Saturday, August 22, 2015

Hilangnya Semangat Kemerdekaan.?

Banyak yang mempersoalkan kenapa  masyarakat Malaysia tidak lagi menghormati bendera atau bersemangat nasionalisme. Apa lagi di bulan kemerdekaan seperti mana sekarang, Ogos 2015.

Antara sebabnya yang jelas ialah sebab telah di kotorkan oleh politik yang tidak sihat. Ada ramai pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh tapi  cakap tidak serupa bikin. Lihat kereta mewah mereka, ada mereka memacakkan bendera Malaysia sempena hari kemerdekaan. Malah ada yang merasa malu berbuat demikian, kononnya macam orang kebanyakan. Hemmm, jelek bukan.?

Masyarakat ni ikut saja apa yang mereka nampak. Masyarakat era ini sudah pandai menilai, dengan membuat perbandingan. Tak kan pula mereka yang terlebih lebih.

Setengah penyokong politik berpendapat bendera Malaysia adalah bendera pemerintah, dengan itu mengibarkan bendera Malaysia bererti mereka menyokong pemerintah. Di Malaysia parti yang memerintah ialah UMNO atau BN. Ini fahaman yang tidak benar, salah sama sekali.