Tuesday, July 19, 2011

Saya dipanggil untuk menghakimi hak kawasan. Saya tahu kenapa JKKK tidak mahu mengadilinya....Geli nak jatuh bila lalu jambatan ini.....Adeh.



Saya dimaklumkan ini berlaku angkara politikus pertengahan dan politikus kampung yang memperbodoh masyarakat. Sampai bila perkara ini harus berlangsung. Sayang kalau seluruh pelusuk kampung di negara ini merasa perubahah tapi tidak di Semporna. Mungkin pihak pemerintah ada menyalurkan bantuan pembaikan tapi malang ia tidak dilaksanakan, kalau betul perkara itu berlaku. Lalu kenapa pihak pemimpin masih mengguna politikus kampung seperti ini. Saya belum sentuh perihal pembahagian rumah bantuan kebakaran yang tidak selaras. Yang patut mempunyai rumah akhirnya tiada begitu pula sebaliknya, saya kurang kisah dengan ini. Apa yang penting sekarang adalah bantuan pembaikan jambatan, pun begitu saya mengharapkan agar wang bantuan pembaikan nanti disalurkan pada mereka yang amanah. Kalau tidak, sampai bilapun rakyat akan mempersalah pemerintah..........

Ini perlu dibaiki......Saya tahu masaalah sebenar.


Sebab itu saya kurang percaya dengan politik kampung yang ada sekarang. Pemerintah telah menyalurkan bantuan kewangan untuk pembaikan tapi wakil politik kampung tidak amanah dalam menjalankan amanat. Isunya kemana perginya wang tersebut? Sebab itu saya kata, semua politikus kampung yang ada sekarang, berpolitik untuk memperbodoh pemimpin dan masyarakat. Ada pula kedengaran baru baru ini, bahawa politikus buangan dari bandar, ada memasang pencacai sebagai tali barutnya, dimana semua permohonan projek harus melalui mereka. Maksudnya mereka lebih berkuasa dari yb dan MP. Saya tidak mahu menyebut namanya disini, yang pasti pecacai ini berketurunan PTI.