Sunday, March 17, 2013

Filipina teruskan tuntutan ke atas SABAH!!

Filipina teruskan tuntutan ke atas SABAH!!!

Walaupun tidak pernah digugurkan secara rasmi, Filipina sudah agak lama tidak menyuarakan tuntutan ke atas Sabah secara terbuka.

Namun hari ini, di Baguio City, Presiden Benigno mengesahkan negaranya akan terus menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.

Pendekatan Benigno bagaimanapun lebih terpuji kerana memilih pendekatan dialog dan diplomasi dalam tuntutan berkenaan.

Beliau mengakui isu Sabah adalah kompleks dan tahu kedua negara tidak akan melepaskan wilayah yang kaya dengan hasil petroleum berkenaan.

Benigno bagaimanapun tidak mahu pendekatan kenteraaan digunakan terutama di kala negara sedang berhadapan dengan China berhubung tuntutan ke atas Kepulauan Spartly (Bajo de Masinloc) di dalam perairan Laut Filipina Barat (Laut China Selatan).

Beliau memberitahu demikian pada satu majlis di Akademi Tentera Filipina.

Walaupun Filipina mahu meneruskan tuntutan ke atas Sabah, namun ia dilihat sebagai satu tuntutan yang lemah termasuk di kalangan rakyat Filipina sendiri.
Sent from my BlackBerry® Jalin Luin

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.