Monday, June 22, 2015

Rupanya Ayah Admin Luin Bin Lansang Masyarakat Politik Parti Berjaya

Rupanya arwah ayah diri adalah bekas pejuang parti Berjaya (pemerintah). Ada bau bau masyarakat politik gitu. Luin Bin Lansang namanya. Ertinya serba banyak arwah ayah punya sumbangan besar terhadap negara (masyarakat) selain sebelum ini pernah menjadi anggota keselamatan di Bohey Dulang, Semporna khususnya. Alhamdulillah

Sekarang (setakat) ini anaknya pengamal politik BN, Jalin Bin Luin. 😉

Semoga kita semua senantiasa di dalam rahmatNya. In Shaa Allah


Sunday, June 21, 2015

Penghinaan Terhadap Islam Sempena Ramadan

Ini kan tindakan yang tidak wajar. Menghina agama Islam apa lagi di bulan Ramadan.

Kita penganut agama Islam tidak lah marah mana, apa lagi kita tidak jelas siapa pelakunya. Tidak mungkin dek kerana provokatif murahan itu agama Kristian secara keseluruhannya yang kita persalahkan, lalu kita keji seperti mana segelintir daripada mereka terhadap Islam.

Kalau menurut catatan profil yang ada di akaun Facebook atas nama Ryan pencabut nyawa dia menetap di negeri Johor. Di wallnya terkandung pelbagai gambar yang menggambarkan dia adalah penganut agama Kristian.

Malah sebaliknya kita berdoa semoga individu berkenaan yakni Ryan pencabut nyawa mendapat hidayah dari Allah yang esa.

Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.


Wednesday, June 17, 2015

Tidak Perkauman Bumiputera Menuntut Hak Mereka, TPM.



Muhyiddin Mohd Yassin,melaysia
PETALING JAYA: Bumiputera di negara ini berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ekonomi dan hak mereka yang dipinggirkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu tidak seharusnya dianggap rasis kerana menyuarakan apa yang menjadi hak mereka.

“Sebagai penduduk majoriti, Bumiputera berhak membuat tuntutan untuk mendapatkan kesamarataan peluang dalam ekonomi secara inklusif.

“Mereka tidak seharusnya dilabel sebagai golongan yang rasis semata-mata kerana menuntut apa yang hak bagi diri mereka,” ujarnya sewaktu berucap di Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015, di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) pada Rabu.

Muhyiddin berkata, sejarah membuktikan sebuah negara tidak akan aman jika bumiputera tidak menerima kekayaan secara adil dan saksama.

“Banyak bukti yang ada di serata dunia menunjukkan apabila golongan majoriti di sesebuah negara tersisih daripada arus perdana kemajuan ekonomi negara serta gagal menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama, maka negara itu tidak akan menjadi sebuah negara yang aman dan stabil.

“Pergolakan, perbalahan dan krisis akan berlaku dan ini bukanlah satu perkembangan yang sihat untuk sesebuah negara,” katanya lagi.

Bagi mengelak malapetaka seumpama itu berlaku di negara ini, kerajaan akan meneruskan agenda memperkasa ekonomi bumiputera dalam semangat pertumbuhan inklusif yang dilaksanakan secara adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum atau kumpulan sosial.

“Tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk membela nasib 40 peratus bumiputera terbawah menerusi penyediaan pelbagai program jaringan keselamatan sosial, pembasmian kemiskinan, pengupayaan kapasiti dan peningkatan pendapatan,” katanya.

Sumber FMT.

Antara admin dan TPM, pemikiran atau pendapat kami ada persamaannya. Seperti mana kritikan kritikan admin sebelum ini, sama ada melalui Facebook atau Blog itu sendiri.

(Sesekali mengangkat bakul sendiri.  Kalau bukan diri siapa lagi, heheh)

Memang benar antara cara bagaimana untuk mensejahterakan rakyat ialah dengan meletakkan hak pada tempatnya di hampir semua segi. Baik dari konteks memudahkan pengurusan (pentadbiran) atau sosioekonomi yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Ini tidak berlaku, maka negara akan berhadapan dengan pelbagai persoalan. Jangan lupa di dalam politik juga ada kerja Tuhan.


Sunday, June 14, 2015

Fenomena Bunyi Menyamai Trompet Kini Di Malaysia



Allahuakbar. Fenomena bunyi yang datang dari langit menyamai bunyi trompet. Dimana sebelum ini berlaku di Amerika, Kanada, Jerman dan Australia. Kini berlaku pula di Sabah, Malaysia.

Sehingga kini ia masih menjadi misteri.

Jelasnya inilah tanda tanda akhir zaman. Semoga kita semua senantiasa di dalam rahmatNya. In Shaa Allah.

Klik link dibawah, rakaman ini yang admin maksudkan.

 Fenomena Bunyi Misteri Kini Di Sabah  


80% Anggota Keselamatan Rasuah, Tambah Ketua Masyarakat Yang Tidak Jelas



80% daripada jumlah keseluruhan anggota keselamatan yang bertugas di, sempadan negara adalah pengamal rasuah. Di tambah lagi dengan ketua ketua masyarakat yang tidak jelas status kewarganegaraannya yang sudah tentu takut atau tidak kisah malah besar kemungkinannya akan berkerjasama dengan anggota berkenaan.

Hancur lebur ini negara oh, khasnya negeri Sabah. Himmm

Sikit cakap pasal Pakistan, ada pihak yang marah, sikit cakap pasal Bugis juga ada pihak yang marah. Begitu juga Philipine. Sedangkan kalau mereka sebagai bangsa yang dimaksudkan tidak melakukan kesalahan atau tidak ada hubungan dengan kumpulan penjahat tapi sengaja mendiamkan diri buat apa mahu terasa, kritikan hanyalah ditujukan pada mereka kumpulan individu yang berbuat kejahatan kebetulan rata rata dari mereka adalah PTI atau bekas PTI dari seberang. Paling tidak merekalah yang bertanggungjawab memupuk budaya jahat di kalangan generasi muda negara ini.

Kalau semuanya betul tidak ada yang salah, jadi kenapa kebobrokan ini semakin giat. Harus kumpulan bangsa yang dimaksudkan bertanggungjawab sama jangan malah diberikan kuasa di kalangan masyarakat hanya kerana politik. Himmm

Berbalik pada sikap jelek anggota keselamatan, hukuman berat harus dikenakan terhadap mereka. Begitu juga dengan Ketua Ketua masyarakat yang tidak jelas harus mereka disingkirkan. Barulah apa apa langkah keselamatan selepas ini akan memberikan kesan yang positif.

Dan saya percaya dua pendekatan diatas boleh dilaksanakan oleh Ketua Menteri Sabah sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah. Jangan pula tidak boleh buat bersama alasan yang tidak masuk akal. Himmm


Saturday, June 13, 2015

Penculik Guna PTI Sebagai Tali Barut. (ada sekali pendapat admin)

KUNAK: Kumpulan penculik di selatan Filipina dipercayai menggunakan pendatang asing tanpa izin
(PATI) sebagai `tali barut’ untuk melakukan jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Penolong Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Supt. Che Aris Bakar berkata, taktik menggunakan tali barut itu adalah bagi mendapatkan tebusan.
Beliau berkata, secara tradisinya sasaran utama kumpulan penculik bertumpu kepada mereka yang menjalankan aktiviti perusahaan ternakan ikan dalam sangkar, perusahaan, rumpai laut, nelayan dan pelayaran.

Namun, katanya, sasaran kini turut melibatkan kawasan di darat seperti restoran.

“Penculikan yang berlaku (di sebuah restoran) di Sandakan dipercayai didalangi oleh orang dalam yang serba mengetahui keadaan dan individu yang disasarkan.

“Jelas sekali, Esscom juga berdepan penjenayah atau PATI yang sudah berada di Sabah yang bertindak sebagai pemberi maklumat,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Program Pertemuan Esscom Bersama Komuniti Nelayan Kunak pada Sabtu.

Pada 14 Mei lepas, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dan menculik seorang pelanggan lelaki dan seorang wanita yang merupakan kakak ipar pengurus restoran itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Sumber FMT

Kurang itu ada pula bekas PTI yang dilantik atau diiktiraf sebagai Ketua di peringkat akar umbi atau kampung. Terutamanya di Pantai Timur Sabah. Jadi kan kita tidak menolak kalau ada diantara mereka yang menjadi tali barut kepada penculik atau penceroboh paling tidak dengan menyembunyikan kegiatan kumpulan penjahat, maklum berasal dari leluhur yang sama. Sebab itu jugalah kalau kita perhatikan gejala sosial semakin meningkat. Himmm

Ini pemimpin pemimpin politik kan jangan terlalu berpolitik hingga lupa akan sensitiviti masyarakat setempat atau tempatan. Mereka juga punya semangat nasionalisme bagi memperjuangkan atau mempertahankan apa yang dipanggil hak mereka terhadap kampung mereka.

Jangan nafikan hak mereka, hanya kerana mereka cakap tidak serupa bikin, maklum memang begitu pemikiran komuniti yang kurang atau tidak berpendidikan. Walaubagaimanapun jangan dilupa mereka punya nilai yang sangat berharga di dalam demokrasi khasnya ketika PRU, ini yang perlu dijaga jangan sampai terlepas kepada pembangkang.

Kamu orang tahukah, semangat nasionalisme jauh lebih berharga dari wang ringgit kalau masyarakat sudah tersedar dari lamunan atau tersepit oleh keadaan.

Harus hak diletakkan pada tempatnya, Tuhan pun sayang. Nanti dunia akhirat mendapat rahmat.

Percayakan saya.


Politik DAP Macam Budak Hingusan

Admin berniat menafikan permainan politik DAP ekoran penafian sengal mereka terhadap apa yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS perihal ketakutan DAP untuk berpisah dengan mereka, umpama hubungan suami isteri, DAP  tidak yakin hendak " melafazkan cerai " terhadap PAS.

Dengan itu DAP berpendapat kenyataan Ketua PAS berkenaan kononnya telah menghina kaum Perempuan.

Tapi cukup memelikkan, kita tidak nampak apa bentuk penghinaan yang DAP maksudkan kenapa mereka tidak berpuashati. Sedangkan apa yang dinyatakan oleh PemudaPAS berkenaan hanyalah perumpamaan, betapa DAP menumpang di dalam PR dari konteks undi Melayu.

Inilah yang dimaksudkan dengan politik sengal, sengaja membuat kenyataan walaupun mereka sedar, itu hanyalah penafian yang tidak pun mendatangkan sebarang makna. Malah sebaliknya, DAP telah menghina syariat Islam dari konteks cerai dan rujuk. Himmm

Selama ini non-Muslim sememangnya memperlekeh agama Islam sebab kononnya memperhambakan kaum perempuan. Oleh itulah situasi terbaru yang dicetuskan oleh PAS ini telah diambil kesempatan.

Kesimpulannya tanpa mengira idealogi politik, harus mereka yang beragama Islam bangkit mempersoal DAP yang mencampuri urusan agama Islam.

Klik link ini, artikel ini yang saya maksudkan.

Friday, June 12, 2015

Gempa Bumi Di Sabah Tidak Disebabkan Oleh Tuhan Gunung.

Bukan pula kejadian gempa bumi yang berukuran 6.0 skala rektor yang berpusat di Ranau, Sabah baru baru ini disebabkan tuhan gunung atau dewa gunung yang marah pada pelancong asing sebab berbogel di Gunung Kinabalu.

Ada benda lain yang menyebabkannya, yang pasti bukan kerana amarah dewa gunung.

Saya berani berkata demikian sebab penganut agama Kristian sendiri tidak percaya pada dewa dewi yang menyerupai Tuhan, cerita dongeng adalah kot. Apa lagi mereka yang beragama Islam.

Harus saja tuduhan berasaskan sivik, dimana budaya masyarakat setempat tidak dihormati apa lagi Malaysia adalah negara Islam.

Sekumpulan pendaki dari luar negara yang berjaya mendaki gunung Kinabalu telah diberkas oleh pihak polis selepas mereka berbogel di  Gunung Kinabalu dimana selang beberapa hari berlaku kejadian gempa bumi yang berpusat di Daerah Ranau.


Thursday, June 11, 2015

Pendapat Bekas Penaja UMNO Sabah

Pandangan menarik yang saya ambil dari Group Whatapps, Kelab Penyokong P189 (Semporna) dimana adminnya adalah saya.

Dari seorang veteran politik yang pernah melalui liku liku politik di negeri Sabah. Sejak dari awal pentadbiran USNO, BERJAYA, PBS hinggalah ke era UMNO.

Untuk makluman Tuan Jekal Razak seperti juga Tuan Yusof Wahab adalah  kumpulan individu yang bertanggungjawab membawa UMNO ke negeri Sabah yang di ketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

Semoga ia menjadi pedoman, kepada kita semua. In Shaa Allah.

"Sekiranya warga umno dan penyokong umno secara keseluruhan masih menaruh keyakinan umnolah tempat org melayu,bumiputra membentuk kuasa di bumi Malaysia satu tindakan pembaharuan dlm kepimpinan umno perlu di lakukan secepat mungkin..supaya sokongan org melayu khususnya dan kesemua lapisan rakyat malaysia masih lagi mendokong umno sbgi ketua dlm pembentukan krajaan di malaysia..jika berisan kepimpinan dan warga umno hari ini lebih mengutamakan klik dan kepentingan pribadi sya berkeyakinan unmo bukan sja tidak mndpt sokongan org melayu dan warga malaysia mala akan kehilangan kuasa...warga umno harus kembali kpd semengat kebangsaan di mna umno lebih perlu di selematkan dri pemimpinnya yg terbukti memudaratkan parti,bangsa dan negara...pemimpin datang dan pergi tetapi bila parti hancur org melayu khususnya masyarakat islam akan marempat di bumi Malaysia...kepimpinan umno hari ini harus menarimah hakikat dasar kepimpinan mreka tidak lagi sesuai dan di tolak oleh semua lapisan rakyat,kaedah yg lebih tepat adalah meminta PM najib melepaskan jawatan jika dia tidak berbuat demikian pda pru akan dtng umno kalah sudah tentu najip dpt title dia perosak umno dan menghancurkan kuasa bangsa melayu di bumi Malaysia..sekiranya najib berundur dri skrang namanya dlm rekod umno dan masyarakat melayu sbgi salah seorng yg berbakti dlm sejarah umno...kita kuatir bila umno kalah sudah tentu pembangkang menghadapkan najip ke mahkama ekoran beberapa kes yg belum selesai...sekiranya najip berdegil tidak berundur mengelakkan ahli umno supaya tidak berkumpulan mempertahankan najip..langkah setrusnya majlis tertinggi umno perlu mengadap yang di pertuan agong memohon pdanya supaya menasihatkannya supaya berundur utk menyelamatkan kuasa bangsa melayu di bumi malaysia!!!.....sekadar pandangan dri ahli umno semporna!!... "


Segelintir Penyokong UMNO Adalah Sampah.?


PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyindir media pro-kerajaan yang menggunakan individu yang sudah hilang nilai integriti untuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata, media pro-kerajaan menggunakan individu popular untuk menangkis serangan terhadap Najib tetapi sebenarnya mereka itu popular dengan penyelewengan dalam UMNO.
Katanya, tidak hairanlah jika ada sesetengah penyokong Najib itu ‘sampah’ yang disebabkan tindakan tidak profesional media prokerajaan.

“Nak cari bantuan carilah orang yang berintegriti untuk diletakkan di barisan depan dan bukannya muka-muka yang menyebabkan orang tutup TV sehingga rating penonton berita jatuh bagitu teruk,” katanya.

Zainuddin berkata, individu tidak berintegriti itu diberi keutamaan di media prokerajaan berbanding pemimpin UMNO yang berintegriti.
“TV atau di Utusan Malaysia,Berita Harian NST dan sebagainya dan tidakkah ini bertentangan dengan journalisme yang berasaskan reliability dan authority?,” tanya bekas Pengarang Utusan Malaysia itu.

Menulis dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com, Zainuddin akui beliau tidak berniat untuk merendah-rendah tugas media, sebaliknya cuma mempertikai tindakan mengutamakan mereka yang sudah hilang intergeriti.
“Saya tidak maksudkan penulis dan wartawan profesional dalam media sosial atau akhbar kawalan kerajaan mahupun sukarelawan penyokong Najib sebagai sampah.

“Cuma, menjadi pertanyaan saya ialah kriteria dan etika penilaian kewartawanan oleh Ketua-Ketua Pengarang. Adakah profesioalisme tidak lagi menjadi panduan?,” ujarnya.
Tambah Zainuddin, walaupun niat media kerajaan itu adalah untuk membantu Najib dalam pentadbiranya, mereka sepatutnya meletakkan individu-individu yang lebih berintegriti bukannya mereka yang sudah hilang maruah diri dalam UMNO.

Sumber FMT

Admin agak bersetuju dengan kenyataan  Datuk Zainuddin Maidin diatas. Mereka yang kononnya sibuk mempertahankan skandal 1MDB adalah mereka yang pandai bermuka muka, sedang tanpa mereka sedari mereka telah menambah beban UMNO. Penyokong sampah, ada tidak ada sama saja. Himmm

Seperti juga halnya dengan kumpulan CyberTrooper BN Sabah. Tahu cakap saja, tidak ada beza dengan burung Tiong. Sedangkan apa yang mereka canang, tanpa mereka sedari telah menukar krisis 1MDB kepada liabiliti khususnya pada BN di negeri Sabah.

Sudahlah DAP kian bertapak, di burukkan lagi dengan penyokong sampah. Tidak semua tapi ada.


Wednesday, June 10, 2015

Kerja Kontraktor Kroni Yang Tiada Kualiti.?



Kalau memang benar akan tersimpan benar sampai bila bila. Begitu juga sebaliknya akan jua terbongkar. Sama juga halnya, kaya hasil dari sumber yang haram akan juga binasa pada akhirnya.

Bangunan tiang retak seperti mana gambar yang tersisip. Tiang bangunan sekolah (flat) ini terletak di daerah Ranau yang menjadi pusat gempa bumi hingga mengorbankan beberapa  jiwa.

Kenampakan hanya satu tiang kecil sebagai penyokong bangunan yang bertingkat, di luarnya disusun sebaris bata supaya kelihatan kukuh. Bagi tujuan menipu dalam usaha mengaburi mata pihak yang berwajib di dalam mendapatkan kelulusan bayaran. Tanpa sikit pun memikirkan nasib murid murid Sekolah. Himmmmmmm

Jangan saja ini hasil kerja kroni Musa, sudahlah. Sebab mereka itu hanyalah mengambil kesempatan dari pentadbiran negeri Sabah sebagai simpanan tetap BN.

Masyarakat Sabah secara keseluruhannya yang bertanggungjawab keatas kemenangan BN tapi hanya mereka kroni yang mendapat untung, mentang mentanglah mereka rapat dengan pentadbiran negeri.

Ini ada kualiti kah.? Pada saya inilah kerja yang paling hina.


Sabahan Miskin Kerana Pentadbiran BN Sabah.

Gambar Hiasan

Masyarakat Sabah sedar lagi tahu, siapa yang menyebabkan mereka miskin. Bukan kerana pentadbiran Federal seperti yang di momokkan oleh jentera pembangkang yakni STAR. Tapi pemimpin tempatan BN negeri Sabah yang menganiaya mereka. Tanah adat menjadi milik syarikat kroni, perkampungan di tukar hak milik menjadi milik syarikat juga kroni. Penganugerahan projek telah di rancang akhirnya jatuh kepada kroni.

Selama ini, tanpa kerja berkebajikan dari pemimpin pemimpin Federal khasnya Kementerian KKLW. Serta program melalui konsep 1Malaysia. Kemiskinan yang kita nampak sekarang sudah tentu jauh miskin dari yang ada.  Pokoknya pentadbiran BN Sabah tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat Sabah, gagal. Hampir saja ada tidak ada sama saja, ada kalanya lebih baik Sabah dijadikan Persekutuan seperti mana Pulau Labuan.

Begitu gambaran kegagalan BN Sabah.

Itu belum lagi kita sebut pasal  kebobrokan sosial di kalangan masyarakat yang menjadi tanggungjawab Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah yakni Ketua Menteri Sabah. Himmm

Jadinya pada CyberTrooper Tiong pro Musa berserta pemimpin mereka. Jangan tegakkan benang yang basah. Mengangkat isu lapuk yang berkaitan dengan Menteri KKLW tidak akan mampu mengubah persepsi masyarakat Sabah terhadap apa yang mereka rasakan. Kenapa mereka miskin hina di negeri yang terkenal kaya.

Tanya pada penyokong STAR terutamanya KDM. Kenapa mereka begitu membenci BN Sabah.

Pada PRU13 yang lepas ada 12 kawasan yang dipertandingkan menjadi milik pembangkang. Peliknya walaupun komuniti di 12 kawasan berkenaan tidak mendapat manfaat pembangunan maklum kawasan pembangkang tapi mereka gembira bersama pembangkang. Begitu teruk kebencian mereka terhadap BN Sabah di bawah pentadbiran Musa. Rela hidup sengsara daripada dipimpin oleh Musa.

Mohon pencerahan jangan malah memarahi saya ya, himmm.?


Tuesday, June 9, 2015

TPM Dan Menteri KKLW Kena Rombak.?



Tersenyum membaca entri pasal kononnya rombakan kabinet yang melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut penulis tidak lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala portfolio Datuk Seri Shafie Apdal akan dipindahkan dari Kementerian KKLW.

Tapi sebelum itu harus pentadbiran PM memikirkannya masak masak. Tindakan ini bakal menambah beban UMNO di Semenanjung dan BN di negeri Sabah (Andai tekaan penulis ada kebenarannya).

Tanpa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada lagi penyokong UMNO yang berani berkata benar boleh saja separuh roh UMNO akan hilang. Tanpa Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW, tiada lagi kerja kebajikan yang menguntungkan masyarakat. Ini jawatan Menteri KKLW ah, bukan calang calang punya portfolio oh. Harus Menteri itu rajin turun padang, mengenepikan status Menterinya, bak kata Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Kampung. Sanggup bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat. Tidak berlagak sebagai seorang Menteri yang hanya duduk di bilik berhawa dingin dimana sebahagian tugasnya diambil alih oleh kakitangan yang dikepercayaannya. Menteri KKLW juga harus kerap turun padang mengharungi onak dan duri, walau jauh di pedalaman.

Oleh itulah jangan mudah mengambil keputusan yang tidak wajar. Tanpa dua Menteri ini boleh saja UMNO berhadapan dengan kekalahan pada PRU13 yang lepas, sedang itupun undi popular milik PR.

Cukup cukuplah jangan malah menambah beban UMNO. Fikirkan juga masa depan UMNO di Semenanjung dan BN di Sabah. Bukannya pemimpin pemimpin utama UMNO tidak tahu selama ini yang bertanggungjawab memenangkan BN ialah undi masyarakat yang bukan pun ahli parti.

Dan lagi, adakah dengan merombak barisan Kabinet krisis kepercayaan masyarakat terhadap UMNO akan pulih. Bukan itu caranya menyelesaikan isu. Silap sangat. Himmm

(Ahli UMNO baru berjumlah 3.5 juta, jumlah pengundi seluruh Malaysia berjumlah 13 juta. Ertinya yang menentukan kemenangan parti ialah  masyarakat ramai yang bukan ahli parti ialah 9.5 juta)


Friday, June 5, 2015

Bencana Adalah Peringatan Untuk Pemimpin Tempatan Sabah.?



Kesan gempa yang berpusat di Ranau, Sabah.  Dimaklumkan gegaran berukuran 6.0 skala rektor.

Kejadian gempa ini umpama ujian pada pemimpin tempatan negeri Sabah selain kejadian bakar yang telah melibatkan beberapa buah kampung di pantai timur dan barat Sabah.?

Kenapa saya kata, ujian pada pemimpin tempatan negeri Sabah, sebab Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah. Bertanggungjawab keatas keselamatan atau kesejahteraan masyarakat Sabah secara keseluruhannya.

Bila kita kata ini sejenis ujian daripada Allah, sebab mungkin tidak meletakkan hak pada tempatnya. Di bilang itu semua kesan dari pergeseran yang berlaku di dasar bumi. Mereka tidak tahu siapa yang menyebabkannya kalau bukan adanya kuasa Allah.

Masyarakat telah bertukar kepada bodoh hanya kerana setia pada pemimpin yang tidak kisah akan tanggungjawab mereka. Mentang mentang bertanding atas tiket BN, maka keyakinan itu terus dipendam. Buatlah apa pun pada orang orang yang bodoh, tetap BN mendapat kemenangan besar di negeri Sabah.

Tolonglah, berulang kali saya sebutkan di dalam politik juga ada kerja Allah.

Sebelum ini kejadian kampung terbakar di pantai timur dan barat. Saya dikhabarkan terutamanya mangsa di di pantai timur Sabah, tidak ada tindakan yang jelas dari pentadbiran negeri Sabah. Mereka hanya sibuk mengatur kononnya pembangunan jangka panjang. Pada masa yang sama dibiarkan mangsa berhujah berpanas apa lagi tinggal di dalam khemah yang diperbuat daripada plastik yang hanya sesuai di gunakan di negera yang beriklim sejuk.

Saya sebagai masyarakat politik, amat kisah pada perkara yang melibatkan kebajikan masyarakat.

Kita tunggu dan lihat, apa tindakan kerajaan negeri Sabah di dalam menanganinya. Bukan hanya pada mangsa semasa gempa bumi tapi juga mangsa  sebelum ini yang terlibat dengan kebakaran Kampung. 

Kita belum lagi sebut pasal prasarana yang mampu menggiatkan pola ekonomi setempat ya. Itu semua dibawah tanggungjawab pentadbiran kerajaan tempatan yakni negeri. Himmm


Thursday, June 4, 2015

Krisis 1MDB Adalah Masalah Rakyat Bukannya Anggota Kabinet



Sama ada syarikat 1MDB boleh diterima atau tidak selepas pendedahan oleh jentera pembangkang ditambah kritikan pedas oleh Dr M di mana 1MDB tidak diurus dengan baik. Dipersilakan bertanya pada rakyat Malaysia tidak mengira fahaman politik. Jangan hanya merujuk pada sokongan yang ditunjukkan oleh segelintir anggota Kabinet semata-mata. Sebab nasib politik mereha sendiri ditentukan oleh rakyat dan belum tentu selepas ini mereka masih diberikan kepercayaan walaupun mereka bertanding atas tiket BN.

Pendapat atau kritikan pemimpin yang berkenaan terhadap 1MDB hanyalah untuk memenuhi kehendak masyarakat yang tidak berpuashati selepas kepercayaan yang mereka telah berikan (Jangan lupa masyarakat yang menentukan kemenangan parti yang bertanding). Maka itulah jangan kematangan disalah anggap, sebaiknya hadapi kritikan dengan penuh keberanian.

Bagi masyarakat pula terutamanya Sabahan, kematangan kalian tidak hanya berhenti disini tapi sewajarnya menyalahkan pemimpin pemimpin BN yang tidak mempersoal pentadbiran 1MDB. Jelaskan pada mereka, bahwa kalian tidak sama sekali menginginkan pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak ada "telur".

Krisis 1MDB adalah ujian sebenar pada seorang pemimpin sama ada mereka dari spesis yang bertanggungjawab atau sebaliknya terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Kesimpulannya dia orang ni sebenarnya pandai kah berpolitik ah.? Himmm


Wednesday, June 3, 2015

Tiada Sebab Meletakkan Jawatan, Shafie Apdal.

Benar tu apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Tidak ada sebab beliau meletakkan jawatan, logik jauh sekali.

Beliau hanya bertanyakan soalan berkaitan 1MDB demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya sekaligus UMNO. Kalau memang Datuk Seri Shafie Apdal mementingkan dirinya buat apa beliau mencampuri urusan 1MDB, baik macam orang lain buat diam malah membodek. Biarkan saja UMNO berkubur di PRU akan datang yang penting masuk.

Tapi tidak pada Datuk Seri Shafie Apdal. Sebab itulah harus masyarakat Malaysia, berterima kasih pada beliau. Sebaliknya masyarakat harus mempersoal pemimpin pemimpin UMNO yang mengambil sikap berdiam, sikit pun tidak mempersoal.

Sepatutnya apa yang beliau persoalkan, pihak yang berkenaan memberikan perhatian bukan malah mengugut. Itu bukan demokrasi terpimpin namanya tapi kuku besi.

(Jangan pernah melupakan sejarah, hancurnya sebuah negara atau empayar sebab tidak ada pihak yang tampil membetulkan keadaan dalam erti kata yang sebenarnya, semua pihak yang berkepentingan bermuka muka tapi akhirnya membinasakan mereka)

Kalau bertanya pun di hukum salah sedang antara langkah menepis persepsi ialah dengan bertanya dan menjawab. Nah susah sudah tu. Ingat parti politik atau UMNO bukannya milik mana mana individu tapi masyarakat secara umumnya. Mana mana individu termasuklah pemimpin UMNO berhak mengkritik kepimpinan UMNO mereka.

Tiada maknanya parti politik dalam demokrasi kalau keterbukaan tidak diraikan. Jangan ingat yang dimaksudkan dengan keterbukaan ialah siapa pun boleh menggunakan laman sosial sepertinya Facebook ya tapi lebih daripada itu. Himmm