Friday, April 20, 2012

Fitnah Untuk Dato Sri Shafei dan Zahida Rafik

Sehari sebelum hari pelancaran Regatta Lepa. Keluar isu fitnah yang kononnya Dato Shafei Apdal ada skandal dengan seorang pelakon terkenal Zahida Rafik. Di ceritakan konon disetiap hujung minggu Dato Shafie akan menemui pelakon tersebut dan memberikannya sejumlah wang.

Sedang yang sebenarnya semua kenyataan itu adalah fitnahamba gi menjatuhkan kredibiliti kepimpinan Dato Sri Shafei Apdal sebagai Naib Presiden UMNO. Ini dibuktikan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon tersebut melalui akaun twitternya, seperti di bawah :-

Selang beberapa hari Dato Sri sendiri yang membuat penafian melalui sidang media. Bahawa tuduhan skandal tersebut adalah fitnah.

Tuesday, April 10, 2012

Senario Politik Sabah STAR dan PKR

Politik Sabah kian bergolak, kemunculan parti politik baharu seperti STAR dikata telah merubah sedikit senario politik negeri Sabah.

Parti STAR bersendikan Borneonisasi, perjuangam mereka mengarah kepada perjanjian 20 perkara. Mereka mahu perjanjian tersebut dikembalikan biar nanti kononnya negeri ini akan merasa kekayaannya dan maju setanding dengan negeri negeri lain yang ada di semenanjung sepertinya Selangor dan Johor.

Dalam tuntutan STAR, mereka mengkehendakkan 20% royalti minyak. Sedang kalau kita persoalkan kemana perginya 5% selama ini, mereka sendiri tidak tahu untuk menjelaskannya. Maksudnya kuantiti bukanlah isunya disini tapi ketelusan yang memegang amanah dari wang royalti tersebut, bagaimana ia dibelanjakan. Kalau pun 20% itu bakal direalisasikan oleh kerajaan pusat ada ke nanti jaminannya bahawa masyarakat ini akan mewah ? Atau kalau esok esok parti PR yang memerintah ada ke nanti tuntutan 20% ini akan di tunaikan ?. Ini yang saya kata, kenapa agenda PR dan STAR tidak jelas hala tujunya. Tidak lebih kepada memperbodoh sebenarnya.

Agenda PKR Sabah sering hilang seperti biskut, sekejap perihal buku jingga sekejap perihal Bornenisasi. Cuba dengar hujah debat para politikus PKR, mereka akan mengguna pendekatan Bornenisasi, itu bila kita mengaca perihal halatuju politik PKR dan Sabah. Sedangkan, setahu saya SAPP dan STAR sedang berusaha untuk menumbangkan politik PKR. Mereka tahu dengan adanya PKR di negeri ini pasti hasrat politik mereka akan terbantut. Dan Dr.Jeffry kenal siapa PKR ni, sebab itu dia keluar lalu menubuhkan STAR.

Kalau begitu keadaannya, jadi untuk apa lagi PKR/STAR berpolitik di Sabah ?

Di Malaysia ni, hanya UMNO/BN yang jelas agenda politiknya.

Monday, April 9, 2012

Saturday, April 7, 2012

Kaum KDM

Sering saya dengar suku kaum KDM diperalat untuk kepentingan politik peribadi oleh parti tertentu seperti STAR dan PKR. Asal ia berkait Borneonisasi, maka kaum KDM lah yang akan diketengahkan. Hello kaum KDM!, lain kali, jangan dengar cerita mereka, tapi minta mereka buat kerja kebajikan untuk kalian. Lihat, mereka buat ke tidak. Jangan dengar apapun alasan mereka, kalau mereka tidak menunaikannya. Jangan relakan kaum anda diperalat demi kepentingan politik peribadi. Pemerintah/FEDERAL tetap memandang kalian sebagai kaum yang perlu di ambil perhatian sama dengan banga lain seperti Melayu, Iban, Bajau dll. Tengok hanya bahasa kaum KDM yang ada di masukkan dalam kandungan buku teks Sekolah rendah dan bukan kaum bumi lain yang ada di Sabah.

Lihat kaum Bajau Suluk, dll kaum, apa mereka mahu diperalat ? Ya tidak, sebab mereka tetap tegar menyokong pemimpin mereka. Dan bagi kaum KDM pula, dokonglah parti PBS (Joseph Pairin Kitingan) berpegang teguhlah pada pemimpin ini.

Kaum KDM harus sedar taburan kalian tidak merata, kalian hanya bertompok di pantai barat walaupun kalian adalah majoriti penduduk Sabah. Maksud saya, walaupun kekuatan politik kesukuan kalian kuat lagi majoriti tapi ia tetap tidak akan mampu memborneonisasikan negeri ini. Ajakan parti STAR/PKR hanya akan membuat kaum anda/KDM dipandang serong oleh kaum kaum yang lain. Sedangkan untuk maju kehadapan kerjasama di antara kaum sangatlah dibuntuhkan.

Ikhlas dari saya.......

Dato Sri Shafei Apdal Ketua Menteri Sabah

Ini alasan saya, kenapa Negeri Sabah ini akan lebih maju kehadapan dalam konteks pembangunan, bila Dato Sri Shafei Apdal menjadi Ketua Menteri :- Sekarang DSSA memegang portfolio Menter Luar Bandar (KKLW) portfolio ini sangat mencabar dan ia memerlukan ketekunan, kebijakan, dan rasa kebajikan yang sangat tinggi, dan untuk melaksanakannya bukan hanya perlu ada tiga prinsip di atas, tapi ia perlu juga masuk ke pelusuk kampung (Seluruh Negara) untuk mengenal pasti permasalahan akar umbi dan semua kerja ini telah dilaksanakannya (tidak percaya cuba tanya semua suku kaum yang ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak) pasti mereka akan bersetuju.

Pendekatan beliau yang mesra dengan masyarakat bawahan adalah prasyarat kepada masyarakat Sabahan dalam memilih pemimpin. Sebab itu saya pernah dengar/membacanya pada satu kenyataan bahawa masyarakat daerah Kota Belud juga memerlukan dokongan dari beliau. Sebab masyarakat di sana sedar untuk melihat daerah itu maju seiring dengan kemajuan perdana, mereka memerlukan pemimpin yang berwibawa. Dan kalau hasrat ini menjadi realiti, ia tidak salah sebenarnya, sebab rakyat KB pun berhak untuk merasa nikmat pembangunan perdana.

Cuba bayangkan jika DSSA menjadi Ketua Menteri, pasti persoalan rakyat selama ini akan selesai, kenapa tidak dulu dia memegang persoalan negara sedang sekarang hanya di peringkat negeri. Jangan di lupa DSSA juga pernah disanjung oleh Timbalan Perdana Menteri, sebagai Menterinya yang paling rajin. Mudahkan! 👍

Gagasan 1Malaysia, pencetus masyarakat yang terbuka.

Thursday, April 5, 2012

Percaturan Politik Lawan Di Semporna

Percaturan politik di Semporna untuk PRU kali ini mungkin hangat. Dan DUN yang paling berpotensi adalah DUN Sulabayan, itu pada pandangan politik politikus pembangkang/lawan. Mungkin begini sebabnya :-

1. Kedudukan Kampungnya yang bertaburan dan berbilang, memudahkan jentera pembangkang untuk menusuk lalu menghasut dan pendekatan ini mampu menarik pengundi marhaen yang baharu
2. Bilangan marhaen yang cuba mengangkat dirinya menjadi ketua masyarakat, ini juga menarik minat politikus pembangkang untuk mempengaruh mereka dan ia mampu menghuru harakan politik kampung sekaligus sedikit mempopularkan pembangkang.
3. Pengaruh Guru Guru yang memihak lawan/pembangkang, mereka ini punya kemampuan bagi mengalihkan fahaman politik marhaen kepada lawan/pembangkang, sebab suara politik para guru masih dianggap benar maka itu ia didengar oleh segelintir marhaen
4. Ikatan kekeluargaan yang intim dengan bakal calon, memudahkan calon mendapat sokongan percuma tanpa banyak berusaha (mag bog bog) 5. Perlakuan mudah merajuk dan suka dipujuk pada masyarakat/marhaen pulau, juga menyumbang kepada senario politik DUN Sulabayan, yang kelihatannya sedikit kelam akibat mudah diperkotak katikkan oleh para politikus pembangkang.

Walau bagaimanapun semua senario di atas hanyalah bersifat sementara, yang mana ia tidak akan mampu diterjemahkan hingga ke hari pengundian, pada akhirnya marhaen ini tetap juga mengundi BN/UMNO ;)

Suka saya tegaskan disini, bahawa masa depan masyarakat pulau BUM BUM terletak pada agenda jangka panjang pemerintah, juga agenda Dato Sri Shafei Apdal. Sebab itu jangan mudah terpengaruh dengan cerita retorik parti parti lawan/Pembangkang. Istiqamah saja dengan gagasan 1Malaysia.

Sedang SAPP/STAR dan PKR sekarang ini pun saling bergigitan, menunjukkan bahawa pihak lawan/pembangkang tidak punya agenda yang jelas, seperti yang diperkatakan oleh mereka kononnya demi rakyat.

Mag Bog Bog Kitam Ahgan jaga politik Dato Sri Shafei Apdal maka UMNO

Gagasan 1Malaysia Untuk Sabahan

Konsep 1Malaysia, masyarakat sabahan mendokong gagasan ini dan inilah antara sebab kenapa UMNO tetap menjadi pilihan ramai dalam berpolitik. Maka itu ada baiknya PM bersama Dato Sri Shafei Apdal, membuat lawatan mesra ke seluruh pelusuk daerah negeri Sabah. Mungkin nanti ia boleh mengguna pendekatan, dengan menggabungkan tiga empat daerah/kampung mengikut zone pada satu tempat yang akan di tetapkan?

Ya laksanakanlah, sebab gagasan 1Malaysia akan tetap menjadi pilihan masyarakat Sabahan. Ayooo buktikan secara total biar nanti pihak lawan terpegun melihat kekuatannya.

Saya suka mengamal politik muafakat.

Wednesday, April 4, 2012

Semporna Anjung Ilmu....

Kajian telah dibuat atas arahan Dato Sri Shafei Apdal, pada konsultant profesional untuk bagaimana mungkin memajukan masyarakat Semporna berserta daerahnya.

Selesai para ahli konsultant menjalankan kaji selidik, untuk beberapa hari/minggu di daerah ini. Mereka pun mempersembahkan hasil kajian tersebut pada Dato Sri. Tahu apa yang dipersembahkan ?

Nah ini, konsultant tersebut mencadangkan bahawa kalau Dato Sri ingin melihat masyarakat dan daerah ini maju kehadapan seiring dengan kemajuan perdana, ya silalah mantapkan agenda pendidikan. Hanya ini yang boleh merangsang perubahan masyarakat dan serta daerah Semporna. Maka sebab itu Semporna ditumbuhi oleh pelbagai jenis kolej pendidikan, itu semua hasil buah pendapat pemimpin kesayangan masyarakat Semporna, tidak lain tidak bukan ya Itulah Dato Sri Shafei Haji Apdal.

Maka itu, jangan ada lagi masyarakat daerah ini yang cuba memperlekeh kepimpinan daerah khasnya Dato Sri Shafei Apdal.

Jangan bising bising parti lawan/pembangkang daerah ini hanya pandai cakap itu ini tidak kenah. :)

Calon UMNO/BN Harus Yang Berkredibiliti Pada PRU13

Kalau dulu asal saja calon itu bertanding atas tiket UMNO/BN pasti dia jadi pilihan. Letaklah siapapun calonnya walau calon itu kurang berpendidikan. Mungkin ketika itu taraf pendidikan masyarakat ini kurang sempurna maka itu mereka nampak mudah untuk di ajak.

Tapi sekarang tidak lagi, calon pemerintah itu harus yang berpendidikan atau kurang cerita buruk mengenai dirinya. Masyarakat sekarang tidak lagi meletakkan kekayaan sebagai kriteria wajib pada satu satu calon.

Walau bagaimanapun, percayalah siapapun calon yang menjadi pilihan Dato Sri Shafei Apdal untuk PRU13 yang akan datang di daerah Semporna ini, pasti mereka berkredibiliti dan punya kelebihan yang mampu membela masyarakat marhaen. Maka itu berilah kerjasama yang penuh untuk calon tersebut.

"Mag Bog Bog Kitam"

Tapak Pelupusan Sampah

Tapak pelupusan sampah hampir menjadi isu besar di daerah ini. Apalagi ia berhampiran dengan SK Pekan II. Sebenarnya tapak pelupusan sampah ini, wujud dulu sebelum Sekolah tersebut. Sebab itu hingga sekarang ini Majlis Daerah Semporna tidak pernah mengeluarkan Sijil Sah Menduduki pada Jabatan Pelajaran Daerah. Bertahun isu ini menjadi bualan masyarakat terutamanya dikalangan Guru Guru, hinggalah sampai pada satu ketika ia menjadi topik utama perbualan di laman sosial Facebook. Saya juga turut berpartisipasi dalam isu ini, tugas saya adalah menjelaskan kedudukan sebenar permasalahan ini.

Saya perjelaskan bahawa tapak pelupusan sampah tersebut akan ditutup dan akan dipindahkan ke tapak baru di kawasan Bukit Tengkorak, tapi sayang kawasan baru itu telah mendapat tentangan dari penduduk setempat.

Juga saya nyatakan bahawa tapak tersebut telah di lawati oleh Dato Sri Shafei Apdal bagi mengenal pasti permasalahan. Selepas lawatan tersebut, tapak pelupusan telah dibersihkan secara resmi sekaligus ditutup dan tapak pelupusan baharu telah dipindahkan ke kawasan Pantai Manis.

Politik itu adalah alat untuk menyelesaikan isu dan membentuk perpaduan. Jadi kalau ada persoalan daerah, ya selesaikanlah dengan bermusywarah.

Tanggungjawab Bahagian Dan Cawangan

Kepercayaan marhaen pada AJK AJK Bahagian dan Ketua Ketua Cawangan semakin pudar. Tidak percaya, cuba ajak Ketua ketua Cawangan/AJK AJK Bahagian ini bagi mengumpulkan para ahlinya, pasti tiada, jawabnya. Itu menunjukkan mereka hampir kehilangan pengaruh.

Kenapa tidak kehilangan, kalau ketua Ketua dan AJK inilah yang manipulasi hak masyarakat marhaen. Peruntukan yang diberikan oleh Dato Sri kepada ahli ahli cawangan tidak disampaikan/diagihkan. Itu baru satu, sebabnya.

Permohonan projek yang dibilang untuk ahli cawangan juga turut dimanipulasi. Bila kelulusan sudah didapat, projeknya pula tidak disampaikan. Sekali lagi marhaen marhaen ini kecewa. Maka sebab itu sokongan para marhaen sedikit terkikis pada parti pemerintah.

Pun begitu tidak semua Ketua Ketua Cawangan dan AJK AJK Bahagian berperi laku sedemikian. Ada juga yang budiman tapi ke banyaknya, ya. Untuk itu ada baiknya Ketua Ketua Cawangan/AJK AJK Bahagian ini ditarbiah biar kepimpinan mereka dapat diubah. Sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat/marhaen pada pemerintah.

Tuesday, April 3, 2012

Terima Kasih Di Ucapkan........

Kerosakan jambatan ini sudah lama berlaku, hampir 2 tahun lamanya ia terbiar (rujuk artikel sebelum ini). Dan pada 1hb April 2012 yang lalu ia telah dibaiki. Walaupun pembaikan ini agak alah kadar, tapi tidak mengapa, yang penting ia selamat untuk dilalui.

Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih pada YB DUN Bugaya, Sebab sudi membaikinya. Walaupun sebenarnya saya kurang pasti, apa ini hasil kerja beliau atau dari ehsan Pejabat Daerah Semporna.

Syabu Di Semporna/Kg. Bangau Bangau

Kenapa persoalan Syabu tidak selesai, hampir sekian lama. Banyak yang memungkinkannya, antaranya :- Penguatkuasaan yang lemah dari pihak polis juga PEMADAM. Tiada ketegasan dari ketua ketua masyarakat kampung. Masyarakat luar yang bermastautin disini tiada tanggungjawab dan tidak berkerjasama dengan masyarakat asal kampung setempat dalam membendung syabu. Masyarakat tempatannya yang terlalu bacul yakni tidak kisah atau tidak tegas ketika bertindak walaupun masyarakat ini terdiri dari mereka yang berjawatan dalam pemerintah.

Untuk makluman, penagih penagih syabu ini kebanyakannya terdiri dari keluarga yang berada, yang duduk di sekitar Pekan Semporna dan bukannya penduduk tempatan kampung Bangau Bangau. Kalau adapun, mereka itu sebenarnya adalah pendatang (PTI) yang bermastautin secara haram di Kampung Bangau Bangau. Sebab itu keterlibatan semua masyarakat Semporna amat dibuntukan.

Saya cuba mengambil tanggungjawab ini dan saya telah berhubung dengan OCPD juga ASP Narkotik, bagi membincangkan bagaimana untuk menyelesaikannya. Beberapa tindakan telah diambil oleh pihak Polis tapi masih belum mencukupi, antaranya OCPD telah mengetuai tangkapan keatas ketua pengedar syabu, dua minggu sebelum beliau meninggal. Perpindahan ASP Narkotik ke Kota Kinabalu juga telah mencacatkan perancangan saya.

Maka itu keterlibatan ahli politik/YB sangat dibuntukan ketika ini.

Monday, April 2, 2012

Pemutihan Murid Sekolah. 40 Ribu Adalah Palsu

Baru baru ini berlaku satu proses pemutihan untuk Murid Murid Sekolah yang tidak mempunyai MyKad alsebab orang tuanya yang tidak mempunyai sijil nikah. Juga melibatkan masyarakat tempatan pesisir darat dan masyarakat pulau yang masih tidak punya keterangan diri.

Proses ini berlangsung hampir seminggu. Pun begitu pada akhirnya niat murni ini menjadi skandal daerah, kenapa tidak kalau pihak lawan/pembangkang mencanang kononnya proses pemutihan tersebut telah berjaya memutihkan 40,000 orang PTI.

Mungkin jangkaan/tuduhan ini berdasar bilangan PTI yang hadir ketika itu. Dan itu bukan bermakna mereka layak kesemuanya, sebab setahu saya pihak JPN juga akan merujuk dokumen peribadi yang difikirkan sah bagi membolehkan proses pemutihan dibuat. Bukan main tangkap muat jak seperti yang didakwa.

Kenapa Dato Sri Shafei Di Gelar Lanun ?

Sering kita dengar Perdana Menteri atau Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO memanggil Dato Sri sebagai lanun, ketika perhimpunan UMNO berlangsung. Tahu kenapa ?

Sebab ketika Dato Sri Shafie Apdal memegang portfolio Menteri Pertahanan, dahulu. Daerah Semporna sering di serang lanun, maka itu Dato Sri diberi gelaran lanun. Tiada unsur penghinaan sebenarnya, seperti yang didakwa puak puak lawan/pembangkang negeri/daerah ini.

Semporna Membangun Hanya Kerana Shafie

Semporna bukanlah daerah yang mempunyai sumber ekonomi yang mampu membangun daerah itu sendiri. Yang ada hanyalah cukai pintu, tukaran wang asing (perlancongan) perusahan ikan dan sedikit perusahan rumpai laut. Jika dijumlahkan kesemua hasil pendapatan dari sumber di atas ia masih tetap tidak mampu untuk membantu.

Usah buat perbandingan dengan daerah Lahad Datu. Yakni mempersoal, kenapa daerah itu boleh berkembang maju dengan pesatnya berbanding Semporna ? Sebabnya daerah itu punya tapak industri hiliran yang di jana Syarikat syarikat GLC seperti FELDA, Sime Darby, Kwantas dan banyak lagi. Industri hiliran inilah yang membuat Lahad Datu terus membangun berbeza dengan Semporna. Rujuk saja, kalau ada mana mana daerah yang mempunyai lapangan terbang bermakna daerah itu memang berpotensi dari segi ekonomi.

Maka itu masyarakat daerah Semporna sangat beruntung, kenapa ? Sebab, walaupun Semporna tidak mempunyai sumber ekonomi yang mampu digunakan untuk membangun tapi disebabkan adanya pemimpin seperti Dato Sri Shafei Apdal, yang berportfolio
Menteri, maka itu Semporna mampu bersaing dengan daerah daerah lain malah mungkin lebih kehadapan.

Kolej KPTM, RISDA dan MARA semua ini hasil usaha Dato Sri Semata. Mana mungkin Semporna ini layak untuk memilikinya sedang Semporna bukannya berada dikedudukan yang komersial tidak seperti Tawau dan Lahad Datu atau mungkin Daerah Kunak, tiga daerah ini berada disimpang jalan komersial (jalan raya utama) dan wajar memilikinya. MRSM bakal tersergam mega, ini hasil kapasiti seorang menteri. Bila frasarana seperti ini wujud di Semporna bermakna ia adalah kemudahan untuk generasi mendatang dari konteks pendidikan jangka panjang.

Kewujudan Mahkamah Besar Daerah Semporna. Ini juga atas usaha besar dari Dato Sri, sepatutnya daerah ini tidak wajar untuk memilikinya, sebab Semporna adalah residense kepada Tawau, bermaksud apa pun persoalan sivil ia boleh dirujuk di Mahkamah Tawau, jadi kenapa perlu lagi buat di Semporna. Bukan ke ini satu kelebihan yang mana masyarakat Semporna wajar mensyukurinya ?. Kurang dari itu Mahkamah Syariah bakal menyusul (sekarang dalam proses pembinaan). Maka itu kita semua wajar mengucap ribuan kasih kepada Dato Sri Shafei Apdal.

Jangan pernah dengar apapun kata politik dari puak puak lawan/pembangkang. Mereka hanya memperjuang agenda sempit lagi bersifat peribadi.


Politik Usang, Penentang Semporna.

Ada beberapa kelompok penentang di Semporna ini, dari dulu hingga sekarang ini, politik mereka tidak pernah bertakhta di hati masyarakat Semporna. Dan kebanyakan dari mereka ini sudah berusia, bermaksud PRU13 kali ini adalah yang terakhir untuk mereka.

Maka itu mereka perlu berusaha sedaya mampu biar mereka mendapat tempat, sekurang kurangnya pun menjadi calon. Mereka sedar kemampuan mereka, setakat mana. Mereka juga sedar mereka masih tetap tidak mendapat tempat. Ini semua kerana titik hitam yang ada pada dahi mereka (sejarah politik lampau).

Cuba tanya apa agenda mereka mengenai anda/masyarakat Semporna. Percayalah pasti anda akan dibacakan agenda lampau yang kabur atau agenda UMNO yang mereka manipulasi demi kepentingan mereka.

Maka itu para marhaen harus sedar, andai anda/kalian menyokong puak puak ini menjadi calon sekaligus di undi bermakna kalian sedang cuba meletakkan diri kalian di tengah tengah kesukaran. Kenapa tidak mereka itupun asyik disepak terajang oleh setiap parti yang mereka cuba dekati. Kerana apa ? Kerana mereka/puak ini tidak punya keikhlasan dalam berpolitik.

Saya tidak mahu menyebutnya, siapa puak/personaliti itu tapi kalau memang kalian sudah lama menduduki Semporna, pasti kalian tahu siapa yang saya maksudkan.

Dokonglah gagasan 1Malaysia/DSSA Masa depan generasi kita ada disana.