Wednesday, April 29, 2015

Hukuman Bunuh, Pengedar Dadah Oleh Jokowi.

Andrew Chan and Myuran Sukumaran, dua individu bangsat ini telah menjalani hukuman bunuh oleh pemerintah Indonesia, Jokowi di Pulau Nusakambangan. Sebab telah didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran dadah di negara berdaulat Indonesia.

Sebelum hukuman bunuh ini ditunaikan, pemerintah Australia ada meminta pertimbangan agar hukuman bunuh tidak dikenakan.

Permintaan yang sangat pelik, usaha memusnahkan masyarakat mereka, tapi dibela. Himmm

Yang menarik perhatian saya ialah dadah berkenaan cuba dibawa keluar dari negara Indonesia yang akan memusnahkan hidup remaja belia mereka, Australia. Tapi atas dasar kemanusiaan yang tinggi, tetap juga dua bangsat itu dianggap sebagai telah melakukan kesalahan besar yakni penganiayaan sesama insan manusia.

Saya antara masyarakat sivil dari Malaysia, menjunjung tinggi pentadbiran Jokowi. Tahniah, tahniah dan syabas.

Dengan itu juga kan, saya sebagai masyarakat sivil menyeru agar aktiviti pengedaran dadah di Malaysia umumnya, khasnya di Sabah dapat dibanteras dengan kadar yang segera.

Membenteras kegiatan jenayah dadah adalah jihad yang sebenar benarnya. Allahuakbar.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.