KUALA LUMPUR: Tan Sri Lim Kok Wing dilaporkan meletak jawatan sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini.
Beliau dilaporkan melepaskan jawatannya awal bulan ini selepas sebulan lebih memegang jawatan tersebut.
Menurut laporan TMI yang memetik sumber, penjawatan Lim berakhir awal Julai selepas beliau mengemukakan surat peletakan jawatannya.
Menurut TMI lagi, Lim, 69 tahun, telah dilantik memegang jawatan tersebut pada 22 Mei lalu, menyertai beberapa lagi tokoh lain sebagai penasihat Najib termasuk Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Johari Baharum, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Perlantikan Lim itu dipercayai bagi membantu melonjak imej Najib.
Beliau yang juga seorang pakar pengiklanan dan pendidik, sebelum ini turut dikreditkan untuk kempen seperti kempen anti-merokok 'Tak Nak' dan program 'Satu Hati, Satu Negara'.
Beliau juga merupakan presiden dan pengasas sebuah universiti swasta tempatan terkemuka, Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing yang terletak di Cyberjaya.
Lim juga diisytihar sebagai CEO BrandLaureate Terbaik edisi 2009-2010 sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan jenama syarikatnya.
Sumber Astronomi.
Kita tidak pasti atas alasan apa Tan Sri Lim Kok Wing melepaskan jawatannya. Di saat PM Najib Razak berhadapan skandal krisis 1MDB atau krisis kepercayaan daripada rakyat.
Sepatutnya tidak berlaku, malah sebagai pemikir yang hebat. Harus beliau kekal sekaligus terlibat bagi memikirkan jalan keluar dari krisis ini.
Mungkin kah, kepercayaan Tan Sri Lim Kok Wing telah hilang terhadap PM Najib Razak, ialah sehingga kini tidak ada jawapan yang mampu membersihkan namanya dari tuduhan yang di dedahkan oleh portal Sarawak Report dan WSJ.?
Sebagai individu yang hebat, sudah tentu kriteria keintegritian dan kebijaksanaan menjadi prasyarat utama sebelum Tan Sri Lim Kok Wing akur untuk menjadi pengikut kepada mana mana pemimpin.
Atau sememangnya Tan Sri Lim Kok Wing ingin berehat tidak pun berkaitan dengan soal, apa yang dipanggil prinsip.?
Tuesday, July 21, 2015
Lim Kok Wing Meletakkan Jawatan Sebagai Penyelaras Kempen PM Najib Razak
Menutup Portal Sarawak Report (SR) Adalah Jenayah Politik.
Untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, adalah lebih baik memfailkan saman berbanding menutup saja saja portal Sarawak Report.
Semata-mata hanya untuk mengalihkan isu, tanpa perlu menjawab persoalan dengan terang dan benar.
Menutup portal berkenaan telah memburukkan lagi keadaan. Seolah olah apa yang di dedahkan ada kebenarannya. Pemerintah BN tidak mampu berbuat apa, selain menggunakan cara yang "kejam"tapi pintas. Walaupun tuduhan itu belum pasti akan kesahihannya, benar atau fitnah semata-mata. Himmm, macam orang yang hilang jati diri.
Sebelum portal Sarawak Report di tutup, tidak dinafikan sedikit sebanyak kepercayaan masyarakat terhadap UMNO telah berkurangan. Memandangkan tidak kedengaran, jawapan jitu dari pihak pengurusan 1MDB selain berpolemik dengan agensi PAC.
Sekarang, dengan menutupnya telah memangkinkan kepada kehilangan sokongan dari pengundi BN. Maklum kebenaran yang ada bersama kebebasan telah dikhianati, bertentangan dengan apa yang dipanggil kebebasan bersuara.
Harus isu dihadapi dengan penuh keberanian, tidak hanya terloncat loncat macam cacing kepanasan. Takut tanpa tindak balas yang berkesan tidak akan mampu mengubah apa apa.
Di akhir kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, sebagai pemimpin di negeri simpanan tetap BN seperti mana keratan akhbar di atas. Biarlah rakyat yang menghukum BN pada PRU akan datang. Andai tindakan menutup portal SR tidak disukai oleh masyarakat Malaysia.? Wah, rasa macam pendapat mereka yang kurang bertanggungjawab.
Sedangkan pada PRU13 yang lepas dimana krisis 1MDB belum meletus, ada tempat di Kota Belud sendiri yang berjaya ditawan pembangkang. Peliknya boleh lagi membuat jaminan yang begitu yakin. Himmm
Menutup portal SR yang bertujuan untuk mengalihkan isu dengan alasan menjaga keharmonian rakyat adalah palsu lagi memperlekeh masyarakat Malaysia, seolah olah masyarakat ini terlalu bodoh di dalam menilai isu yang melibatkan kepentingan mereka.
Jadinya mana mana pemimpin yang menyokong penutupan portal Sarawak Report adalah sebenarnya penjenayah politik.
Terutamanya pemimpin pemimpin Sabah, alahai. Sedang ramainya masyarakat Sabah yang masih miskin hanya disogok dengan cerita kosong.
Hakikatnya untuk menyelesaikan skandal 1MDB tidak boleh menutup semua laluan tapi laluan itu yang harus di perluaskan. Siapapun bebas berjalan barulah apa yang dipanggil menagih kepercayaan rakyat akan berlaku.
Jelaskan pada rakyat apa sebenarnya yang berlaku. Bukannya menikus. Alahai
Menutup Portal Sarawak Report (SR) Adalah Jenayah Politik, oleh SKMM.?
Ketua Kampung Dan JKKK PTI, Ketua Menteri Sabah Harus Dipertanggungjawabkan
Timbalan Pengarah Perisikan ESSCom ACP Hashim Justin baru-baru ini mengulangi gesaan nya agar kerajaan negeri mewajibkan semua ketua kampung dan pengerusi JKKK di ESSZone menyediakan profil komposisi penduduk, termasuk bilangan sebenar PATI di kampung mereka.
Beliau turut berharap agar kerajaan negeri yang bertanggungjawab melantik ketua kampung dan pengerusi JKKK supaya dapat melakukan penapisan semula yang rapi bagi memastikan tidak ada dalam kalangan mereka yang bersekongkol atau melindungi PATI untuk mengaut keuntungan dan kepentingan peribadi.
Gesahan ini dibuat ekoran insiden melibatkan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dipantai timur yang tidak melaporkan kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan mereka meskipun berkali-kali diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Mala ada dikalangan mereka yang dikatakan menerima ‘wang kopi’ daripada PATI sebagai balasan dibenarkan membina rumah setinggan di kawasan kampung mereka.
Ini lah dikatakan umpama harapkan pagar, pagar makan padi.
Ketua kampung dan pengerusi JKKK yang menjadi benteng utama di peringkat akar umbi semestinya tahu siapa orang baharu atau asing di kampung mereka kerana kegagalan tersebut akan menggadaikan kedaulatan negara.
ESSCom syaki PATI yang dilindungi itu menjadi tali barut yang boleh memudahkan penjenayah rentas sempadan dan melakukan aktiviti penculikan seperti yang berlaku dizone pantai timur sebelum ini.
Pihak ESSCom juga telah mengadakan banyak pertemuan dengan komuniti ESSZone, termasuk ketua kampung dan pengerusi JKKK bagi menerangkan peranan mereka untuk melaporkan kehadiran PATI di kawasan masing-masing.
Namun apabila operasi bersepadu yang diselaraskan ESSCom dilaksanakan di kawasan mereka, ramai PATI ditangkap kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Premis, di mana PATI ini ditangkap pula terletak tidak jauh dari rumah ketua kampung atau pengerusi JKKK dikawasan tersebut.
Kes ini berlaku di pantai timur yang dikawal pehak ESSCom, bagaimana pula keadaan nya di kawasan pantai barat utara, selatan dan juga di pedalaman yang dikatakan aktiviti PATI masih berluasa sehingga ada yang telah beranak piak tanpa kawalan.
Dalam hal ini, pehak Jabatan Ketua Menteri sepatutnya jangan lepas tangan dan hanya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada ESSCom.
Melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Sabah dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Rakyat(UPKR), kerajaan negeri perlu merumuskan strategi sendiri dalam usaha mengatasai masalah yang merungsingkan rakyat Sabah selama ini.
Sumber Suara Bebas Tuaran.
Ini benar dan menarik. Alsebab itu jugalah gejala sosial semakin mengancam.
Dan saya yakin, dakwaan terbaru oleh Esscom ini hasil pertelingkahan saya dengan mereka, sebelum menjelangnya bulan Ramadan.
Begini ceritanya, satu keluarga asli tempatan cuba mendirikan balik kedai runcit sekaligus di jadikan tempat tinggal yang sangat sementara. Tapi dinafikan oleh kononnya Ketua Kampung PTI, lalu mengadu pada DO Semporna.
Akibatnya, Esscom dan agensi tempatan tertentu datang bagi merobohkan rangka kedai runcit berkenaan. Tanpa sikit pun ada balas kasihan. Sudahlah keluarga berkenaan tidak pun mendapat agihan khemah sebagai tempat berlindung di layan pula macam mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah. Sangat mengecewakan. Kurang ajar, haram jadah. Macam Attitude komuniti pendatang (tidak semua tapi ada).
Untuk makluman sehingga sekarang, rangka kayu yang dirobohkan telah di rampas tapi masih belum di kembalikan. Peliknya bila salah seorang ahli keluarga mangsa datang menghadap DO Semporna bagi mendapatkan balik kayu yang di rampas dimintakan pula bayaran, bagi membayar kononnya kos operasi. Himmm, betul tidak logik.
Peliknya gejala sosial terutamanya syabu tidak pula diberikan perhatian yang serius. Bukan mereka tidak tahu termasuklah Tuan DO.
Malah individu yang menggelarkan dirinya sebagai "Ketua Kampung" senang senang menambah keluasan rumahnya tanpa sikit pun mendapat bantahan dari DO. Apa ini.?
Tidak juga saya menolak, Ketua Kampung dan JKKK berkenaan memang menyimpan PTI jahat sama ada secara sengaja atau tidak. Apa yang penting mereka mendapat layanan yang kononnya baik dari Yb DUN. Peliknya, mentaliti penjajah.
Itulah akibatnya bila melantik dari kalangan mereka yang tidak jelas sebagai Ketua Kampung, JKKK dan jawatan dalam agensi kerajaan. Menyebabkan masyarakat huru hara.
Selain lantikan dibuat oleh orang politik yakni Yb DUN, kebanyakan mereka di sokong penuh oleh pegawai pegawai kerajaan sepertinya terutamanya DO yang jenis tidak bertanggungjawab.
Pokoknya ini sebahagian besar hasil kerja pentadbiran negeri yang ada di tangan Yb DUN. Ingin melihat perpecahan demi kononnya sokongan politik. Walhal sebaliknya, tanpa masyarakat tempatan mereka tidak akan menjadi Yb.
Akhirnya saya pun tidak faham, bagaimana mereka membuat penilaian atau membalas balik sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat. Himmm
Hanya masyarakat Sabah bodoh yang tetap menghormati pentadbiran jelek seperti ini. Sudahlah hanya kumpulan Yb dan Pegawai Kerajaan yang berkenaan yang hanya mendapat untung di tambah pula dengan layanan yang cukup kurang ajar.
Mohon pencerahan, terutamanya dari pentadbiran Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh Pegawai Pegawai bebal yang tidak bertanggungjawab.
Untuk makluman, kebobrokan seperti ini telah banyak saya dedahkan dengan harapan akan mendapat perhatian dari pihak yang dipertanggungjawabkan. Sebelum lagi insiden culik menculik berlaku di daerah Semporna khasnya, umumnya negeri Sabah.
Saturday, July 18, 2015
Wan Azizah Tidak Matang!
Kalau mengikut kehendak Presiden PKR, Wan Azizah mereka penyokong PKR akan memboikot semua program perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 yang dianjurkan oleh politik BN. Memandangkan Anwar Ibrahim berada di dalam penjara sebagai kononnya tahanan politik, tidak wajar untuk dipenjarakan. Begitu, tapi kenapa pemimpin antarabangsa tidak campurtangan.?
Lagi satu itu semua penyokong tegar PKR serta sekutu mereka yakni DAP, ikut telunjuk kah. Benar kah mereka tidak hadir di majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin pemimpin BN.? Bagaimana dengan Teresa Kok, MP Seputeh hadir di majlis rumah terbuka hari raya di kediaman Datuk Azalina, pemimpin BN. Katanya hadir bagi memenuhi undangan (seperti mana gambar)
Nampak sangat sekutu mereka DAP tidak menghormati Presiden PKR, walhal tanpa Anwar tidak mungkin pembangkang di Malaysia mendapat "kekuatan".
Maksud saya kan, tidak kehendak pemimpin PKR berkenaan masuk akal. Hampir semua perkara dipolitikkan. Politik PKR juga tidak memikirkan keharmonian masyarakat secara umumnya, apa yang penting ialah kelangsungan mereka sebagai ahli politik. Tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya mereka menggalakkan agar masyarakat saling peduli walaupun berbeza fahaman politik. Barulah dikatakan matang.
Tidak yang dimaksudkan matang, bila seseorang itu menyokong mereka PKR.
Betul tidak.?
Kritikan Berbalik Terhadap Ansari Abdullah
Saudara ku Anak-Anak Sabah, keluarlah dari kepompong kemarahan dan kesedihan. Cukuplah kita dilamun kekecewaan selama 41 tahun.
Buatlah sesuatu walaupun kecil, tanamlah sebutir benih daripada anda terus menghinjak-hinjak bumi yang bertuah ini semata-mata kerana kekecewaan anda.
Tun Mustapha dan USNO dijatuhkan kerana mahu mengkaji semula kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dia dituduh mahu menjadi Sultan dan macam-macam lagi.
Dr Jeffrey Kutingan, ASP Rahman Ahmad, Sgt Damit Undikai dan lain-lain ditangkap berkaitan isu ini dalam era Mahathir.
Saya bangkitkan isu pulangan 40% daripada hasil kutipan Kerajaan Persekutuan diSabah pada Februari, 1999 bila saya keluar daripada UMNO. Jawapan Dato Mustapha Mohammad dalam media cetak diSabah adalah ianya hanya untuk 10 tahun.
Saya bangkitkan isu ini melalui PKR-BA dan PKR-PR dalam tahun 1999 sehingga 2013 dari Dewan Sivik Petaling Jaya sehingga Pensiangan. Buku Jingga kami canangkan keseluruh pelusuk Sabah.
Malangnya soal 'otonomi dan hak-hak istemewa' negeri Sabah telah digugurkan dari Manifesto PR yang dilancarkan pada 13.2.2013. Saya berhenti politik pada Mei, 2013 selepas menolak pencalunan diluar kawasan yang saya jaga selama 15 tahun kerana kecewa dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin PKR-PR.
Saya terus dihina oleh seteru politik saya hingga kehari ini kerana kata mereka darah saya bukan darah tulin Anak Sabah dan acap kali ditolak oleh rakyat.
Bila Dato Anifah Aman jemput saya untuk menjadi ahli panel 'FORUM PEMBENTUKAN MALAYSIA', saya terima pelawaan itu. Ianya bukan untuk ajenda politik kerana saya bukan lagi ahli mana-mana badan politik. Saya terima kerana saya Anak Sabah dan Ajenda itu adalah Ajenda Sabah.
FORUM itu juga dikutuk terutamanya oleh penyokong SSKM dan PR. Mereka katakan ianya cuma retorik yang akan membuang masa. Datuk Yong Teck Lee, Dr Jeffrey Kitingan, Sdra Zainal Ajamain, Sdra Lahirul Latigu, Tan Sri Majid Khan, Tan Sri Mohd Shafee Abdullah, Sdra Edmond Bon dan saya sendiri dilantik jadi ahli panelis bersama beberapa ahli akedamik kanan dan Pegawai Tinggi Kerajaan.
Bagi diri saya dua FORUM tersebut membuahkan dua hasil yang bersejarah. Pertama, ianya menggabungkan diatas satu pentas Anak-Anak Sabah dari pelbagai fahaman politik untuk satu ajenda. Yang kedua, ianya merupakan satu perbincangan yang julung kali dianjurkan oleh saorang Menteri Kerajaan Pusat didalam menara gading dihadapan ribuan mahasiswa UMS!
Sebelum ini kita dengar penafian hak dan kepentingan Sabah dibawah MA 1963 dan Laporan IGC oleh Menteri Negeri dan Pusat seperti Dato Shafee Apdal dan Dato Rahman Dahlan.
Dari FORUM pertama dalam bulan Mac 2015 kami bersama berbincang dalam JawatanKuasa Kerja. Selepas itu ianya diperhalusi dalam FORUM kedua dalam bulan Mei 2015.
Kami kemudianya menyiapkan MEMORANDUM BERSAMA dalam Ramadhan tahun ini. Malangnya Datuk Yong Teck Lee tidak dapat dihibungi pada awal minggu ini.
Pada Rabu 15.7.2015 jam 4 petang kami menyerahkan bersama MEMORANDUM BERSAMA tersebut kepada Perdana Menteri. Selepas mendengar kami, Dato Najib Razak berjanji untuk membentuk satu "Working Committee" dan membincangnya "orally in the next cabinet meeting".
Ini bererti PM menggangap ianya perkara yang penting dan harus dibincang dengan segera tanpa kertas kabinet. Ini bermakna secara tidak langsung, MEMORANDUM tersebut adalah KERTAS KABINET!
Penghormatan dan layanan apa lagi kita mahu? Kami tidak disumbat dalam penjara. Kami diberi peluang untuk menjelaskan kandungan MEMORANDUM. Kabinet Persekutuan akan membincangkanya.
Berilah Kerajaan peluang. Janganlah kita menghakimi mereka diluar prinsip 'Keadilan Sejagat'.
Pada Anak-Anak Sabah yang terus meroyan, merunggut, menghina dan memaki hamum dalam hari dan bulan yang mulia ini, berfikirlah sejenak, tepuk dada dan tanya diri anda:-
(a) apa yang anda sudah lakukan untuk mendapatkan semula hak dan kepentinggan Negeri Sabah yang hilang atau terhakis?
(b) apa kah yang anda akan lakukan bermula dari detik ini untuk mendapatkan kembali hak dan kepentinggan negeri Sabah?
Bangunlah. Keluarlah dari kepompong kecewaan dan kemarahan dan buatlah sesuatu. "Push Putrajaya, don't push your fellow Sabahans". Semoga Allah SWT memberkati Sabah dan semua Anak Sabah.
Sumber dari entri di akaun Facebook Tuan Ansari Abdullah.
Saya share pendapat Tuan Ansari Abdullah dengan pendapat yang berbalik. Sekaligus menuntut pendapat beliau :-
Saya tidak yakin atau tidak bersetuju pada pendapat setengah masyarakat bahwa penyebab kepada kemiskinan masyarakat Sabah kerana tuntunan royalti minyak yang tidak dipenuhi atau 20 perkara yang tidak dipenuhi tapi birokrasi jelek di peringkat negeri Sabah itu sendiri, senang cerita oleh sikap segelintir masyarakat Sabah yang punya kedudukan, "memijak" sesama sendiri. Himmm
Setiap tahun berbilion peruntukan disediakan oleh Federal tapi tidak pun dapat mengubah nasib masyarakat Sabah dalam erti kata yang sebenarnya. Hanya menguntungkan kumpulan masyarakat tertentu. Malah tidak keterlaluan kalau ia menyumbang kepada penganiayaan.
Pemimpin pemimpin dan pegawai pegawai tadbir di peringkat pentadbiran negeri Sabah harus lebih profesional. Ini yang penting, agar peluang yang diberikan boleh di kecapi oleh setiap diri masyarakat yang berminat dengan syarat yang cukup ringan.
Sebab kalau tidak, tuntutan yang seumpamanya hanyalah retorik. Maka itulah pelbagai persepsi jelek yang kita dengar sejak mula usaha ini dijayakan.
Ertinya jangan pula selepas ini, apa yang dipanggil perjuangan masyarakat Sabah berhenti disini, tapi harus lebih giat mempersoal ruang dan peluang yang disediakan oleh pentadbir.
Kesimpulannya carilah pemimpin tempatan BN yang lebih prihatin bagi menerajui masyarakat Sabah. Kalau tetap masyarakat dengan kemiskinan mereka.
Friday, July 17, 2015
Dakwaan Lester Melanyi Perlu Diambil Perhatian
Sedikit bab politik di hari raya pertama. Ekoran kenyataan terbaru Datuk Abdul Rahman Dahlan pasal bekas wartawan Sarawak Report, Lester Melanyi mengenai wujudnya pemalsuan maklumat 1MDB sebagaimana yang disiarkan portal Sarawak Report. Tapi dinafikan oleh Rafizi Ramli sebagai tidak benar dan diri Datuk Abdul Rahman Dahlan itu sendiri tidak berkredibiliti sebab menggunapakai Lester Melanyi yang pernah menghina Nabi Muhammad sebagai pengganas dalam bentuk kartun.
Walaupun mungkin apa yang di dakwa oleh Lester Melanyi ada kebenarannya pernah terlibat di dalam penulisan atau menyalurkan maklumat dalam usaha menjatuhkan PM Najib Razak. Inilah politik pembangkang. Himmmmmmm
1. Tidak mungkin mereka yang budiman terlibat sebagai penulis yang jahat berusaha dengan sengaja menjatuhkan seseorang. Lalu mereka tidak boleh dijadikan saksi atas kejahatan mereka.?
2. Ada ketikanya matlamat asal perlu diambil kira dalam kita menilai balik atau kebenaran tuduhan yang dilemparkan oleh lawan. Sebagaimana pendedahan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap portal Sarawak Report dimana ada bekas wartawan portal berkenaan terlibat dalam konspirasi menjatuhkan PM Najib Razak. Pengakuan jahat ini dibuat oleh sendiri oleh Lester Melanyi
Monday, July 13, 2015
Cerita Peniaga Low Yat, Ekoran Serangan Oleh Tujuh Budak Melayu
Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.
See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.
Menurutnya, lelaki terbabit terus menghilangkan diri ketika dia leka hendak memberi hadiah percuma dan membawa bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu.
"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.
"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," katanya.
Ming Ho berkata, tiga jam kemudian tujuh lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.
"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, petang tadi.
Sumber Harian Metro.
Itu peniaga di Low Yat tampil dengan laporan polis kononnya dia tidak bersalah tapi itu budak Melayu.
Buktinya ada resit pembelian. Tercatat jenis telefon yang dibeli ialah jenama Lenovo. Betul kah.?
Tapi kedai yang diserang ialah kedai pengedar telefon jenama OPPO. Kamu orang nampak tak, penipuan apa tu.?
Baiklah kita anggap saja peniaga berkenaan benar. Tapi hanya pada waktu itu. Lain hari lain urusniaga rata rata mereka menipu. Selamanya menipu tidak kaya kalau tidak menipu.
Yang lagi menyakitkan hati ialah lagak peniaga tu, banyak punya samseng. Belek sikit tapi tidak membeli sebab tidak berkenan, terus membebel marah.
Moralnya kan harus selepas ini terutamanya pembeli Melayu ketika di Low Yat, bersikap beranilah terhadap peniaga yang tidak sopan macam bangsa yang tidak bertamadun.
Adapun Budak remaja yang mengamuk tu mereka hanyalah pencetus kepada ketidakadilan. Harap budak Melayu yang muka macam orang baik lagi berpendidikan selamanya lah kita kena tipu. Himmm
Sunday, July 12, 2015
Pergaduhan Di Low Yat, Berserta Ulasan Admin
PETALING JAYA: Pengunjung di Plaza Low Yat kecoh selepas berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja salah sebuah premis di kompleks berkenaan.
Selain merakam gambar, mereka yang menyaksikan aksi bergasak turut memuat naik beberapa visual yang kemudian dikongsi di laman sosial, termasuk Siakap Keli.
Sementara itu, Harian Metro Online melaporakan tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam Sabtu.
Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.
Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Dalam rakaman yang dimuat naik, ia menunjukkan beberapa lelaki menerpa masuk di sebuah kedai, bertikam lidah dan kemudian disusuli pergaduhan.
Sumber FMT.
Sebenarnya kan, kumpulan belia remaja yang mengamuk berkenaan telah dituduh mencuri, bukannya mencuri.
Malah kalau merujuk pada satu sumber, mereka telah di tipu dengan diberikan telefon bimbit jenama OPPO tiruan.
KPDNKK tidak akan berani bertindak tegas keatas pemilik premis di bangunan Low Yat khasnya keatas premis yang terbabit.
Jangan kan di Low Yat, sedang runcit di pasar ikan pun tidak agensi ini berani bertindak sekaligus menyelesaikan persoalan.
Kalau pun ada, hanya lebih kepada lagak semata mata lepas itu senyap. Saya berani katalah. Ini agensi ahh agak mengarut. Iklan saja yang lebih.
Atau paling tidak akan keluar saranan, agar masyarakat sendiri yang bertindak atas kebijaksanaan mereka. Himmm
Saturday, July 11, 2015
Berhenti Mempertikai Pasukan Penyiasat 1MDB, Shafie Apdal
Pihak pembangkang diminta berhenti mempertikaikan kewibawaan siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara penting yang harus ditumpukan ketika ini adalah memberi kepercayaan kepada pasukan tersebut agar kebenaran dapat didedahkan kepada rakyat umum.
"Yang paling penting, kita berikan kepada mereka untuk tentukan (siasatan), kerana kita sedar kita harus berpegang kepada konsep 'the law must prevail and nobody is above the law, (undang-undang mesti ditegakkan dan tiada siapa mengatasi undang-undang," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pengisytiharan agihan keuntungan interim pertama peserta Felcra Berhad tahun ini, di Mersing lewat hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diminta mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan kredibiliti anggota badan penyiasat itu menerusi laporan sebuah portal berita.
Menurut portal itu, pembangkang menyifatkan anggota pasukan petugas itu sebagai hanya 'pegawai bawahan' kepada 'ketua' mereka yang kini sedang disiasat.
Pasukan Petugas Khas itu yang diluluskan Parlimen, diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan dibantu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim; dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Pada majlis itu, seramai 65,111 peserta Felcra seluruh negara menerima 'duit raya' sebanyak RM67.23 juta apabila agensi tersebut bersetuju mengisytiharkan dividen interim pertamanya tahun ini, bersesuaian dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Mohd Shafie berkata, dividen itu sebahagian hasil keuntungan bersih ladang kelapa sawit dan getah Felcra berjumlah RM85.26 juta, dari Januari hingga Mei.
Beliau berkata, dividen akan dibayar selewat-lewatnya Rabu ini bagi membolehkan peserta membuat persiapan Aidilfitri.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Ramlee Abu Bakar. –
Sumber Malaysia Insider @Bernama, 11 Julai, 2015
Apa lagi pihak PAC telah pun membuat kenyataan mereka akan memanggil Jho Low untuk di soal siasat.
Dan ini yang kita mahukan sebelum skandal 1MDB betul betul masak. Alhamdulillah
Sekarang kita tunggu apa keputusan PAC, kita menaruh kepercayaan yang penuh. Apa pun keputusannya ia adalah hasil daripada penyiasatan yang tidak berbelah bahagi.
Thursday, July 9, 2015
Dari Konteks 1MDB Dan Masyarakat Sabah.
Skandal 1MDB hanya memberikan kesan langsung pada masyarakat di Semenanjung berbanding masyarakat Sabah.
Yang sikit memalitkan dari konteks 1MDB dan masyarakat Sabah ialah kenyataan pemimpin pemimpin tempatan Sabah mengenai 1MDB itu sendiri.
Tidak jelas tapi kenyataan mereka semacam mereka itulah CEO 1MDB. Poyoh. Seperti contoh mempersalahkan Dr M secara total. Melihat penuh transaksi 1MDB yang dipanggil Feedsheet dan lain lain. Walhal hakikatnya apa yang mereka kata tidak terbukti benar malah di persoal oleh jentera pro 1MDB. Nampak.?
Kurang itu ada pula dikalangan pemimpin pemimpin tempatan Sabah yang menyarankan agar Datuk Seri Shafie Apdal di pecat hanya kerana bersikap benar. Himmm, langsung tidak masuk akal. Kaki bodek.
Kalau pun tidak berani bersikap tegas, sebaiknya mengambil pendekatan berdiam. Memandangkan Sabah adalah simpanan tetap BN, baru nampak cool walaupun masyarakat Sabah tetap dengan kemiskinan mereka. Himmm
Akhirnya 1MDB di pandang sinis oleh masyarakat Sabah.
Tapi tidak mengapa, kredibiliti Datuk Seri Shafie Apdal masih utuh pada pandangan masyarakat Sabah secara keseluruhannya. Ertinya juga kelangsungan BN di negeri Sabah serba banyak ada di tangan beliau.
Maka itu dipersilakan atau membantu didalam menjaga kedudukan Datuk Seri Shafie Apdal di dalam organisasi UMNO atau jangan malah beliau dianggap musuh. In Shaa Allah
Tuesday, July 7, 2015
Pergeseran PM Dan WSJ Harus Ada Kata Putusnya.
Pergeseran antara PM Najib Razak vs WSJ, mesti ada kata putusnya. Harus ada yang rebah tersungkur. Barulah masyarakat faham siapa sebenarnya yang memfitnah atau difitnah dengan itu sokongan akan bertambah. Sebaliknya portal WSJ akan dipandang sinis oleh masyarakat dunia umumnya, khasnya Malaysia sampai bila pun.
Oleh itulah tidak boleh bergantung harap pada kenyataan Menteri yang tidak pun berkaitan, dengan harapan tuduhan terkini yang dilemparkan akan dianggap fitnah dari musuh seteru BN. Kata portal WSJ ada dana yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri sebanyak USD700 juta. Tapi dinafikan oleh Menteri yang tidak berkenaan. Hello bukan begitu cara bagi mengekalkan kuasa politik BN. Himmm
Tidak mudah masyarakat ini terkeliru atau terpengaruh. Apa lagi kalau Menteri berkenaan sedia dipandang sinis oleh masyarakat. Rentetan sikap berdiam atau membela mereka terhadap isu 1MDB khasnya. Tidak jelas tapi buat buat jelas, akhirnya pendapat mereka macam orang kebanyakan.
Itulah akibatnya kalau terlalu membodek, akal yang ada tidak diguna dengan sebaiknya. Menteri itu ingat, kerja Menteri ni hanyalah menyokong membabi buta walaupun akhirnya akan merosakkaq profesion mereka itu sendiri.
Menteri berkenaan juga lupa bahawa masyarakat Malaysia sudah terlalu matang untuk dikelirukan. Masyarakat era ini suka pada keberanian, kebenaran dan yang paling penting pemimpin yang meletakkan hak pada tempatnya. Bukannya kaki bodek, apa lagi kalau hasilnya nanti hanya menguntungkan dirinya.
Suka saya ingatkan ekoran beberapa skandal yang melanda negara, kekuatan BN tidak lagi terletak di atas tiket BN seperti mana dulu tunggul pun yang diletakkan sebagai calon tetap dia mendapat kemenangan. Sekarang tidak lagi lebih kepada kredibiliti calon. Apa mereka boleh diharap atau apa dia, ini yang menjadi perkiraan masyarakat.
Era ini terlalu sukar untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari isu yang melanda. Apa lagi kalau isu itu datang dari pembangkang lalu serba sikit ada kebenarannya. (di dalam politik ada serangan yang nampak dari lawan tapi sebenarnya kawan untuk mengurangkan beban ini pun kalau tidak bijaksana dalam menanganinya akan bertukar kepada senjata makan tuan)
Jangan pernah lupa, sejarah yang tercatat semasa PRU13 yang lepas. Tidak ada skandal besar yang melanda tapi kemenangan demokrasi alah Amerika, milik pembangkang yakni undi popular.
Jadinya tolong fikir fikirkan. Apa yang didakwa oleh portal WSJ adalah atas inisiatif mereka, supaya terkenal. Dengan itu tidak timbul sama ada ia ada melibatkan pemimpin tempatan atau apa dia.
Jangan pula dengan ini, kami dianggap musuh seteru. Kalau iya, bodohlah anda. Politik Malaysia sudah lebih dari masak tapi pula masih ada Pak Menterinya yang mentah tidak boleh diguna.
Malah sepatutnya harus mereka yang tampil mempersoal dianggap ikhlas dalam menyelamatkan BN bukan sebaliknya.
Maksud saya kalau tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu termasuklah Wall Street Journal (WSJ) dianggap fitnah merapu tidak berasas. Maka sebagai pihak yang difitnah harus pula mengambil kesempatan menunjukkan ketegasan. Tampil dengan penuh keberanian berserta bukti yang kukuh . Jangan dua kali lima, macam mereka yang "memfitnah".
Anifah Aman Tidak Pandai Malu, Dr M
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kerana tidak tahu malu apabila media luar memburukkan negara ini.
Katanya, akhbar di Amerika Syarikat dan London telah terlebih dahulu membuat kritikan terhadap negara dan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi Anifah tidak pula merasa malu.
“Media barat dan akhbar terkemuka di Amerika dan London pernah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street,” tulisnya dalam blog.
Dr Mahathir berkata, Anifah tidak pula berasa malu dengan semua laporan itu sehingga tidak ada sepatah kata pun disuarakan.
New York Times baru-baru ini menyiarkan kritikal Dr. Mahathir terhadap Najib dan sebagai menteri bertanggungjawab hal ehwal luar negara, Anifah menganggap perbuatan itu memalukan negara.
Dr. Mahathir menekankan, pihak yang harus malu ialah Najib kerana masih gagal menjawab skandal yang dilemparkan terhadapnya.
“Di negara lain, skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin, dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan,” tulisnya.
Sumber FMT.
Selain apa yang disebut di atas ada lagi beberapa perkara yang tidak dinyatakan sepertinya deal Datuk Anifah dengan Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan bersama pembangkang. Dimana skandal ini telah diheret ke bilik mahkamah. Nah cuba bayangkan, kalau nanti Anwar Ibrahim yang menang.? Himmm
Selepas ini, telah menjadi tanggungjawab Datuk Anifah Aman untuk menafikan apa yang dikatakan oleh Dr M. Nah kalau tidak, benarlah apa yang dikatakan oleh Dr M, ini Datuk Anifah tidak pandai malu, terlalu membodek lebih kurang begitulah. Himmm