Friday, June 28, 2013

Jusuf Kalla, Blackout505 Adalah Sia Sia

Mantan Naib Presiden Jusuf Kalla tetap mempersoal kalau #Blackout505 tidak telus lagi sia sia sebab di dalamnya ada agenda tersembunyi yang melibatkan kepentingan kuasa asing. Dana yang digunakan untuk menggerakkan perhimpunan tersebut datang dari usahawan antarabangsa yakni dari Turki, Washington dan Philippines. Justeru itu beliau menegaskan bahawa ekoran dari perhimpunan tersebut yang akan mendapat untung ialah mereka yang anti kepada Islam yakni kelompok Kafir jahat. Dan untuk menguatkan dakwaan beliau, beliau ada mengajukan soalan kepada Anwar Ibrahim sendiri, kalau gabungan PKR dan DAP telah mampu menguatkan Islam atau saja beliau mampu mengawal tindak tanduk kepimpinan DAP tapi jawapan yang diberikan tidak jelas yakni tidak lebih dari mengambil sikap berdiam. @NajibRazak @TengkuAdnanReal @shafieapdal @MusaHjAman @tunfaisal @mediarakyatnet http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200955600086166

Rakyat Yang Berkuasa Dalam Demokratik

Mungkin saja masyarakat tidak tahu ni, tapi mahu juga bersembang soal politik. Namanya demokratik yang berkuasa itu adalah rakyat, pemimpin yang kalian lantik pada mana mana pilihanraya adakah individu yang mewakili kalian bagi menuntut kehendak kalian tapi tidak pula yang dituntut itu manjang projek untuk kepentingan diri semata mata. Oleh itu anda sebagai masyarakat berhak mengamuk bising andai kehendak kalian tidak dipertimbangkan oleh mana mana agensi kerajaan, apa lagi ia melibatkan orang politik. Kalau tidak mampu berbuat apa apa sebab takut iya tadahkan tangan pada Tuhan mohon semoga keturunan mereka di hinakan, ini tidak bising dengan orang rumah jak lepas itu konon marah marah. Begitulah hingga tiba PRU baharu. Sampai waktunya diri pula yang meninggal dunia jadilah istilah habis wayang tinggal panggung. Sedang keadaan tetap begitu yang berubah hanyalah itu kelompok sengal yang tidak tahu malu. :-)

http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200955299798659

Friday, June 21, 2013

Kritikan Terhadap Bajau Laut/Palauh Dan PTI

Kalau pendatang ini saja datang ke Malaysia untuk mencari rezeki saya ingat ia tidak mendatangkan banyak masalah. Yang menjadi soal ialah bila mereka berkelakuan kurang ajar pada masyarakat tempatan. Mereka kerap berlagak berani walaupun ia sudah dilarang berulang kali.
Ironinya mereka ini satu kepala dengan mereka yang berstatus bekas pendatang. Jadinya apapun perbuatan pendatang ini, mereka yang berstatus bekas hanya mampu melihat tapi pada masa yang sama berlagak punya semangat negara bangsa yang 

Antara sebab kenapa mereka saling membiarkan, sebabnya ialah leluhur mereka berasal dari tempat yang sama lalu risau kalau dendam pergaduhan mereka sampai ke negara leluhur asal mereka yang pasti akan melibatkan banyak korban nyawa.  Saya juga tahu kenapa pendatang ini sering menunjuk berani, sebabnya mereka merasakan diri mereka tidak berharga dan kalau pun mereka mati ia bukan satu masalah berbanding dengan komuniti tempatan, masyarakat tempatan banyak memikirkan generasi selepas mereka.
Maka sebab itu ada banyak Kampung Kampung di Sabah ini umumnya dan Semporna khasnya sering dikategorikan sebagai Zon Hitam. Kebetulan pula Ketua Ketua Masyarakat di Kampung yang terbabit tidak punya keberanian serta kurang mendapat sokongan dari masyarakat tempatan dalam bertindak ini ekoran kerana sikap mereka yang sudah tidak mendapat kepercayaan kerana kebodohan dan sikap memperbodoh mereka yang sudah berlangsung bertahun tahun. Faktor anak mudanya yang tidak punya jati diri yang tinggi terhadap kesukuan mereka, walaupun sebenarnya ada di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi juga menyumbang kepada kedangkalan diatas, anak muda ini hanya suka memerhati atas kedangkalan yang berlaku tapi takut bertindak, kesimpulannya selain dari faktor jati diri, mereka juga tidak punya keberanian untuk menegakkan kebenaran.
(Pada yang ok, oklah yang tidak pulangkan saja ketempat asal mereka)

Yong Teck Lee Berpolitik Racist

Sudah tidak ada idea mungkin ini pemimpin pembangkang Sabah ni. Meminta untuk membolehkan mereka mengeluarkan ic sendiri. Dato Yong Teck Lee. :)

Lagi kenyataan dangkal beliau ialah "Mereka rakyat Malaysia tapi bukan Sabahan". Hanya yang lahir selepas penggabungan 1963 yang layak dipanggil Sabahan.

Macam mana tu. Sedang nama dia sendiri itu sudah cukup untuk menggambarkan yang dia itu bukan Sabahan. Sengaja berpolemik biar modal politiknya tetap relevan pada mereka yang racist.

http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200911976595606

Monday, June 17, 2013

Aturkan Program Untuk Marhaen

Tidak cakap pun salah....... Tapi mahu mengharap jentera resmi politik UMNO bercakap bagi pihak marhaen mulut mereka pula macam dijahit. Saya tahu kenapa macam dijahit tu bukan sebab pemimpin tertinggi melarang mereka dari berbicara secara terbuka tapi takut tidak dinaikkan pangkat atau sewaktu dengannya yang mungkin saja berkaitan dengan kewangan segala. Dan bukan pula saya mahu bela jentera UMNO yang sedia ada yang tidak berkerja atau hanya berkerja sesama mereka agar mereka diberikan peluang dalam politik untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Yang ingin saya ketengahkan disini adalah kelompok marhaen yang kurang dilibatkan dalam politik UMNO maka itu libatkan mereka secara total. Aturkan mereka program yang lebih ampuh lagi kelihatan ikhlas. Macam saya pula Ketua Muda Politik Malaysia :-). Jawatan baru dalam politik Malaysia. @NajibRazak @TengkuAdnanReal @mohdshafieapdal @Khairykj @MusaHjAman http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200888677453142

Blogger Pro UMNO Perlu Terbuka

Para Blogger pro UMNO. Kalau update Blog tu jangan terlalu UMNO ada banyak lagi masalah dalaman parti yang belum selesai. Tunjukkan sikit keterbukaan biar anak muda tertarik dengan UMNO. Salah satu sebab kenapa dulu UMNO hampir dilupakan adalah kerana anak muda merasakan ruang dan peluang tidak ada dalam UMNO. Seperti saja UMNO ini hanya untuk golongan elit yang ada kaitan dengan politik sebelum ini. (Tunjukkan sikap keterbukaan biar para belia remaja marhaen tertarik untuk menyertai mana mana kumpulan Blogger yang cuba mengangkat politik UMNO) @NajibRazak @TengkuAdnanReal @MusaHjAman @mohdshafieapdal http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200888380885728

Sunday, June 16, 2013

Jangan Berpecah Kerana Pemilihan UMNO

Seperti juga di peringkat daerah khasnya dan umumnya Sabah. Kepimpinan/sumbangan Dato Sri Shafie Apdal tidak lagi boleh dinafikan, sumbangan beliau kepada pembangunan negara amat jelas selain keterlibatan beliau dalam pentadbiran diperingkat pusat sekaligus mewakili negeri Sabah dan Sarawak. Dan dari konteks kepimpinan negara pula, Dato Sri Najib Razak adalah orangnya, kepimpinan beliau berada di tahap yang cemerlang hinggakan kemenangan BN pada PRU13 yang lepas sebahagiannya datang dari kesan kepimpinan beliau. 

Dan amat tidak wajar kalau jawatan mereka dalam organisasi UMNO cuba untuk dinafikan dalam Pemilihan UMNO yang akan datang. Dan sudah semestinya jawatan mereka perlu dipertandingkan tapi biarlah caranya pula bersesuian dengan sistem perlembagaan yang beralaskan demokrasi dan para pengundi pula perlu menilai mereka dari pelbagai sudut demi masa depan negara dan diri mereka itu sendiri. 

Apa yang merisaukan ramai ahli UMNO pada ketika ini adalah perpecahan di kalangan ahli UMNO, tidak kira diperingkat mana. Pergolakan para Blogger pro UMNO yang kelihatannya saling menuding jari akan mampu menyumbang kepada perpecahan UMNO kalau ia tidak dihentikan dengan cepat. Apa lagi kalau pergolakan itu  berkisar soal dana yang disalah guna. 

Kronisme Tetap Ada Dan Anak Muda Harus Terima

Anak muda pula janganlah terlalu sengal. Kronisme itu tetap akan berlaku sampai bila bila, asal saja anda berdiri di lapangan politik, sebab itu ada istilah pengikut tegar. Tinggal lagi yang kita boleh persoal sekarang ialah orang yang mendapat kelebihan dari hubungan erat tersebut. Mereka harus melihat kekurangan yang ada dibawah mereka, mereka sepatutnya membantu golongan tersebut sebab kalau diikut, mereka itu yang lebih berharga dari diri itu sendiri, maklum bilangan mereka lebih majoriti.

Jangan memperbodohkan diri dengan memberi alasan yang hingusan sedang alasan itu hanyalah retorik pada mana mana organisasi politik. Bersikap matang saja, yang kalian patut persoal ialah kedangkalan birokrasi di peringkat pertengahan dan bawahan, dua lapisan ini yang melaksanakan dasar kerajaan sedang selalunya mereka ini jenis yang pemalas lagi tidak berintegriti hingga mampu menafikan hak marhaen secara total.

Pun begitu para pemimpin harus bersikap adil jangan saja main tangkap muat dalam mencari kroni walaupun jelas individu itu hanya bersikap acuh tak acuh dalam memperjuangkan kepimpinan pemimpin itu sendiri. Nanti orang marah kok itu sambil tergelak gelak :-).

Sent from Catch Notes for Android https://catch.com

Saturday, June 15, 2013

Kelemahan Parti Lawan Dan Kekurangan Penyokong Parti

Kelemahan jelas parti pembangkang ialah mereka suka mengajukan pendapat/perkara yang akan menaikkan nama mereka secara peribadi. Tidak pula mempersoal Warung Warung dan Rumah Rumah marhaen miskin yang tidak mendapat bantuan, sebab risau kalau bantuan nanti di hulurkan oleh pemerintah maka nama mereka akan tersisih dari pemerhatian marhen.

Kebetulan pula kelompok yang mendokong organisasi pilihan mereka, tidak berani bersuara pada pemimpin mereka sebab konon risau kalau tidak diguna pakai. Tapi kalau ditanya apa kelulusannya Sains Politik itu yang dijaja.

Modal insan apa ini, macam pula dia terkecuali dari hisaban Tuhan.

Friday, June 14, 2013

Adu Domba PR. Najib vs Ku Li

Mungkin saja ia hanya sekadar ada domba pihak pembangkang tapi tidak mengapa. Mereka kata Ku Li akan bertanding jawatan presiden melawan Najib dan potensinya untuk konon menang memang ada sebab beliau mendapat sokongan dari ramai Ahli Parlimen.

Kalau benar ia berlaku apa juga kelebihan Ku Li berbanding Presiden yang ada sekarang ? Apa lagi hanya dalam pemilihan pimpinan parti sedangkan kemenangan BN di PRU13 yang lepas sebahagiannya datang dari pengaruh beliau sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO. Mahu ditujukan pada kelompok bloggers PR, mereka ini yang mencanang pertandingan di atas.

http://www.facebook.com/jalin.luin/posts/10200870711844013

Bangkitlah Dan Betulkanlah BN

Untuk tempoh tiga tahun dan bermula dari sekarang. Seharusnya pihak yang kalah cuba untuk berasimilasi dengan parti yang menang. Rasakan bagaimana BN memerintah selepas pelbagai transformasi yang diperkenalkan. Kritik mana mana Pegawai kerjanya yang tidak bertanggungjawab, kalau perlu laporkan kepada SPRM atau Jabatan Perdana Menteri, barulah matlamat politik itu boleh dicapai sekaligus dirasakan. 

Ini tidak malah risau kalau tidak mendapat projek walaupun diri itu jelas memihak PR sebelum PRU13 yang lepas, lalu dimana pahala/kebaikan yang cuba dicari melalui politik selama ini, atau memang sah berpolitik sengal, dianggapnya lapangan politik itbu sebagai Ladang Kelapa Sawit ? 

Tidak kurang juga mereka yang memihak BN hingga mampu membawa kemenangan kepada parti BN itu sendiri, kritik binalah kedangkalan birokrasi Kerajaan dari pelbagai peringkat yang akan mencatatkan proses transformasi yang cuba diperkenalkan oleh Perdana Menteri, jangan ambil sikap konon setia walaupun diri itu sebenarnya tidak pun terlalu berharga pada organisasi BN, ada tidak ada sama saja atau mungkin saja risau kalau tidak mendapat projek ? Ingat saja begini, tiada kejayaan tanpa usaha yang jelas kecuali menipu :). Jadi untuk apa mengharap kelebihan kalau sumbangan yang diberikan selama ini tidak seberapa ? 

Masyarakat harus bangkit dari berdiam, bantulah organisasi ini dari membetulkan kedangkalan birokrasi yang hampir saja merosakkan BN. Ayoh bantulah BN sekaligus rehatkan lah politik PR buat seketika atau mungkin saja buat selamanya. :). BN itu terbuka demi kebaikan bersama. 

Thursday, June 13, 2013

Peranan NGO

Peranan NGO

Peranan NGO penting untuk membangun suatu masyarakat dan bangsa. Sejak tahun 1970-an, NGO telah bertambah banyak dari sebelumnya, cuba untuk mengisi ruang yang tidak akan atau tidak dapat diisi oleh kerajaan.

Dari pelbagai peranan yang dimainkan oleh NGOs, 6 hal berikut merupakan yang penting:


Pengembangan dan Pembangunan Infrastruktur

   Membangun perumahan, menyediakan infrastruktur dan usaha berasas masyarakat lain.


Menjalankan Inovasi, Ujian dan Projek contoh:

    NGO memiliki kelebihan dalam perancangan dan pelaksanaan projek/suatu kerja yang inovatif karena adanya kemampuan bertindak dengan lebih cepat dibandingkan dengan kerajaan dengan birokrasinya yang rumit.


Keberkesanan komunikasi

     NGO dapat memfasilitasi komunikasi ke atas, dari masyarakat kepada kerajaan, dan ke bawah, dari kerajaan kepada masyarakat. Komunikasi ke atas mencakup pemberian informasi kepada kerajaan tentang sesuatu idea, dirasakan dan dilakukan oleh masyarakat, sedangkan komunikasi ke bawah mencakup pemberian maklumat kepada masyarakat tentang apa yang direncanakan dan dikerjakan oleh kerajaan. NGO juga dapat memberikan informasi secara horizontal dan membentuk jejaring (networking) dengan organisasi lain yang melakukan pekerjaan yang sama.


Bantuan Teknikal dan Latihan

    Institusi Latihan dan NGO dapat merancang dan memberikan suatu pelatihan dan bantuan teknikal untuk organisasi berasaskan masyarakat dan kerajaan.


Penelitian- Monitoring dan Evaluation

      Monitoring dan Evaluation yang efektif terhadap sifat partisipatif suatu projek akan memberikan manfaat yang baik bagi masyarakat dan staf projek itu sendiri. 

     Advokasi Untuk Dan Dengan Masyarakat Miskin/Berkaitan

      NGO menjadi jurubicara dan perwakilan orang miskin dan mencuba untuk mempengaruhi keputusan polisi dan program kerajaan. Ini dapat dilakukan melalui berbagai cara antaranya, mengadakan atau mengikuti forum umum untuk memformulasi suatu polisi dan rencana kerajaan, kemudian mengumumkan hasil penelitian dan dapatan suatu kes itu terhadap orang miskin. Jadi, NGO memainkan peranan mulai dari advokasi kepada orang miskin hingga implementasi program kerajaan; dari Pendesak (opinion maker) dan pengkritik sehinggalah rakan kerja dan penasihat; dari penaja hinggalah mediator.

 

      Beberapa bidang yang sering dilakukan oleh NGO, antara lain:-

1.Pendidikan masyarakat dan pengembanganya

  

2.Penanganan kesihatan khusus

  

3.Masalah sosial masyarakat

  

4.Alam sekitar/semulajadi

  

5.Ekonomi

    

6.Pembangunan Negara

  

7.Isu Keluarga, Wanita & Anak-anak

Wednesday, June 12, 2013

Attitude PR Vs Politikus Pertengahan BN Berhati Ayam

Ini attitud para penyokong PR. Mereka mesti dibiarkan mempersoal apa saja pada hemat mereka dan orang lain tidak boleh bertindak balas. Kalau bertindak maka akan di cop sebagai bodoh.

Juga, kelompok mereka yang perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu sebelum yang lain, apa lagi yang lain itu penyokong BN.

Lagaknya macam mereka saja yang ada akal sebab itu jadi penentang. Wal hal tidak bergaya kalau bukan kerana projek BN. :-)

Nasib baik saja ada ramai politikus pertengahan BN yang berhati ayam tapi kalau dengan dia punya orang punyalah garang sanggup lagi dia kasih bodoh bodoh.

Terima Kekalahan Pasti Ada Sebabnya

Kalau benar PR  jujur pada posisi mereka sebagai pembangkang sudah tentu pasti Tuhan akan memberikan mereka peluang untuk memerintah negara ini. Ialah hampir semua tuduhan mereka melibatkan kebajikan masyarakat ramai yang mereka katakan sebagai teraniaya maka itu perlu dibela. Tapi kenapa tidak ?

Adakah kerana doa mereka yang teraniaya itu tidak di makbulkan oleh Tuhan. Ini yang wajar difikirkan sebagai alasan kenapa kelompok PR itu perlu redha dengan ketetapanNYA lalu memberhentikan operasi Blackout 505.

Idea Pengurusan Baharu

Selagi penyokong PR tidak berurusan dengan orang yang tepat yang ada dalam BN maka selagi itu mereka akan menganggap BN itu tidak betul lagi tidak berintegriti.

Dan organisasi BN pula harus menyediakan modal insan yang berkualiti agar persepsi masyakat lawan tetap tidak menjadi persepsi buruk hingga tiba PRU14. Jangan saja asyik membetulkan modal insan yang sedia rosak selepas itu mencipta pula moto baharu.

Modal Insan yang saya maksudkan disini adalah mereka yang berada ditingkat pertengahan organisasi politik dan mereka yang berada di Jabatan Jabatan kerajaan.

Selain dari penyelesaian diatas sistem diperingkat jabatan kerajaan juga harus berubah kepada yang lebih menyakinkan. Wujudkan dwi moniter dihadapan Pegawai yang bertugas agar pelanggan/masyarakat dapat memastikan sendiri sejauh mana sudah urusan mereka berada.

Sebelum itu arahkan seorang kakitangan untuk meminta no telefon pelanggan/masyarakat. Selesai sahaja pelanggan/masyarakat berurusan hantar satu sms/masej pada mereka, tanya, sejauh mana kepuasan mereka berurusan, dan apa masalahnya, jika ada. Pastikan respon sms/masej pelanggan itu diterima terus oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk diselesaikan.

Saturday, June 8, 2013

Tiga Hari Bersama Penghuni Syurga

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad dan An-Nasa'i, Anas bin Malik bercerita tentang kejadian bersama Rasulullah SAW.

Anas bercerita, "Pada suatu hari kami duduk bersama Rasulullah SAW, kemudian beliau bersabda, 'Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang laki-laki penghuni surga.' Tiba-tiba muncullah laki-laki Anshar yang janggutnya basah dengan air wudhunya. Dia mengikat sandalnya pada tangan sebelah kiri."
Esok harinya, Rasulullah SAW berkata begitu juga, "Akan datang seorang lelaki penghuni surga." Dan muncullah laki-laki yang sama. Begitulah, nabi mengulang sampai tiga kali.

Ketika majlis Rasulullah selesai, Abdullah bin Amr bin Ash ra. mencoba mengikuti seorang laki-laki yang disebut oleh nabi sebagai penghuni surga ini. Kemudian dia berkata kepadanya, "Saya ini bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji pada ayah saya bahwa selama tiga hari saya tidak akan pulang ke rumah menemuinya. Maukah kamu memberi tempat pondokan buat saya selama hari-hari itu?"

Abdullah mengikuti orang itu ke rumahnya, dan tidurlah ia di rumah orang itu selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apa gerangan yang dilakukan orang itu yang disebut Rasulullah sebagai penghuni surga. Tetapi selama tiga hari itu pula dia tidak menyaksikan sesuatu yang istimewa di dalam ibadahnya.

Kata Abdullah, "Setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sampai-sampai aku meremehkan amalannya, lalu aku berkata, 'Hai hamba Allah, sebenarnya aku tidak sedang bertengkar dengan ayahku, dan tidak juga aku menjauhinya. Tetapi aku mendengar Rasulullah SAW berkata tentang dirimu sampai tiga kali. "Akan datang seorang darimu sebagai penghuni surga." Aku ingin memperhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amal yang sama aku mencapai kedudukanmu."

Lalu laki-laki itu berkata, "Yang aku amalkan tidak lebih dari yang kau saksikan." Ketika aku mau berpaling, kata Abdullah, lelaki itu memanggil lagi, kemudian berkata, "Demi Allah, amalku tidak lebih dari yang engkau saksikan itu. Hanya saja aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum Muslim, dan aku tak pernah menyimpan rasa dengki kepada mereka atas kebaikan yang diberikan Allah pada mereka."

Lalu Abdullah berkata, "Begini bersih hatimu dari perasaan jelek terhadap kaum Muslim, dan alangkah bersih hatimu dari perasaan dengki. Inilah tampaknya yang menyebabkan engkau sampai ke tingkat yang terpuji itu. Inilah justru yang tidak pernah bisa kami lakukan."

©2012 Kisah-Kisah Sahabat Nabi

Sabah Dan Sarawak Penentu Kemenangan

Kadang kadang lucu politik ni. Masyarakat Sabah dan Sarawak yang menentukan kemenangan BN tapi yang ramai menabur bakti di Kementerian adalah dari negeri negeri pembangkang. Saya pun tidak tahu siapa yang silap ni ? :-)

Saya katakan ia memang rezeki masing masing tapi itulah. Kalau adapun yang lekat pasti Pegawai Sabahan itu jenis yang bodoh sombong. Sebab itu pula ke kadang saya lebih suka kalau jawatan yang penting itu dipegang oleh orang luar. Arios

Yang saya maksudkan disini ialah janganlah kita masyarakat Sabahan dan Sarawakian pula mempolitikkan hal hal seperti di atas apa yang penting ialah kalian tidak di anak tirikan bila berurusan.

Lama saya menunggu kritikan seperti ini dari kalangan yang mendapat  kelebihan tapi rupanya takut, takut kalau kedudukan atau nasib mereka tidak lagi terbela dari bergaya. Bha tidak mengapa biar saya mengambil tempat tersebut. Apa nak risau hasil kerja kita selama ini juga telah menyumbang kepada kemenangan BN jadi tidak mungkin kalau pemimpin tidak boleh menerima kritikan ringan seperti ini. Betul kah ? :-)

Jangan Cabar Dr M Untuk Hadir Di Blackout 505

Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung. Mencabar Tun M agar hadir di perhimpunan #Blackout505 untuk melihat kaum mana yang ramai di hadir di perhimpunan tersebut. Ekoran konon kenyataan yang dibuat oleh Tun M dalam blognya bahawa kaum Cina mengamalkan politik perkauman.

Kenapa pula kehadiran kaum dijadikan ukuran ketidakpuasan pada SPR. Sejak bila kaum Cina terlibat secara terang dalam politik Malaysia selain memperalatkan kaum Melayu. Jangan kan masyarakat marhaen, pemimpin tertinggi Melayu pun mereka boleh peralatkan.

Perkauman Cina DAP sudah lama berlaku. Tuduhan perkauman terhadap kaum Cina juga dikeluarkan oleh
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa agenda DAP yakni Malaysia Malaysian hanyalah retorik politik, yang hanya menjaga kepentingan kaum mereka dengan memperalatkan bangsa Melayu dan ia terbukti apabila berlakunya tsunami Cina di PRU13 lepas hingga memaksa Melayu PR bermain politik dengan menyalahkan SPR maka sebab itu kehadiran kaum Melayu di perhimpunan #Blackout505 tidak boleh dijadikan ukuran dan jangan cabar Dr M untuk hadir bagi menyaksikannya.

Friday, June 7, 2013

Mana Pendapat Jentera Parti Politik Pertengahan

Tugas masyarakat marhaen sudah mereka laksanakan yakni memenangkan calon calon parti BN. Dan sekarang tiba pula giliran jentera jentera pertengahan parti politik memberikan pendapat mereka perihal percaturan dalam organisasi parti yakni pemilihan UMNO.

Kalau semualah bersenyap macam saja marhaen desa, apa barang. Di sinilah masyarakat ingin melihat kebolehan mampuaan kalian dalam memberikan pendapat politik. Bukan hanya pandai memanipulasi pendapat orang bawahan lalu dikhabarkan pada pemimpin. Tapi jangan pula berlagak sebagai pembangkang politik sepertinya PKR dalam memberikan pendapat/idea.

Berikan alasan yang bernas agar mungkin boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan atasan dan anggap saja ia satu pendapat  bawahan dan bukan cadangan.

Yang dapat lebih buatlah kerja lebih jangan macam ekor keretapi. Mengasih bodoh masyarakat dan pemimpin kok itu namanya.

Memualkan sudah !

Tidak Perlu Di War Warkan Awal Awal

Sebenarnya tidak perlu kok di war warkan secara resmi kalau jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.

Semua juga ahli UMNO faham lagi tahu kalau Dato Najib Razak dan Dato Muhyiddin Yassin dan begitu juga dengan Zahid Hamidi, Shafie Apdal,  Hishammuddin Hussein berkarisma dalam konteks kepimpinan maka itu jawatan parti mereka juga tidak perlu dipertandingkan ialah kalau tidak,  mana mungkin BN boleh menang besar di PRU13 yang lepas.

Pun begitu mencadangkan agar tidak mempertandingkan jawatan parti juga sebahagian dari proses demokratik.

Faham mungkin apa yang saya maksudkan.  

Thursday, June 6, 2013

Safwan Sengaja Mahu Masuk Penjara

Admin @SafwanAnang suruh dia hentikan perbuatannya yang ingin masuk penjara tu. Satu pekerjaan yang sia sia, bukan dia tidak diberi peluang untuk dijamin. Malah dia yang menolaknya. Tidak ada istilah pengorbanan kalau ruang dan peluang diberikan demi kebaikan bersama. Adalah lebih bernilai kalau dia menjaga baik keharmonian yang sedia ada terutamanya pada ahli keluarganya.

Sebelum artikel ini ditulis Safwan Anang ada mencatatkan pengalamannya semasa berada di Penjara Sungai Buloh yang di tangkap atas akta hasutan.

Wednesday, June 5, 2013

Laporan Polis Dari Orang Tidak Berintegriti

Ini, bikin pelik ni. Membaca blog Saudara @rafiziramli dibawah artikel Calon BN Merampas Kertas Undi Pos Untuk Dipangkah sendiri. Artikel itu menyebut beberapa orang pegawai SPR dipanggil oleh calon untuk di rasuah. 

Ini masalah Calon dan Pegawai SPR yang kaki rasuah, jadi kenapa pula SPR yang salah secara total ? Kes seperti ini banyak berlaku pada kakitangan kerajaan dan swasta tapi tidak pula dipolitikkan seperti mana mereka berpolemik dengan SPR. Lalu lihat tarikh  berlakunya babak rasuah dengan tarikh laporan Polis dibuat, 29 April dan 04 Mei 2013 :) silap silap ini pun sudah kena ras???.

Individu yang tidak berintegriti diangkat menjadi saksi. Sudah menerima rasuah, pandai pula berkira kira. Alahai



Monday, June 3, 2013

Najib Razak Tetap Layak Jadi Perdana Menteri

Nah kenapa pula Najib Razak dikatakan tidak berjaya di PRU13 yang lepas sekaligus hingga konon menyebabkan beliau tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri ? (Saya terbaca dari satu artikel yang cuba menafikan kepimpinan Perdana Menteri) 

Sebab beliau tidak mendapat 2/3 kah, apa juga jenis pemikiran orang yang tidak memihak BN tu kenapa pula mereka yang dangkal dijadikan ukuran.

Tidak betul kok itu. Dasar transformasi yakni polisi itu yang perlu dijadikan ukuran kemampuan  pada mana mana pemimpin politik tertinggi bukan ketewasan angkara pemikiran masyarakat yang tidak betul kerana terpengaruh oleh agenda politik PR yang tidak jelas hala tujunya.


Saturday, June 1, 2013

Jangan Terlalu Politikkan Penolakan Izzah Oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Kenapa pula Editor portal Sabahkini melebih lebih tu. Penolakan kehadiran Nurul Izzah hanyalah kes terpencil, yang disebabkan oleh semangat politik Blackout 505 takut nanti menular ke megeri Sabah. Tidaklah pula akan dilaksanakan pada semua masyarakat yang datang dari semenanjung. 

Melebih lebih pula ini pemilik Portal Sabahkini, seolah olah suka sangat kalau persempadanan Imigresen antara Sabah dan Semenanjung di kuatkuasakan secara total.