Apapun kejadian jenayah yang berlaku pada masa ini ia pasti berpunca dari pengedaran dan penggunaan dadah/syabu yang tidak terkawal. Sebab itulah gejala syabu perlu di ambil perhatian yang sangat serius.
Termasuklah kejadian culik pada Rabu yang lalu, yang berlaku di Pulau Singgamata, Semporna.
Selagi penculikan tidak dilakukan oleh masyarakat tempatan maka selagi itulah ia boleh dilihat sebagai perkara yang biasa. Jadi bolehlah kita menuding pada agensi penguatkuasa buat seketika. Sekaligus berpolemik dengan perlaksanaan esscom, sebab sepatutnya esscom di letakkan di daerah Semporna tapi pula di pindah atas sebab yang kurang jelas.
Tapi tidak pula bermakna selepas ini daerah Semporna akan sarat dengan anggota keselamatan yang boleh membawa risau, cukup alah kadar jak apa yang penting ialah pembenterasan gejala syabu di semua peringkat dengan langkah yang mungkin extrim.
Saya kata ala kadar sebab risau kalau ia boleh membawa untung pada anggota tertentu yang tidak bertanggungjawab. Atau mungkin akan menyebabkan pola ekonomi daerah ini akan terganggu, sebab rata rata mereka yang terlibat sebagai peniaga kecil kecilan dan pekerja buruh kasar adalah terdiri dari kelompok pendatang yang tidak mempunyai keterangan diri yang jelas.
Dan pastinya penculik seperti mana yang disebut diatas tidak terdiri dari kalangan peniaga kecil kecilan dan buruh kasar tadi, ialah mana mungkin mereka yang asyik dengan aktiviti perniagaan boleh secara tiba tiba menjadi penculik, betul tidak ?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.