporna, bukan hanya dari wang ringgit tapi masa, apa lagi kalau individu yang berurusan perlu memohon cuti kerja untuk berurusan. Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat sivil amat berharap agar kebiasaan yang negatif ini dapat dihentikan dengan kadar yang segera.


Posted via Blogaway Jals

Bajet 2015, Keperluan Belia Tidak Mendapat Perhatian Masyarakat

Kalau kita merujuk statistik keperluan bajet 2015 mengikut kehendak masyarakat melalui undian, nampaknya bajet untuk membangunkan masyarakat belia tidak mendapat perhatian dari majoriti masyarakat Malaysia.

Mesti ada dia punya sebab tu, ini mungkin kerana belia yang ada sekarang tidak proaktif dalam menyuarakan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat atau diri mereka itu sendiri maka itulah majoriti rakyat Malaysia tidak meletakkannya sebagai keperluan untuk di bangunkan.

Asyik saja mencari kedudukan untuk kepentingan diri, masyarakat menyedarinya maka itu.???


Posted via Blogaway Jals

Letupan Bom Di Bukit Bintang, KL.

Pada pagi tadi berlaku letupan bom tangan dan di Bukit Bintang . Mengakibatkan 14 orang cedera termasuklah 2 orang warga asing. Selain merosakkan beberapa buah kenderaan mewah.

Dipercayai dua bom tangan berkenaan dilontarkan dari tingkat dua berhampiran lokasi kejadian. Walau bagaimanapun hanya satu yang meletup.

Ini mesti kes jenayah berat ni, yang dijayakan oleh kumpulan kongsi gelap.

Hakikatnya, saya percaya bahwa senjata berat haram telah pun berlambak di Malaysia, terutamanya di bandar bandar utama. Secara logiknya kalau sudah benda haram sepertinya dadah yang berjumlah besar diseludup dengan mudah apa lagi setakat senjata sebesar bom tangan.

Itulah, kalau masyarakat mempersoal, nanti dinafikan dengan kenyataan kononnya kes terpencil. Alahai

Saya masih berpendapat, setakat bom tangan, apa lah sangat andai dibandingkan dengan gejala syabu yang sudah mampu membunuh beribu ribu jiwa manusia.

Pun begitu kita menyimpan keyakinan bahwa pihak pemerintah sedang berusaha keras menghapuskan kebobrokan ini. Dengan syarat harus anggota yang terlibat terdiri dari mereka yang berkredibiliti lagi berintegriti tinggi. Semoga pemerintah diberikan cukup kekuatan. In Shaa Allah.


Posted via Blogaway Jals

Letupan Bom Di Bukit Bintang, KL.

Pada pagi tadi berlaku letupan bom tangan dan di Bukit Bintang . Mengakibatkan 14 orang cedera termasuklah 2 orang warga asing. Selain merosakkan beberapa buah kenderaan mewah.

Dipercayai dua bom tangan berkenaan dilontarkan dari tingkat dua berhampiran lokasi kejadian. Walau bagaimanapun hanya satu yang meletup.

Ini mesti kes jenayah berat ni, yang dijayakan oleh kumpulan kongsi gelap.

Hakikatnya, saya percaya bahwa senjata berat haram telah pun berlambak di Malaysia, terutamanya di bandar bandar utama. Secara logiknya kalau sudah benda haram sepertinya dadah yang berjumlah besar diseludup dengan mudah apa lagi setakat senjata sebesar bom tangan.

Itulah, kalau masyarakat mempersoal, nanti dinafikan dengan kenyataan kononnya kes terpencil. Alahai

Saya masih berpendapat, setakat bom tangan, apa lah sangat andai dibandingkan dengan gejala syabu yang sudah mampu membunuh beribu ribu jiwa manusia.

Pun begitu kita menyimpan keyakinan bahwa pihak pemerintah sedang berusaha keras menghapuskan kebobrokan ini. Dengan syarat harus anggota yang terlibat terdiri dari mereka yang berkredibiliti lagi berintegriti tinggi. Semoga pemerintah diberikan cukup kekuatan. In Shaa Allah.


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, October 8, 2014

Propaganda Jelek Pembangkang Yang Melibatkan Pemimpin PM

Gambar dari proses Print Screen diatas adalah sebenarnya Propaganda politik pembangkang yang jelas bertujuan memperlekeh kepimpinan BN. Dengan harapan pemimpin pemimpin BN akan dinilai sebagai lemah  walhal sebagai pemerintah negara. Nampak?

Dengan ini admin berharap agar pembaca  atau saja masyarakat di luar sana, membuat penilaian secara matang, betapa politik pembangkang di negara ini terlalu berpolitik hingga tidak ada masa untuk membuat kerja kerja berkebajikan menepati matlamat politik itu sendiri.

Kalian sebagai masyarakat hanya perlu di kenyangkan dengan perkhabaran politik, dengan itu akan memihak PR, wah begitu mudah. Bukan kah ini satu penghinaan terhadap masyarakat sepertinya anda.?

Fikir fikir dan renung renungkan.


Posted via Blogaway Jals

Sebahagian Pemimpin Pemimpin/Masyarakat Sabah Harus Berubah

Cara berpolitik orang Sabah harus berubah. Kemajuan berpolitik bergantung pada cara yang kalian gunakan.

Sebahagian besar masyarakat Sabah  diketuai oleh orang orang yang salah tidak berkredibiliti walaupun pemimpin itu dari kalangan pemimpin BN.

Sebab itulah tetap berada di takuk lama,
bukan di sebabkan oleh konon pentadbiran Federal yang memilih kasih tapi oleh pemimpin dan pentadbiran negeri itu sendiri.

Sedangkan apa yang berlaku sekarang, politik BN hanyalah menguntungkan kelompok tertentu yang tidak pun membantu pemimpin atau parti BN itu sendiri. Bukan pula bererti, harus pengamal politik BN mendapat kelebihan berbanding masyarakat biasa tapi haruslah pemimpin pemimpin tertinggi BN menyedari sekaligus memberikan perhatian agar jentera politik mereka semakin mantap lagi dihormati oleh pihak lawan. Ialah ahli politik atau jentera politik mempunyai keikhlasan pasti akan akan melihat masyarakat yang ada di sekelilingnya bila ia nanti mendapat kelebihan dari pemimpin itu sendiri.

Pun begitu, pastikan pula individu yang diberikan kelebihan nanti adalah mereka yang betul betul berkerja demi pemimpin dan parti bukan sekadar menunjuk nunjuk biar nampak berpolitik.


Posted via Blogaway Jals

Sejarah Tercatat, Sabah sebagai Negeri.

Ini juga sebagai sebahagian daripada sejarah kemerdekaan Sabah yang merdeka melalui persekutuan Tanah Melayu pada tahun 16hb September 1963.

Selepas Sabah mencapai kemerdekaan, satu perlembagaan atau undang undang kecil telah digubal yang mendapat kerjasama daripada kedua belah pihak, diantara negeri dan persekutuan, bahwa Sabah adalah sebuah negeri yang di tadbir oleh Federal, seperti mana Negeri Negeri yang ada di Semenanjung. Melalui perjanjian Persekutuan pada 27hb Ogos 1976

Ingat, pemimpin Sabah yang bersetuju dengan penggubalan perlembagaan seperti mana di atas adalah Ketua Menteri Sabah yang telah mendapat mandat dari majoriti masyarakat Sabah. Bererti sebarang keputusannya dari konteks pentadbiran negeri adalah atas kehendak masyarakat Sabah secara amnya bukannya kehendak atau pendapat pemimpin semata-mata.

Itu bererti masyarakat Malaysia amnya, khasnya masyarakat Sabah harus menghormati perlembagaan ini. Sebab harus di tahu, tidak semestinya perjanjian 20 perkara yang dimeterai oleh generasi terdahulu, masih kekal relevan sehingga ke generasi era ini, alsebab itulah perlembagaan persekutuan yang bertarikh  27hb Ogos 1976 berkaitan Sabah dan Persekutuan dimeterai.

Begini dia punya prinsip, tidak perkara yang salah semestinya jahat, begitu juga sebaliknya tidak perkara yang benar akan semestinya baik dari konteks masyarakat Sabah yang majmuk dan point yang ada di dalam perjanjian 20 perkara.


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, October 7, 2014

Hujan Banjir Di Sabah Yang Dahsyat

Hari ini 07hb Oktober 2014 negeri Sabah mencatatkan peristiwa banjir yang agak dahsyat hingga melibatkan tanah perkuburan orang orang Kristian yang berada di lereng bukit.

Akibatnya ada beberapa keranda yang pecah menyebabkan mayat tercampak keluar.


Posted via Blogaway Jals

Banjir Di Sabah, Hasil Ketidakcekapan Pentadbiran Negeri

Sepatutnya kan tidak timbul kejadian banjir seperti ini. Maklum pembangunan di area  Kota Kinabalu tu bukan maju mana pun. Tidak lebih dari sekadar  syarat biar kepimpinan tertinggi negeri nampak melaksanakan tanggungjawabnya. Walhal pembangunan yang dirancang hanyalah menguntungkan mereka yang berkenaan hingga melupakan kesan negatif hasil "pembangunan" yang dilaksanakan.

Ada banyak lagi lapangan kosong yang terbiar, terpinggir dari pembangunan dan kalau pentadbiran negeri agak pandai sepatutnya kawasan lapang ini dilengkapi dengan sistem pengaliran air yang sempurna sekaligus mampu menampung lebihan air hujan yang menyumbang kepada berlakunya kejadian banjir seperti mana gambar diatas.

Inilah akibatnya kalau pentadbiran yang ada tidak cekap, macam saja melukis pemandangan yang indah. Tidak boleh dirasa hanya boleh dilihat. Kesannya berlalu begitu saja, malah menyakitkan jiwa. Adeh

Setiap tahun pentadbiran Federal menyalurkan berbilion ringgit bagi menjana pembangunan negeri Sabah tapi apa yang berlaku, pembangunan tidak kemana, kesannya sudah tentu pasti tidak menguntungkan. Bencana banjir berlaku setiap tahun walaupun dengan hujan yang tidak seberapa.

Harus kok pentadbiran negeri Sabah memandang berat isu ini, jangan saja siuk melaksanakan pembangunan batu yang sebenarnya  milik syarikat atau pemimpin tertentu. Keperluan masyarakat diketepikan, lihat sekarang kegiatan ekonomi sudah terjejas dan kalau perkara ini berlarutan  apa lah nanti yang akan di makan oleh masyarakat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang tu. Selain kehadiran murid ke Sekolah yang sudah tentu akan terjejas. Adeh

Ingat, faktor yang menyebabkan Sabah mendapat jolokan simpanan tetap adalah disebabkan oleh sokongan masyarakat Sabah yang tidak berbelah bahagi terhadap BN, nah jangan perlekehkan mereka.

Pemimpin datang dan pergi, organisasi parti yang perlu diperkasakan.


Posted via Blogaway Jals

Monday, October 6, 2014

Status Sabah, Negara Atau Negeri Bukan Soal!

Pasal status Sabah sama ada negara atau negeri dalam perjanjian 1963. Hakikatnya Sabah sebuah negara tapi tidak semestinya kekal sebagai negara hanya kerana perjanjian yang sebenarnya tidak bertujuan untuk menjadikan Sabah sebuah negara.

Status Sabah  telah di ketahui oleh ramai masyarakat Sabah atau saja pemimpin pemimpin di negeri ini sejak dulu lama hingga sekarang ini. Di era pemerintahan USNO yang diketuai oleh Tun Mustapa, perkara ini telah bergolak selepas itu PBS.

Tapi itulah setiap tiba PRU, masyarakat Sabah tetap selesa duduk sebagai negeri maka itulah BN tetap menjadi pilihan dan Federal tetap menjadi rujukan segala persoalan yang melibatkan kepentingan masyarakat Sabah. Dan masyarakat Sabah secara umumnya selesa dengan keadaan ini. Malah dari mereka yang telah berjaya walaupun tanpa campurtangan politik.

Kalau memang kedudukan Sabah di dalam Malaysia telah merugikan ramai masyarakat Sabah, tidak mungkin BN mampu bertahan dengan begitu lama.

Bererti tidak timbul kok  isu pasal autonomi, masyarakat ini tidak akan terpengaruh. Hentikan lah, apa yang nampak agenda autonomi hanya sesuai bagi mereka yang berjiwa kacau tidak melihat perpaduan dan kerjasama sebagai kunci kepada namanya keharmonian dan kemajuan masyarakat itu sendiri.

Klik link di bawah, yang juga berkaitan dengan status Sabah negara atau negeri.

 Sabah sebuah negeri bukan negara.?  


Posted via Blogaway Jals

Sunday, October 5, 2014

Polemik Disebalik Forum Sabah Luar Atau Dalam Malaysia Bersama DARD

Ekoran forum dan dialog rakyat, dibawah tajuk Sabah dalam atau luar Malaysia yang berlangsung di Kota Kinabalu, pada 04hb Oktober 2014.

Ada pula pihak dari kalangan penyokong pembangkang yang berpolemik dengan kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, pasal kedudukan Sabah di dalam Malaysia. Benar apa yang diperkatakan oleh DARD. Bahwa Sabah adalah sebenarnya sebuah negeri berdasarkan fakta yang tercatat, mengikut hemat diri.

1. Kalau saja Sabah sebuah negara selepas perjanjian 1963  sudah tentu pasti Sabah sekarang dikenali sebagai Republik of Sabah tapi disebabkan Sabah merdeka melalui persekutuan Malaysia yang terdiri dari beberapa buah negeri maka Sabah merdeka sebagai negeri.

2. Jawatan yang dipegang Tunku Abdul Rahman selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Merdeka 1957 ialah sebagai Perdana Menteri  persekutuan tanah Melayu yang dikenal sebagai Semenanjung, yang terdiri dari beberapa buah negeri. Itu bererti Sabah merdeka melalui negara.

3. Memang benar, sebelum Sabah mencapai kemerdekaan Sabah adalah sebuah entiti  tapi harus di ingat melalui memorandum yang dikenali sebagai suruhanjaya Cobbold, bahwa masyarakat Sabah bersetuju duduk bersama  Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari 11 buah negeri. Bererti Sabah adalah negeri.

4. Tidak mungkin sebuah negara merdeka melalui negara, sebab itulah Sabah merdeka melalui persekutuan Tanah Melayu. Bukan macam  Brunei merdeka melalui tuntutan satu entiti yang dipanggil negara.

Kesimpulannya cerita sama ada Sabah sebuah negara atau negeri hanyalah polemik politik yang tidak berpenghujung kalau ia tidak dihentikan secara sengaja. Apa yang penting ialah penduduk Sabah secara majoritinya sedang dan akan harmoni di dalam negara Malaysia. Itu juga bererti, semua point atau perkara yang terkandung di dalam perjanjian 20 Perkara tidak kesemuanya relevan untuk dipraktikkan.


Posted via Blogaway Jals

Thursday, October 2, 2014

Data Kenaikan Harga Minyak Selama Tempoh 24 Tahun

Sebelum 90 - RM0.89
Tahun 1990 - RM1.10 naik RM0.21
01/10/2000 - RM1.20 naik RM0.10
20/10/2001 - RM1.30 naik RM0.10
01/05/2002 - RM1.32 naik RM0.02
31/10/2002 - RM1.33 naik RM0.01
01/03/2003 - RM1.35 naik RM0.02
01/05/2004 - RM1.37 naik RM0.02
01/10/2004 - RM1.42 naik RM0.05
05/05/2005 - RM1.52 naik RM0.10
31/07/2005 - RM1.62 naik RM0.10
28/02/2006 - RM1.92 naik RM0.30
04/06/2008 - RM2.70 naik RM0.78
01/09/2009 - RM1.80 TURUN RM0.90
16/07/2010 - RM1.85 naik RM0.05
04/12/2010 - RM1.90 naik RM0.05
01/10/2013 - RM2.10 naik RM0.20
01/10/2014 - RM2.30 naik RM0.20

Kenaikan harga minyak/pengurangan subsidi  dari tempoh 1990 RM1.10 hingga 2014 RM2.30. Hanya meningkat sebanyak RM1.20 selama tempoh 24 tahun.

Menunjukkan kepada kita bahawa, pemerintah BN sejak dari dulu menjaga  baik kebajikan masyarakat. Langkah menaikkan harga minyak secara beransur ansur telah mengambil kira keperluan dan kepentingan masyarakat secara umumnya.

Itu bererti pengurangan subsidi minyak sebanyak RM0.20 yang diumumkan semalam, adalah langkah merasionalkan pemberian subsidi demi kebaikan masyarakat itu sendiri, apa bila dana dari pengurangan subsidi minyak tadi digunakan untuk pembangunan negara dengan itu peluang dan ruang untuk masyarakat berekonomi akan lebih terbuka.

Sama lah ertinya dengan istilah, lebih baik masyarakat dibekalkan dengan peralatan pancing daripada wang ringgit, sebab wang ringgit boleh habis selepas dibelanjakan berbanding alat pancing yang mampu merubah kehidupan masyarakat.


Posted via Blogaway Jals

Pengurangan Subsidi Minyak Dan Rasionalnya

Topik hangat minggu ini, kenaikan harga minyak, subsidi minyak telah dikurangkan sebanyak RM0.20 menjadi RM2.30/Liter.

Pengurangan subsidi disebabkan oleh beberapa faktor. Walaupun ketika ini harga minyak agak turun tapi ada kemungkinannya akan melonjak, yang ditentukan oleh WTO (World Trade Organization). WTO adalah agensi antarabangsa yang kononnya mengawal harga minyak dunia, WTO juga adalah aktor yang menentukan ekonomi dunia dengan menggunakan komoditi minyak sebagai senjata. Tidak terkecuali Malaysia dibawah kawalan WTO.

Bagi mengelakkan pemerintah tersepit atau menanggung beban yang  berat andai harga minyak dunia melonjak yang ditentukan oleh WTO tadi. Maka mengurangkan subsidi adalah langkah awal pemerintah bagi mengelakkan berhadapan dengan defisit ekonomi yang teruk.

Faktor merasionalkan harga minyak juga menepati konsep rakyat didahulukan, subsidi minyak sebelum ini sebenarnya hanya menguntungkan golongan yang berada, mereka yang miskin tidak sepenuhnya menikmati pemberian subsidi. Bayangkan golongan kaya mengguna 100 liter sebulan sedang mereka yang sederhana kaya miskin atau miskin hanya mengguna sebanyak 50 liter/bulan. Walhal subsidi minyak diberikan secara rata tidak mengira status kekayaan seseorang yang bertujuan untuk mengurangkan beban masyarakat yang tidak berkemampuan.

Maka itu, bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan hak, ada baiknya subsidi di kurangkan, supaya dana dari pengurangan subsidi  minyak tadi boleh digunakan untuk perbelanjaan yang lebih menguntungkan masyarakat ramai yang hidup sederhana dan miskin terutamanya malah mampu merubah status kehidupan mereka. Sebelum ini kerajaan perlu berbelanja sebanyak RM2 bilion  sebulan yang tidak pun sampai pada sasaran. Lebih kurang 24 bilion setahun. Kemana sudah wang berkenaan, kan rugi.

Tidak dinafikan, pemerintah memerlukan lebih dana untuk memacu pembangunan yang telah dirancang. Saya yakin dengan pengurangan kadar subsidi, hasilnya akan di terima oleh rakyat melalui pembentangan bajet 2015 yang menyasarkan sara hidup masyarakat ramai. Kita tunggu dan lihat.

Jangan di lupa pemberian kerajaan berbentuk subsidi pada bahan makanan terkawal dan perubatan adalah hal yang wajar dihargai sekaligus menutup cerita pengurangan subsidi minyak  yang sekarang sedang bermain di bibir masyarakat. Bantu kerajaan bagi menjelaskan perkara ini.

Pun begitu, penyeludupan minyak keluar negara adalah ketirisan yang mesti diambil perhatian, sebab kalau tidak boleh saja pengimportan minyak setahun boleh di kurangkan.


Posted via Blogaway Jals