Tapak pelupusan sampah hampir menjadi isu besar di daerah ini. Apalagi ia berhampiran dengan SK Pekan II. Sebenarnya tapak pelupusan sampah ini, wujud dulu sebelum Sekolah tersebut. Sebab itu hingga sekarang ini Majlis Daerah Semporna tidak pernah mengeluarkan Sijil Sah Menduduki pada Jabatan Pelajaran Daerah. Bertahun isu ini menjadi bualan masyarakat terutamanya dikalangan Guru Guru, hinggalah sampai pada satu ketika ia menjadi topik utama perbualan di laman sosial Facebook. Saya juga turut berpartisipasi dalam isu ini, tugas saya adalah menjelaskan kedudukan sebenar permasalahan ini.
Saya perjelaskan bahawa tapak pelupusan sampah tersebut akan ditutup dan akan dipindahkan ke tapak baru di kawasan Bukit Tengkorak, tapi sayang kawasan baru itu telah mendapat tentangan dari penduduk setempat.
Juga saya nyatakan bahawa tapak tersebut telah di lawati oleh Dato Sri Shafei Apdal bagi mengenal pasti permasalahan. Selepas lawatan tersebut, tapak pelupusan telah dibersihkan secara resmi sekaligus ditutup dan tapak pelupusan baharu telah dipindahkan ke kawasan Pantai Manis.
Politik itu adalah alat untuk menyelesaikan isu dan membentuk perpaduan. Jadi kalau ada persoalan daerah, ya selesaikanlah dengan bermusywarah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.