Thursday, April 10, 2014

Tidak Wajar Esscom Di Persalahkan Secara Total ?



Ada tu saya terbaca pasal kemampuan Esscom dan peruntukannya, yang dicanang terutamanya oleh pemimpin pembangkang khasnya Lim Kit Siang, DAP.

Katanya, Esscom telah berbelanja  beratus juta ringgit tapi keadaan tetap begitu rupa, di mana perairan negara masih tidak terjamin dari ancaman pihak luar, malah katanya semakin teruk.

Tapi akhirnya saya tersenyum dengan dakwan yang dibuat di atas.  Saya juga baru "memahami", rupanya pemimpin pemimpin pembangkang ini kebanyakan berstatus haprak, jelas tidak tahu apa apa. Yang hanya mereka tahu ialah mempersoal isu semasa sekaligus menukarnya kepada isu politik, walaupun pada hakikatnya mereka sendiri tidak jelas dengan apa yang berlaku. Seperti mana insiden MH370 dan yang terbaru pasal insiden penculikan di Pulau Singgahmata, Semporna. Serius

Begini, Lim Kit Siang mempersoal kononnya Esscom telah menerima peruntukan mencecah RM300 juta tapi keselamatan di perairan Sabah semakin teruk,  kurang itu, dia pula memperlekeh insiden penculikan di Pulau Singgamata Resort sebagai "April Fools Joke". Nampak sangat DAP  memang pengamal politik provokatif yakni sengaja mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat Malaysia umunya dan khasnya masyarakat Sabah.  Jangaan di lupa Elizabeth juga pemimpin DAP yang pernah berpolemik dengan keharmonian di negeri Sabah ya.

Selain itu, ada juga suara suara sumbang yang kedengaran, konon mempersoal kemampuan Esscom dalam melaksanakan tanggungjawabnya, sedang saya yakin mereka sendiri tidak tahu tu apa sebabnya  Esscom di wujudkan. Adeh.

Kebenarannya, Esscom hanya mendapat peruntukan sebanyak RM2.83 juta sejak awal kewujudannya daripada RM300 juta yang di canang oleh pemimpin pembangkang. Selebihnya sebanyak RM297.17 juta daripada RM300 juta adalah milik agensi keselamatan seperti Polis, Tentera dan agensi yang berkaitan.

Jadi cuba bayangkan, apa yang boleh di lakukan dengan peruntukan sebanyak RM2.83 juta ? Hanya untuk menampung kos perbelanjaan 2 batalion yang bernaung di bawah agensi Esscom sudah tidak memadai. Apa lagi untuk merancang sekaligus melaksanakan langkah langkah khas dalam memastikan perairan laut negeri Sabah berada jauh dari ancaman pencerobohan seperti yang dilakukan oleh agensi keselamatan sepertinya Marine dan PGA. Adeh

Esscom tidak memiliki kuasa "command and control" terhadap mana mana agensi keselamatan. Esscom hanya menunggu arahan tindakan dari pihak atasan atau Ketua Polis  untuk bertindak keatas insiden yang mungkin akan  berlaku. Atau senang cerita Esscom tidak ada autoriti untuk mengelurkan arahan.  Bermaksud Esscom tidak lebih dari agensi perantaraan. Tapi kenapa begitu mudah Esscom  di persalahkan, apa lagi kewujudan Esscom baru sahaja setahun jagung, yang sudah tentu pasti tidak memungkinkan  Esscom mampu menanggung semua ketirisan yang berlaku sebelum kewujudan Esscom. Sebelum Esscom diwujudkan, ada berlaku beberapa insiden penculikan di Lahad Datu dan diperairan tertentu di negeri Sabah, jadi dari mana datangnya ketirisan tu, siapa yang harus di persalahkan ? Hata tujuan Esscom di wujudkan pun adalah ekoran pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu oleh "Kesultanan Kiram". Jadi ? :)

Selain di atas, kedengaran juga kononnya Esscom di lengkapi oleh enam batalion tapi masih tidak mampu menjaga perairan negara. Sedang yang sebenarnya Esscom hanya memiliki dua batalion,  jadi ada di mana kekuatan Esscom dalan menjaga perairan Sabah yang sangat luas ni ? Untuk makluman dua batalion ini di letakkan di FELDA Sahabat merangkumi sepanjang perairan Tanjung Labian. Bagaimana pula keselamtan di perairan daerah Semporna  dan lain lain perairan selain perairan yang di jaga oleh Esscom  ?

Konklusinya, Esscom tidak boleh di persalahkan secara total sebab ia adalah agensi yang tidak pun memiliki autoriti terhadap keseluruhan keselamatan perairan negara khasnya perairan di negeri Sabah, apa lagi esscom tidak pun memiliki kuasa, "command and control jauh sekali kelengkapan senjata.

Pun begitu, baik masyarakat dan terutamanya  pemimpin pemimpin pembangkang harus melihat kejayaan yang telah di capai oleh Esscom sepertinya kawalan terhadap sepanjang perairan Lahad Datu sekaligus mengekang tuntutan/pencerobohan berterusan dari pihak "Kesultanan Kiram", bukan hanya melihat pada kekurangan. Ingat mengekang pencerobohan dari "Kesultanan Kiram" adalah matlamat utama Esscom di tubuhkan.

Sebab itu saya katakan, adalah tidak wajar andai Pengarah Esscom yakni Mohammad Mentek di persalahkan secara total sekaligus terlibat dengan penstrukturan semula Esscom.

Adalah lebih baik kalau selepas ini  daerah Semporna di masukkan dalam perlaksaan Esscom, agar kejadian yang sama yakni insiden penculikan tidak berulang. Perlu diberi  ingat, jangan pula selepas ini perairan Sabah macam berada dalam suasana perang hingga boleh membawa risau kepada masyarakat, biasa biasa jak.  Arios :)

Opss, sebelum terlupa, saya di khabarkan ada pihak yang telah mendapat maklumat terlebih awal mengenai rancangan penculikan pada sekitar  jam 10.00pm akan tapi  agensi yang dipertanggungjawabkan secara khusus untuk membenteras, lambat mengambil tindakan sehinggalah insiden penculikan berlaku di Pulau Singgmata pada jam 10.30pm. Apa kebobrokan ini boleh di letakkan di bahu Esscom ?






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.