Kumpulan pemimpin pemimpin pembangkang terutamanya daripada DAP bertegas akan menganjurkan satu perhimpunan besar besaran andai Datuk Seri Najib Razak tidak mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Betulkah ni.?
Logiknya pembangkang tidak boleh sangat campurtangan, ini masalah rakyat dan ahli BN yang telah memberikan mandat.
Logiknya juga, kalau pembangkang mahu kemenangan di PRU akan datang, sewajarnya Najib Razak dibiarkan menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia sehingga PRU akan datang.
Yang harus bertindak ialah ahli BN/UMNO, tidak perlu berhimpun bagai. Keluar beramai ramai dari UMNO dengan sendirinya jawatan Perdana Menteri atas kapasiti UMNO sebagai tulang belakang BN akan gugur dengan sendirinya.
Cuba pembaca cerahkan jalan mana yang sesuai.?
Sunday, September 20, 2015
Demo Besar Besaran Kalau PM Najib Razak Tidak Berundur
Wednesday, September 16, 2015
Perhimpunan Merah Buang Masa, Baik Lagi Batu Sumpah.
Daripada orang Sabah sibuk berhimpun di perhimpunan berbaju Merah dengan bayaran yang menjatuhkan maruah. Lebih baik kamu orang hadir di upacara memperingati hari pembentukan Malaysia yakni tarikh sama perjanjian 20 perkara dimeterai.
Apa lagi pada hakikatnya perhimpunan Merah tidak langsung berkaitan dengan orang Sabah. Sabah kubo kuat BN lah, buat apa mahu kecoh bergelumang dengan jerebu. Membuang masa di cuti kemerdekaan.
Kamu orang tahukah, mereka yang hadir di perhimpunan Merah sebenarnya telah meletakkan diri mereka di paras paling rendah. Dijual hidup hidup untuk keuntungan peribadi sekumpulan pemimpin BN khasnya di negeri Sabah. Adakah patut Ketua Ketua Kampung, JKKK dan NC yang hidup dalam ke himpitan pun turut diheret sama supaya hadir di perhimpunan Merah. Hemmm, agak agak lah.
Pada hari ini 16hb September 2015 di negeri Sabah satu upacara memperingati tarikh pembentukan Malaysia telah berlangsung di batu sumpah, Keningau. Dikhabarkan ramai orang yang hadir secara sukarela, sekitar 500 orang. Ini baru betul dan bermaruah.
Sebagai peringatan, masih banyak perkara yang menguntungkan orang Sabah di dalam 20 perkara tapi belum di tunaikan.
Baru baru ini satu surat rasmi dikeluarkan oleh pentadbiran pejabat daerah Keningau. Melarang mana mana kumpulan masyarakat hadir di sekitar tugu peringatan batu sumpah. Tapi tidak mendapat peduli. Sekali lagi, barulah bermaruah sebagai bangsa Sabah yang berani. Betul tidak.?