Wednesday, May 28, 2014

Di Sebalik Pencalonan Dyana Sofya Di Teluk Intan


Mungkin masyarakat Teluk Intan tidak mengetahui sebab sebab kenapa Dyana Sofya tiba tiba menjadi calon. Pencalonan Dyna adalah hasil dari politik kronisme terancang, sekaligus untuk menutup politik perkauman yang selama ini menjadi taktik DAP dalam menarik perhatian masyarakat Cina.

Dan kamu orang tahukah, pencalonan Dyna Sofya telah mengguris hati ramai penyokong   mantan ahli Parlimen Teluk Intan yang mati kerana penyakit kanser iaitu mendiang Yb Seah Leong Peng.

Sebelum mantan meninggal dunia, mendiang ada menulis wasiat berkenaan individu yang paling layak untuk menggantikanya. Walau bagaimanapun wasiat berkenaan tidak mendapat kisah dari pemimpin tertinggi DAP. Apa dia punya maksud ni, dari konteks jasa dan kepimpinan di dalam organisasi DAP.?

Itu bermaksud,  DAP bukannya parti yang mendukung kehendak penyokong atau ahli seperti yang di war warkan oleh pemimpin pemimpin DAP khususnya terhadap kaum Cina tapi lebih politik kronisme terancang, sikap jelek DAP tidak kenampakan, sebab DAP ni terlalu licik menyembunyikan kekurangannya. Sedangkan kalau kita perhitungankan, sewajarnya lah Lim Kit Siang  mengenang jasa mendiang Seah Leong Peng sebagai pemimpin yang telah membawa kemenangan pada PRU13 yang lepas. 

Atau kalau kita membuat perbandingan dari konteks  kelayakan, antara Dyana Sofya dan Dr Hew Kuan Yau individu yang tercatat di wasiat mending Seah Leong Peng. Hew lebih berkelayakan, sebab Hew telah lama menjadi ahli DAP sedang Dyana Sofya baru jak dua tahun menjadi ahli DAP. Malah kalau kita mengukurnya dari status pendidikan Dr Hew Kuan Yau lebih berkelayakan sebab dia memiliki Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Sastera dari The Chinese University of Hong Kong. Berbanding Dyana Sofya, namanya belum tercatat di portal The Malaysia Bar, sebagai Peguam.

Dan percayalah Dyana tidak akan diberikan kuasa eksekutif  bertepatan dengan matlamat DAP untuk membonekakan Dyana Sofya, andai pun DAP mendapat kemenangan.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.