Saturday, April 5, 2014

Buku Kesayangan Ku, Inisiatif Seorang Guru




Hari ini saya bersembang panjang dengan seorang guru sekolah yang menyentuh pelbagai aspek termasuklah hal politik dan tahap pendidikan di daerah ini.

Buku kesayangan ku adalah buku journal murid Sekolah, dihasilkan oleh Guru berkenaan yang mengajar di Sekolah Rendah di sekitar daerah Semporna, bertujuan untuk mengetahui permasalahan yang di hadapi oleh setiap anak muridnya, ekoran prestasi mereka yang berada ditahap lemah, walaupun pelbagai usaha telah di lakukan termasuklah oleh pihak Sekolah sendiri. Oleh sebab itu dia berusaha untuk mencari jalan penyelesainnya.

Pada pendapat guru berkenaan, seorang murid tidak akan berani meluahkan persoalan/permasalahan yang mereka hadapi secara bersemuka dengan guru mereka. Dengan alasan ini dia cuba memperkenalkan buku journal yang diberi nama "buku kesayangan ku"

Setiap murid dimestikan memiliki buku ini dan dikehendaki mencatatkan apa yang mereka lalui dari konteks persekolahan seharian mereka. Dari sini dia akan mengetahui apa sebenarnya persoalan yang di hadapi oleh murid berkenaan dan apa bentuk penyelesaian yang sesuai dengan mereka.

Tertarik pada kandungan buku kesayangan ku di antaranya :- Guru tidak hadir ke bilik kelas sedangkan murid berkenaan ingin berjaya. Rasa insaf pada diri murid untuk menjadi yang terbaik ada di catatkan tidak kurang juga yang menyimpan kecewa bila ada guru yang menunjukkan muka marah. Selain kata puji yang melambung :)





Pujian wajar diberikan pada guru yang dirujuk sekaligus menjadi contoh kepada guru guru yang lain. Jesteru, mungkin selepas ini, pendekatan ini boleh dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah, sebab selain mampu menyelesaikan kelemahan ia juga boleh membentuk modal insan yang berani dan berkualiti.

Kesimpulannya ada ramai murid murid yang ingin berjaya dalam pelajaran walaupun tahap kecerdasan mereka agak lemah. Apa yang penting ialah dorongan dan sikap dari kalangan guru guru. Tidak bererti kalau murid itu memiliki kecerdasan yang lemah maka mereka tidak boleh lagi di asah jesteru dibiarkan tanpa ada inisiatif untuk menyelesaikannya selain hanya bergantung pada sistem pembelajaran yang di sediakan oleh PPD atau saja pihak Sekolah. Pendekatan dan cara harus difikirkan bukan dibiarkan begitu saja. Selain peranan ibu bapa yang amat penting dalam memastikan anak mereka sentiasa bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Saya ucapkan tahniah Cikgu Z teruskan demi negara bangsa. Bravo 

No comments: