Jangan sokong PKR/PR parti ini yang akan menyusahkan rakyat. Perbalahan dalaman dikalangan masyarakat Sabah itu akan terjadi. Satu pihak menuntut hak dari konteks orang asal, satu pihak lagi menyentuh hak dari konteks kewarganegaraan.
Orang asal menuntut hak keatas tanah yang ada di bumi Sabah yang sepatutnya diberikan pada mereka sebab mereka yang lebih layak berbanding mereka yang berstatus warganegara, katanya. Lalu dimana hak mereka yang berstatus warganegara, mereka juga layak untuk memilikinya berdasarkan akta Ordinan Tanah 68
Kehendak orang asal ini dibawa oleh parti politik STAR yang mendokong Borneonisasi atau senang cerita parti ini mewakili kaum konon KDM, ekoran kaum KDM sudah hilang kepercayaan keatas parti PBS yang di terajui oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Menggunakan hak tanah adat yakni NCR adalah caranya. Orang asal menggunakan saluran ini untuk menuntut tanah adat yang dikatakan milik mereka, soalnya seluas mana tanah adat yang maksudkan ni, keseluruhan tanah yang ada di bumi Sabah kah ?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.