Semporna. Telah diadakan Mesyuarat Perwakilan Peringkat Bahagian UMNO Semporna 2014, yang dirasmikan oleh Dato Sri Shafie Apdal sebagai Ketua Bahagian yang juga duduk sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ramai para perwakilan di peringkat bahagian Semporna. Termasuklah ahli UMNO yang datang dari luar Semporna dan Sabah sepertinya Selangor, Ranau, Sandakan, Keningau, Tawau, Tuaran dan lain lain.
Datu Sri Shafie Apdal yang juga Menteri KKLW. Memberikan pesan agar masyarakat politik yang menyokong UMNO supaya bersatu demi kesinambungan UMNO itu sendiri. Sebagai pemimpin UMNO, beliau menegaskan bahwa beliau tidak pernah memilih berdasarkan bangsa untuk diangkat sebagai pemimpin asalkan individu itu komited berkerja demi kekuatan parti.
Kerjasama di kalangan ahli parti amat penting demi memastikan negeri Sabah terus membangun. Birokrasi yang ada di di peringkat negeri perlu dikurangkan atau saja di hapuskan agar tidak menghambat pembangunan yang selama ini amat dinanti oleh masyarakat Sabah. Seperti contoh pembinaan Jambatan ke Pulau Bum Bum, perbelanjaannya telah tersedia tapi angkara birokrasi yang ada di peringkat negeri maka pembinaan jambatan berkenaan telah dinafikan.
Beliau juga menyentuh pasal tuntutan autonomi oleh sekelompok masyarakat Sabah yang sebenarnya minoriti. Adalah tuntutan berkenaan tidak membangun masyarakat Sabah secara keseluruhannya. Malah hanya mengundang ancaman keselamatan dari pihak luar yang sudah pasti akan mengganggu ketenteraman awam.
Ketika beliau mengimbas masa lampaunya, sewaktu pesuruhjaya Cobbold membuat pungutan suara/referendum ke daerah Semporna pada ketika itu beliau masih kecil, mengikut ibunya. Referendum berkenaan telah membuktikan bahawa masyarakat Sabah umumnya dan khasnya masyarakat Semporna bersetuju untuk merdeka melalui Malaysia. Jadinya tidak timbul soal autonomi, sebab sejak dari mula lagi masyarakat Sabah telah bersetuju untuk duduk di dalam namanya negara Malaysia.
Selain itu beliau juga memberikan nasihat agar para Yb harus senantiasa beringat, tidak selamanya mereka hidup di dunia ini, akhirnya juga akan mati. Maka itu bekerjalah demi kebaikan masyarakat, jangan hanya sibuk mencari keuntungan diri.
Posted via Blogaway Jals
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.