Sunday, November 30, 2014

Tidak Boleh Sebut Bangsa Cina, DAP Marah.???

Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Isu-isu penting seperti hutang negara yang semakin meningkat, kononnya tidak ditimbulkan di Perhimpunan Agung Umno 2014 kerana pemimpin parti Melayu itu lebih berminat untuk bermain isu kaum, kata DAP hari ini.

Kamu orang nampak tak betapa sebenarnya, DAP pengamal politik perkauman yang sangat tegar. Mereka sedar dengan membuat kenyataan kenyataan yang menyongsang agama dan bangsa Melayu akan menguatkan ikatan dikalangan mereka.

Kita tidak tahu bagaimana untuk mengkhabarkan satu kejadian, tanpa menyentuh agama, sedangkan isu yang mahu  dijelaskan berkisar soal agama dan bangsa.

Seperti contoh isu yang dikhabarkan oleh Dr Mashitah, Ketua Wanita Baling. Di satu kejadian yang berlaku di Kedah ada seorang individu berbangsa Cina non-Muslims membakar Al Quran ketika dia beribadah mengikut kepercayaan agamanya.

Khabar diatas telah di manipulasi kononnya pemimpin UMNO mengamalkan sentimen perkauman dan agama.

Cuba konon kamu orang tanya Lim Guan Eng, bagaimana untuk menjelaskan isu berkenaan tanpa mengaitkannya dengan agama sedang hakikatnya ia berkisar soal Al Quran yang dibakar.

Mari kita akui sesungguhnya DAP pengamal politik perkauman. Sedikit persoalan yang menyentuh bangsa Cina akan dianggap menghina. Walaupun perkara itu ada kebenarannya.


Posted via Blogaway Jals

Harga Runcit Petrol RON95 Turun Bulan Disember.

Selepas pengumuman penghapusan subsidi minyak yang akan dikuatkuasakan pada Disember ini. Dimana harga minyak tempatan akan  ditetapkan berdasarkan harga turun naik Petrol/Disel yang ditentukan oleh pasaran semasa dunia.

Maka pada Disember ini harga petrol dan diesel akan mengalami perubahan harga.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Tapi pada bulan Disember 2014, Harga RON95 akan berkurangan sebanyak 4 sen kepada RM2.26/liter. Manakala harga Disel akan bertambah sebanyak 3 sen kepada RM2.23/liter

Inilah antara kelebihannya bila harga runcit ditentukan oleh pasaran dunia. ;-)


Posted via Blogaway Jals

Saturday, November 29, 2014

Warganegara Yang Derhaka

Akhbar Indonesia mendedahkan rakyatnya memiliki mykad Malaysia

Akhbar negara jiran Indonesia melaporkan, yang rakyat mereka memiliki kerakyatan Malaysia. Adeh

Ini namanya tidak memahami undang undang negara orang lain.

Kalau merujuk pada mykad seperti mana gambar, yang dimiliki oleh "rakyat" Indonesia. Kita akan maklum, individu berkenaan telah lama menetap di Malaysia sebab itulah dia berkelayakan memohon status kewarganegaraan Malaysia.

Mana mana individu yang telah mendapat kewarganegaraan, lalu dia balik ke negara asal mereka, itu adalah hak mereka, walaupun telah menderhakai kedaulatan Malaysia. Malah kalau menurut perlembagaan Malaysia tindakan perundangan boleh dikenakan keatas individu berkenaan, sebab telah menghina kedaulatan perlembagaan.

Kita juga sangat berprasangka bahwa individu berkenaan membuat jalan yang singkat yakni merasuah kakitangan JPN di dalam mendapatkan mykad. Jadi kenapa pula pemerintah yang dipersalahkan secara total.?

Masyarakat Malaysia harus mengkritik gila individu berkenaan, sebab sudah pun dia melakukan rasuah, malah pula cuba memburukkan Malaysia.

Lain hal, tidakkah negara Indonesia terasa terhina, sebab mempunyai rakyat yang tidak setia.?


Posted via Blogaway Jals

SSKM Daftar Di Luar Negara Tapi Beroperasi Di Malaysia

SSKM membuat alasan kononnya kenapa pula pemerintah Malaysia mengharamkan pertubuhan SSKM sedang ia tidak di daftarkan di Malaysia.

(Dengan agak angkuh, Ketua Pertubuhan SSKM mencabar, PM Najib Razak dan Zahid Hamidi).

Memang benar SSKM tidak di daftarkan Malaysia yakni di luar negara. Tapi SSKM beroperasi di Malaysia.

Seperti juga halnya dengan IS (Islamic States) Pertubuhan yang datang dari di luar negara, apabila cuba beroperasi di Malaysia, ia mendapat tentangan dari pemerintah. Nampak.?

Isunya sekarang bukan soal pertubuhan haram atau tidak haram, tapi matlamat pertubuhan SSKM berkenaan yang cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia. Matlamat  yang tidak mendapat restu dari majoriti masyarakat Sabah. Bila masyarakat Sabah tidak merestuinya, itu bererti SSKM punya gerakan yang sangat sia sia.

Jadi kalau juga tidak mahu menghentikan agenda karut SSKM tu, bersedialah berhadapan dengan tindakan undang undang atau saja tindakan dari masyarakat Malaysia umumnya, khasnya masyarakat Sabah.

Saya yakin sangat sangat, malah penyokong PR di negeri ini sendiri tidak bersetuju dengan agenda SSKM. Sebab menganggapnya tidak rasional, dan pasti negeri Sabah akan berhadapan dengan krisis keselamatan. Keselamatan yang dimaksudkan ialah bukan hanya selepas kononnya Sabah berjaya keluar dari Malaysia tapi situasi semasa yang akan di ambil kesempatan oleh penjenayah, terutamanya kumpulan dari luar negara.

Perkara yang juga perlu dipertimbangkan sebelum  SSKM berkeras meneruskan konon perjuangan mereka ialah. Masyarakat Sabah tidak pun berada di situasi seperti mana di Timor Timur. Untuk makluman selepas Timor Timur atau Timur Leste mendapat kemerdekaan pada tahun 2002 dari Indonesia, Timor Leste pula meminta tunjuk dari Malaysia bagaimana untuk membangunkan negara mereka.


Posted via Blogaway Jals

Friday, November 28, 2014

Transformasi Mengikut Keadaan Semasa

KUALA LUMPUR – Keputusan mengekalkan dan mengukuhkan Akta Hasutan 1948 bukan alasan Perdana Menteri tidak mengotakan transformasinya, sebaliknya ia perlu dilakukan mengikut keadaan semasa.

Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas melihat keadaan hari ini ketika masih akta sama ada pelbagai unsur provokasi dilakukan walaupun akta ini masih ada.

“Saya melihat ia bukan memberi kepentingan kepada Islam sahaja, malahan agama lain juga tidak boleh dihina. Akta ini menunjukkan ia bukan hanya esklusif untuk Islam sahaja.
“Agama lain juga diberikan perhatian oleh kerajaan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perasmian Perhimpunan Agung Umno mengatakan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan menambahbaik akta berkenaan.

Mengulas lanjut berhubung ucapan Najib yang juga Presiden Umno yang memerlukan peremajaan secara holistik Azis berkata, bukan hanya pemuda diletakkan sebagai pemimpin atau calon, sebaliknya pemuda yang diterima akar umbi diperlukan.

“Jika letak orang muda yang tidak diterima, ia tidak akan bermakna untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Sumber Sinar Harian


Posted via Blogaway Jals

MP Sabah Bincang 'Tawaran' Anwar Di Macau

Seorang MP BN, Datuk Raime Unggi mendakwa kem Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak henti-henti mengemukakan tawaran selepas pilihan raya umum 2008 hingga perkara itu dibincangkan oleh MP BN Sabah beberapa kali.

Raime, 44, berkata pada awalnya, MP Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, yang disifatkan sebagai ketuanya, pada mulanya mendedahkan bahawa tawaran itu dibuat semasa sekumpulan MP BN Sabah bertemu di Le Meridien Kota Kinabalu.

"Di situ, saya dapat tahu daripada (MP Beluran, Datuk) Ronald Kiandee, yang hadir, bahawa beliau ditawarkan RM5 juta untuk berpaling tadah kepada pembangkang.

"Bagaimanapun, Anifah memutuskan sebaliknya – bahawa kita tidak harus menerimanya dan kami semua setuju.

“Namun, tawaran itu tidak henti-henti dan kami (Anifah, Ronald dan Raime) berlepas untuk membincangkan perkara itu lagi di Macau,” katanya kepada mahkamah.

Raime memberi keterangan semasa disoal balas oleh peguam Anwar, Razlan Hadri Zulkifli.

Bagaimanapun, Anifah yang juga menteri luar memberitahu mahkamah semalam bahawa tawaran awam daripada Anwar dibuat ketika ketua pembangkang itu membuat panggilan padanya sekembalinya dari Macau.

Anwar mengemukakan saman RM100 juta ke atas Anifah atas kenyataan fitnah yang dibuat semasa sidang media di Washington DC dengan setiausaha negara AS, Hillary Clinton pada Mei 2009.

Dalam sidang media itu, Anifah mendakwa ketua pembangkang tersebut cuba membayar kepada beberapa MP Sabah untuk berpaling tadah.

Anifah juga mendakwa beliau ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya berjaya mempengaruhi MP BN lain.

Sumber Malaysiakini

Dibawah ini artikel yang berkaitan, dimana Anwar menawarkan sejumlah wang pada Anifah tapi Anifah menolaknya.

 Anwar Tawar RM100 Juta Pada Anifah.?  


Posted via Blogaway Jals

Thursday, November 27, 2014

Anwar Tawar RM100 Juta Pada Anifah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 MP Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi KFC.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

"Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, 'jangan sekali-kali diulang kata-kata itu'.

"Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

Sumber.

Tapi penyokong pembangkang tidak mempercayainya konon tidak mungkin Anwar mempunyai wang sebanyak itu.

Mereka tidak tahu, Anwar pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan. Apa Anwar tidak mengambil kesempatan.???

Untuk pengetahuan, Anwar adalah  pemimpin UMNO pertama yang   mengamalkan politik wang, ketika dia berusaha menjatuhkan Tun Ghafar Baba, di dalam  merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Di catatkan sebanyak RM 200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir. Dari mana Anwar mendapat wang sebanyak itu, kalau tidak mengambil kesempatan dari jawatannya.?

Jadi tidak timbul isu, kononnya Anwar bukan pengamal politik wang, malah ada dikalangan penyokong yang menganggap Anwar sebagai pemimpin yang sangat bersih. Sebab konon tidak memiliki wang yang banyak . Bererti kata mereka dakwaan Anifah diatas adalah tidak benar. Alahai


Posted via Blogaway Jals

Tidak Perubahan Walaupun PAU Selepas PAU.?

Tidak ada perubahan jelas yang berlaku di peringkat akar umbi, ini berlaku pada UMNO, walaupun pelbagai pencerahan yang dilakukan melalui perhimpunan agung UMNO seperti yang berlangsung sekarang.

Sudah tentu pasti, mereka masyarakat politik yang menyokong UMNO selama ini berhadapan dengan jentera akar umbi politik UMNO. Harus kita akui, tidak masyarakat politik menyokong  UMNO hanya  semata-mata menyokong, pasti  mereka mempunyai matlamat peribadi  dari konteks organisasi UMNO itu sendiri.

Sudahlah mereka tidak mendapat kelebihan seperti yang di harapkan, malah pula orang lain yang mendapat kelebihan sedangkan orang lain berkenaan tidak pun berkerja demi kelangsungan UMNO. Itu yang saya katakan di peringkat inilah yakni akar umbi lah UMNO menghadapi masalah didalam usah mengekalkan sokongan.

Tidak dinafikan tranformasi kepimpinan memang berlaku di peringkat akar umbi tapi perubahan yang berlaku hanyalah berbentuk jasad semata, walaupun jasad berkenaan terdiri dari golongan muda yang tampak remaja. Tapi hakikatnya mereka tidak mampu memikul tanggungjawab parti.

Ertinya laungan meremajakan parti hanya mungkin retorik semata-mata.

Saya peribadi, untuk menyelesaikan kemelut ini, UMNO perlu memikirkan sesuatu yang lebih berani. Antaranya memberikan kedudukan pada penyokong parti yang betul betul komited terhadap kelangsungan parti tanpa melalui sebarang proses pemilihan, sebagai jentera parti. Senang cerita dicari oleh pemimpin, tapi pastikan pula tepat jangan main samborono yang lebih kepada keuntungan pemimpin bukannya parti.

Cari dan berikan kedudukan kalau boleh "paksa". Pada saya sistem ini yang lebih tepat.


Posted via Blogaway Jals

Pesanan Dr Mahathir Untuk UMNO

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. “Umno saya punya.” “Bahagian ini saya punya.”

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Umno akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang Umno. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Sumber : Sinar harian

Kita sedia maklum akan kebobrokan seperti yang dinyatakan oleh Dr M diatas, bererti mahu tidak mahu pemimpin utama UMNO masa kini harus mengakuinya sekaligus berusaha untuk merealisasikannya secara holistic.

Kita tidak nafikan, organisasi UMNO sedang dalam usaha menarik balik kepercayaan ahli UMNO terhadap UMNO itu sendiri, dengan membetulkan sistem pengurusan parti termasuklah proses pendaftaran ahli, mendaftar  secara online. Tapi itu belum lagi memadai didalam memastikan UMNO terus relevan.

Ada lagi beberapa perkara yang lebih utama yang perlu diambil perhatian. Terutamanya dari konteks kepala UMNO di semua peringkat. Harus lapisan ini di dikepalai oleh mereka yang betul betul berkelayakan dalam erti kata yang sebenarnya. Supaya UMNO mendapat balik kekuatannya dan boleh mengelakkan UMNO dari terus berpecah sekaligus membawa kepada kelemahan yang akhirnya boleh mengkuburkan UMNO buat selamanya. Berubah sebelum di ubah.


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, November 26, 2014

Kebobrokan Unit Kecemasan Hospital Semporna.

(Mesej ini saya terima daripada komuniti daerah Semporna melalui masej di Facebook. Individu berkenaan meminta agar pentadbiran hospital daerah ini terutamanya di unit kecemasan, lebih bertanggungjawab. Berikanlah perhatian yang sewajarnya, tidak ada gunanya mengenakan bayaran yang murah tapi perkhidmatan yang diberikan sangat mengecewakan masyarakat)

"Assalamualaikum saudara... Aku ni kerja sebagai kakitangan awm juga... Bukan nya mahu burukkan staf2 unit kecemasan semporna... Aku rasa saluran terbaik aku mengadu saja dgb saudara.... Bagus lah unit kecemasan hospital semporna tu di tukar pg unit santai2 hospital semporna... Yg kasihan adalah masyarakat kita.. Terutamanya org kampung yg tdk berpendidikan.... Dilayan seperti tdk selataknya sebagai pesakit kecemasan... Tiada kemesraan... Tiada kesungguhan dan tiada tanggungjawap... Mohon saudara dapat bawah hal ini keperingkat yg lebih serius demi masyarakat semporna... Kalau saudara kurang yakin saudara pegi lah tngok sendiri cara kerja mereka... Harap saudara rasiahkan odentiti sy dmi kerjaya sy... Terima kasih"


Posted via Blogaway Jals

Menteri Pelancongan, Benar Sabah Kurang Selamat.

Menteri Pelancongan sekali lagi membuat penegasan bahawa Sabah kekal dengan statusnya masih tidak selamat, terutamanya di Pantai Timur Sabah. Selepas beberapa insiden pencerobohan dan penculikan yang melibatkan pelancong asing.

(Sebelum ini juga Menteri Pelancongan ada membuat kenyataan, yang Kementeriannya enggan mempromosikan Sabah sebagai Negeri pelancongan memandangkan keselamatannya masih belum terjamin dan ia telah viralkan di ruang maya. Yang telah mendapat perhatian sekaligus kritikan dari masyarakat tempatan Sabah.

Tapi kita, mengakui kenyataan Menteri Pelancongan, yakni Datuk Nazri ada kebenarannya)

Terbaru, sekali lagi Datuk Nazri membuat kenyataan yang sama. Yang juga bersamaan dengan pendirian kita sebelum ini bahwa Sabah masih belum selamat dari terutamanya ancaman aktiviti penculikan. Atau saja ancaman kegiatan jenayah dari luar atau dalam negeri Sabah itu sendiri.

Kalau kita fikir secara logik, andai benarlah keselamatan Sabah sudah terjamin, sudah tentu pasti operasi Esscom telah ditamatkan lama, ini tidak malah mengencang. Begitu juga halnya dengan faktor yang mengundang kepada tercetusnya ketidakharmonian masyarakat, tampak faktornya masih berleluasa, bererti Sabah masih belum selamat.

Kesimpulannya ketegasan kenyataan Menteri Pelancongan Malaysia bahawa Sabah masih belum selamat adalah benar. Benar dan bertanggungjawab.

Tapi ada lagi pihak atau individu yang tidak menerima hakikat kebenaran. Apa dengan hanya menafikan kebenaran maka keselamatan akan terjamin dengan sendirinya.?

Akhirnya siapa yang harus dipertanggungjawabkan ni ya. Bagaimana Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah.?

Kerjasama yang diberikan oleh Pengerusi Keselamatan Negeri terhadap agensi Keselamatan khasnya Esscom tidak sebenarnya menjamin keselamatan masyarakat Sabah. Seharusnya pentadbiran negeri ini mencari jalan penyelesaian yang lebih konkrit dengan mengambil kira pendapat pelbagai pihak, termasuklah dari kalangan masyarakat.

Kalau rasa rasa tidak berkemampuan, iya dipersilakan bertanya pada masyarakat umum, atau pada kalangan Menteri walaupun Menteri berkenaan tidak bersangkutan dengan portfolio keselamatan. Sebab ada dikalangan mereka yang berkemampuan berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini yang melibatkan keselamatan. Jangan paksa kalau tidak mampu, nanti lama lama bertukar kepada senjata makan tuan kok itu. Alahai

Tidak salah kalau negeri Sabah ini terlalu selamat. Sebab itulah jangan hanya merujuk pada situasi semasa yang nampak tenang. Sebab penculik atau penjenayah tidak pun berminat dengan masyarakat tempatan selain luar pelancong luar negara yang boleh membawa keuntungan besar.

Cuba kita bayangkan apa akan berlaku. Andai Kementerian Pelancongan memberikan jaminan bahawa Sabah cukup selamat. Tetiba ada berlaku insiden tembak atau penculikan yang melibatkan pelancong asing tidak kah nanti membawa kepada nama buruk Malaysia di luar negara.? Itu

Isunya sekarang bukan lagi soal kelangsungan sektor pelancongan tapi lebih daripada itu, yakni ke pertanggungjawaban Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, sejauh mana beliau menyikapi kemelut ini sekaligus memberikan jaminan rasmi bahawa tahap keselamatan masyarakat di negeri ini sedia terjamin berdasarkan langkah langkah keselamatan yang telah diperkenalkan. Juga ia sebagai jaminan keselamatan kepada pelancong asing bahwa keselamatan mereka terjamin dari ancam jenayah khasnya dari aktiviti penculikan. Kalau memang benar Sabah sedia selamat. Ada berani.?

(Memang begitu, kalau kita kurang bertanggungjawab atau bertanggungjawab tapi tidak mendengar kehendak masyarakat)


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, November 25, 2014

Pemimpin UMNO Perlu Mempunyai Formula Dua K

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hadir di Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan di PWTC, hari ini.

Pemimpin Umno semua peringkat perlu mempunyai formula dua 'K' iaitu "knowledge" atau ilmu dan kemahiran dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat bandar.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, formula politik 'K' itu sangat penting kerana masyarakat bandar adalah golongan yang terdidik dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai isu.

"Bila dalam bandar, orang lebih terdidik. Kepimpinan kita juga mesti lebih berkemahiran, terpelajar ... baru boleh pengaruhi mereka yang ada dalam kawasan kita.

"Saya bukan mahu menidakkan sesiapa, tetapi katakanlah ketua cawangan kita seorang tukang kebun, bolehkah dia diiktiraf sebagai pemimpin kawasan?
"Jawapannya jelas, dalam konteks tertentu kita amat perlukan dia, tetapi dalam konteks pengaruh orang terpelajar, kita kena letak orang yang lebih berintelektual sebagai pemimpin," katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, perdana menteri turut menekankan aspek 'Politik Y' iaitu membuka lebih ruang kepada generasi muda terlibat dalam Umno.

Najib juga bersetuju dengan lima anjakan agenda yang digariskan Umno Wilayah Persekutuan pada konvensyen itu untuk memperkukuh perjuangan dan pada masa yang sama menjuarai semula hati penduduk di kota.

Katanya, segala kerangka strategi baharu itu perlu direalisasikan selepas konvensyen berkenaan yang mencerminkan kesediaan Umno Wilayah berubah di setiap peringkat.

Beliau juga sekali lagi mengajak anggota Umno untuk bermuhasabah diri dan melihat punca kemerosotan sokongan serta pengaruh khususnya daripada kalangan penduduk bandar.

Katanya, parti itu masih tidak berjaya menawan kembali hati rakyat di bandar kerana kebanyakan anggotanya hanya menumpukan kepada urusan dalaman parti sehingga gagal bersikap adil dan saksama terhadap rakyat secara keseluruhan.

"Kita mesti berlaku adil dan mesti inklusif, kita mesti sayang kepada Umno. Ini nilai asas. Lihat Umno bukan alat untuk diri, bukan batu loncatan, tetapi sebagai institusi yang menjamin masa depan orang Melayu dan negara," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata lima anjakan itu adalah memperkukuh agama Islam, memantapkan Barisan Nasional, melahirkan lebih banyak idea segar, meningkatkan jurang ekonomi bandar, dan menjadi lebih prihatin kepada masalah rakyat. – Bernama, 23 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-perlu-ada-dua-k-kata-najib#sthash.KsObUbDa.dpuf


Posted via Blogaway Jals

Jawatan Dalam UMNO Bukan Milik Abadi Keturunan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa pemimpin yang sudah terlalu lama berada dalam Umno supaya memberi laluan kepada generasi baru sebelum mereka sendiri yang diundurkan.

Jawatan dalam parti bukan milik selamanya mana-mana keturunan, sebaliknya peluang harus diberikan kepada golongan muda mengambil alih tanggungjawab tersebut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Mengulas gesaan bagi menjayakan proses peremajaan parti, naib presiden Umno itu berkata tanggapan mengatakan sesuatu jawatan yang disandang untuk selama-lamanya sudah berlalu kerana ia bukan kekal bagi satu legasi sahaja.

"Kita bukanlah 'warlord' yang menganggap jawatan dalam parti itu kepunyaan kita dan harus dimiliki keturunan kita atau terus dipegang oleh kita," kata Zahid semasa sidang media selepas menghadiri program anjuran Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Putrajaya.

Beliau menggesa pemimpin yang sudah terlalu lama berada dalam Umno supaya memberi laluan kepada generasi baru sebelum mereka sendiri yang diundurkan.
"Bila tiba masanya, bila dapat isyarat yang kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundur diri sebelum kita diundurkan," katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu depan menggesa golongan muda diberi peluang menyertai barisan kepimpinan Umno bagi meremajakan parti.

Najib berkata golongan muda perlu diberi panduan dan bimbingan memimpin supaya Umno dilihat sebagai sebuah parti yang inklusif, moden, progresif serta dinamik.

"Kalau mahu teruskan kekuasaan, kita mesti lakukan peremajaan pada parti dan mesti cari kepimpinan yang boleh dianggap sebagai ada kemampuan," katanya.

Zahid sementara itu berkata, Umno ketika ini sedang menimbangkan mengubah perlembagaan parti bagi membuka peluang kepada golongan muda terus menyertai parti Melayu tersebut tanpa perlu melalui cawangan atau bahagian di negeri-negeri.

Pengkritik sebelum ini menyifatkan proses peremajaan Umno gagal kerana sering disekat pemimpin lama di peringkat cawangan dan bahagian. – 23 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jawatan-dalam-umno-bukan-milik-abadi-satu-keturunan-kata-zahid#sthash.mXGAHYre.dpuf


Posted via Blogaway Jals

Monday, November 24, 2014

Penduduk Kampung Tanjung Kapor, Kudat Menunjuk Perasaan.

Kudat 23hb November 2014. Penduduk atau komuniti kampung Tanjung Kapor, Kudat telah turun padang untuk menunjuk perasaan. Ini kerana mereka telah diberikan notis untuk mengosongkan tapak tanah/perkampungan sehingga hujung bulan ini. Kalau tidak, rumah mereka akan dirobohkan secara samborono.

Walhal perkampungan Tanjung Kapor, Kudat wujud sejak lagi era dan cetusan idea Tun Mustapha. Maksudnya perkampungan Tanjung Kapor memang disediakan khas oleh pemerintah pada ketika itu untuk mereka.

Tapi sekarang tapak tanah/ perkampungan berkenaan telah menjadi milik tauke Cina. Sebab itulah notis halau dikeluarkan bagi tujuan pengkomersialan.
Kalau menurut memo pada sepanduk seperti mana gambar, penduduk kampung sanggup berpindah asalkan pula mereka diberikan tapak baru untuk mereka berpindah. Memandangkan mereka juga warganegara Malaysia yang mempunyai hak bersama keatas bumi Sabah. Untuk makluman bilangan penduduk Tanjung Kapor sekitar 3000 orang.

Atas dasar kemanusiaan, kita menggesa agar perkara ini diberikan perhatian yang amat serius. Kesian mereka yang terlibat, sudahlah rumah dirobohkan malah pula tidak ada tapak pindah. Bukan pun mereka menuntut wang ringgit atau rumah sebagai pampasan. Yang hanya dipinta ialah tapak perkampungan untuk mereka berpindah, rumah mereka dirikan sendiri. Tapi kalau pemerintah boleh menyediakan tapak dan rumah sekali lagi lah bagus. Maklum Sabah adalah negeri yang kaya raya.


Posted via Blogaway Jals

Friday, November 21, 2014

Sabahan Mahukan Pentadbiran Yang Baharu.?

Tidak ada perang yang tercetus secara tiba tiba tanpa terlebih dahulu melalui proses toleransi.

Sebab itulah setiap pemimpin pemerintah perlu sentiasa alert dengan kehendak masyarakat walaupun kehendak berkenaan datang dari kumpulan kecil (jangan bergantung pada pegawai/ pembodek yang sebenarnya pengkhianat, apa yang penting tengkuk mereka yang lepas, persetankan orang lain).

Kehendak masyarakat adalah hak yang perlu di ditangani apa lagi kalau mereka terdiri dari pengundi parti yang memerintah. Hak yang diabaikan akan lama kelamaan bertukar kepada penyakit yang kronik. Ditambah andai kumpulan masyarakat berkenaan datang dari individu individu yang budiman pasti saja Tuhan sentiasa bersama mereka. Kan doa yang paling mujarab ialah doa mereka yang teraniaya dan boleh saja Tuhan menunjukkan jalan keluar dengan mengenepikan kesetiaan.

Kita ambil contoh, dulu masyarakat Sabah mengambil sikap tidak peduli yang disebabkan oleh ketidaktahuan mereka di dalam hal hal pengurusan, bayangkan kakitangan paling bawah pun di trip macam pengarah. Juga tidak kisah dengan kelebihan yang di dapat oleh orang lain di dalam politik. Sebab pada pendapat mereka, itu sudah menjadi ketentuan Tuhan, sedangkan orang yang berkenaan tidak pun bekerja keras untuk kemenangan parti.

Tapi sekarang tidak lagi, sikap dan kehendak masyarakat sudah berubah, ini mungkin disebabkan oleh integrasi atau penghijrahan masyarakat Sabah ke Semenanjung yang telah sedikit sebanyak menyedarkan mereka sebagai masyarakat pada negeri yang kaya dengan sumber alam serta menjadi simpanan tetap kepada BN. Bererti mereka sangat mendambakan pentadbiran yang mempedulikan nasib mereka, walaupun mereka terdiri daripada kumpulan masyarakat yang tidak tahu apa apa.

Kesimpulannya masyarakat Sabah menuntut pentadbiran yang diperbaharui bukannya parti baru, apa lagi parti lawan atau saja pembangkang. ��

Mahu Wang Atau Kuasa.??.


Posted via Blogaway Jals

Thursday, November 20, 2014

Sarawak Boleh. Sabah Tidak Boleh.???

Datuk Adenan Saten, Ketua Menteri Sarawak. Telah pun memutuskan bahwa tarif letrik di negeri berkenaan akan diturunkan sehingga 47%.

Bukan susah pun mengurus masyarakat marhaen, kurangkan bebanan mereka jak. Manakala golongan politician tegar yang telah berjasa kepada pemimpin atau parti berikan mereka kedudukan berdasarkan kemampuan mereka. Bukan malah samborono, tidak meletakkan hak pada tempatnya.

Ini tidak hanya mereka kaki bodek yang diberikan kelebihan, walaupun kewujudan mereka semacam tidak ada, ada tidak ada sama saja. Dengan itu mereka yang berminat sebagai politician akan lebih berusaha supaya mereka mendapat kelebihan dari konteks politik itu sendiri.

Saya ingat senario di atas tidak berlaku di peringkat pentadbiran negeri Sabah. Walaupun masyarakat Sabah sudah lama sebagai penyokong tegar BN. Bukan itu saja malah, Sabah antara negeri yang terkaya di Malaysia, sebab itulah kalau kita dengar dikata Sabah punya simpanan rezab yang paling banyak sehingga mencecah 3 bilion sejak Sabah di bawah pentadbiran Musa. Tapi, adeh.???


Posted via Blogaway Jals

Monday, November 17, 2014

Critical Thinking Demi UMNO/BN.

Baik UMNO atau parti komponen PR mengandung kelemahan yang perlu dibetulkan. Supaya parti kekal relevan sampai bila bila.

Siapakah mereka yang paling layak membetulkan kekurangan itu.? Selain pemimpin atau penyokong parti itu sendiri.

Kalau parti lawan yang membetulkan, bererti kelebihan atau sanjungan dari konteks politik mereka yang dapat. Sebab itulah kalau kita perhati sokongan terhadap PR semakin galak. Walaupun kritikan yang mereka lemparkan sebenarnya kurang ikhlas, yang lebih kepada keuntungan politik.

Menurut pendapat atau alasan sebahagian penyokong PR, antara alasan kenapa mereka beralih kepada PR. Bahwa mereka ingin mengwujudkan Check and balance di dalam pemerintahan, supaya dengan itu mereka sebagai masyarakat tidak lagi mudah di perbodoh.

Isunya kenapa kehendak masyarakat politik berkenaan tidak diterbalikkan. Apa hanya parti pembangkang yang boleh bertindak sebagai Check and balance di dalam pemerintahan.?

BN pun boleh buat, kenapa tidak buat. Jangan takut dengan rasa yang pahit, sebab pahit itulah ubat.

Maka itulah mungkin saya berdiri sebagai masyarakat sivil, supaya menjadi Check and balance kepada pemerintahan. Dengan itu UMNO/BN akan kekal relevan sampai bila bila.

Faham mungkin bha kan.? Pun begitu jangan pula ada pihak atau individu yang mengambil kesempatan kononnya pejuang UMNO/BN tapi rupanya petualang/pengkhianat negara. Atau saja jangan dek kumpulan bodek, BN/UMNO kehilangan kuasa.

Critical thinking demi UMNO/BN.


Posted via Blogaway Jals

Friday, November 14, 2014

Pembodek, Virus Kepada Musa Aman.

Kumpulan penyokong bodek Datuk Seri Musa Aman. Terus berpolemik, tidak ingin menerima kelemahan politik, sekaligus mengukuhkan kepimpinan Musa dari konteks peralihan, atau saja kelangsungan BN di masa masa yang akan datang.

Yang hanya mereka tahu ialah melalak terutamanya terhadap diri. Sejujurnya tidak pun ia membawa kesan, alah bisa tegar biasa sudah ni. :)

Harus kok mereka kaki bodek ini punya misi dan visi politik yang jelas. Supaya peralihan yang sedang hangat dibualkan tidak berkesinambungan. Tapi kalau hanya tahu melalak, apa yang Datuk Musa dapat.?

Penyokong bodek harus sedar dan faham selain keputusan undi popular negeri Sabah yang tampak mampu menggugat persepsi masyarakat terhadap kemampuan BN. Ialah! dapatan undi popular untuk keseluruhannya 60 DUN, hanyalah berjumlah 10,515 undi.

Faktor lain yakni bilangan calon yang bertanding di satu satu kawasan harus juga kok mereka kisahkan, itupun kalau mereka tahu. Tengok ya.

Pada PRU13 yang lalu, ada 25 kawasan Parlimen dan 60 DUN yang dipertandingkan. Hanya dua kawasan dimana calon bertanding satu lawan satu iaitu di Parlimen Sandakan dan DUN Tanjung Batu. Yang lain macam rojak, sampai empat penjuru. Jadi cuba bayangkan kekuatan pembangkang andai mereka bersekutu hanya meletakkan satu calon bagi melawan calon BN, di semua kawasan. Boleh saja BN tumbang di PRU14.

Kesian melihat gelagat kononnya penyokong Musa, tanpa mereka sedari,sebenarnya mereka adalah virus kepada Musa. Kononnya tergelak gelak, sedang isu politik yang sepatutnya diberikan perhatian mereka pula diamkan.

Perjuangan itu harus jelas, jangan takut menanggung risiko. Apa lagi kalau Musa sudah berbudi pada mereka sang pembodek. Alahai

Selain memikirkan strategi politik yang lebih segar demi BN. Mungkin saja pembodek  yang saya maksudkan diatas, perlu di rehatkan, buang karan.???

Yang lagi menyedihkan ada ramai dikalangan pembodek itu, adalah sebenarnya dari DNA pembangkang. Sebelum PRU13 berlangsung mereka berusaha keras menumbangkan semua calon BN tapi bila BN yang mendapat kemenangan, mereka pula dengan muka yang tidak pandai malu berduyun duyun menyokong kononnya CM atau saja pemimpin pemimpin BN. :-)

Mahu wang atau kuasa.?


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, November 12, 2014

Manfaat Hasil Simpanan Tetap Dari Konteks Demokrasi.

Kalau begini sikap atau attitude kepimpinan negeri termasuklah orang di sekelilingnya yang total kaki bodek walaupun merosakkan pemimpin dan BN itu sendiri. Tidak guna rasanya masyarakat Sabah mendapat pangkat simpanan tetap.?

Sepatutnya bila sudah mendapat gelaran simpanan tetap, masyarakatnya bebas mengemukakan kehendak mereka selagi tidak menyalahi perlembagaan. Sebab apapun yang berlaku, campur tolak BN tetap di hati. Begini dangkal pemimpin pemimpin BN Sabah, terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dengan kepimpinan negeri, ortodoks.?

Apa di dalam politik, tidak ada istilah hak dan dosa.?

Sedangkan, sedikit dikalangan pemimpin di negeri ini yang diundi kerana faktor kredibiliti yang mereka miliki. Tapi disebabkan oleh kepercayaan masyarakat terhadap kemampuan organisasi UMNO/BN. Atau saja faktor ketokohan seorang pemimpin tertinggi hingga organisasi UMNO atau BN mendapat sokongan. Sekaligus memenangkan BN dimana mana PRU, terkecuali pada PRU13, agak lemah dan memalukan.

Sebagai masyarakat simpanan tetap, apa manfaat yang telah kalian dapat dari konteks demokrasi. Soal miskin kaya letak dulu tepi. Apa dia atau tidak ada beza sepertinya anda duduk di negeri yang diperintah oleh pembangkang.?

Sedikit fakta pasal DUN negeri Sabah. Merujuk keputusan atau analisis PRU13 lalu sebanyak 60 Dewan Undangan Negeri (DUN), jumlah pengundi yang memilih BN ialah seramai 427,257 orang berbanding pembangkang seramai 416,742, berbeza sekitar 10,515 undi.

Sementara Parlimen 25, undi yang diperoleh BN ialah sebanyak 421,792 berbanding pembangkang hanya 365,833 undi dengan perbezaan sebanyak 55,959 undi.

Bererti ada di manalah kekuatan politik negeri. Masyaraka Sabah pada PRU yang lepas. Besar kemungkinan telah mengambil ketetapan. Bahwa Parlimen diberikan pada BN dan DUN diberikan kepada pembangkang. Kenapa ya masyarakat mengambil keputusan yang sedemikian rupa. Mesti ada dia punya sebab tu.?

(Artikel ini, rentetan cetusan peralihan yang cuba di nafikan oleh kumpulan Musa)


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, November 11, 2014

Pergeseran PMUM, Fahmi Dengan Pemuda UMNO Tuaran.?

Apa cerita dengan Kumpulan Penghasut PMUM yang diketuai oleh Fahmi Zainol yang kononnya diugut oleh kumpulan samseng Bajau dari Tuaran tu. Insiden berlaku semasa kumpulan penghasut berkenaan berusaha menghasut ke Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pasal Anwar Ibrahim yang mereka cuba canang sebagai tidak bersalah dengan perlakuan liwatnya. Maka itulah kononnya mahasiswa dari Sabah harus turut bangkit. Tapi yang sebenarnya tidak mendapat sikit pun sambutan. Last Last di tahan oleh pihak Polis.

Perkhabaran yang diterima insiden itu telah kononnya melibatkan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuaran, Rijahan Haji Ali Aprah. Yee kah.?

Rentetan itu kumpulan PMUM pula mencabar, agar pergeseran mereka di Sabah dibawah ke perhimpunan Agung UMNO untuk diselesaikan. Siapa sebenarnya yang jaguan.

Secara jujurnya kita tidak bersetuju dengan tindakan keganasan. Tapi kenapa pula pihak PMUM/PR mengaitkan UMNO dengan keganasan. Kurang itu dikaitkan pula kumpulan samseng berkenaan dengan penceroboh Sulu yang berusaha mengambil Sabah.

Tidak sewajarnya tuduhan dilemparkan begitu rupa. Bertindak saja secara peribadi kepada mereka yang kalian tuduh sebagai terlibat. Tidak usah kaitkan UMNO secara umum atau bangsa secara total.

Kalau memang dihukum, menghasut itu hukumnya salah di sisi undang undang. Wajib di halang dengan cara yang difikirkan wajar.

Moralnya, kalau berpolitik, berpolitik saja tidak usah mengeluarkan kenyataan yang mengugut, sebab tidak ada satupun manusia di dunia ini yang ingin dihinakan apa lagi dengan hanya ugutan.

Pesanan, hentikan saja pergeseran ini secara sihat, jangan sampai membawa kepada pergaduhan, apa lagi kalau kekecohan itu nanti berlaku di Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung tidak lama lagi, sekitar 20hb November.

Di antara AJK Pemuda UMNO Tuaran vs PMUM, Fahmi. Alahai, malunya. Adeh

 http://unitamal13.blogspot.in/2014/11/gangster-sabah-ugut-fahmi-zainol.html?m=1 


Posted via Blogaway Jals

Jangan Terlalu "Sayangkan" UMNO/BN Demi Sabah.

Gambar sekadar hiasan

Kalau menurut Dr M, BN akan kalah pada PRU14, disebabkan oleh  faktor Najib. Itu menurut pendapat peribadi Dr M semata-mata. Bukannya faktor yang muktamad, senang cerita sejenis ilustrasi politik.

Itu juga bermaksud proses peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah harus cepat cepat di titikkan. Supaya kelemahan BN di Semenanjung dapat di imbangi. Jangan malah Sabah turut lemah, yang membawa kepada kekalahan BN secara keseluruhannya.?

Selain Sabah, Sarawak juga menjadi sasaran PR. Sebab mereka sedar selagi dua negeri ini tidak mereka kuasai selama itulah PR kekal sebagai pembangkang. Kita percaya tidak mungkin mereka mahu kekal begitu.

Di dalam politik, terlalu sayangkan parti dari konteks ini saya merujuknya sebagai UMNO, tidak boleh diamalkan. Bila terlalu disayang, ugutan dari pelbagai pihak akan menjadi mainan, lama kelamaan akan membuka ruang pada pihak lawan untuk menyerang.

Sewajarnya PM Najib Razak membuat ketetapan yang tegas, itu ini perlu dibetulkan. Kritik kawasan yang difikirkan lemah, seperti yang beliau lakukan di majlis konvensyen UMNO Selangor baru baru ini, sebagai lemah dan memalukan. Tidak mengira siapa dia, yang penting UMNO tetap relevan pada semua lapisan masyarakat, khasnya golongan muda.

Selain soal ketegasan seorang PM, keputusan undi di PRU13 yang lepas juga harus di ambil kira. Rujuk keputusan PRU13 di Sabah kerusi Pembangkang telah bertambah. Kerusi DUN bertambah 11 kepada 12, Parlimen 2 kepada 3 kerusi.

Di Semenanjung pula sudah dua penggal Pulau Pinang dan Selangor menjadi milik PR. Kelantan jangan ceritalah, simpanan tetap PAS. Soal Kedah balik ke pangkuan BN, disebabkan oleh faktor Mukhriz. Kalau tidak, kekal tu milik PR. Nasib ada perubahan kepimpinan.

Dari konteks kawasan pembangkang di negeri Sabah. Tolong jangan abaikan, sebab cuba bayangkan. Setengah tempat telah diperintah oleh pembangkang, adakah dengan itu komuniti dikawasan berkenaan hidup dalam kesusahan, terhimpit. Kalau pun mereka terhimpit adakah mereka kisah. Kalau tidak, itu bererti mereka lebih tegar malah mampu mempengaruhi masyarakat di kawasan lain untuk menongak arus di PRU yang akan datang.

Pokoknya sikap tegas, tidak terlalu sayangkan UMNO harus disemat di hati para pemimpin agar segala polisi yang sebenarnya untuk kebaikan masyarakat sekaligus UMNO dapat dilaksanakan, tidak ada keraguan atau takut takut ni. Tekan sampai habis ;-)

Barang di ingat, begini rupa bentuk politik Malaysia adalah disebabkan oleh kematangan masyarakatnya. Bererti tindakan berani dan tegas akan juga dinilai oleh masyarakat matang sebagai kebijaksanaan, kebaikan demi mereka dan parti yang mereka sayangi yakni UMNO/BN.

Jangan terlalu "sayangkan" UMNO demi kelangsungan UMNO.

Mahu wang atau kuasa.?


Posted via Blogaway Jals

Sunday, November 9, 2014

Musa Meminta Sokongan Untuk Kekal Sebagai KM Sabah.

Berita terkini Ketua Menteri Sabah sedang berusaha bagi mengumpul sokongan atau kekuatan dari Ketua Ketua Bahagian dan ADUN.

Dikatakan Dato Seri Musa Aman, meminta minta mereka menandatangani satu dokumen yang mengandungi 13 dalil kenapa beliau perlu dikekalkan sebagai Ketua Menteri Sabah. 

Ada pelbagai spekulasi yang kita boleh buat disini. Apa kepimpinan Musa sudah mula goyang. Apa kepimpinan Musa sudah kehilangan sokongan dari kumpulan bangsawan.?

(Entry ini mulanya saya post di Facebook.
Mari kita minta Datuk Jumat Idris, selaku pencetus pelan peralihan kepimpinan Sabah. Agar memberikan sedikit pencerahan).


Posted via Blogaway Jals

Kenyataan Bekas Pemimpin UMNO Mengenai UMNO.

SHAH ALAM - Setelah 33 tahun bersama Umno, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan Umno Selangor.

Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.

“Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.

“Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.

“Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.

“Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana,” katanya.

Dalam pada itu katanya, parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.

“Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.

“Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan,” katanya.

Sumber, Sinar Harian.

Ini pendapat peribadi diri. Harus kok ada individu yang betul betul bekerja untuk parti sekaligus masyarakat. Membuat penambah baikan dari konteks barisan kepimpinan di hampir semua peringkat dengan memasukkan individu baharu dari kalangan anak muda yang berjiwa pemimpin.

Tarik dia tanpa melalui proses pemilihan yang sebenarnya karut lepas itu berikan dia kedudukan dengan itu masyarakat akan merasa betapa baiknya parti UMNO.


Posted via Blogaway Jals

Friday, November 7, 2014

Sah Militan Sulu


Sah militan Sulu

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang Baru pada 30 Oktober lalu adalah ahli tentera kesultanan Sulu dan kumpulan penculik bermodus operandi Kidnaped For Ransoms  (KFR)  atau culik untuk wang di Selatan Filipina.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman, salah seorang daripada suspek terbabit juga didapati mengetuai sebuah kumpulan penjenayah yang berpangkalan di Semporna dan Lahad Datu sebelum ini.

Beliau berkata, dua suspek yang berasal dari Filipina itu telah menggunakan dokumen pengenalan palsu dan menjalankan aktiviti samun serta rompak bagi mendapatkan dana untuk memperkuatkan kumpulan mereka di selatan negara berkenaan.

“Dalam kejadian di Penampang Baru tempoh hari, kita mengesahkan kedua-dua suspek memang berniat untuk melakukan samun dengan menyasarkan antara dua atau tiga lokasi di sini.

“Hasil siasatan kita mendapati mereka mempunyai rangkaian dengan kumpulan penculik yang bermodus operandi KFR, penjenayah di Selatan Filipina termasuklah tentera kesultanan Sulu.

“Kita turut difahamkan salah seorang daripada suspek yang ditembak mati ini merupakan ketua kepada kumpulan penjenayah yang berpangkalan di Semporna dan Lahad Datu di mana sebenarnya mereka ini banyak kumpulan dan kebanyakannya beroperasi di Selatan Filipina,” katanya.

Jalaluddin berkata, suspek terbabit juga disahkan oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sebagai buruan utama termasuk mempunyai kaitan dengan lima penjenayah rentas sempadan yang dikenali sebagai Badong Muktadir, Nikson Muktadir, Bocai @Komander Black dan Alex sebelum ini.

“Mengikut siasatan dan maklumat kita, mereka ini sememangnya menjalankan rompakan atau samun bagi mengumpul dana menguatkan kumpulan mereka di Selatan Filipina.

“Siasatan terperinci juga masih giat dijalankan bagi mengesan suspek lain di mana kita jangkakan lebih banyak tangkapan lagi di masa hadapan di seluruh Sabah terutamanya di kawasan Semporna dan Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan dekat sini kelmarin.

Terdahulu dalam insiden mengejutkan pada Khamis lalu di Penampang Baru, dua suspek masing-masing berusia 42 dan 50 tahun berjaya ditembak mati dalam pacuan empat roda dinaiki mereka oleh sepasukan anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK).

Turut ditemui dalam kenderaan berkenaan adalah sepucuk pistol jenis Browning dan dua kelongsong peluru yang dipercayai dimiliki oleh mereka bagi menjalankan aktiviti samun di situ.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah didapati terlibat dengan tiga kes rompakan bersenjata di sekitar ibu negeri termasuk di Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran dengan membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

Sumber. Utusan Borneo


Posted via Blogaway Jals

Anifah Liabiliti Kepada BN.

Kalau Anwar Ibrahim yang menang dalam perbicaraannya dengan Anifah. Keras lah kamu penyokong Musa membetulkan persepsi masyarakat Sabah terhadap BN. Walaupun selepas itu Anifah sanggup meletakkan jawatannya sebagai Menteri Luar Negeri yang bertujuan untuk menyelamatkan BN. Tapi tidak akan memberikan kesan. Rupanya BN Sabah menyimpan pengkhianat.?

Mulanya berusaha mencari jawatan Menteri atau Timbalan Perdana Menteri daripada Anwar Ibrahim tetapi gagal.
Kurang itu Shafie Apdal pula yang sengaja di palitkan, kononnya dalang utama kepada cetusan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Musa Aman. Supaya mungkin, ada yang dipersalahkan oleh masyarakat.?

Walhal yang sebenarnya cetusan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah dicetuskan oleh masyarakat umum, yang bertujuan untuk mencari pemimpin yang boleh memberikan pembelaan. Bukan macam sekarang, habis disapu bermula dari darat hingga ke laut "kesemuanya" milik Musa dan kroninya.

Sekali lagi, yang mencetuskan peralihan berkenaan ialah masyarakat Sabah sendiri bukannya kumpulan pemimpin yang diketuai Datuk Jumat Idris seperti yang diketahui umum. Lihat saja, kenapa kumpulan SSKM tiba tiba muncul yang menuntut autonomi Sabah tapi berpolemik disebalik krisis tuntutan tanah dan perjanjian 20 perkara. Tidak senario ini mewarnai politik Sabah kalau Musa menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh rasa kepertanggungjawaban, terutamanya pada perkara yang melibatkan kepentingan masyarakat dari semua aspek, khasnya aspek yang menyentuh hak memiliki.

Pun begitu ada pula pihak yang pro Musa, menuding jari kononnya dalang disebalik SSKM ialah Shafie Apdal.? Adeh. Betul takut dengan bayang bayang.

Begitu juga halnya dengan kredibiliti pemimpin pemimpin KDM yang telah menyumbang kepada cetusan peralihan. Kedengarannya semacam kurang dihormati, kerana pentadbiran Musa yang tidak memberikan muka pada mereka sebagai pemimpin KDM hingga kebajikan masyarakat KDM turut terabai. Kalau pun ada pemimpin KDM yang diberikan kedudukan jawatan tapi ia hanyalah retorik politik walaupun jawatan yang diberikan, nombor dua selepas Musa. Mungkin alasan ini dianggap remeh, tapi hakikatnya kaum KDM merasa di abaikan dari arus politik perdana negeri Sabah. Akhirnya diterjemahkan.

Masyarakat Sabah lah yang sebenarnya mendesak agar Musa Aman meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah. Bukan Shafie seperti yang dicanang oleh kumpulan pro Musa. Punyalah mereka takut dengan bayang bayang Shafie Apdal, digelar pula kumpulan peralihan sebagai kumpulan "Kumpulan Pendek".

Harus kok kumpulan Musa sedar diri. Siapa lah mereka di mata masyarakat. Tidak masyarakat ini memihak BN hanya kerana mereka. Alahai

Oleh itulah kalau mereka yang berkenaan mendengar atau terdengar momokkan masyarakat Sabah yang menginginkan perubahan atau peralihan. Baik saja akur, terima hakikat, dipersilakan lah mengundurkan diri atau meletakkan jawatan. Bukan hanya bila pembangkang yang membuat tuntutan pada satu satu perkara walaupun menjengkelkan, barulah diberikan pertimbangan. Seperti contoh tuntutan kumpulan autonomi, SSKM. Tidak ditangkap malah diberikan ruang untuk mencari titik penyelesaian. Boleh tapi pada perkara yang tidak melanggar kehendak majoriti.

Berbalik pada konflik kepimpinan yang sedang dihadapi oleh Anifah ekoran perbicaraannya dengan Anwar. Kalau saja mahkamah mendapati Anifah yang bersalah, saya agak berkeyakinan dengan itu kepercayaan masyarakat Sabah terhadap BN akan berkurangan. Maksudnya Sabah bukan lagi simpanan tetap kepada BN.

Kes mahkamah diantara Anifah dan Anwar bermula bila Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anifah ketika beliau berada diluar negara. Menurut Anifah, Anwar ada menawarkannya jawatan Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kalau PR membentuk kerajaan, syaratnya Anifah perlu terlebih dahulu melompat parti, kalau tidak bagaimana PR membentuk kerajaan. Sebab itulah kita ada mendengar cogan kata perjuangan Anwar kononnya "16 September Menuju Ke Putrajaya". Kalau kamu mahu tahu.

Kes mahkamah antara Anifah dan Anwar ni. Macam juga halnya dengan kes Anwar dan Saiful, menang atau kalah, tetap juga masyarakat menyakini bahwa Anwar ada melakukan liwat. Begitulah nanti persepsi masyarakat terhadap Anifah, rupanya ada niat untuk keluar dari BN.

Sedang sekarang pun, ada dikalangan masyarakat Sabah yang berharap agar Anwar bebas dari tuduhan liwatnya dengan itu, Anwar dapat meneruskan perbicaraannya dengan Anifah. Nampak tak.?


Posted via Blogaway Jals

Thursday, November 6, 2014

Musa Aman, Pemain Kayu Tiga.!!!

Kumpulan yang takut dengan kehilangan individu bernama Musa terus berpolemik dengan pelbagai isu hingga ada dikalangan mereka yang sanggup mengutip catatan lapuk untuk dijadikan perisai politik, asalkan Musa terus kekal sebagai Ketua Menteri Sabah. Walaupun pada hakikatnya mereka mengetahui kekurangan Musa.

Bermula dari cerita pasal kononnya Yayasan Sabah yang telah di selamatkan oleh Musa dari dimiliki oleh syarikat tertentu dari Sarawak. Maka selamanya beliau layak sebagai Ketua Menteri Sabah sejak April 2003 sampai bila bila.? Sebelum ini jawatan Ketua Menteri Sabah digilirkan selama tempoh dua tahun, tapi sejak Musa mengambil alih penggiliran telah dihapuskan. Licik Musa ni ya.

Menurut satu artikel. Cubaan pengambilalihan Yayasan Sabah oleh kononnya syarikat luar ada melibatkan pemimpin Sabah yang berjawatan tinggi di organisasi UMNO, tapi digagalkan. Hasil kononnya ketegasan Musa pada ketika itu yang menjawat jawatan Pengarah Yayasan Sabah. Ekoran peristiwa itu jugalah tercetusnya gesaan peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah. Atau takut dengan bayang bayang Shafie.?

Tidak kah anda terfikir, apa begitu mudah Yayasan Sabah sebagai agensi total milik kerajaan negeri (masyarakat Sabah) boleh dipindah milik dengan hanya perlu mendapatkan persetujuan Pengarah Yayasan Sabah, Musa. Tidak kah pengambilalihan itu nanti akan menyebabkan masyarakat Sabah marah sekaligus menjadikan BN lemah di negeri Sabah, dan risiko ini tidak terfikir oleh kononnya pemimpin yang terbabit yang berjawatan tinggi di peringkat tertinggi UMNO seperti yang tercatat.?

Tidak mudah kok itu, boleh saja cerita yang tersebar pasal cubaan pemilikan Yayasan Sabah dan keterlibatan Musa hanyalah rekaan bagi menarik perhatian Tun Mahathir yang akhirnya membawa kepada perlantikkan Musa sebagai Ketua Menteri bagi menggantikan Sakaran Dandai.

Boleh saja tujuan sebenar syarikat luar berkenaan berurusan dengan Yayasan Sabah adalah untuk menjadi cluster perniagaan kepada Yayasan Sabah. Bukannya cubaan untuk mengambalih Yayasan Sabah. Jangan mudah di propagandakan hanya kerana Musa, kenapa sebelum ini tidak ditimbulkan. Sedangkan penulis yang mencatatkannya adalah sebenarnya penyokong PKR, sebelum membuat Uturn untuk menyokong BN, selepas BN ditentukan sebagai parti pemerintah melalui PRU13.

Itu diatas adalah sinopsis permainan politik Musa, sebelum menjadi Ketua Menteri atau usaha politik dalam mendapatkan jawatan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu hingga mendapat sanjungan dari penyokongnya.

Tapi bagaimana pula dengan kelemahan kelemahan Musa selepas menjawat jawatan Ketua Menteri. Ada banyak kebobrokan yang terbongkar, yang sebenarnya telah menjadi pemangkin kepada kemiskinan masyarakat Sabah. Kemiskinan merata rata, sedangkan Sabah negeri yang kaya.

Menurut kenyataan seorang MP dari pantai barat, Yayasan Sabah telah membayar sejumlah wang RM76 juta kepada Bapa Michael Chia, Chia Nyuk Min tanpa ada urusniaga yang jelas. Wang rakyat lesap begitu saja. Apa ini sejenis keintegritian yang membolehkan Musa duduk kekal sebagai Ketua Menteri.?

Penyalahgunaan kuasa tidak hanya berlaku di Yayasan Sabah tapi juga melibatkan pemilikan tanah seluas 46 ribu ekar di Bonggaya oleh kroni atau Musa itu sendiri.? Pernyataan ini dikeluarkan oleh seorang MP dari pantai barat. Apa ini sejenis pentadbiran yang tidak membelakangkan kepentingan masyarakat Sabah. Walhal ada ramai lagi masyarakat Sabah yang duduk merempat di perkampungan setinggan selain kemiskinan yang menghimpit.?

Apa lagi aset milik Yayasan Sabah, mereka tidak bolot. Sedang tanah UMNO, milik organisasi UMNO juga disonglap, lesap entah ke mana. Saya dikhabarkan jual beli tanah UMNO berkenaan ada melibatkan Musa dan seorang pemimpin Yb dari pantai timur Sabah.?

Tanah dimana terletaknya bangunan UMNO di Kota Kinabalu yang ada sekarang sebenarnya bukan tapak asal. Tapak asal berada di Jalan Pantai Sembulan, Karamunsing bersebelahan Sutera Harbour, yang dimiliki oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah. Tapi sengaja dipindahkan oleh kumpulan Musa dengan membuat MOU yang berat sebelah.

TUNGGU PENDEDAHAN YANG LEBIH LANJUT LAGI DETAIL BERKAITAN TANAH UMNO YANG TELAH DI MANIPULASI OLEH MUSA. Tamahak bukan.?

Projek Pan Borneo, dari persekutuan pun turut dimonopoli. Kamu orang tahukah, sepatutnya tender projek Pan Borneo dibuka pada semua kontraktor di Malaysia. Tapi tidak, cuba dimonopoli oleh kumpulan syarikat milik pemimpin dan kroni Musa. Apa ini sikap keterbukaan Musa, seperti yang di canang maka itulah perlu di kekalkan.?

Jangan juga kalian tidak tahu, ada ramai tauke tauke kaya di luar sana yang sedang berusaha mengheret Musa ke muka pengadilan sebab telah melanggar janji yang telah dipersetujui. Apa Musa pemimpin yang berkredibiliti.?

Kebobrokan ini paling mustahak, pasal keselamatan masyarakat Sabah. Selama tempohnya ada berlaku banyak insiden pencerobohan dan penculikan hingga mengorbankan sekaligus menjejaskan sektor pelancongan di negeri Sabah, terutamanya di pantai timur Sabah.

Penculikan seorang pekerja syarikat ikan sangkar warga negeri Perak di Kunak masih di dalam tahanan penculik. Begitu juga dengan anggota Polis yang diculik di Pulau Mabul Semporna yang juga menyebabkan seorang anggota keselamatan terkorban, pun belum berjaya dibebaskan. Insiden pencerobohan di Tandoa, Lahad Datu jangan ceritalah, budak tahun satu pun tahu.

Jadi, ada dimanalah kemampuan Musa didalam memastikan keselamatan masyarakat Sabah, jangan pula tidak tahu beliau adalah Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah. Buat tidak tahu jak, paling tidak hanya perlu mengkeldaikan kakitangan awam, bagi menyembunyikan kelemahannya.

Kalau kebobrokan seperti mana diatas berlaku di Jepun dan Korea sudah lama pemimpin berkenaan meletakkan jawatan sebab sugul akibat rasa ke pertanggungjawabkan yang tinggi. Tapi tidak, pada Mus hanya perlu membuat kenyataan media, itupun pada majlis yang tidak berkaitan.

Terbaru yang kita dengar, keterlibatan Musa di dalam urusniaga pemindahan wang melalui bank HSBC, mencecah 38 trilion. Mungkin ada yang terkejut jumlah trilion terlalu banyak lagi tidak masuk akal. Banyak atau sikit itu bukan isunya. Apa yang penting Musa harus tampil untuk menjelaskannya, ada dimana sudah wang berkenaan, walau berapa pun jumlahnya asal ia berkaitan HSBC.?

Berdasarkan beberapa isu diatas yang memalitkan Musa. Sebaiknya mereka yang menyokongnya agar membuat penilaian balik, apa Musa wajar dikekalkan atau dikeluarkan terus dari menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.?

Dengan itu peluang terbuka pada pemimpin pemimpin tentu yang lebih berkemampuan/berkelayakan sekaligus mampu mengubah nasib masyarakat Sabah kepada yang lebih baik. Bukan macam sekarang, kemiskinan menjadi teman hidup sampai mati.

Cetusan peralihan mesti ada Kesinambungannya. Mahu wang atau kuasa.???

Dalam tempoh yang terdekat ini juga saya akan dedahkan pasal kawasan pembalakan yang melibatkan Musa Aman dll.


Posted via Blogaway Jals

Wednesday, November 5, 2014

Menyokong Pemberian Surat Beranak Kepada Anak Pendatang

Secara peribadinya saya bersetuju tu. Kalau anak anak pendatang yang dilahirkan di Sabah di berikan keterangan diri yang sah yakni surat beranak. Terutamanya mereka yang datang dari selatan Philipine.

Tapi ada pula segelintir pemimpin Pemerintah atau pembangkang di negeri ini yang berpolemik dengan pemberian surat beranak berkenaan. Sepatutnya tidak berlaku, apa lagi kalau mereka yang diberikan surat beranak datang dari selatan Philipine. Sebab sememangnya mereka mempunyai pertalian darah dengan masyarakat tempatan, sejak dulu lama.

Perlembagaan negara ada memaktubkannya yakni membenarkannya. Begitu juga dengan undang undang di peringkat antarabangsa.

Secara logiknya, kalau anak anak pendatang ini tidak berikan keterangan diri, lalu negara mana yang bertanggungjawab keatas mereka.? Bagaimana untuk mengenakan hukuman mahkamah mengikut kesalahan. Kalau mereka tidak ada status kewarganegaraannya yang jelas. Seperti contoh hukuman buang negara, macam mana dikenakan sedang pesalah tidak jelas status kewarganegaraannya.

Kamu orang tahukah, pemerintah negara asal mereka terutamanya pemerintah Philipine, tidak mengakui anak-anak pendatang yang lahir di Malaysia sebagai warganegara Philipine walaupun pada hakikatnya ibu bapanya berasal dari Philipine. Sebab itulah kalau kita perhati tidak ada pejabat kedutaan Philipine di negeri Sabah khasnya di Tawau. Bermaksud mereka tidak peduli dengan masyarakat mereka yang berhijrah ke Malaysia.

Berbeza dengan pemerintah Indonesia, ada meletakkan pejabat kedutaan mereka di Tawau, Sabah. Bermaksud mereka peduli dengan masyarakat mereka yang berhijrah ke Malaysia.

Berbalik pada halangan yang datang dari segelintir pemimpin pemerintah dan sudah tentu pemimpin dan penyokong pembangkang di negeri Sabah. Mereka tidak tahu di Semenanjung, politik pembangkang terutamanya DAP tidak melihat proses pemutihan oleh pemerintah sebagai masalah negara. Sebab mereka, untuk menambah bilangan penyokong mereka, caranya ialah mewarganegarakan individu China yang datang dari tanah besar China sebagai masyarakat Cina. Maka itulah kita tidak pernah atau jarang melihat kuburan kanak kanak atau bayi yang berbangsa Cina. Itu belum lagi beroperasi secara haram total yang melibatkan kakitangan awam, berkaitan keterangan diri.

Dari konteks politik khasnya di negeri Sabah. Sikap berpolitik dikalangan penyokong pembangkang dengan mencetuskan sentimen bangsa atau saja agama yang bukan dari kalangan mereka. Telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai parti pembangkang.

Perkembangan ini sudah tentu pasti mendatangkan gusar pada pihak lawan yakni BN. Dan saya yakin tindakan pemerintah memberikan keterangan diri pada anak anak pendatang, adalah sebahagian dari caranya. Daripada negara tergadai, ada baiknya memutihkan anak anak bekas pendatang. Sebenarnya cara ini telah mendapat sokongan daripada masyarakat Bumiputera selain KDM STAR apa lagi mereka yang beragama Islam.

Kalau saya tidak lupa, kita pernah katakan, kalau saja cara berpolitik pembangkang yang suka menimbulkan sentimen bangsa dan agama tidak dihentikan, bertujuan melemahkan cengkaman BN. Maka sewajarnya politik BN perlu membuat sesuatu. Politik adalah politik.

Itupun tidak semestinya bila pemerintah menambah bilangan penyokong dengan cara menukar status pendatang kepada warganegara maka secara automatiknya mereka menjadi penyokong BN buat selama lamanya. Ia tergantung pada pendekatan parti politik masing masing di dalam usaha memenangi pilihanraya.

Ada berapa ramai anak anak bekas pendatang yang aktif berpolitik tapi memihak pembangkang. Kenapa perkara ini tidak ditimbulkan. Kenapa Sebab mereka menyokong pembangkang, begitu.?
Sekali lagi, saya menyokong pemberian surat beranak, tapi pula mestilah melalui proses yang sah. Apa yang penting, pastikan anak anak berkenaan terdiri dari ibu bapanya yang tidak ada rekod jenayah. Jangan pula mereka yang budiman tercicir dari diputihkan berbanding mereka keluarga yang berkarier sebagai penjenayah. Hal ini perlu dilakukan secara telus supaya kesannya tidak terlalu memudaratkan.
Posted via Blogaway Jals

DAP Menghasut Pro Pembangkang Sabah Tapi Dia Merekrut.

DAP ni pandai, kononnya datang Sabah untuk meletakkan batu sumpah. Walhal mungkin untuk menghasut pemimpin pemimpin tempatan Sabah yang pro pembangkang untuk mempersoal kehadiran bekas pendatang.

Pada masa yang sama dia pemimpin DAP di Semenanjung merekrut pengikut baharu dari tanah besar China, dengan memberikan keterangan diri, sebab itulah kita tidak pernah melihat kuburan kanak kanak atau bayi dari bangsa Cina DAP. Sepatutnya surat beranak kanak kanak atau bayi yang mati berkenaan di serahkan kepada pihak berwajib tapi ini tidak digunakan pula untuk orang lain.

Maka itulah masyarakat Sabah terutamanya pro pemerintah, mesti sedar dengan perkara ini jangan sampai tergadai.


Posted via Blogaway Jals

Datuk Jumat Idris Di Laos Vietnam. Seminar Anjuran UNICEF

Datuk Jumat Idris, Ahli Parlimen Sepanggar sedang menghadiri seminar antarabangsa di Laos, Vietnam.

Promoting Child Nutrition In East and South Asian Organise by IPU International Parliment Union kerjasama dengan UNICEF.

Objek seminar. Penekanan kepada peranan ahli parlimen di dalam menjayakan kempen nutrition bagi kanak kanak. Demi masa depan negara yang membangun dan melahirkan modal insan yang sihat lagi berkualiti. Ahli Parlimen dan ahli keluarga juga harus bertindak sekaligus membantu di dalam menguatkuasakan peraturan yang berkaitan hak kanak kanak.

Ini kok yang saya maksudkan sebagai kerja pemimpin, dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat sekaligus mampu membangun negara bangsa. Nah pemimpin seperti yang boleh diketengahkan. Bravo.


Posted via Blogaway Jals

Cabaran Untuk Musa.!!!

Kalau pun pentadbiran negeri tidak mampu memberikan kesenangan kepada masyarakat umum Sabah. Baik kita beralih, kepada membuat satu permintaan sekaligus cabaran.

Kita cabar Ketua Menteri Sabah untuk menjadikan Sabah sifar dari gejala syabu dan insiden penculikan. ???

Kalau pun tidak sifar sepenuhnya, tapi kita nanti merasa perubahannya, rasa lebih selamat. Tidak boleh kok Musa dibiarkan angkat kaki, sedang kita masyarakat yang merasa secara langsung bahana hasil kelemahan tadbirnya. Tengok saja sekarang, sana sini kita mendengar perkhabaran yang melibatkan penggunaan senjata api oleh kumpulan penjahat sama ada dari luar atau saja dari masyarakat tempatan itu sendiri.

Kalau saja kepimpinan Musa itu memang pandai dan bersungguh di dalam menjaga keharmonian masyarakat tidak timbul kok kebobrokan yang melibatkan kesejahteraan. Jawatan yang dirangkap yakni Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah harus berfungsi jangan hanya disandang untuk dibanggakan.

Dan kalau permintaan ini pun dihukum salah lagi tidak masuk akal sebab Musa adalah pemimpin BN. Nah ingat ni, tanpa Musa pun masyarakat Sabah tetap juga memihak BN, ini kerana beliau hanya popular di kalangan bangsawan jadian. Malah kalau kita membuat penilaian berdasarkan perkembangan semasa, dari konteks keselamatan serta sokongan segelintir masyarakat Sabah terhadap BN berdasarkan keputusan BN di PRU13 yang lepas, jelas Musa telah gagal atau saja bertukar kepada liabiliti di negeri Sabah. Dulunya Kota Belud, kubo kuat kepada BN tapi pada PRU13, satu DUN N07, Kadamaian telah jatuh ke tangan pembangkang. Faktor apa yang menyumbang kepada kejatuhan itu kalau bukan kerana pentadbiran negeri yang salah, selain faktor jadian diatas.

Jelas mereka yang berada di sekeliling beliau tidak memainkan peranan yang sewajarnya di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Rugi masyarakat Sabah memberikan mereka gaji dan projek. Alahai malangnya masyarakat Sabah. Yang hanya di tahu ialah membodek, masyarakat diurus macam ayam.

Pokoknya, tunaikan permintaan atau cabaran masyarakat Sabah di atas. Jangan buat tidak tahu. Boleh saja kalian diatas bukan siapa siapa tanpa dukungan masyarakat ini sendiri.


Posted via Blogaway Jals

Tuesday, November 4, 2014

Musa Lambat Membuat Tuntutan Lebih Royalti, Berbanding Adenan.

Berpolemik lagi, kononnya Musa lebih awal bertindak berbanding Sarawak di dalam menuntut 20% royalti kepada Federal.

Bukan saya tidak tahu, pernah saya menghadiri satu mesyuarat bersama MTEN di Kota Kinabalu. Kata seorang panel dari MTEM, CEO Petronas muak dengan permintaan Ketua Menteri, Musa. Asyik saja bertanya pasal peluang projek di Petronas, adapun keperluan anak tempatan Sabah agar diberikan kedudukan sebagai Ahli Lembaga Petronas kurang diambil kisah. Walaupun MTEM mendesak agar Musa memikirkan cara memandangkan negeri Sabah adalah antara pengeluar minyak terbesar di Malaysia.

Kita tidak nafikan, boleh saja tuntutan lebih royalti ada dimajukan. Tapi ia hanyalah mainan politik, selepas kerajaan Sarawak mendahului. Supaya Musa tidak dinilai sebagai lemah oleh masyarakat Sabah. Begini, Musa hanya mengeluarkan kenyataan kenyataan biasa mengenai royalti tapi tidak pun dimajukan kepada Federal. Berbanding Ketua Menteri Sarawak, Adenan Saten pada 1hb Mach 2014 mengemukakannya secara rasmi kepada Federal. Selepas itu barulah Musa menyusul. Ertinya Musa memang lemah hanya mampu berpolemik dengan tuntutan royalti 20%, bagi mengaburi masyarakat Sabah.

Jadi, jangan dengar kenyataan kenyataan dari kaki bodek. Seolah olah Musa sangat mengutamakan kepentingan masyarakat Sabah. Sebab itulah tuntutan royalti minyak 20% dimajukan.

Cukup cukuplah bermain politik tu. Belum lagi masyarakat bertanya pasal dana royalti minyak 5% sejak bertahun yang lalu. Ada dimana sudah dana berkenaan.?

Sedang dana RM76 juta milik Yayasan Sabah yang diberikan kepada bapa Michel Chia, masyarakat Sabah masih tertanya tanya, untuk apa dan kenapa.



Posted via Blogaway Jals

Musa Kalau Tidak Boleh Dikritik, Baik Bertaubat.

Tidak salah kalau masyarakat Sabah mempersoal kualiti kepimpinan negeri. Kalau ada yang berlagak konon budiman, bahwa penyokong BN  tidak boleh mempersoal pemimpin BN sendiri, maka ajukan saja pada mereka, bagaimana dengan falsafah, bahawa perbezaan adalah rahmat.

Tapi kalau juga mereka berkeras lagak macam orang bijak. Tunjukkan mereka jalan menuju rumah rumah miskin yang ada di mana mana dan remaja belia yang terpalit dengan pelbagai gejala sosial, tanya apa penyelasainnya, ingatkan Musa adalah Pengerusi Keselamatan Negeri.

Alsebab itulah kalian mempersoal segelintir dari mereka terutamanya Musa. Kalau tetap juga mereka menunjuk kononnya bijak separuh masak, lontarkan persoalan seperti mana dibawah :-

Ingat saya punya pesanan ni, kewajipan kamu sebagai penyokong BN telah pun ditunaikan melalui PRU. Adakah selepas itu, kamu orang tidak lagi berharga, tidak lagi berhak berpolemik dari konteks politik, demi kesaksamaan hak. Kecuali mereka kumpulan tertentu yang mendapat kelebihan.

Adakah tujuan politik itu semata-mata kerana pilihanraya. Tanya pada mereka, apa setakat itu saja fungsi kamu orang di dalam politik, macam kadam mematuhi  yang zalim.

Jangan di lupa seperti mana mukadimah, tanya mereka bukan kah perbezaan adalah rahmat bagi manusia, lalu kenapa kalian dilarang dari mengamalkannya selagi mana tidak merosakkan agama dan negara.?

Tanya mereka yang sengal tu, jangan suruh berlagak. Paling koman, tanya mereka adakah Musa sama dengan Sultan yang tidak boleh di kritik. Kalau juga mereka masih berkeras, maka suruh lah mereka bertaubat, sebab doa orang yang teraniaya sangatlah mujarab. Adeh


Posted via Blogaway Jals

Sunday, November 2, 2014

Tup Tup Sabah Jatuh Ke Tangan Pembangkang Hanya Kerana Musa.???

Dulu sebelum Selangor dan Pulau Pinang jatuh ke tangan PR. Para pemimpin dan pemuka politik pastinya telah berusaha menyakinkan PM bahwa UMNO akan terus menjadi pilihan kaum Melayu walau apapun yang terjadi. Sebab mungkin kata mereka Melayu tidak akan derhaka pada UMNO yang telah banyak berjasa pada mereka. Tanpa UMNO Melayu akan hidup susah, kurang itu boleh saja agama Islam akan tergadai.

Tup tup, Selangor dan Pulau Pinang menjadi milik PR. Siapa yang tahu.?

Nah begitu juga dengan BN di negeri Sabah. Ketua Menteri semestinya akan memberikan jaminan politik bahawa masyarakat Sabah tetap menyokong BN, sebab masyarakat sedar lagi faham tanpa BN, untuk pembeli beras pun mungkin tidak ada, jauh sekali membeli tangki dan zink.

Adapun penurunan undi KDM terhadap BN pada PRU13 yang lepas hanyalah bersifat sementara. Sama juga halnya dengan penurunan undi Cina terhadap BN di Semenanjung, akan pasti dijadikan alasan. Kenapa hanya dia Musa yang dipersalahkan tidak pada pemimpin pemimpin UMNO/BN di Semenanjung. Maka itulah penurunan undi KDM hanya dilihat sebagai perkara biasa di dalam politik oleh PM Najib Razak, hasil penjelasan Musa.

Apa lagi kalau Musa boleh memberikan keyakinan sekaligus jaminan kepada PM bahwa, marah marah masyarakat Sabah pun, BN tetap mendapat kemenangan walaupun dengan majoriti yang kecil, pokoknya BN akan kekal mendapat menang. Tidak mudah untuk pembangkang menawan Sabah, maklum majoritinya yang sentiasa besar.

Pemuka politik Musa jangan ceritalah, boleh saja tersenyum simpul sebab melihat kebodohan masyarakat Sabah walaupun berpendidikan malah ada yang berjawatan tinggi. Kenapa tidak tersenyum bodoh, kalau kemiskinan menjolok mata berada di mana mana tapi hanya mampu dilihat , tanpa sikit pun ada usaha untuk membetulkannya. Pemuka tahu, mana mungkin masyarakat Sabah yang agak berpendidikan dan berkarier sebagai kontraktor sanggup mengorbankan masa depan mereka hanya kerana masyarakat yang tidak tahu apa maka itulah mereka miskin.

Tup tup, Sabah jatuh ke tangan PR dan STAR hanya kerana Musa. Siapa yang tahu.???


Posted via Blogaway Jals