Sunday, September 7, 2014

Disebalik Penolakan Wan Azizah Sebagai Menteri Besar

Pemimpin tertinggi PAS berpendapat Wan Azizah sebagai tidak layak menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Bermakna Wan Azizah menyalahi  doktrin politik yang ada di dalam Islam, memandangkan PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam.?

Oleh itu  mana mana individu pemimpin atau penyokong pembangkang  tidak layak mempertikaikannya. Apa lagi kalau individu itu datang dari Pemimpin politik DAP, bukan hanya tidak layak malah menyalahi.

Penolakan Wan Azizah oleh PAS Haji Hadi adalah bukti jelas kalau PR adalah gabungan parti politik yang mengenepikan kepentingan masyarakat untuk dibela. Sebelum ini Khalid sebagai pemimpin PKR dikatakan tidak  layak sejak lagi penggal pertama PR memerintah negeri Selangor tapi tetap juga di pertahankan hingga ke penggal yang seterusnya, bukan kah ini bermakna PR memperjudikan nasib masyarakat Selangor.?

Hakikatnya PAS tidak ada halangan atau tidak ada sebab untuk menafikan  calon Menteri Besar Selangor dari kalangan PKR asalkan dia seorang lelaki. Apa lagi kalau ketetapan PKR sebagai Menteri Besar Selangor telah dipersetujui sama oleh DAP dan PAS. Walaupun PKR hanya mendapat kerusi 14, berbanding PAS dan masing masing mendapat 15 kerusi.

Maksudnya PAS tidak menolak Azizah berdasarkan politik semata-mata tapi lebih daripada itu.

Jadi kenyataan sumbang oleh Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor. Bahawa  Haji Hadi  tidak layak mempersoal kredibiliti Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor alsebab sejarah kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu kepada BN adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab, sekaligus menilai rakan politik mereka sebagai  tidak berguna. Sedangkan tidak dinafikan serba sedikit kemenangan DAP di kawasan pengundi Melayu adalah datang dari pengaruh PAS.

Walaubagaimanapun, menurut hukum demokrasi, memandangkan Wan Azizah mendapat sokongan penuh daripada DAP dan segelintir PAS, sekaligus PKR itu sendiri, maka selayaknya Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. :-)

Klik link di bawah, artikel ini yang di cerahkan.

 http://www.malaysiakini.com/news/273906 


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.