Tuesday, June 24, 2014

Sebenarnya, Ibu Muhammad Firdaus. Puan Lola?

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...

Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinyat hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Sumber.

Apapun alasannya, adalah hal yang tidak wajar, seorang ibu membiarkan anak OKU hidup dalam keadaan yang sangat sulit. Tanpa mendapat sedikit perhatian, hanya untuk memandikan pun tidak berkesempatan.

Pun begitu kita tidak bersikap skeptical, boleh saja kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga puan Lola amat amat sulit. Bila terlalu sulit apapun boleh berlaku, hatta syirik pun boleh terjadi, apa lagi membunuh, mudah sekali. Kita sendiri andai berada di pihak Puan Lola pasti kita akan bertemu dengan jalan buntu dan boleh saja kita bertindak jauh lebih dari apa yang dihadapi adik Muhammad Firdaus sekarang.

Kalau  benar apa yang diceritakan oleh pelawat diatas, jelas Puan Lola tidak boleh disalahkan secara total maka itu perlu ada pertimbangan wajar dalam meletakkan hukum keatasnya.

Selain disebabkan oleh himpitan kehidupan yang tidak disengajakan, perkara yang berlaku pada adik Muhammad Firdaus juga yang sebenarnya sejenis takdir agar dia boleh mendakap pembelaan dari semua pihak. Sekaligus membawa mengubah kehidupan keluarga Muhammad Firdaus. Indahnya takdir kan.

Moralnya, kita sebagai masyarakat harus lebih alert dengan persekitaran jangan terlalu mementingkan diri begitu juga dengan agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga hal ehwal sosial masyarakat, agensi berkenaan perlulah lebih agresif dalam memastikan sosial masyarakat senantiasa berada dalam perhatian mereka. Hukumannya, agensi berkenaan perlu menanggung semua beban yang ditanggung oleh adik Muhammad Firdaus dari A sampai Z sehingga selesai.

Adapun masyarakat yang terkejut dengan kejadian ini lalu mengeluarkan kata kata nista terhadap puan Lola. Anda sebenarnya masyarakat yang amat prihatin, tahniah. Tidak timbul kejahatan perangai dikalangan mereka ekoran kata nista, sebab cerita yang sebenarnya belum mereka ketahui. Pun begitu, pastikan kesahihannya sebelum melontarkan apa apa pendapat ;-)


Posted via Blogaway

No comments: