Seorang pelancong dari negara China dan seorang pekerja resort telah di culik di Pulau Singgamata, Singgamata Reef Resort pada Rabu lepas, sekitar jam 10.30pm yang terletak 2.2 batu nutika dari tanah besar daerah Semporna
Pelancong yang diculik berumur sekitar 20an yang dikenali sebagai Gao Huayun manakala pekerja resort, Marcy Dayawan yang berumur 40an.
Penjenayah mungkin berasal dari negara jiran berdasarkan loghat bahasa yang mereka gunakan. Di percayai gerombolan penjenayah menggunakan bot laju dan menghala ke Pulau Gaya selepas mereka menculik mangsa.
Sejurus selepas laporan polis dibuat oleh pihak resort. Pihak Keselamatan telah mengerakan usaha mencari yang terdiri dari Esscom, PGA dan APMM.
Semoga usaha mencari membuahkan hasil. In Shaa Allah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.