Sunday, February 8, 2015

Kerja Keras SSKM Yang Membawa Ke Bilik Penjara

Kalau diukur dari konteks politik, kerja menyedarkan masyarakat memang satu kerja yang murni. Tapi tengok pula apa tujuannya. Kalau akhirnya masyarakat berpecah belah tidak lagi merujuk pada konsep demokrasi terpimpin sebagai jalan penyelesaian. Maka dengan sendirinya kerja berkenaan bertukar kepada kerja menghasut yang boleh didakwa di bawah akta hasutan 1948. Satu kerja jenayah yang boleh membawa ke bilik penjara.

Berulang kali kita perjelaskan. Agenda autonomi telah lama dijadikan senjata politik setiap menjelangnya pilihanraya tapi  tidak mendapat sambutan dari majoriti masyarakat Sabah. Jadi apa lagi bukti yang mahu di ungkit sebagai bukti keperluan bahwa masyarakat Sabah mendesak keluar dari Malaysia.?

Daripada bersusah payah menggerakkan agenda yang sia sia, lebih baik mendidik masyarakat untuk bagaimana menjadi masyarakat yang matang di dalam menyikapi pemerintah selepas memberikan sokongan kemenangan, ada lagi dia punya faedah. Jujur saya katakan, ekoran kurang terbelanya masyarakat, mudah mereka di propaganda kan, walaupun dengan agenda yang sempit, tidak ke mana. Jadinya daripada kepada baik daripada.

Kita merujuk seperti mana gambar. Seorang pemuda  berusaha menyakinkan masyarakat Sabah agar menyokong agenda autonomi, membawa Sabah keluar dari Malaysia. Tapi kita dikhabarkan, pemuda berkenaan cuba mengelirukan masyarakat, dengan berbicara dari konteks 20 perkara. Sedang hakikatnya di dalam 20 perkara sendiri ada termaktub tidak ada hak Sabah keluar dari Malaysia.

Entah apa sangkutan perjanjian 20 perkara dengan agenda autonomi membawa Sabah keluar dari Malaysia. Mohon pencerahan.?


1 comment:

  1. alahai budak...baik kau terangkan GST drp terangkan agenda SSKM

    ReplyDelete

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.