Tuesday, April 22, 2014

Penarikan Diri Anwar Dari Merebut Jawatan Presiden Adalah Muslihat ?




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan kali ini atas nasihat kumpulan peguamnya, sekali gus memberi laluan kepada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan.

Ini namanya permainan politik Anwar Ibrahim atas fahamanan yang dipanggil politik oligarki yang jelek. Seperti mana yang terkandung di dalam entry sebelum ini Pemimpin PKR pengamal politik oligarki

Mengikut peraturan pemilihan PKR untuk peringkat pusat,  tarikh akhir penarikan diri calon yang bertanding ialah pada 10hb April 2014. Nah tarikh pada hari ini ialah 22hb April 2014. Masih boleh menarik diri kah tu ? Nampak sangat kalau organisasi PKR ni sebenarnya adalah milik keluarga dan bukannya milik masyarakat seperti yang dikhabarkan kepada umum hingga ramai yang tertipu.

Mana mungkin dia Anwar tidak menyedari kalau kehadirannya bagi merebut jawatan presiden PKR yang disandang isterinya tidak menyalahi etika demokrasi malah ia adalah perbuatan yang akan mencatatkan rupa bentuk demokratik. 

Ada beberapa perkara yang kita boleh polemikkan disini selain konsep oligarki yang mereka PKR amalkan :-

Menarik diri selepas tarikh yang di tetapkan sebenarnya telah menghina perlembagaan organisasi PKR itu sendiri. Ini menunjukkan kepada kita bahwa pemimpin pemimpin pembangkang adalah kelompok elite yang tidak menghormati perlembagaan walaupun perlembagaan itu datang dari mereka yang dicipta khas untuk memanipulasi pengikut demi kepentingan mereka :)

Nah apa lagi kalau perlembagaan itu  datang dari luar yakni dari parti memerintah. Walaupun perlembagaan itu bertujuan untuk mencari kebaikan kepada masyarakat secara keseluruhannya, tapi kalau ia tidak boleh menguntungkan PR untuk tempoh tertentu, pastinya mereka akan berusaha untutk menentangnya dengan apapun cara termasuklah menyuntik rasa ketidakpuasaan terhadap kelompok masyarakat yang merasa terpalit yang akhirnya membawa kepada perpecahan total, wal hal pada hakikatnya perlembagaan berkenaan telah mengambil kira beberapa aspek dari konteks majoriti dan hak agar keharmonian masyarakat tetap terjamin sampai bila bila, dari sudut ini saya merujuknya sebagai kontrak sosial dan yang kedua kebebasan beragama yang telah dimanipulasi. 

Menarik diri saat akhir selepas tarikh rasmi yang termaktub di dalam peraturan pemilihan PKR sebenarnya mengandungi muslihat yang tersendiri yang datang dari kepala akal politik Anwar. Dengan berbuat demikian, maka para penyokong PR dan masyarakat umum akan beranggapan bahwa, sememangnya Anwar menarik diri atas nasihat peguam politik PKR dan bukannya perangkap politik yang sengaja di rancang supaya tidak ada pemimpin pemimpin PKR yang turut mencalonkan diri bagi merebut jawatan Presiden PKR selain Anwar dan Azizah. Sebab itulah Anwar menarik diri hanya selepas tarikh rasmi mengikut peraturan pemilihan parti berakhir :).


Betul tidak ?



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.