Wednesday, May 28, 2014

Pesanan Untuk Melayu PR

Nisbah Pemimpin Melayu Yang Memihak PR Tapi Di Dominasi Oleh DAP (Rajah asal bertujuan untuk memalitkan BN)

Trend penyokong PR di Semenanjung yang cuba untuk bersikap budiman dengan mendokong fahaman neo liberal pada parti politik terutamanya pembangkang, sekaligus menyokong kesaksamaan hak di kalangan masyarakat Malaysia yang merangkumi aspek pendidikan, telah menimbulkan pelbagai polemik politik yang semakin parah. 

Tapi tidak mengapa, kalau mahu sangat, kamu jual lah keturunan kamu tu. Nanti orang lain hanya tersenyum. Terutamanya mereka yang berstatus bumiputera, sebab melihat kekurangan bangsa.

Mungkin Melayu PR ni tidak tahu pasal maklumat asas geografi di antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak di yang pisahkan oleh laut yang luas. Di mana segala pergolakan politik atau  perbalahan yang berlaku di Semenanjung tidak akan boleh mengganggu gugat keharmonian di masyarakat Sabah dan Sarawak, apa lagi dua negeri ini di jamin oleh perjanjian 18 dan 20 perkara, di para 6 (20) yang disebut sebagai Imigresen. Faktor ancaman  tidak hanya relevan pada waktu itu tapi juga selepas 20 perkara termeterai andai ancaman politik boleh mencetuskan ketidakharmonian.

Di sebabkan jenis pentadbiran Federal yang diamalkan di Malaysia ni bersifat Unitari di mana kuasa pentadbiran terbahagi kepada dua, pusat dan negeri. Maka setiap negeri ada kewajipan mereka dalam menjaga kesejahteraan masyarakatnya dari terpalit oleh isu  politik yang dibawa dari luar, hingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat negeri itu sendiri.

Sebab itulah kelompok Melayu yang menyokong tanpa alasan yang jelas perlu lebih berhati hati dalam memberikan sokongan terhadap pemimpin politik, terutamanya di kalangan pemimpin pemimpin PR. Jangan saja tergadai di bumi sendiri, malu kita. Nanti tidak ada yang boleh membantu tu kecuali tentera, itu pun kalau Sultan
mengarahkannya, kalau tidak, nah apa nanti yang terjadi, pupus di bumi sendiri, bersama keagungan liberalismnya, begitu.?

DAP adalah parti yang sangat licik, mereka sedar tanpa memecah belahkan masyarakat Malaysia umumnya dan Melayu khasnya agenda yang menautralkan kontrak social tidak mungkin menjadi kenyataan. Masyarakat Melayu perlu berpecah terlebih dahulu barulah mereka boleh tampil sebagai hero, sepertinya Superman. Kononnya perpecahan itu ini adalah disebabkan oleh attitude bangsa Melayu itu sendiri yang tidak mahu mengalah dalam semua hal sedang arus politik di peringkat antarabangsa telah lama berevolusi hingga berjaya melahirkan beberapa actor di dalam fahaman politik yang di panggil neo liberalism dan untuk menyelesaikan kekalutan ini, kontrak social perlu terlebih dahulu di cairkan selepas itu barulah kita membentuk Negara bangsa yang baharu, nah barulah Negara Semenanjug@Malaysia aman sejahtera. (Beginilah lebih kurang kronologi dari proses menautralkan kontrak social oleh DAP selepas semuanya berkecai)

Ingatan ini khas untuk Melayu PR yang sengal lagi lupa diri dari semua kebaikan yang mereka telah kecapi. Harus Melayu bebal ni sedar tanpa pentadbiran yang di panggil wilayah di mana himpunan kekayaan di kumpul terlebih dahulu selepas itu di agihkan secara rata, mereka tidak akan mengecapi seperti yang ada sekarang, hingga Sabah dan Sarawak yang sepatutnya lebih membangun disebabkan kesuburannya, pula yang agak ketinggalan.

Akhirnya masyarakat Sabah boleh memandang rendah pada kelompok Melayu yang memihak PR di Semenanjung sana, sebab tanpa kekuataan BN yang selama ini didokong oleh masyarakat Sabah dan Sarawak, mereka tidak akan merasa ertinya kemajuan yang meliputi modal insan dan kemudahan prasarana tapi akhirnya pula berpendirian menentang. Kurang itu pandai pula memperlekeh status kehidupan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Mungkin akan bersambung………….


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.