Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baharu 2014

Ingin menyampaikan perkhabaran tahun baharu 2014 yang tidal lama lagi kita akan berada di dalamnya. Daripada saya, juga untuk ketua ketua politik yang ada di tingkat tertinggi sepertinya Datuk Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hissamuddin dan Musa. Kunci kepada namanya kemajuaan ialah perpaduan lagi bersikap matang dengan perpaduan dan bersikap matang maka nasib negara bangsa ini akan tetap terjamin lagi terus terusan mencapai kecemerlangan. In shaa Allah. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202230835686259&set=a.1061384188775.2010746.1651064835&type=1&relevant_count=1

Monday, December 30, 2013

Langkah menenangkan rakyat

Ada beberapa pendekatan untuk bagaimana menenangkan rakyat bahawa isu kenaikan harga tidak menjurus kepada kerajaan semata-mata. Antaranya :-

1. Buat kira kira kos pemprosesan pada satu satu barang selepas pengurangan subsidi minyak dan penambahan takrif kadar letrik di semua sektor perindustrian. Berapa kadar harga yang sepatutnya untuk satu satu barang selepas penambahan kos diatas.

2. Buat penguatkuasaan yang keras terhadap semua peniaga yang melanggar ketetapan harga di atas.

3. Perkasakan KPDNKK

4. Beri ganjaran pada individu yang membuat laporan harga yang dimanipulasi.

Langkah Menjimatkan Perbelanjaan

ELAUN MENTERI DAN PEGAWAI DIPOTONG

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan."Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan permohonan Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat;Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Sumber

Perhimpunan Haram Yang Merugikan

Dengan menghadiri perhimpunan pada 31hb pasal konon kenaikan harga barang yang meningkat yang sebenarnya dimanipulasi oleh sebahagian besar peniaga, tidak akan mampu berubah begitu saja. Melainkan mendapat kerjasama daripada semua organisasi parti politik bagi membuat pemantauan dengan tidak menganjurkan perhimpunan haram.

Apa lagi pihak pemerintah sudah nampak, ada dimana jalan penyelesaiannya iaitu penguatkuasaan oleh agensi KPDNKK.

Pada anda yang teringin untuk ikut serta. Tanya pada diri anda untuk apa kalian hadir disana, apa manfaatnya pada diri kalian secara peribadi dan umum ? Ingat untuk membuat satu satu pekerjaan kita harus berkira kira apa ia berfaedah untuk diri atau apa dia. Dengan itu kalian akan  kelihatan matang. Barulah orang lain tabik spring, bukan perlu naik kereta yang berharga juta. Arios

Sunday, December 29, 2013

Sambutan Ambang 2014

Setuju dengan perancangan kalau sambutan ambang 2014 di batalkan sebab risau kalau perhimpunan itu nanti di ambil kesempatan oleh para hadirin perhimpunan haram. Nanti pula orang tengok semua yang datang pada hari ini ialah penyokong kuat PR :-) https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202210285412515

Thursday, December 19, 2013

Penyelewengan DAP di Pulau Pinang

Itu bab kerajaan negeri , dalam parti DAP sendiri pun bermacam kepincangan boleh di lihat daripada isu pemilihan yang tidak beretika sehinggalah kepada pemilihan pucuk pimpinan parti.

Untuk rekod Guan Eng tetap di pilih sebagai orang nombor satu dalam parti walaupun undian meletakkan beliau di tangga ke lima.Mana ketelusan yang di war-warkan ???

Yang ada hanyalah CEKAP dalam membuat HELAH dan MENIPU semata-mata !!

Justeru itu melihat kepada sikap sombong lagi bongkak kepimpinan DAP di Pulau Pinang maka Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melalui Ketua Pergerakannya saudara Rafizal Rahim menyelar dan mempersoalkan tentang kaedah pemberian tender Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam yang jelas di lakukan tanpa melalui tender terbuka.


Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut.

Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60.

Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama.

“Dalam hal ini, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang ingin meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kaedah pemberian tender ini memandangkan kenyataan beliau di dalam The Star Online dan Minit Mesyuarat JawatanKuasa Perolehan ini berbeza,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT.

Rafizal berkata rakyat memerlukan penjelasan terhadap persoalan ini apatah lagi, dengan slogan ‘ Competency, Accountability dan Transparency’ perkara sebegini perlu diketahui oleh rakyat umum.

Sehubungan dengan itu, beliau berpendapat bahawa Pemuda juga ingin mendapatkan penjelasan kenapa projek ini perlu dirunding secara terus memandangkan masih banyak kontraktor lain yang mampu melaksanakan projek ini jika dilaksanakan tender terbuka.

 “Oleh yang demikian Pergerakan Pemuda Umno Negeri memohon penjelasan yang sewajarnya daripada Ketua Menteri Pulau Pinang segera berkaitan isu di atas,” tegasnya lagi.fmt 

Wednesday, December 18, 2013

Rafizi Menyerlahkan Kekurangannya

Gani Patail, kalau menurut dakwaan Rafizi, beliau telah mendapat bayaran yang cukup lumayan, sebab konon terlibat dengan penjualan Pulau Batu Putih. Isunya ialah apa apa Menteri Menteri yang lain tidak tahu akan hal ini, begitu mudah percaya kepada saranan Gani walaupun melibatkan negara, tidak mungkin. Secara jujurnya kalau pun benar Gani ada menerima imbuhan ia tidak lebih dari hanya satu relinquish yang sebenarnya tidak ada pun unsur unsur rasuah hasil back up seperti yang di dakwah oleh Rafizi dan tidak mungkin boleh dibuktikan secara detail. Itupun kalau benar seperti yang di dakwa kalau tidak benar pasti saja batu besar akan hinggap di dahi Rafizi. #jalinanpolitik 

https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202137600555439

Sunday, December 15, 2013

Dr Roland Chia Lebih Baik Menyertai BN

Tuan Dr Roland Chia ni tidak ada kerja lain, asyik saja di kenduri kahwin :-) Saya ingat tuan akan lebih menyerlah andai memihak BN, tuan tidak boleh berdiri seorang, nanti saja masyarakat Inanam Itu yang akan terhambat oleh proses pembangunan yang sedang rancak berjalan sekarang. Pemimpin yang baik ialah sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat yang dia sayangi. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202124075617324

Friday, December 13, 2013

Penafian Bloggers Pro PR Yang Tidak Bijak Pasal Mohamad Sabu

Membaca blog pro PR selepas KDN membuat sidang bagi mendedahkan keterlibatan Mohamad Sabu dalam fahaman Syiah. Pemilik blog cuba membuat perbandingan, kalau orang lain juga pernah kagum dengan pemimpin Iran yakni Khomeini sepertinya Dr M. Selain itu adanya pejabat diplomatik Malaysia di Republik Iran. Serta mengaitkan gambar Ibrahim Ali bersama Khomeini. Baik, saya kata artikel itu sangatlah dangkal, penafiannya yang cukup kebudak budakan. Kenapa? #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202113222105993&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Thursday, December 12, 2013

Dakwaan KDN Pasal Mohamad Sabu Ada Benarnya

Mari kita berpolitik pasal Syiah. Dakwaan Datuk Zahid Hamidi pasal nombor dua dalam organisasi PAS ada benarnya. Saya kata ada benarnya, sebab individu yang berstatus nombor dua itu mengagumi kepimpinan Iran dari konteks khalifah selain lawatannya ke negara Syria sedang kita semua tahu Syria adalah tulang belakang :) Iran. Mana mungkin Mohamad Sabu tidak tahu apa penyebab perang di Syria pada ketika itu kalau bukan kerana perbalahan antara Sunnih dan Syiah. Dan sekarang para pemimpin pemimpin PR ingin meminta bukti yang jelas, kalau nombor dua dalam PAS itu sungguh berfahaman Syiah. Memanglah untuk membuktikan secara bertulis lagi ditandatangani oleh Mohamad Sabu bahwa dia berfahaman Syiah memanglah tidak ada. Contohnya seperti ini, apa buktinya yang anda berfahaman Sunnih? Kalau bukan hanya bukti bukti luaran yang boleh membuktikannya, nah begitu jugalah nanti bentuk bukti yang mensabitkan Mohamad Sabu dengan Syiah. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202097366069602

Pengikut PR Yang Melucukan

Kadang kadang juga agak melucukan. Disebabkan PAS ini banyak bercerita pasal Islam malah agendanya yang cuba mengangkat hudud maka ada ramai masyarakat yang menganggap PAS itu bukan lagi parti politik tapi sejenis pertubuhan yang lebih daripada Islam. Nah saya mahu tanya ni, bagaimana kalau parti politik PAS ini ditukar kepada pertubuhan bukan kerajaan NGO tapi mereka tetap memperjuangkan apa yang mereka cuba perjuangkan sekarang. Sebab pada pendapat saya, PAS tidak akan mampu sampai bila bila untuk memperjuangkan agenda mereka selagi PAS masih berstatus parti politik. Alah macam juga para ulama dulu dulu bha, ada di kalangan mereka yang sanggup dipenjarakan daripada mereka sebahagian dari pemerintahan Sultan pada ketika itu. Baru nampak real, macam juga Ustaz Kazim beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan mana mana parti politik. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10202100061096976

Kitaran Manusia Dan Tenaga, Masa Dan Wang

Kitaran masa, wang dan tenaga. Bila ia dilihat dari sudut agama, tenaga yang penting disana. Penggunaan tenaga sangat penting dalam mengabdikan diri kepada Allah. Singkat bukan https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202106274252301&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Istilah Kebijakan

Senario ini di anggap genius oleh orang orang yang bijak tapi sebalik pada mereka yang pandai, sebab pada kiraan mereka, bahaya ada disana. Nampak tak, kebijaksanaan itu tidak bersumber/berbuku lagi tidak boleh diukur ia adalah anugerah total dari Tuhan. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202106447376629&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Peguam PR Sengaja Mengangkat Isu Perkauman

Peguam PR yang sengaja menimbulkan persepsi kalau Melayu itu perkauman. Hanya ini yang mampu dilakukan oleh ramai pendokong tegar di PR. Hanya mampu menimbulkan persepsi, nah apa lagi penyokong bawahan PR yang jelas menyokong membawa rebah sebab tidak tahu apa apa ?. Pemimpin dan penyokong PR yang ada ditingkat tertinggi tidak tahu bahawa ada ramai penyokong PR dari Sabah, yang sebenarnya tidak wujud di bumi Sabah kalau organisasi UMNO ini bersifat perkauman. Sebab itulah juga STAR berkeras dengan politik puak ni, ingin menafikan mereka sampai bila bila. Itupun BN tetap mempertahankan status mereka, walaupun di perlekeh. Ingat antara sebab STAR tidak mahu berkerjasama dengan BN ialah kerana kalian puak sengal yang tidak pandai bersyukur. Ok Peliknya, penyokong bawahan, pula tidak sedar diri. Hanyap pandai mengkritik kudeta, sedang pada hakikatnya mereka itu sebenarnya yang kudeta, walaupun tidak ada harga. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202073080622481&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Buang Bayi Dan Jalan Penyelesaiannya

Nah kenapa perlakuan pembuangan bayi semakin menjadi jadi ni? 1. Sebab lelakinya tidak ingin bertanggungjawab kah. Kalau ini lelaki itu harus di bunuh kalau dia tetap tidak ingin bertanggungjawab. 2. Dokumentasi pada anak tersebut yang akan menimbulkan masalah kah sebab itu dibuang. Kalau ini kerajaan itu yang salah. 3. Atau ibu bapa pada perempuan yang tidak ingin menanggung malu. Kalau ini, bapa/keluarga perempuan yang harus berani untuk membunuh sang lelaki atau paling tidak membawanya ke muka pengadilan. Faktor diatas hanyalah relevan kalau kehamilan belum berlaku. Cara yang paling afdal bagi mengelakkan perkara diatas berlaku ialah cuba mengelak, tapi diri juga maklum, manusia ini punya keinginan nafsu yang kekadang sukar untuk dibendung. Kita hanya mampu berikhtiar, kalau sudah begitu carilah pasangan anda yang betul betul bertanggungjawab, caranya mudah jangan sembunyikannya dari pengetahuan keluarga anda, kalau sudah merasakan serasi dan mendapat persetujuan dari kedua belah pihak. Semoganya kalian #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202104107998146&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

PR Meludah Kelangit Pasal Bantuan Banjir

Kalau saya tidak lupa, dua atau tiga hari lepas diri di perlekeh sebab bantuan barang kepada mangsa banjir ada tertulis lambang BN. Tapi bagaimana dengan yang ini ?. Cuba konok https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202091741048980&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Pembunuhan Kejam Di India

Pembunuhan ngeri ini berlaku di Bangalore, India. Ia dilakukan oleh suaminya sendiri dan dipercayai ia berpunca dari perselisihan mengenai kewangan. Berminggu mayat yang di kerat ini disimpan dalam peti sejuk. Kes disedari bila sahaja kawan penjenayah melaporkannya kepada pihak polis, selepas dia di minta untuk menanam mayat yang berkenaan. Renung renungkan apa moral yang boleh di kutip? Maaf gambarnya agak porno, sedang itupun saya sudah menampalnya dengan pen draw. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202097610675717&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1

Pendapat Ulama Dan Pemimpin Politik Ulama Yang Bercanggah

Semalam diri ada membaca artikel perihal Syiah oleh Dr Maza di portal Malaysia Insider. Semua orang tahu, Syiah bertentangan dengan fahaman Sunnih, malah Syiah yang terlebih lebih hingga mereka mengeluarkan fatwa kalau membunuh mereka yang berfahaman Sunnih adalah wajib. Tidak timbul soal penjelasan atau saja permintaan, seperti mana pendapat Dr Maza, pada beliau kehadiran Syiah perlu di perjelaskan pada masyarakat, bukan menolaknya mentah mentah. Tapi pada saya hasilnya nanti tidak lebih dari satu kronologi perihal Syiah di Malaysia sedang fahaman Syiah itu tetap haram pada pandangan masyarakat Malaysia yang beragama Islam. Dan yang terbaru artikel dari portal Malaysiakini berkisar pendapat Tuan Guru Nik Aziz terhadap Syiah dan politik UMNO. Pada hakikatnya, beliau bersetuju kalau Syiah itu diharamkan, jangan sampai mempengaruhi ramai masyarakat Malaysia, pun begitu beliau masih menyalahkan kepimpinan UMNO, yang pada pendapat beliau ia hanyalah bersifat kepuraan sebab tidak mengangkat Islam sebagai alat kepada Penyatuan ummahdi Malaysia. Maksudkan pengharaman Syiah oleh UMNO hanya cukup sebagai retorik politik. Beliau tetap melihat dari ruang lingkup politik yang sempit semata-mata, sedang tujuan UMNO mengharamkan Syiah adalah untuk kebaikan masyarakat Islam yang ramai. Jadi kenapa lagi perlu merendahkan Keislaman UMNO kalau juga ia demi agama bangsa dan negara. Beliau juga bertegas kalau penyatuan melalui bangsa yang digunakan oleh UMNO adalah menyalahi konsep penyatuan dalam Islam itu sendiri. Kenyataannya memang benar tapi dari konteks politik Malaysia dan sekarang Syiah, penyatuan Islam kurang boleh digunapakai, sebab PAS sendiri yang berdoktrinkan Islam tapi tidak mendokong UMNO yang sebenarnya mendokong Islam berbanding dengan DAP, mereka lebih suka untuk berkerjasama. Apa kita pernah yang DAP sibuk dengan hal Syiah ? Bermaksud UMNO lebih baik dari DAP, tapi kenapa ? Kesimpulannya pendapat Dr Maza agar Syiah perlu diberi ruang untuk memperjelaskan hanyalah sebuah kenyataan yang kurang berkesan, sejarah sudah membuktikan kalau Syiah itu pada akhirnya akan berpaling tadah. Bersetuju dengan pendapat Nik Aziz yang Syiah harus di tolak oleh masyarakat Islam Malaysia alsebab sudah banyak kitab kitab agama karangan para ulama yang menceritakan Kejelekan Syiah. Disini kita boleh lihat perbezaan pendapat di antara mereka, yang satu seolahnya merestui tapi dek kerana UMNO ia bertukar kepada isu politik dan yang satu lagi cuba bersikap nautral sebab beliau bukan orang politik, tapi sepatutnya tidak begitu. Yang salah tetap salah. #jalinanpolitik https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202099570564713&set=a.1908912816461.2104874.1651064835&type=1