Sunday, September 7, 2014

Cubaan Keluar Sabah Berhadapan Dengan Ancaman Keselamatan

Sudah tentu pasti kenyataan Dato Sri Shafie Apdal ini ada kebenarannya,  Sabah akan berhadapan pelbagai implikasi keselamatan andai ura ura Sabah keluar dari Malaysia menjadi kenyataan. 

Jangan di lupa antara faktor yang menyebabkan terbentuknya Malaysia pada 16hb September 1963 adalah  kerana faktor keselamatan, dimana pada ketika itu Sabah berhadapan dengan ancaman dari negara jiran yang dipanggil konfrontasi.

Walaupun era konfrontasi sudah berlalu selepas Malaysia terbentuk, tapi ancaman dari pihak luar masih wujud. Termasuklah ancaman daripada negara jiran Philipine yang tidak berputus asa untuk menuntut Sabah dari Malaysia.

Benigno Aquino sebagai Presiden  pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka bahwa pentadbiran negara Philipine tidak akan berhenti menuntut Sabah walaupun peluangnya sebesar lubang jarum asalkan berpotensi.

Maka itulah, cubaan setengah pihak yang kononnya  membawa Sabah keluar dari Malaysia adalah sebenarnya kerja mereka yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya selepas keputusan PRU13 di ketahui mereka sudah mula sedar dan malu, rupanya agenda Borneonisasi yang pembangkang/mereka  tidak boleh diterima oleh masyarakat Sabah secara keseluruhannya.


Posted via Blogaway Jals

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.