Yang dimaksudkan dengan peralihan dari konteks Sabah ialah Pemimpin berkenaan harus mereka yang mampu merealisasikan kehendak masyarakat tidak mengira kaum bangsa. Tidak juga mengira jenis persoalan yang mereka hadapi, terutamanya isu tuntutan tanah dan kebobrokan birokrasi yang tampak semakin menghimpit.
Senang cerita tidak hanya mendengar denyut nadi rakyat tapi menyelesaikan apa apa yang didengar.
Isu pemilikan tanah dan himpitan kemiskinan adalah pokok persoalan yang perlu diberikan perhatian yang amat. Perkara ini telah secara peribadi disuarakan oleh calonku bahawa memberikan geran tanah secara berkelompok tidak sebenarnya menyelesaikan masalah malah nampak memperbodoh pemilik. Kenapa tidak, kalau pemilik tidak mempunyai kuasa keatas tanahnya tapi lebih kepada makan gaji. Sepatutnya ada jalan penyelesaiannya yang lebih efisien dan berkesan.
Bila kita menyentuh soal tuntutan tanah yang menjadi kriteria utama untuk diselesaikan. Nampak, calon bayangan yang disebut sebut oleh masyarakat politik di pantai barat tidak berupaya dalam menyelesaikannya. Antara sebabnya ialah mereka adalah kroni Musa yang terpalit dengan pemilikan aset secara peribadi, ekoran itu tuntutan tanah tampak tidak berpenghujung. Adeh
Semestinya individu ganti berkenaan adalah mereka pemimpin yang tidak ada kaitan dengan cara berfikir politik Musa.
Akhirnya calonku yang saya maksudkan ialah Dato Sri Shafie Apdal. Soal bagaimana ia duduk sedangkan beliau memegang jawatan Ahli Parlimen, ia bukannya halangan besar. Sebab peralihan dalaman yang kecil akan berlaku, bagaimana prosesnya nanti kita sembangkan, ok. Apa yang penting ialah Shafie Apdal adalah pemimpin yang betul betul berjiwa rakyat yang memenuhi citarasa masyarakat Sabah. Arios
Ingat, ekoran tadbir urus yang salah telah menyebabkan sokongan KDM terhadap BN berkurangan.
Klik link di bawah, entri ini yang saya maksudkan, sebagai pentadbiran salah oleh Musa, maka itu peralihan adalah kuncinya.
Perlu juga diingatkan, ini bukan soal meminggirkan pemimpin yang ada tapi lebih kepada memenuhi aspirasi masyarakat Sabah khasnya. Maka itu tiada benci antara kita.
http://jalsjalin.blogspot.com/2014/10/peralihan-jawatan-ketua-menteri-mahu.html
http://jalsjalin.blogspot.com/2014/10/peralihan-jawatan-ketua-menteri-sabah.html
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.