Sunday, August 25, 2013
Cita Cita Politik Masyarakat Umum
Sokongan Membawa Rebah Dalam UMNO
Kalau wanita, wanita jugalah, mereka tidak akan boleh menjadi "lelaki". Mesyuarat tingkap tetap menjadi fitrah sosial mereka. Kenapa tidak, tidak boleh kok mana mana Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh membuat kenyataan memihak secara terbuka kepada mana mana calon Ketua Wanita UMNO Malaysia. Oleh itu kalau ada lelaki yang membuat kenyataan terbuka seperti perkara diatas, nah macam juga kok mereka itu seorang "wanita" :)
Maksud saya siapapun ketua pergerakan sayap sama ada lelaki atau wanita, mereka tidak boleh membuat kenyataan menyokong secara terbuka pada calon Ketua. Sebab mereka adalah lambang ke unggulan jentera.
Saya belum lagi cerita pasal hati busuk macam longkang yang sudah pasti hampir tidak boleh dibuang tapi berada dalam politik.
Macam belum matang lagi, adeh.
Saturday, August 24, 2013
Nasihat Politik Untuk PAS Di Sabah
Kalau saja PAS ini menjalankan aktiviti dakwah selama tempoh 2 tahun tanpa ada rasa prejudis walau sedikit. Sekaligus mengurangkan cerita politik. Pasti saja PAS ini akan mendapat tempat di mata hati masyarakat Sabahan. Apa lagi kalau pihak PAS ada menyediakan ruang untuk remaja belia Sabahan meneruskan pengajian mereka di pondok pondok yang ada di Kelantan dan Terengganu, semakin utuhlah PAS di hati mereka.
Ini nasihat saya, kebetulan buat masa ini BN tidak mendengar nasihat politik seperti ini sebab sudah merasakan diri mereka terlalu bijak, mahu kita saja yang terhegeh hegeh, walaupun mereka sedar akal fikir mereka tidak kemana kecuali berlagak bijak (tidak semua) Nah ambil peluang ini, catatan idea ku tengah sarat hingga melimpah sebab itu perlu dikurangkan biar tersusun :)
Thursday, August 22, 2013
Idea PPTN Yang KETINGGALAN Zaman
Pra Syarat Sebelum Memihak Calon PAU
Wan Ji Mencari Menyamakan Sultan Dengan Syaitan
Wan Ji Wan Husein, mengemukakan beberapa formula untuk bagaimana menghapuskan sistem sultan di negara ini hingga negara menjadi sebuah republik.
Pertama, menyamakan Sultan dengan syaitan.
Kedua, mencipta provokasi terhadap Institusi Raja Raja.
Kita tidak jelas, bagaimana ia beroperasi atau saja rakaman video yang tersebar sekarang telah di edit dimana cerita asalnya adalah penerangan perihal proses membina games/permainan ataupun memang ia benar ia penerangan yang ingin menjatuhkan sistem beraja di negara ini apapun alasannya mengaitkan Sultan dengan syaitan walau bergurau sekalipun ia adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun.
Dan kalau betul perancangan menghapuskan Sultan diatas memang benar, nah rakaman video yang tersebar sekarang juga adalah formula ketiganya.
Hakikatnya, Wan Ji sedang mencari nama di ruang maya. Tapi kalau itulah gaya olahan yang dia ada, alahai sangat menyedihkan. Tidak ada ciri ciri langsung sebagai seorang perancang politik dimasa hadapan, PR sudah ketandusan bloggers yang berkaliber :). Sampah
Saturday, August 17, 2013
Hanya Yang Pro Dalam Politik
Friday, August 9, 2013
Khutbah Jumaat Di Raya Kedua
Thursday, August 8, 2013
Penyelesaiannya Insiden Tembak Yang Semakin Menjadi
Senjata api itu macam juga dadah, bagaimana dadah boleh terlepas dari kawalan di sempadan negara dan negeri, begitu juga dengan senjata api. Mungkin saja kuantiti senjata api haram di negara ini sudah sama jumlah dengan simpanan dadah/stok para pengedar, siapa tahu kan?
Jadi penyelesaian kepada insiden tembak menembak yang semakin berleluasa bukan semata mata dengan menguatkuasakan ISA semula tapi penguatkuasaan pada dua benda diatas harus lebih ketat terutamanya di tempat yang saya sebutkan di atas. Tidak dilupa keterlibatan penguatkuasa juga harus dipantau sebab tidak mustahil kalau mereka ada terlibat dalam hal hal penyeludupan.
Untuk langkah awal para pengedar dadah murahan harus dibanteras secara total di semua tempat, dari sini segala kebobrokan sudah boleh dicungkil.
Monday, August 5, 2013
Pemimpin Muda Sabahan Ramai Yang Tidak Layak
Tiada satupun pemimpin pemimpin muda Sabahan UMNO yang telah berjaya mengangkat anak muda ke tahap tertinggi melainkan dia itu juga di kalangan kroni atau kerabatnya.
Bermaksud pemimpin pemimpin muda ini masih ketinggalan zaman dalam berpolitik, mereka minta masyarakat luar
menjulang tinggi tinggi mereka, lepas itu mereka hanya perlu menunjukkan gigi sekali dengan tipu dayanya. Sedang dianya sudah di cium dari hujung kasutnya hingga ke hujung rambutnya dan masyarakat luar yang menjulangnya dulu tetap berkeadaan begitu.
Mungkin saja beginilah pemikiran pemimpin yang bukan tulen seorang pemimpin, cuma nasib saja yang memihak mereka pada ketika itu kenapa mereka menjadi konon pemimpin. Sabah hanya terkenal dengan keluasan tanahnya tapi sempit akal fikir muda mudinya. Kalau pun ada terus saja mahu menukar baju, sedang yang bermasalah bukan bajunya tapi badannya yang mungkin tidak sihat......... Jalin Luin :)
Kelompok Memperbodoh Pemimpin
Saya cakap berbuih pun demi kebaikan masyarakat dan pemimpin secara menyeluruh tapi kalau kelompok tamak duniawi dalam politik itu semakin bertambah, maka masih juga bicaraku tidak berguna.
Kejelekan kelompok ini ialah, menafikan hak semua orang dan menganggap wang itu adalah Tuhan, dahsyat.
Kelompok ini hanya tahu berdiam dengan berlagak faham lagi budiman wal hal dalam hati mereka, mahu saja mereka meracun pemimpin yang tidak memberikan mereka peluang dalam mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Pemimpin harus sedar akan fenomena politik ini, janganlah mudah sangat digula gunakan, nanti legacy kepimpinan yang sudah lama kukuh terbentuk akan binasa begitu saja.
Jangan Berpolitik Bangsa Melayu Semata Di Pemilihan UMNO
Sunday, August 4, 2013
Melayu Berpecah Bukan Kerana Politik Semata mata
Membaca satu artikel perpecahan Melayu, penulis berpendapat Melayu berpecah kerana ada orang politik sanggup menggunakan institusi raja demi mempertahankan kuasa, dan saya tidak melihat itu sebagai sebab kepada berlakunya perpecahan.
Tidak ada sebab nyata yang boleh diturunkan di sini selain menurut hawa nafsu yang tidak berpenghuni. Hawa nafsunya yang jahat menyusup masuk melalui politik. Tidak ada istilah bangsa Melayu dalam politik di Malaysia ini seperti mana bangsa Arab di Timur Tengah, mereka berpecah kerana nafsu politik yang menyusup masuk adalah agama. Semuanya kerana memenuhi nafsu politik semata-mata.
Saya katakan demikian sebab negara ini di perintah oleh organisasi Melayu yang kukuh dan hanya sedikit mendatangkan masalah pada kaum Melayu tapi tetap juga di tentang oleh politikus lawan Melayu yang memperjuangkan entah apa selain nafsu dunia semata-mata. Ada berapa bilion hasil bumi Sabah dan Sarawak yang diagihkan kepada kaum Melayu dengan mengwujudkan kemudahan frasarana tapi tetap juga ada di kalangan Melayu yang menafikan politik Melayu yang menjaga kebajikan mereka dengan bersungguh. Lihat saja kemenangan BN pada PRU13 yang lepas sanggup dipersoal walaupun dengan cara yang agak jelek oleh Melayu itu sendiri, malah ada di kalangan mereka/Melayu yang sanggup masuk penjara hanya kerana ingin menidakkan keputusan yang ditentukan oleh majoriti Melayu. Semua itu salah siapa, salah kerajaankah, salah Sultankah? Salah siap?