Para blogger pro PR berpendapat, negara ini harus mencontohi negara jiran Indonesia sebab tidak menggunakan isu moral sebagai alat politik untuk menjatuhkan lawan, bukan seperti Malaysia, kononnya. Selain dakwaan dakwat kekal yang tidak kekal.
Yang bloggers dan penyokong PR perlu tahu tahu ialah,di negara Indonesia tidak ada kebobrokan moral yang berlaku dikalangan calon hingga mampu menjatuhkan imej mereka sebagai calon politik, andai ia di politikkan. Sebab di negara maju pun isu moral tetap di letak sebagai krteria utama dalam mencari pemimpin.
Sebaliknya pemimpin pemimpin dan penyokong PR harus lebih menumpukan perhatian kepada kemajuan negara atau saja manifesto yang bertujuan untuk membaiki kekurangan yang ada. Bukan asyik menjatuhkan kredibiliti calon dan dengan sengaja mengwujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat Malaysia. Atau senang cerita berpolitik sepanjang masa, walaupun saya akui ia perlu dalam memastikan pemimpin kerajaan senantiasa peka dengan keperluan semasa rakyat.
Soal dakwat kekal yang tetap dipolemikkan berbanding konon Pemilu di Indonesia ia hanyalah isu yang di mainkan semula untuk memburukkan negara. Sebab kalau memang dakwat yang digunakan oleh SPR di PRU13 yang lepas betul betul tidak berkualiti lagi disengajakan tidak mungkin PR mendapat undi popular hingga mencecah 49.96% berbanding BN 46.53%.
Hanya turut membidas kenyataan pro PR pasal Pemilu Indonesia ni, kita sebenarnya telah berpolitik pada perkara yang tidak mendatangkan faedah tapi memandangkan ada ramai penyokong PR yang semakin buta mata dan hati, maka itu terpaksalah diri hadir untuk membidasnya :). Betul tidak ?
Posted via Blogaway
Betul tuan..saya sendiri pun warga indonesia, tapi apa yang saya lihat dengan mata, kepala dan pemikitan positif saya..kerajaan malaysia juga cukup profesional dalam menangani masalah politik dalaman dan bahkan mampu mengatasi kritikan negatif dari kelompok2 parti lawan bn.. dan saya lihat dalam beberapa perkara seperti manifesto2 kerajaan yang di janjikan cukup menampakkan jarak perbezaan yg amat jauh sekali berbanding pr yang membentangkan manifesto..
ReplyDelete