Ada jugakah relevannya orang pencen dengan kepolitikan ni. Kenapa selama ini diri itu kurang bersuara, atau mungkin juga bersuara tapi cukup sepertinya Ayam Betina.
(Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin menyertai PKR)
Itu saya kata apa juga relevannya ya, mereka yang pencen dari kerjayanya lalu menceburi politik ni ? Bukankah ini petandanya individu itu mementingkan diri sendir tapi bila sudah tersepit diajak pula masyarakat untuk menyokongnya. Kalau kita andaikan ia disebabkan oleh sistem pelajaran yang ada di Sabah tapi dia sendiri sudah pernah menjawat jawatan Pengarah, bermaksud sistem pendidikan yang ada di Malaysia umumnya dan khasnya di Sabah tidaklah dangkal juga anak anak Sabahan diberikan kedudukan dari konteks jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Mahu kebebasan yang bagaimana dia mahu ni. Dalam hal meluluskan projek di Kementerian Pelajaran kah ? atau bangsa mana di bumi Sabah ini yang tercicir dari arus pendidikan perdana ? atau juga tidak berpuashati dengan kehadiran dari Guru Guru dari Semenanjung ? atau mungkin juga kerana Elaun yang di terima oleh Guru Guru dari Sabah ?
(Sungguh saya tidak percaya kalau sebabnya konon ingin membela nasib Guru Guru Sabahan, kenapa sekarang ?)
Hanya satu dari faktor di atas yang tidak melibatkan kuasa beliau semasa beliau memegang jawatan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah ? Yakni dalam hal hal pemberian Kontrek di Kementerian Pelajaran Malaysia yang lain beliau sendiri boleh mengusulkannya atau saja usulnya itu tidak diterima, tapi mana dan kenapa ?
Adakah dengan memihak PKR maka semua perkara yang beliau persoalkan akan mampu diselesaikan, atau mungkin juga boleh, sebab sudah ada termaktub dalam manifesto PR ? dan adakah nanti kalau manifesto itu tidak memberikan keistimewaan pada Guru Guru yang datang dari Semenanjung maka Guru Guru tersebut tidak mempersoalkannya ?
ATAU saja terlibat dengan perlakuan rasuah sebab itu cepat cepat melompat, risau kalau konon PR yang memerintah nanti maka salah laku beliau akan diungkit ? Pssssst macam menyentuh Makmal segala, ye kah ?
Mantan Pengarah Pelajaran Sabah memihak PKR, saya musykil dengan tindakan beliau atau ada sesiapa yang tahu sebabnya ?
Nah kalian yang berprofesion sebagai seorang guru jangan pula terbawa bawa, dia itu sudah merasa keselesaannya sebab itu konon mengada ada.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.