PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen merupakan agensi kerajaan yang berada di kedudukan teratas bagi kes rasuah yang dibentangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Kabinet, baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada 10 agensi dan jabatan kerajaan yang disenaraikan SPRM, Jabatan Imigresen menunjukkan kadar tertinggi rasuah.
“Ia sesuatu yang memalukan saya. Kerana dengan hanya dua tiga kerat (pegawai) buat salah, kita yang tidak terlibat juga terkena imej buruk itu.
“Kedudukan tersebut berdasarkan laporan yang dibentangkan di Parlimen, baru-baru ini termasuk laporan telah disahkan dan kes pertuduhan di mahkamah,” katanya.
Ditanya sama ada 10 jabatan lain melibatkan jabatan penguatkuasaan, Ahmad Zahid berkata, beliau hanya menumpukan kepada dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.
Sumber SinarHarian
Memang ada berlaku tu. Hampir saja kita tidak kisah kalau kegiatan rasuah kakitangan Imigresen berkenaan tidak menganiaya individu lain yang lebih berkelayakan.
Saya ada pengalaman, selepas dihubungi oleh seorang individu yang merasakan diri telah ditipu oleh kakitangan Jabatan Imigresen Cawangan. Adakah patut, dokumen yang dikeluarkan oleh agensi Imigresen. Akhirnya dibatalkan begitu saja walaupun permohonan yang dibuat melalui proses yang sah.
Untuk makluman, punyalah ramai yang membuat permohonan yang sama, hanya dia yang tercicir. Alasannya KL tidak meluluskan. Tapi kalau menurutnya, dia yakin dokumen atau kelayakannya telah dijual kepada orang lain, yakni pendatang yang baru sampai "semalam"
Jadi tidaklah menghairankan, apa yang dinyatakan oleh SPRM di atas.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.