Monday, February 9, 2015

MP Kuala Krai Dibelasah Penyokong Haji Hadi



MP Kuala Krai. Dr Mohd Hatta Mohd Ramli cuba di belasah oleh sekumpulan penyokong Haji Hadi, kerana dipercayai beliaulah yang mengetuai agenda menjatuhkan Haji Hadi sebagai pemimpin tertinggi PAS. 

Kekecohan berlaku sejurus perjumpaan/mesyuarat pemimpin pemimpin PR pasal perlaksanaan hudud dan perlaksanaan pilihanraya PBT, Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun setelah ada pihak yang membuat pertanyaan terus pada MP berkenaan, beliau menafikannya sebagai kerja budak budak yang baru hendak berjuang.

Mohon pencerahan, sejauh mana kebenarannya peristiwa seperti mana gambar.?

Kalau benar, maka betullah apa yang dibincang bualkan oleh masyarakat pasal kewujudan PASMA dan pemikiran Anwarisma yang cuba menjatuhkan PAS yang akhirnya menguntungkan DAP.

Parti menyebut Islam tapi perlakuan mereka, terutamanya penyokong PAS macam kurang jelas mengenai norma norma keislaman. Tapi tidak mengapa kita faham, ketaksuban yang mereka memiliki. Akibatnya berpolitik tapi membelakangkan akal.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.