Friday, July 26, 2013

Isu Minyak Disel Di Sabah


Isu Minyak Disel dan Petrol di Sabah. 

Dan yang sebenarnya tidak ada pemantauan khusus perihal minyak petrol dan diesel di negeri Sabah ini. Masyarakat mana juga yang boleh membezakan kalau minyak petrol dan diesel yang diisi dalam bekas itu menggunakan harga industri sedang bekas itu diisi dengan menggunakan mesin pam yang menyediakan harga biasa.

Sebab itu pemantauan harus dibuat ke atas Jabatan yang  dipertanggungjawabkan (KPDNKK) agar ketirisan boleh dibendung dari berlaku, sekaligus mengurangkan penyeludupan minyak ke negara jiran. Itu saya kata siapa yang menguasai pasaran....... Up @NajibRazak @MusaHjAman

Tuesday, July 23, 2013

Bahaya Kemewahan

Hadis Nabi Riwayat Termizi:- 

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,

“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.

Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat.

Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi

Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi.

Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”. Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. 


http://uruswang.wordpress.com/2007/03/07/bahaya-kemewahan/

Saturday, July 6, 2013

Pendatang Yang Tidak Beradab

Kehadiran pendatang yang TIDAK beradab perlu di pantau. Setiap individu yang berstatus warganegara tapi sebangsa atau serumpun dengan kelompok yang saya maksudkan maka kalian perlu memainkan peranan yang lebih. Atau mungkin persatuan persatuan yang melibatkan suku bangsa boleh memainkan peranan.

Walaupun sebenarnya agak berat sebab risau kalau ia bertukar kepada dendam kesumat yang boleh dibawa hingga ke tanah leluhur, tapi demi keharmonian dan mengekalkan rasa hormat dari masyarakat tempatan maka ia perlu dilakukan.

Jangan sampai persepsi masyarakat tempatan bertukar, seperti mana STAR KDM melihat sinis kelompok yang saya maksudkan diatas.

Dan pada mereka yang beradab itu tidak ada masalah mereka berhak atas bumi Allah ini dan boleh di pertimbangkan untuk di dokumenkan.

Portal Malaysia Insider Wajar Di Saman

Portal Malaysia Insider tuduh SPR terima bonus dari kerajan sebanyak RM200 juta. Dan kenyataan tersebut adalah fitnah maka adalah wajar pemerintah memfailkan saman terhadap portal tersebut. Tapi penyokong PR kata tidak boleh saman pemilik portal Malaysia Insider. SPR hanya perlu memperjelaskan isu sebenar. Peliknya kalau mereka yang saman Utusan boleh pula, tapi tidak pada pemerintah.

Mereka cuba logikkan penafian mereka dengan meletakkan SPR sebagai badan berkecuali sedang mereka lupa punca dana 200 juta itu datang dari siapa kalau bukan kerajaan BN :-) Jadinya saman

http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200997879543126

Friday, July 5, 2013

Berterus Terang

Baik saya berterus terang lah. Kalau bukan saya yang hint masyarakat kampung ini untuk mengundi calon BN di DUN Bugaya pada PRU13 yang lepas dengan menolak calon Bebas, BN tidak akan menang kok di Zon ini.

Buktinya lihat saja majlis (pertandingan bola tampar) sekarang ini yang dianjurkan oleh mereka yang pandai bermuka muka, nah siapa yang hadir? PTI 

Calon PAS dan konco konco calon Bebas yang berlambangkan Kunci juga tahu siapa saya, demi memenangkan BN di DUN tersebut.

Bukan niat untuk mengungkit apa lagi yang saya bantu itu adalah calon yang bertanding atas tiket BN tapi tujuan saya menulis entry ini ialah agar jangan ada yang perasaan lagi pandai bermuka muka konon mereka yang membantu calon BN tersebut.

Antara individu yang saya maksudkan ialah kelompok yang menganjurkan pertandingan tersebut, kedua duanya Guru Sekolah yang satu mengajar di rendah dan yang satu lagi di Sekolah Menengah. 

Tuesday, July 2, 2013

Tiada Keikhlasan Dan Kesetiaan Tapi....

Tiada keikhlasan total dalam politik baik dalam BN atau juga PR, tapi  ia boleh bertukar kepada keikhlasan kalau diri sudah merasa kecewa. Begitu juga dengan kesetiaan dalam politik tidak ada istilah kesetiaan kalau tiada yang di akalkan kesetiaan akan bertukar kepada pengkhianatan kalau apa yang di akalkan tidak tercapai.

Persoalannya ialah tapi bagaimana pula hak masyarakat yang ramai itu boleh terjamin kalau kesetiaan dan keikhlasan sudah tidak ada? Atau saja setiap diri dari kita perlu berlumba lumba mencari kelebihan hingga perlu menukar karakter dari seorang Ustaz kepada kontraktor dari yang jujur kepada pendusta dari yang ikhlas kepada penyangak. Begitu kah? Kenapa tidak saja memberi ruang dan peluang mengikut kemahiran masing-masing sekurang kurangnya ia tidak akan mengganggu struktur masyarakat yang sudah sedia ok.