Apa sebenarnya yang "diperjuangkan" oleh Jeffrey Kitingan ni ya. Hakikatnya STAR menafikan kehadiran PTI atau bekas PTI tapi pada masa yang sama bersetuju atau menyokong pula untuk berkongsi kuasa dengan Kesultanan Sulu andai Sabah berjaya dibawa keluar dari Malaysia.
Diluar sana para penyokong STAR amat anti pada bekas pendatang dari Philipine, apa lagi istilah kesultanan Sulu. Yang pada mereka langsung tidak wujud seolah olah cerita dongeng.
Sebelum ini kita orang ada berdebat bincang dengan para pemimpin tertinggi STAR dan penyokong STAR pasal autonomi Sabah keluar dari Malaysia.
Kita bertegas bahawa, kalau saja STAR punya ruang menuntut autonomi Sabah dari Malaysia maka semestinya kerajaan Philipine juga berkelayakan untuk berbuat demikian. Ialah, sebabnya selepas perjanjian 1963 di meterai bersama Federal. Ada undang undang di peringkat negeri Sabah yang telah digubal yang dipersetujui oleh kedua belah pihak antara Federal dan Ketua Menteri Sabah pada sekitar 1972/73.
Penggubalan undang undang berkenaan menyebut bahawa semua negeri termasuklah Sabah dan Sarawak berada di bawah pentadbiran Federal/Persekutuan yakni semua negeri disebut Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Dan kalau undang undang yang digubal ini berjaya di nafikan oleh politik STAR bererti Kesultanan Sulu atau saja pemerintah Philipine punya hak dan ruang untuk membetulkan balik perjanjian pajak gadai antara kesultanan Sulu dengan North Borneo, sebab difikirkan telah merugikan mereka. Ialah secara logiknya, kalau kedaulatan perlembagaan negara boleh di ganggu gugat oleh STAR , kenapa pemerintah Philipine tidak boleh berbuat perkara yang sama.!
Maksudnya masyarakat Sabah secara keseluruhannya ingin kekal duduk bersama Malaysia, jangan ada mimpi di siang hari untuk memisahkan Sabah.
Nah polemik berkenaan terbukti benar, bila pemimpin STAR, Jeffrey Kitingan bersetuju untuk berkongsi kuasa dengan Kesultanan Sulu andai Sabah berjaya dibawa keluar dari Malaysia.
Isunya, apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh STAR. Siapa sebenarnya di belakang Jeffrey Kitingan, boleh saja kuasa asing demi melihat Malaysia umumnya, khasnya Sabah musnah ni.?
Antara entry, dimana debat bincang kami sebelum ini berada. Klik link bawah. Sebenarnya bukan hanya ini, tapi ada banyak lagi di wall Facebook pemimpin dan penyokong autonomi Sabah.
Entry debat bincang berada pasal autonomi
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.