Tuesday, December 2, 2014

Rosmah Mansur, Minta Dilindungi.

Isteri Perdana Menteri Najib Razak membuat gesaan dengan nada yang sinis, agar kumpulan NGO atau sesiapa saja yang terlibat dengan politik pemerintah agar mahir menggunakan IT, supaya boleh menjaga beliau sebagai isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.

Ada benarnya gesaan beliau diatas. Kalau takat bodek yang lebih atau hanya banyak bergembira yang tidak pun menguntungkan dalam erti kata yang sebenarnya, lebih baik saja duduk diam. Tidak lagi membuat mata ini sakit melihat gelagat mereka sang penjilat kasut berkilat. Alahai.

Beliau ketika berucap di hadapan seribu peserta program kemahiran diri.

"Awak semua eloklah ajar mereka IT, supaya mereka boleh jawab balik orang-orang jahat ini," katanya

"Kalau sekadar bersama saya dan bergembira, tak bolehlah. Bersama saya bermaksud awak kena lindungi saya, tolong berdiri di depan saya dan lindungi saya," kata isteri perdana menteri itu.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.