Najib yakin kebenaran akan tiba dan ketika itu ia akan menangkis segala nista dan tohmahan pihak tertentu terhadap usaha yang dilakukan pentadbirannya selama ini. Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru agar rakyat dapat berfikir dengan matang dan tidak diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan dan usaha-usaha murni yang dilakukan selama ini.
Tegasnya, atas nama kebaktian kepada untuk semua, pentadbirannya tidak akan goyah walaupun diasak dan dikritik.
Dalam ucapannya ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Najib yakin kebenaran akan tiba dan ketika itu ia akan menangkis segala nista dan tohmahan pihak tertentu terhadap usaha yang dilakukan pentadbirannya selama ini.
“Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku Perdana Menteri,bersama-sama Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baharu demi kebaktian kepada rakyat dan negara,” katanya.
Bagi tujuan itu, beliau menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa mendengar rungutan dan kritikan serta amat mengalu-alukan pandangan juga pendapat yang diberikan oleh semua golongan termasuk rakyat dalam usaha membangunkan negara.
“Harus diingat, apa jua bentuk kritikan dan saranan, perlulah bersifat membina dan tidak semberono atau main hentam melulu sahaja kerana hanya dengan kritikan dan saranan-saranan yang membina, barulah kita mampu memperbetulkan, mengislah dan memperbaiki segala yang kurang dan kelemahan yang wujud di sana sini,” jelasnya.
Sumber Malaysiakini
Ini yang kita maksudkan, seperti mana tulisan diri sebelum ini. Di sebalik apa yang saya nyatakan berhubung teguran oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, terhadap Datuk Seri Najib Razak ekoran kritikan Dr M.
Semua teguran itu bertujuan untuk membetulkan keadaan atau persepsi. Dengan itu UMNO akan kekal dengan kekuatannya.
Nah kamu orang sudah faham kan. Perbezaan ini adalah rahmat, terutamanya apa yang diinginkan oleh dua pemimpin diatas.
Sekali lagi, merujuk tulisan diri sebelum ini, apa yang penting ialah bagaimana kita masyarakat pro BN menyikapinya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.