Tuesday, March 24, 2015

Mat Sabu Menggesa Agar Hubungan DAP dan PAS Di Pulihkan.

Maksud Mat Sabu ni, PAS tidak ada pengikut yang boleh memenangkan PAS di mana mana PRU kecuali di negeri Kelantan. Tanpa DAP.

Sebab itulah dia menggesa agar hubungan politik yang kian tegang agar segera di luruskan. Supaya tidak putus, nanti tidak berguna satu sen pun.

Rupanya PAS bukan siapa siapa, pengikutnya tidak seberapa. Sedang elemen sokongan lah yang amat mustahak di dalam politik. Kalau hanya agenda yang mega, apa cerita. STAR pun boleh buat. Tapi hakikatnya tidak ada yang berlaku.

Ini kali lah kita dapat mendengar pengakuan yang telus ikhlas dari pemimpin PAS, bahwa mereka lemah tapi disembunyikan. Dan hudud adalah gerakan mee segera untuk menyelamatkan PAS. Itu saja.

Cabaran keras sebelum ini dari pemimpin PAS, supaya DAP jangan mencampuri hudud yang menjadi agenda mereka, hanyalah retorik politik. Cuba mengacah tapi tidak di takut.

Padan pun DAP berani bertikam lidah, malah mencabar. Kalau mahu melaksanakan hudud dipersilakan keluar daripada PR. Himmmmmmm

Amat memalukan bangsa Melayu.

Klik link dibawah, artikel ini yang kita kritik :-

 PAS DAP perlu segera selesai krisis  


Lee Kuan Yew Lebih Berharga Dari Sultan Johor.?



Sempena upacara istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang dijadualkan pada 23hb Mach 2015. Juga tarikh yang sama matinya Lee Kuan Yew.

Tidak pun surat khabar berbahasa Cina memuatkan upacara Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor sebagai bahan berita seperti mana Surat Khabar berbahasa Melayu dan Inggeris. Tapi kematian mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang terpampang di muka depan.

Itu tidak bererti saya ini perkauman atau terlalu ketuanan. Yang sepatutnya masyarakat Malaysia tidak mengira kaum bangsa serta agama harus saling menghormati apa lagi menghormati Sultan dari konteks Malaysia.

Malah sepatutnya media rasmi berbahasa asinglah yang sewajarnya memainkan peranan di dalam menjaga keharmonian dikalangan masyarakat yang berbilang. Dengan berbuat demikian bukan hanya Melayu yang dikenali sebagai budiman tapi juga kaum kaum utama lain selain Melayu dan Bumiputera yang diketahui sebagai budiman sebab menghormati Sultan. Tidak seperti sekarang masyarakat luar yang terlalu diutamakan. Apa dia punya untung tu.?

Tidak salah kalau pada masa yang sama tidak ada peristiwa penting yang tercatat. Siarlah sepuas hati, cerita anjing beranak pun dipersilakan di muka depan.

Saling menghormati di kalangan masyarakat yang ada di dalam negara amat dituntut memandangkan masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai jenis bangsa dan kaum serta agama.

Boleh saja ini sebahagian daripada strategi DAP, biar bangsa Cina di negara ini tetap taat sesama mereka walaupun jauh di nun sana. Himmm sangat jelek.


Hukuman Gantung Sampai Mati


#WajibBaca #WajarSebarkan

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Pada masa yang sama keterlibatan masyarakat amat ditagih di dalam membenteras kegiatan jenayah dari terus berleluasa. Anggap ia sebagai Jihad kerana Allah. In Shaa Allah




Zairil, Haji Hadi Wajar Di Singkirkan.



Menurut Zairil Khir Johari, ada tujuh dalil kenapa Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang perlu di singkirkan. Menjelangnya pemilihan PAS pusat 2015/2017.

Dalil yang dimaksudkan ialah kawasan Parlimen dan DUN yang dipertandingkan sewaktu PRU13. Seperti dibawah :-.

Parlimen Labuan
DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang)
DUN Kota Damansara (Selangor)
DUN Pantai (Johor)
DUN Kota Putera (Terengganu)
DUN Bukit Besi (Terengganu)
DUN Seberang Takir (Terengganu)

Tujuh kawasan yang dipertandingkan diatas sepatutnya dimenangi oleh PKR tapi tewas sebab PAS turut bertanding walaupun telah dipersetujui, PR hanya meletakkan calon daripada PKR. Ertinya Tuan Guru Haji Hadi Awang lah bertanggungjawab atas kekalahan itu.

Pendedahan yang sangat tidak bertanggungjawab. Kenapa sebelum ini di diamkan, kenapa baru sekarang. Setelah hudud dalam proses untuk dikuatkuasakan.

Bukan begini parti yang kononnya membela nasib rakyat, sebaliknya menipu di awal perjuangan.

Kamu penyokong pembangkang, tidak merasa dikhianat kah.?

Kalau diibaratkan semua penyokong PR adalah tentera perang yang tewas, samalah mereka dengan katak yang mati di tengah jalan.

Peliknya sebelum ini, ada kita mendengar kenyataan politik dari pemimpin pemimpin PR, konon mereka di dalam PR saling memahami, macam bapa dengan anak.
Setiap persoalan akan dibincangkan tapi masing masing ada visi dan misi yang tersendiri, hingga sanggup tikam dari belakang. Himmm

Kalau begitu selayaknya lah, PAS dipinggirkan oleh semua parti politik, termasuklah UMNO.? Terkecuali selepas ini PAS tunduk akur mengikut kehendak DAP, menarik balik perlaksanaan hudud di negeri Kelantan. Baru boleh pakai. Hehehe

Apa mahu jadi dengan Melayu DAP ni, sanggup jadi tali barut kepada DAP. Kenapa landskap PR berkenaan tidak didedahkan oleh Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.? Nah sebabnya risau mereka di iktiraf sebagai pemimpin yang menipu rakyat, dengan itu mereka kononnya kekal sebagai pemimpin pembangkang yang berintegriti.

Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera. Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP


Monday, March 23, 2015

Agenda SSKM Belum Berjaya di Tangani

Entry merujuk pada keratan ini.

Saya tidak percaya sentimen alah SSKM telah berjaya ditangani oleh pentadbiran negeri Sabah.

Semakin menular adalah, segelintir masyarakat tempatan berpendapat agenda yang menyerupai SSKM perlu dicetuskan sekaligus di dokong walaupun cukup setakat itu, terkecuali difikirkan perlu. Dengan demikian masyarakat yang terpinggir akan mendapat pembelaan, tidak seperti sekarang agak kurenng.

Hanya menguntungkan kumpulan masyarakat tertentu sebab itulah kata mereka jurang miskin kaya semakin jarak.

Malah kata mereka tanpa agenda yang mengajak masyarakat Sabah menoleh kebelakang akhirnya kita tidak boleh lagi mengenal pasti siapa sebenarnya Bumiputera Sabah. Sebab maklumat peribadi yang ada di pengkalan data, menurut mereka, boleh diubah. Paling tidak diubah atas kertas, lain dihantar lain yang direkodkan untuk mendapatkan keistimewaan.

Perlu ada perubahan drastik yang menguntungkan masyarakat secara keseluruhannya. Tidak perlu wujud sebarang agenda yang menyerupai agenda SSKM bagi mencetuskan perubahan.

Amat memalukan kita sebagai pemerintah yang memiliki segala galanya tapi tidak mampu memenuhi kehendak masyarakat yang selama ini memihak BN. Himmm

Tidak selamanya masyarakat bodoh kayu, hanya menurut perintah mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dan pentadbiran negeri boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi merealisasikannya yang memenuhi semua lapisan masyarakat Sabah.

Dengan itu juga, mengelakkan masyarakat Sabah dari terpengaruh oleh propaganda politik yang tidak sihat.

Jangan hanya melihat agenda yang menyerupai SSKM sebagai ancaman. Tapi lebih daripada itu  anggap saja ia sebahagian daripada tuntutan masyarakat agar ketua pentadbir lebih bijaksana, paling tidak dikelilingi oleh orang orang yang bijaksana.

Mohon pencerahan.?


Rafizi, Bubar BN Kalau Tidak Konsisten.?

Rafizi kata, Datuk Seri Najib Razak mesti membubarkan BN kalau nanti pendiriannya tidak jelas akan perlaksanaan hudud di negeri Kelantan.

Memandangkan kata Rafizi, pendirian pemimpin pemimpin BN dari konteks hudud PAS juga masih belum konsisten.

Wah, semuanya dipulangkan kepada BN. Begitu mudah.

Persoalannya siapa yang memperkasakan PAS hingga mendapat kemenangan di PRU.? Bukan kah mereka PKR dan DAP. Bila senjata makan tuan yang salah tetap BN, begitu.?

Kalau bukan UMNO dimana majoriti penyokongnya beragama Islam, lalu siapa lagi yang selayaknya mendokong hudud bawaan PAS di negeri Kelantan.?

Ini PKR harus faham, jangan semuanya diukur dari sudut politik semata-mata. Nanti tidak lama Tuhan turunkan bencana. Himmm

Yang sepatutnya dilakukan oleh Rafizi ialah keluarkan PAS daripada PR. Sebab PAS secara terang melaksanakan hudud sekaligus melanggar persefahaman mereka di dalam PR.

Kalau pun pendirian BN tidak konsisten, ia bukannya kerjasaman politik tapi lebih kepada usaha memartabatkan hukum Islam yang diketuai oleh PAS dari konteks Islam di negeri Kelantan.

PAS juga satu hal, macam tidak ada maruah. Tetap terhegeh hegeh, macam orang yang tamak. Tidak mahu berkorban, malah pula macam perlakuan seorang pembelot. Cabut saja daripada PR dengan itu PKR dan DAP tidak lagi berhak mempersoal pergolakan politik PAS itu sendiri.

Nyatakan pendirian, kalau PKR dan DAP berterusan menyerang UMNO, maka langkah dulu mayat PAS. Barulah pengorbanan UMNO nampak dihargai.


Sunday, March 22, 2015

Azmin Ali Menafikan Hudud Kerana PR

Kenyataan politik pembangkang yang  menafikan hudud, walaupun mereka sedar dengan sesungguhnya bahwa hudud adalah hukum Allah yang wajib di patuhi.

Tinggal lagi sebelum melaksanakannya perlu lah diukur dari konteks kemampuan dan bertepatan. Seperti yang digambarkan oleh ulama PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, kenalah negara ini bebas dari kemiskinan dan pengangguran, barulah hudud boleh dilaksanakan.

Tapi alasan tidak menyokong perlaksanaan hudud, sebab agenda hudud tidak tertulis sebagai kerjasama politik. Adalah alasan yang cukup dangkal. Seolah olah melebihkan PR berbanding Allah.

Seperti mana kenyataan rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali

SUBANG JAYA - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan pelaksanaan hudud bukan dasar utama dalam PR dan mempertahankan kenyataan DAP yang memberi kata dua kepada Pas supaya menghentikan pelaksanaan hudud yang bakal dibentangkan dalam sidang khas Dun Kelantan 29 Disember ini.

Boleh tidak bersetuju tapi bagi lah alasan yang agak cerdik.

Lalu bagaimana pula dengan undi kemenangan atas tiket Pakatan Rakyat (PR).? Sudahlah tidak menguntungkan penyokong dari konteks duniawi, hanya untuk memuaskan hati penyokong PAS pun sudah tidak berkemampuan. Macam mana tu.?

Mari kita berfikir secara logik. Bagaimana agaknya andai pada PRU13 yang lepas PR yang diberikan mandat oleh masyarakat untuk memerintah negara, lalu di mana kedudukan hudud PAS pada ketika itu, ingat hudud tidak tertulis sebagai kerjasama di dalam PR.?

Mohon pencerahan.


MCA Gesa Balik DAP Berhimpun Di Hadapan UMNO



Untuk apa DAP menggesa agar MCA turut serta berdemonstrasi di hadapan bangunan UMNO. Selepas MCA berbuat demikian di hadapan ibu pejabat DAP.?

Gesaan dibuat oleh Ahli DAP Parlimen Segambut Lim Lip Eng

Selain tujuan yang jelas, untuk menilai sama ada MCA berani atau tidak. Sekaligus supaya MCA lebih terpalit.

Pemuda MCA harus tampil dengan kenyataan yang lebih berani.

Katakan yang sepatutnya layak berbuat demikian hanyalah DAP jangan libatkan MCA. Hambarnya sambutan kaum Cina terhadap MCA adalah kerana propaganda DAP yang kononnya mampu memenuhi kehendak kaum Cina walaupun bercanggah dengan perlembagaan. Seperti contoh perlembagaan 153, kontrak sosial.

Jadi pergilah DAP berdemonstrasi. Himmm

Harus juga DAP sedar diri, kemenangan DAP pada PRU yang lepas adalah hasil sokongan penyokong PAS melalui tiket PR begitu juga sebaliknya ertinya kekuatan PAS hasil daripada sokongan DAP, hingga PAS membelakangkan kaum Cina di dalam melaksanakan hudud.

Ini DAP tidak pandai berpolitik kalau tidak menyusahkan orang lain.


Portal Harakah Daily Lebih Teruk Dari Budak Aisyah

Merujuk pada artikel yang ada di portal Harakah Daily, portal milik PAS.

Kesimpulan dari artikel berkenaan.

Selepas ini hudud yang menjadi penghalang kerjasama di dalam PR akan pula menjadi beban kepada UMNO. Sebab UMNO telah pun membuat pendirian menyokong perlaksanaan hudud PAS di negeri Kelantan.

Dengan itu kata penulis terpaksa UMNO berhadapan dengan MCA dan Gerakan yang menafikan perlaksanaan hudud seperti mana DAP dan PKR. Kalau UMNO meneruskannya bererti UMNO kehilangan kompenan MCA dan Gerakan, menyebabkan UMNO semakin lemah. Himmm

Menurut penulis, bola kemenangan berada di kaki PAS dan DAP terpulang pada mereka dalam mengawalnya, kalau ingin menewaskan UMNO. Dengan itu Putrajaya semakin dekat dalam genggaman. Amboi

Walhal sokongan UMNO terhadap perlaksanaan hudud di negeri Kelantan adalah atas dasar agama, kerana Allah. Tidak ada pun unsur politik seperti yang dinyatakan oleh Ahli DUN UMNO di sidang Kabinet negeri Kelantan ekoran pembentangan enakmen hudud.

Soal sokongan MCA dan Gerakan, telah pun Presiden MCA menyatakan pendirian mereka akan berdiri teguh di belakang PM Najib Razak sebagai presiden organisasi UMNO. Jadi ada dimana kejayaan hasil daripada strategi PR berkenaan.? Syok sendiri lah tu ya.

Ertinya disini, portal ini atau politik PR lebih teruk dari budak Aisyah yang mendapat ugutan bunuh dan rogol sebab memperlekeh hudud di negeri Kelantan. Betul tidak.?

Klik link di bawah artikel yang kita maksudkan :-

 UMNO tersilap kira Pakatan masih hidup  



Saturday, March 21, 2015

Shafie Apdal Menyokong Hudud Kelantan, Sebagai Ahli Parlimen Dari Sabah


Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, jemaah menteri daripada UMNO bersetuju dengan sokongan wakil parti itu terhadap pindaan undang-undang itu.

Beliau berkata, persetujuan itu dinyatakan semasa Kabinet dimaklumkan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pada masa sama ujarnya, UMNO turut bersetuju supaya perkara itu diulas dengan terperinci kepada umum oleh jurucakap yang dilantik parti.

“Kita memang amat setuju undang-undang ini diluluskan kerana ia merupakan hukum Allah yang memerlukan kita untuk memberikan sokongan,” kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Tidak ada persoalan kita menentang hukum Allah, cuma dari segi pelaksanaannya perlu ditingkatkan,” jelas beliau pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Royal Agricultural University (RAU) United Kingdom, lapor Bernama.

Pada Khamis, DUN Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.

Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan.

Sumber FMT

Dengan kenyataan Dato Sri Shafie Apdal ini telah secara langsung atau menafikan gesaan Naib Pengerusi DAP Sabah, Chan Foong Hin.

Agar ahli ahli parlimen daripada Sabah dan Sarawak membantah pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 hudud di peringkat Parlimen.

Sila klik link di bawah, berkenaan gesaan Naib Pengerusi DAP Sabah. :

 Lebih Baik Kelantan Keluar Dari Malaysia  


DAP Gagal Menjaga Kepentingan Kaum Cina



Betul tu nampaknya DAP tidak mampu menjaga kepentingan kaum Cina khasnya dari konteks perlaksanaan hudud. Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Iya lah sebelum ini ketika banjir melanda negeri Kelantan berduyun duyun pemimpin dan jentera DAP hadir bagi memberikan bantuan walaupun cukup dengan hanya berselfie. Tapi apabila sidang Kabinet yang membentangkan hudud tidak pula DAP hadir bagi membantah. Hanya berani membuat kenyataan media.

Sebelum ini bukan main, tegas kononnya PR ada ikatan yang kuat di dalam menjaga kepentingan parti masing masing. Tapi tiba saat getir dimana hak parti kompenan perlu dihormati tidak pula DAP dan PKR memberi muka.

Pastinya masyarakat PAS kecewa dengan perkembangan ini, undi yang mereka berikan atas nama DAP melalui PR tidak menguntungkan malah bertukar kepada senjata makan tuan.

Pun begitu jangan ingat kerjasama PAS di dalam PR berakhir disini, PRU masih jauh. Tidak mustahil akan ada kerjasama yang lebih erat menjelangnya PRU. Ini politik, tikam diri sendiri pun di panggil strategi politik. Himmm

Politik adalah politik, sebab itulah kita selama ini sering berpendapat kalau benar PAS mendaulatkan Islam harus mereka keluar dari kepompong politik apa lagi berkerjasama dengan DAP yang jelas menentang hudud.

Sewajarnya permainan ini menjadi ingatan sampai bila bila, sejauh mana kemampuan PAS memartabatkan apa yang kita panggil Islam.


Ketua Bahagian UMNO, Seorang PTI.?

Ini tuduhan liar yang sangat tidak jelas, siapa sebenarnya individu berkenaan. Maksud saya ahli UMNO dan Ketua Bahagian mana. Bekas PTI dari negara mana. Indonesia, Filipina atau saja Pakistan, mana dia.???

Pada satu forum integriti yang diadakan di Kota Kinabalu, seorang ahli forum mengutarakan, dakwanya di Sabah seorang PTI boleh menjawat Ketua Bahagian UMNO. Dan ia telah menarik perhatian para peserta malah perhatian dari pemimpin tempatan Sabah.

Dalam pada itu Datuk Salleh Said, ahli panel forum berjanji akan menyelesaikan persoalan ini tidak mungkin katanya seorang PTI boleh menjadi ahli UMNO apa lagi menjawat jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Pada pendapat admin, tidaklah ia menjadi soal, apa yang penting ada ia memegang status kewarganegaraan yang sah.

Ingat, Allah yang menentukan rezeki masing-masing.

Apa yang penting selepas ini, masyarakat mengharapkan agar individu pemimpin berkenaan bekerjalah dengan penuh rasa tanggungjawab, berikan kesaksamaan pada semua lapisan masyarakat melangkaui ahli keluarga. Tidak selamanya ahli keluarga di dahulukan, orang luar lebih berhak.

Ertinya kalau masyarakat tempatan boleh menerima kehadiran mereka, hormati pula masyarakat tempatan. Jangan malah lupa diri, cakap bukan main tinggi, sombongnya bukan main. Tidak ingin terlibat dengan sosial masyarakat, hanya tahu mengaut untung.

Adab yang budiman datang dari diri itu sendiri.


PKR Bab Hudud Main Tarik Tali.

Main tarik tali ya, walaupun melibatkan agama Islam. Dulu PKR, Rafizi mendesak agar Anwar dihakimi menggunakan hukum Islam yakni Qazaf (cabang daripada Hudud) tapi sekarang tidak lagi malah menafikan hudud, sebab hudud tidak lagi menguntungkan politik PKR khasnya Anwar. Himmm

Lain cerita kalau uturn yang diputuskan akhirnya berpihak pada hudud seperti mana UMNO, mulanya tidak menyokong atas beberapa sebab yang juga di persetujui oleh pemimpin PAS tapi akhirnya bersetuju agar hudud dilaksanakan.

Ekoran itu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Guchil Mohd Roslan Puteh, turut dalam perhatian pentadbiran pusat PKR sebab hadir di sidang negeri yang membentangkan enakmen hudud sekaligus menyokong perlaksanaan hudud di negeri berkenaan. Individu ini sedang disiasat dan akan berhadapan dengan tindakan tatatertib pentadbiran PKR. Himmm, keras sangat keras.

Sangat PKR menolak perlaksanaan hudud. Tiada beza dengan DAP.

Tapi penyokong PR tetap membutakan mata dan hati, sebagai alasan tetap mereka merujuk pada kenyataan terdahulu pemimpin UMNO yang menafikan perlaksanaan hudud oleh Dr M dan PM Najib Razak tapi itu dulu lagi pun ia berserta alasan yang jelas.

Sekarang pentadbiran UMNO, khasnya pemimpin UMNO di negeri Kelantan menyokong penuh perlaksanaan hudud. Kenapa ini tidak diambil kira.?

Mari pakat pakat fikir, parti mana di Malaysia ini yang mendaulatkan agama Islam pada masa yang sama menjaga kepentingan agama selain Islam.?

UMNO sekali lagi menyokong penuh perlaksanaan hudud khasnya di negeri Kelantan apa yang penting ialah tahap perlaksanaannya biarlah lebih perkasa, kajian lebih detail perlu dibuat. Supaya Islam ini tidak dilihat kejam atau tidak adil. Memandangkan sehingga kini Presiden PAS berpendapat, hudud belum boleh dilaksanakan atas faktor kemiskinan dan pengangguran.


Friday, March 20, 2015

Empat Pendatang Tanpa Izin (PTI) Mati Lemas.

Mati lemas dari bersembunyi

Benar tu, hari ini ada operasi besar besaran oleh Esscom bagi menangkap pendatang tanpa izin (PTI) yang berada di sekitar bandar Lahad Datu.

Kerana terlalu takut ada PTI  yang bersembunyi di bawah air laut yang berlumpur menyebabkan empat dari mereka mati kerana lemas.

Pastinya mangsa berkeinginan tinggi untuk tinggal di Malaysia kerana mungkin faktor keharmonian memudahkan mereka mencari kelebihan atau kerana mereka mempunyai ahli keluarga yang telah menjadi warganegara Malaysia. Pokoknya mereka sanggup mati asal jangan dihantar pulang ke negara asal. Agak tragis

Sebelum ini pernah saya mendapat masej dari mereka PTI, mereka sanggup direkrut sebagai benteng hadapan di dalam memerangi pengganas/penceroboh. Sangat bersemangat menjadi warganegara Malaysia dalam masa yang sama dapat membersihkan nama bangsa mereka dari terus terpalit sebagai bangsa yang sering dikaitkan dengan kejahatan.

Benar tu kejahatan milik individu bukannya kaum bangsa.

Kalau PTI yang diburu berkenaan dari kalangan mereka yang budiman, maka rugilah kita dari memiliki modal insan yang boleh merangsang ekonomi setempat. Sebaliknya sangat menguntungkan kalau mereka terdiri dari individu yang jahat, yang pastinya perosak kepada masyarakat tempatan.

Dalam hal ini tidak ada pihak yang boleh disalahkan. Tapi banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Di antaranya :-

Pada mereka masyarakat jiran yang ingin menjadi warganegara Malaysia ikutlah peraturan yang telah di tetapkan. Pastikan juga berurusan dengan orang yang benar di dalam mendapatkan keterangan diri yang sah.

Kita tahu, ada banyak sindiket haram yang menjual keterangan diri dengan sengaja mengenakan bayaran yang sangat mahal.

Ada pula, kuota dokumen yang sepatutnya milik mereka yang telah lama menetap di Malaysia dijual pula pada orang lain walaupun individu berkenaan baru sehari di Malaysia hanya kerana menerima bayaran yang lebih mahal. Maka itulah ada kalanya seseorang yang telah lama di menetap di Malaysia tapi masih belum memegang keterangan diri yang sah. Hak mereka menjadi milik orang.

Hanya Allah yang tahu, pembalasan itu bukan macam pedasnya lada, di makan terus terasa. Lama tu baru berbalas. Ingatan pada kakitangan agensi yang terpalit tapi tidak bertanggungjawab. No money no talk, himmm


Mas Kahwin Anak PM Najib Hanyalah RM5 Ribu Bukannya USD500 Ribu.

Sebelum ini kan, kita dihidangkan satu propaganda oleh kumpulan penyokong pembangkang pasal pernikahan anak Dato Sri Najib Razak kononnya tercatat anak beliau  menerima mas kahwin sebanyak USD500 ribu.

Peliknya telah ia menjadi isu atau masalah kepada politik pembangkang. Pelik bukan.? Cuba bayangkan kalau hantaran yang begitu banyak di terima oleh ahli keluarga mereka, pasti mereka seronok. Betul tidak.?

Walaubagaimanapun tuduhan yang tidak berasas berkenaan telah terbukti fitnah apa bila satu rakaman pernikahan anak beliau Nooryana Najwa dimana PM Najib Razak sebagai wali  tersebar di ruang maya.

Dalam rakaman itu, pengantin lelaki, Daniyar melafazkan sejumlah  RM5 ribu sebagai mas kahwin dan bukannya USD500 ribu.

Dalam politik pembangkang, hantaran pun boleh bertukar kepada isu politik. Himmm

Terlalu lah bercelarunya pemahaman mereka.

Klik tonton video dibawa sebagai bukit kebenaran :-

 Bukti berapa sebenar hantaran anak PM Najib Razak  




Ini dokumen yang dimanipulasi oleh jentera politik pembangkang. Tercatat konon sejumlah USD500 ribu sebagai wang hantaran. Walhal fitnah semata-mata.

Atau mungkin  yang dimaksudkan ialah wang hantaran, ah kalau itu, nilai USD500 ribu adalah normal, jangan persoalkan. Tak kan pula menantu PM tu sepertinya kita. Himmm


Usaha Menjatuhkan KPN, Pembangkang.

Gambar separa hiasan.

Satu kempen oleh pembangkang bagi memecat Ketua Polis Negara akan diadakan pada tarikh tertentu di Dataran Merdeka bermula jam 4pm.

Sebenarnya kan pihak pembangkang telah menyalah guna kepercayaan penyokong. Sokongan yang diberikan disalah guna untuk menggugat agensi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat dan mereka itu sendiri. Sangat bersikap tidak bersyukur.

Pihak pembangkang lupa pihak polis atau KPN hanyalah membuat siasatan pada ketua atau penganjur perhimpunan Kitalawan. Begitu juga dengan ucapan Nurul Izzah yang menghina sistem kehakiman negara mereka disiasat tidak seperti sebelum ini terus didakwa dibawah akta ISA.

Kawan kawan di dalam politik ada norma positif yang perlu dipatuhi walaupun tidak sepenuhnya, yang dipanggil peraturan. Jangan lari dari landasan ini. Ada banyak cara untuk menang di dalam sistem demokrasi.

Masih lagi tidak berpuashati.? Himmm


Thursday, March 19, 2015

Lebih Baik Kelantan Keluar Dari Malaysia, DAP

Chan Foon Hin

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Chan Foong Hin yang juga Naib Pengerusi DAP Sabah memberikan amaran kepada Speaker Parlimen, berkenaan tindakan membenarkan pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan) oleh Ahli Parlimen PAS di Parlimen.

Disebabkan Federal melindungi sistem keadilan jenayah di bawah Perkara 76A yang membenarkan hudud dibentangkan telah menafikan kuasa 57 ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, andai ahli Parlimen dari dua negeri ini tidak menentangnya. Himmm

Menambah sepatutnya Kelantan tidak ada hak sebab sebelum ini Kelantan adalah negeri yang menghalang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 tapi dilindungi bila hudud cuba dilaksanakan. Sedangkan perlembagaan terbentuk selepas Malaysia terbentuk.

Chan menyuarakan pendapatnya melalui surat terbuka kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Jadi dia menyarankan daripada Sabah dan Sarawak yang keluar dari Malaysia lebih baik Kelantan.

Agak lucu......


Kenaikan Tambang Bas Awam.

Draft ini kita buat di awal pagi sambil pekena sebatang rokok. :-)

Hari ini kenaikan harga tambang hampir semua jenis pengangkutan akan diumumkan, termasuklah tambang Monorail. Sekarang tambang Monorail dari Bukit Bintang ke Chow Kit ialah RM1.60

Di Sabah harga tambang teksi kebanyakannya sedia mahal tidak dikawal. Pemandu yang menentukannya. Tidak terkecuali pemandu di bandar utama sepertinya Kuala Lumpur.

Jadi kita tunggu berita lanjut yang bakal diumumkan oleh SPAD.

Nah sebentar tadi tambang teksi dan sewaktu dengannya telah diumumkan, rasanya telah naik.

Tindakan yang bijak dari konteks perlaksanaan GST, supaya tidaklah nampak sangat yang GST akan membebankan masyarakat. Kenaikan tambang perkhidmatan pengangkutan adalah disebabkan oleh faktor kos penyelenggaraan yang meningkat dari masa ke semasa.

Kenaikan kadar tambang yang di tetapkan oleh SPAD ialah seperti berikut. RM25 sen setiap 200m, berbanding kadar 10 sen setiap 115 meter sebelum ini. Manakala kadar RM3 yang dikenakan sebagai buka pintu teksi dikekalkan.

Kadar tambang bas ekspres pula akan meningkat 22.6 peratus, dari 9.3 sen sekilometer kepada 11.4 sen sekilometer.

Pengusaha perkhidmatan pengangkutan juga sejenis rakyat yang berhak mendapat keuntungan hasil daripada pembangunan negara.?
Peliknya betul kata seorang ahli Group Whatapps, tapi kenapa tarikhnya bersamaan dengan tarikh GST dilaksanakan, bukan kah ia akan menambah beban masyarakat.?


Ketua Kerajaan North Borneo@Sultan North Borneo

Uinna boleh kah begini, melantik diri sendiri sebagai Ketua Kerajaan Sabah @ Sultan North Borneo.

Dipercayai kejadian ini berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selepas ini ambil tindakan secara berhemah. Berikan nasihat agar jangan terus bermimpi di siang hari, nanti diri sendiri yang rugi. Himmm

Boleh saja individu ini terkesan hasil pergolakan politik yang dibangkitkan oleh kumpulan penuntut SSKM menuntut Sabah keluar dari Malaysia. Dia mungkin ingat, akan berlaku huru hara jadi sebelum berlaku baik angkat bakul sendiri supaya dengan itu tidak sudah susah mencari Sultan bagi menggantikan Ketua Menteri Sabah. Himmm

Ini pendapat peribadi ya, jangan malah gembar gemburkan cerita ini hingga membabitkan suku bangsa tertentu nanti boleh tu bertukar kepada perbalahan kaum. Jadi tangani dengan baik. Siapa tahu sengaja mencari gara gara.


Individu Yang Sengaja Memperlekeh GST Telah Dicekup

Individu yang bertanggungjawab sengaja memperlekeh perlaksanaan GST dengan mengubah nilai ringgit seratus (100) kepada 94 untuk ditukar kepada keuntungan pembangkang telah berjaya di berkas. Seperti mana di bawah :-

Pernah admin kata, kita boleh memiliki kebodohan tapi jangan beritahu orang. Nah

SALAM YDH DATO SRI

UTK MAKLUMAN

SATU REPOT BERKAITAN DUIT RM 100/= YANG TELAH DIUBAHSUAI KEPADA RM 94/= TELAH DIBUAT OLEH PEG BERTUGAS IPD JERANTUT. REPOT SEBAGAIMANA JERANTUT : 2449/15

KES DISIASAT DIBAWAH SEK 233 AKTA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA DAN SEK 500 KK (FITNAH)

SABJEK

SUHALIM B HUSIN
750416065063
ALAMAT:  NO 161 FELDA SG TEKAM UTARA JERANTUT

PEMERIKSAAN TERHADAP RUMAH NO 131 LORONG 6, TAMAN PEDAH PERMAI JERANTUT.

TELAH BERJAYA MENANGKAP SABJEK DAN TELAH MERAMPAS 1 HANDPHONE SAMSUNG GALAXY Y WARNA HITAM

SABJEK MENGAKU ADA MENGHANTAR MESEJ BERGAMBAR TERSEBUT KE DALAM GROUP WHATAPPS (HIDUP RAKYAT) . GAMBAR TERSEBUT DIPEROLEHI DARIPADA GROUP WHATAPPS (GENG KUAT ATOR REPORT)

SABJEK JUGA MENGAKU MENGGUNAKAN NAMA POLIS JERANTUT DAN GAMBAR POLIS TRAFIK PADA PROFILE WHATAPPS. 

SABJEK KINI TELAH DITAHAN

SEKIAN UTK MAKLUMAN YDH DATO SRI


Kadir Jasin Baik Buat Diam Pasal PM

Kadir Jasin

Membaca beberapa kenyataan dari Kadir Jasin, bekas ketua editor New Strait Times. Apa yang beliau katakan bukannya isu politik tapi lebih kepada peribadi supaya PM Najib Razak secepatnya berundur.

Mengangkat 1MDB dan perlaksanaan GST sekaligus mengaitkannya dengan Dr M dan Ku Li, sebelum ini TPM pasal dana 1MDB adalah sandaran kekuatan penulisannya. Supaya lebih diyakini.

Tadi tidak mengapa itu juga hak beliau sebagai masyarakat politik.

Kalau benar PM Najib Razak gagal mentadbir Malaysia ekoran timbulnya beberapa isu yang melibatkan beliau, maka perlu hadir seorang individu pemimpin yang selayaknya tampil bagi mempersoal kepimpinan Najib.

Selepas itu barulah mana mana jentera atau masyarakat politik pro BN boleh memulakan langkah. Selagi individu yang di kehendak yang terdiri dari TPM dan Naib Naib Presiden tidak bersuara itu bererti PM Najib Razak masih relevan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jadinya mana mana pihak sebaiknya berhenti saja dari terus mempersoal Najib Razak dan kaitannya dengan kelangsungan BN.

Kalau mahu tahu, kehangatan kerusi Presiden parti sebagai Perdana Menteri Malaysia. Nah tunggu saja tibanya di Pemilihan UMNO yang akan datang. Ada bakal banyak percaturan yang akan memeningkan. Itupun kalau ada.

Buat masa ini mari pakat pakat menyokong kepimpinan Najib Razak. Siapa tahu akan membuahkan hasil sekaligus akan menguntungkan masyarakat secara keseluruhannya. Yang selama ini terpinggir akan terbela, sebelum ini orang yang belum jadi manusia akan terbina.


Wednesday, March 18, 2015

PAS Pengamal Politik Wang.?

Dakwah mereka, jentera PAS  menggunakan wang ringgit untuk meraih undi. Sejumlah wang dimasukkan di dalam sampul berserta dengan contoh kertas undi sebagai ingatan. Sebagai persediaan sebelum tarikh membuang undi di PRK Chempaka yang dijadualkan pada 22hb Mach 2015

Kita tidak nafikan pendekatan seperti ini juga digunakan oleh semua parti politik, tinggal lagi yang menjadi halangan ialah mampu atau tidak satu satu calon atau parti. Kita jangan hipokrit, Tuhan nampak apa yang kita buat. Kita akui semua itu. Sebab kita percaya disebaliknya ada hikmah bagi mereka yang memerlukan.

Isu, tapi kenapa selama ini sering kita mendengar terutamanya dari penyokong PR memburuk burukkan parti BN sebagai pengamal politik wang. Apa lagi mereka terdiri dari penyokong politik PAS

Sedang kalau dinilai secara halus, mahu tidak mahu masyarakat itu sendiri yang memaksa parti politik agar menggunakan wang supaya mereka memihak.

Ertinya wang dan politik tidak boleh dipisahkan dan selepas ini jangan lagi ada pihak terutamanya dari pembangkang yang memutar belit kononnya BN menang kerana wang.

Mohon pencerahan.?


Anwar, Bilik Penjara Yang Selesa Dan Tukang Masak Peribadi.

Apa benar inilah bilik penjara Sungai Buloh yang dihuni oleh Anwar Ibrahim.

Lain itu, kita juga mendengar khabar yang Anwar mempunyai tukang masak peribadi.

Kalau sekiranya benar, sangat tidak masuk akal sebab tidak adil pada semua banduan. Tujuan pesalah disumbat di bilik penjara yang tidak selesa adalah untuk menginsafkan mereka agar tidak balik membuat kejahatan.

Sejujurnya kalau apa yang didakwa seperti mana gambar adalah benar. Itu tidak ada masalah, tapi biarlah banduan lain juga mengecapinya.

Berbalik pada pokok persoalan, apa benar itulah bilik Anwar dan mempunyai tukang masa peribadi.

Mohon pencerahan.?

Ini juga kita boleh anggap sebagai penghinaan terhadap sistem kehakiman. Hukuman olok-olok.


Gesa DAP, MCA, Gerakan dan PKR Buat Memorandum Menolak Hudud

Gerakan memfailkan saman terhadap PAS Kelantan

Hari ini yang nampak hero menghalang perlaksanaan hudud ialah Gerakan dan MCA.

Parti Gerakan melalui jentera pusat, memfailkan kes keatas kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan, agar PAS sebagai pentadbir menarik balik atau jangan laksanakan hudud di negeri berkenaan.

Oleh itulah pada jentera UMNO buat satu gesaan agar semuanya rugi hasil dari polemik hudud. Gesa agar DAP, MCA, Gerakan dan PKR membuat kenyataan berupa memorandum rasmi yang mereka menolak perlaksanaan hudud di negeri Kelantan. Dengan demikian masyarakat akan jelas bukan hanya kompenan BN yang menafikan tapi juga mereka DAP dan PKR.

DAP dan PKR menolak sekeras kerasnya perlaksanaan hudud, walaupun sebelum ini mereka mendapat undi dari penyokong PAS.

PAS ni kan hanya tahu mencetuskan kontroversi tapi yang mengutip keuntungan ialah DAP. Gerakan dan MCA macam hero tapi manjang jadi ekor, rugi pula tu. Himmm

Masyarakat yang beragama Islam tidak mengira idealogi politik, harus jelas akan pergolakan ini.


Tuesday, March 17, 2015

Saifuddin Abdullah Dan Nurul Izzah Dua Dua Sandiwara



Lain yang buat hal lain yang membidas. Ekoran penangkapan Nurul Izzah oleh pihak Polis. Mengikut Saifuddin Abdullah, penangkapan Nurul Izzah telah melanggar imuniti seorang ahli parlimen. Selayaknya Nurul Izzah hanya boleh di bahasakan oleh Tuan Speaker. Lebih kurang begitulah apa yang Saifuddin mahukan.

Benar kata seorang ahli Group Whatapps, Saifuddin hanyalah cuba untuk mencari kerelevanan politik mengikut pergolakan politik semasa. Atas alasan apa, kita pun tidak jelas. Sandiwara untuk mendapatkan perhatian dari pemimpin yang berwajib. He

Tujuan sebenar Nurul Izzah membuat tuduhan kesat terhadap sistem kehakiman negara baru baru ini di sidang Parlimen adalah untuk mendapatkan perhatian pihak berkuasa dan yang paling penting masyarakat. Keterlibatan pihak polis selepas itu adalah agenda tersirat di sebalik apa yang berlaku di dalam sidang.

Terbukti benar, dia ditahan reman satu malam. Nah cuba lihat reaksi masyarakat selama tempoh penangkapan, ada ramai yang menyimpan kasih. Di tambah gambar saat penangkapan oleh Wan Azizah yang sengaja di viralkan. Itu semua adalah strategi politik selepas ketiadaan Anwar.

Selepas beberapa perhimpunan Kitalawan ia tidak mendapat sambutan dari masyarakat. Oleh itu harus masyarakat ini dihidangkan dengan kejadian yang berupa penganiayaan berbentuk real berlaku di depan mata.

Kamu orang ingat Nurul Izzah tidak tahu apa apa kah, pasal peraturan di sidang Parlimen. Di mana ahli parlimen tidak boleh mempersoal sistem kehakiman negara.?

Sidang parlimen adalah tempat, dimana ahli parlimen menyuarakan kehendak masyarakat secara keseluruhannya bukan untuk keuntungan orang perseorangan. Lihat Datuk Ghafur Salleh sedikit berbicara pasal 20 perkara, ada dia ditangkap di bawah akta hasutan.? Tidak ada bukan, sebab Ghafur telah mematuhi peraturan sidang walaupun serba sedikit apa yang dia angkat menjejaskan perhatian masyarakat terhadap BN.


Monday, March 16, 2015

Pembelian Jet Peribadi A320 Adalah Langkah Penjimatan Wang Rakyat



Nah setelah dikenal pasti. Pembelian Jet Peribadi PM Najib Razak, A320 bukannya pembaziran seperti yang didakwa oleh pembangkang, Rafizi Ramli, seperti mana sidang media di lobi Parlimen.

Tapi berupa penjimatan jangka panjang, sebab kerajaan sedar dana yang digunakan adalah sebenarnya wang rakyat. Dibawah entri yang saya copy paste dari group Whatapps :-

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian  pesawat Kerajaan ACJ 319.  Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.

Pembelian Satu Pembaziran?

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP.  Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.

Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion.  Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?

Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini.  Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini.

-Jgn Ikut Spining Puak2 Pakatan Yg Hanya Berikan Presepsi Dan Cam Biasa Kita Pun Terikut Awal2-


Sunday, March 15, 2015

Pesawat Jupiter Milik Indonesia Terhempas.

Pasukan pesawat Jupiter dari Indonesia terhempas ketika menjalani latihan aerobatik sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) di sini, sebentar tadi.

Dipercayai pesawat berkenaan telah berlanggar sesama mereka sebelum menjunam ke kawasan perkampungan yang berdekatan dimana latihan diadakan. Dipercayai ada orang kampung yang tercedera juga telah menyebabkan satu rumah terbakar.

Kejadian itu melibatkan dua pesawat Jupiter. Tiada jiwa terkorban ketika kejadian.


Saturday, March 14, 2015

14 Anggota Keselamatan Indonesia Menceroboh Sempadan Malaysia

Tamparan hebat buat Presiden Indonesia, Jokowi sebelum ini tegas dengan pendiriannya mana mana pihak yang menceroboh sempadan laut negara itu, maka bot mereka akan diletupkan.

Nah hari ini dilaporkan, 14 anggota keselamatan Indonesia menceroboh masuk sempadan Malaysia. Dipercayai anggota keselamatan yang lengkap bersenjata.

Kejadian berlaku di Pulau Sebatik, Tawau. Tujuan kedatangan anggota keselamatan jiran berkenaan adalah untuk menjejak seorang penjenayah dari Indonesia yang terlepas dari kawalan. Penjenayah yang di jejaki berada dalam tahanan polis Malaysia, sebab itulah mereka disana.

Walaubagaimanapun mereka ditahan oleh pihak keselamatan Malaysia sebab tidak mematuhi syarat malah sebelum mereka tiba, mereka gagal memaklumkan kehadiran mereka pada pihak Polis/kerajaan Malaysia.

Walaubagaimanapun kita percaya, Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi perkara ini akan dapat diselesaikan dengan penuh hikmah.

Kesimpulannya kalau masyarakat tempatan menghormati kehadiran masyarakat dari negara jiran, maka hormati pula masyarakat tempatan.

(Pun begitu kita percaya siasatan lebih lanjut perlu dilakukan sebab ia telah melibatkan penggunaan senjata apa)


Friday, March 13, 2015

Cabar Rafizi Buat Laporan Polis Khusus Terhadap Jho Low

Rafizi ni terlalu ramai yang dia mahu tumbangkan. Terdahulu PM sekarang TPM.

Nampak sangat gelojoh, tembak satu satulah. Kamu orang tahukah kalau memang beliau bijaksana tidak dia mempersoal sangat pemimpin UMNO yang masih memiliki ramai penyokong, walau apa pun yang terjadi.

Tapi itu Taek Jhi Low yang Rafizi wajar pusing ketat ketat. Menurut perkhabaran di satu portal, Jhi Low menafikan sekeras kerasnya yang dia bukannya mastermind atau berkepentingan peribadi keatas kewangan 1MDB. Dan dia sanggup tampil jika disarankan berbuat demikian. Demi memuaskan hati semua pihak.

Dia berpendapat, sekarang ini dia seolah olah di heret kelapangan politik oleh pembangkang. (ia betullah sebab yang kecoh mendedahkan 1MDB ialah pembangkang)

Ertinya ada orang lain yang terlibat di dalam mengatur gerakan sama ada dari luar atau dalam 1MDB.

Jadinya beri tekanan kepada Jhi Low supaya tersembur siapa saja individu terbabit. Bukannnya menggigit sampai putus pemimpin pemerintah yang masih memiliki sokongan. Himmm

Kita cabar Rafizi agar membuat laporan polis khusus terhadap Jhi Low sebagai mastermind kepada konflik yang dihadapi oleh 1MDB.? Tujuannya supaya berlaku "perang" antara Jho Low dan Rafizi.

Sebelum ini ada khabar yang kita dengar yang Rafizi akan membuat laporan polis, sedang menurut perkhabaran Jho Low hanya diletakkan sebagai orang tengah, bukan suspek utama.

Low Taek Jho atau Jho Low adalah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital, berumur
33, menafikan semua tuduhan penyelewangan duit dan penipuan terhadapnya.


Thursday, March 12, 2015

Usul Keputusan Lima Hakim Liwat, Tidak Dipersetujui

Bilangan kerusi pembangkang di Parlimen ada sebanyak 86 kerusi/orang tapi yang hanya bersetuju dengan usul agar keputusan lima hakim yang telah mensabitkan Anwar diperdebatkan di dalam parlimen hanyalah seramai 70 orang. Ada lagi 16 ahli parlimen pembangkang yang menolak usul.

Jumlah keseluruhan kerusi parlimen Malaysia ialah sejumlah 222 kerusi/orang. Maknanya ada seramai 152 ahli parlimen yang tidak menyokong, termasuklah 16 dari pembangkang.

Apa dia punya moral tu, nah mereka yang ketagih turut serta di perhimpunan haram dinasihatkan agar berhenti atau menarik diri. Tidak adapun yang memerhatikannya, sedang pemimpin pembangkang sendiri tidak menyukainya. Di dalam diam mereka mengakui ketelusan sistem kehakiman negara. Itu yang kita dengar semacam tidak berpuashati tu, bukannya apa. Mereka hanya mahu dikenali sebagai pembangkang, biar kedengaran peduli dengan kononnya nasib masyarakat. Sekaligus menukar keputusan mahkamah menjadi keuntungan politik walaupun mereka sendiri menyedarinya. Himmm

Walaubagaimanapun, kalau memang sudi hadir dengan rela hati, ya dipersilakan itu hak di dalam demokrasi. Tinggal lagi hadir lah di perhimpunan yang telah mendapat kebenaran dari pihak Polis. Supaya diri sendiri tidak susah, sudahlah syok sendiri.


Melayu Mundur Kerana Melayu

Dr Shukri Abdullah
( Pakar Motivasi Malaysia )
Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP

Memang senang tuduh MCA atau MIC

Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?

Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.

Di dewan - konsert, di padang - konsert,

Di staudium - konset, di TV - konsert.

Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !

Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.

Dalam sektor swasta mereka kuasai.

Sukar anak Melayu nak naik pangkat.

Dunia perniagaan mereka control.

Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.

Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.

Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.

Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.

Hingga kini bukan saja remaja Melayu

Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan

Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !

Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.

Pun bergencok.
Pun berlenggang.
Pun lupa diri.

Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.

Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.

Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,

Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India ?

Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?

Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita

Dengan muhasabah kesilapan kita

Dengan ikhlas dengan kekurangan kita

Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.

Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam ...

Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.

Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"

Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.

Mari berjaya.

Come to success.

Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"

Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.

Mari bersolat, mari berjaya.

Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh CIna dan India.

KIta tambah dengan Kadazan dan Iban

KIta Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.

Itu salah kita selama ini.

Usah beralasan lagi.

Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.

Bukan emosi tak tentu hala !


Copy Paste dari group Whatapps.

Sekali lagi mari bergerak bersama sama jangan terlalu pentingkan diri. Harta yang kita miliki di dalamnya ada hak orang lain.

Harta yang berkat mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya kalau tidak, boleh membinasakan.

Ayoh semua setiap diri dari masyarakat berdirilah sebagai masyarakat sivil, mari terlibat secara langsung di dalam membenteras apa pun kegiatan yang tidak sihat yang di hadapi oleh masyarakat, terutamanya di dalam hal pengedaran dadah. Jangan hanya bertindak bila sudah terkena batang hidung sendiri, barulah kononnya macam Harimau yang garang, pada ketika itu siapa nanti yang peduli.?


Bayaran Shafee Abdullah Sebagai Peguam Saiful Ialah RM1 Sahaja.

Telah di dedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebenar jumlah bayaran yang diterima oleh Peguam Shafee Abdullah di dalam mengendalikan kes liwat 2. Hanyalah berjumlah RM1000 (satu ribu sahaja).

Sebelum ini tidak didedahkan tapi selepas menerima desakan dari beberapa pihak dan mendapat persetujuan daripada Tuan Shafee Abdullah sendiri barulah ia di dedahkan kepada pengetahuan umum. Nampak tak.?

Walaubagaimanapun masih ada  dikalangan penyokong pembangkang yang pura pura buta tidak jelas tetap melihat hanya pada pihak lawan. Senang cerita, membelakangkan akal.

Sedangkan kalau sebelum ini ada isu yang memalitkan mereka, mereka cepat cepat merujuk pada sejarah lampau yang pernah di lakukan oleh BN. Supaya ia kelihatan biasa di dalam politik. Himmm.

Tapi kenapa pada kali ini mereka tidak merujuk pada perkara yang pernah memalitkan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor sebagai pertimbangkan akal. Anwar hanya menerima gaji sebanyak RM1 (satu ringgit sahaja) sebagai penasihat ekonomi tapi selepas itu menuntut bayaran elaun sehingga RM15 juta.

Tiada seorang pun dari kalangan penyokong pembangkang yang tidak percaya. Logik kah hanya mendapat gaji RM1 sebulan. Akalnya letak dimana.?

Kesimpulannya kalau kita membuat perbandingan antara dua senario diatas jelas bayaran yang diterima oleh Peguam Shafee Abdullah yang lebih logik.

Apa lagi kalau kita rujuk kenyataan Shafie sebelum ini, berdirinya beliau sebagai peguam Saiful adalah atas dasar kemanusiaan. Jadi wajarlah beliau menerima bayaran sebanyak itu, RM seribu sahaja.


Tuesday, March 10, 2015

Melayu PR Manjang Jadi Kambing Hitam



Selepas ini kan ganti pula orang lain sebagai penganjur demonstrasi seperti mana perhimpunan #Kitalawan dll.

Sepertinya daripada DAP kah. Ini manjang Melayu PR yang jadi kambing hitam.

Nik Azmi berada dalam tahanan reman Polis bagi memberikan keterangan yang lebih lanjut. Selepas menganjurkan perhimpunan haram di hadapan bangunan Sogo. Tanpa kebenaran pihak Polis.

Jangan fokus pada pakaian dan kaki yang tidak berkasut atau muka yang kelaparan sebab sengaja tidak makan tapi fokus pada kesalahan yang Nik Azmi telah lakukan, melanggar peraturan. Yang salah tetap salah, jadikan ia satu pengajaran di masa hadapan.

Isunya ada dimana pemimpin DAP  berbangsa Cina, kenapa tidak diheret sama. Lain kali libatkan mereka sebagai penganjur utama demonstrasi jalanan. Kalau benar DAP memperjuangkan nasib Anwar. Mereka mahukah.? Alahai



Rafizi Istihar Harta Yang Berjuta. Adeh

Wah Rafizi minta pengiktirafan dari masyarakat dengan mengisytiharkan hartanya. Tapi bukan sedikit, sangat banyak mencecah juta. Pada masa yang sama mencabar PM Najib Razak untuk membuat perkara yang sama. Skema gitu  :)

Belum pun sampai sepenggal Rafizi menjadi Yb sudah memiliki harta yang  begitu banyak hampir mencecah 1.6 juta. Logik kah.?

Jangan beralasan itu semua hasil upahnya ketika berkerja di Petronas ya. Sebab semua juga orang boleh cakap. Siapa yang tahu.?

Nah begitu juga dengan kekayaan yang dimiliki oleh PM Najib Razak, datang dari harta orang tuanya yakni harta warisan. Jadi tidak timbul banyak atau  sikit harta yang dimiliki oleh PM Najib Razak. Orang dulu dulu juga pandai berniaga, memiliki ladang serta pandai melabur di luar negara.

Kita tidak faham untuk apa Rafizi mencabar PM Najib Razak. Himmm

Mungkin Rafizi beranggapan asal pemimpin UMNO maka dia tidak pandai berniaga atau melabur di luar negara. Ada ramai pemimpin pemimpin UMNO yang memiliki ladang atau pelaburan di luar negara. Sebab itulah mereka kaya raya. Bagaimana pula dengan Rafizi, apa perniagaan yang dia ceburi.?

Pada admin lah tidak salah kalau pun PM Najib Razak menyahut cabaran Rafizi. Tapi untuk apa.?


Memakai Baju Hitam Dan Membotakkan Kepala Kerja Adalah Sia Sia

Semakin tidak masuk akal, sebelum ini para pemimpin pembangkang memakai serba hitam di sidang Parlimen dan yang terbaru sengaja membotakkan kepala dengan harapan Anwar akan di bebaskan.

Benar kerja kurang cerdik diatas tidak berlaku saja saja mesti ada yang tidak kena.

Tapi begitu juga dengan hukuman yang telah dijatuhkan keatas Anwar, ia telah melalui proses kehakiman berdasarkan bukti hujah malah hukuman yang dikenakan ada termaktub di dalam perlembagaan.

Selepas keputusan diketahui, siapa yang sepatutnya akur. Mahkamah kah atau mereka yang semata-mata tidak berpuashati tanpa alasan yang jelas.?

Contohi negara Indonesia. Presiden Jokowi berkeras akan mempertahankan keputusan sistem kehakiman di negara berkenaan yang telah menjatuhkan hukuman mati terhadap dua warganegara Australia sebab sabit mengedarkan dadah. Tapi mendapat bantahan dari pentadbiran Australia.

Ingin saya maklumkan. Bukan hanya sabit kerana berlaku di Indonesia semata-mata tapi dadah yang dijadikan bahan bukti di bawah ke Australia dari Indonesia. Ertinya sepatutnya pemerintah Australia tidak mempersoal hukuman mati sebab andai dadah berkenaan terlepas sudah tentu  akan merosakkan ramai penduduk Australia.

Maksudnya keputusan mahkamah adalah benar demi kebaikan umum. Tidak mengira siapa dia. Jangan persoalkan apa lagi kes telah melalui proses yang jelas.


Kenapa Pembangkang Tidak Menyalahkan Obama.?

Tidak pula politik pembangkang menyalahkan pentadbiran Obama sebab tidak demokrasi. Kerana membuang link web bagi tujuan mendapatkan petisyen untuk membebaskan Anwar.

Tatkala petisyen berkenaan mendapat perhatian dari masyarakat antarabangsa hingga mencecah ribuan, pentadbiran Obama mengambil keputusan untuk membuangnya sebab tidak memenuhi syarat yang mereka telah tetapkan.

Tidak memenuhi syarat hanyalah alasan Amerika sebagai Polis Dunia. Niat yang tersirat ialah mereka Amerika juga wajib menghormati kedaulatan atau sistem kehakiman satu satu negara, apa lagi seperti Malaysia dan kes Anwar yang telus dan telah pun melalui proses perundangan yang standard. Tidak ada sebab ia dinafikan. Bukan macam penyokong pembangkang, tuli tapi melawan. Alahai

Untuk makluman ada beberapa buah negeri di negara Amerika yang menghukum pesalah liwat jika di dapati bersalah. Maksudnya liwat juga di haramkan di Amerika.


Najib Razak Turut Di siasat Berhubung 1MDB

Ekoran persoalan atau laporan oleh beberapa individu terhadap urus tadbir 1MDB. Hingga memaksa PM Najib memfailkan saman terhadap portal Harakah, sebab mengaitkan 1MDB dengan keuntungan peribadi.

Maka PM Najib Razak akan turut di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Itu menurut kenyataan terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Untuk itu pasukan khas akan ditubuhkan.

Ini yang masyarakat mahu kan, transparent. Nah pemerintah akan melakukannya.

Sebelum ini pernah admin katakan daripada pembangkang yang mendapat untung hasil kerja politik mereka sebagai pembangkang, kenapa tidak berbuat sesuatu yakni benda yang sama supaya untungnya balik kepada BN.

Kita masyarakat harus memberikan pujian. Pada masa yang sama terutamanya penyokong pembangkang agar bersedia pula di dalam menyikapi  tindakan yang mungkin akan dikenakan terhadap mana mana pemimpin pembangkang, jika mereka disiasat sekaligus di dapati bersalah ya. Jangan terlalu membelakangkan akal, tidak ada yang mahsum khasnya dari konteks politik tidak terkecuali pemimpin pemimpin pembangkang.


Monday, March 9, 2015

Kedudukan PM Najib Razak Masih Kukuh

Ada PM Najib Razak membuat perjumpaan tertutup bersama Ketua Ketua Bahagian bagi memberikan penjelasan pasal 1MDB.

Selain memberikan kefahaman mengenai 1MDB, tujuan perjumpaan berkenaan adalah untuk menunjukkan kepada pembangkang yang PM Najib Razak masih memiliki kekuatan politik yang disokong oleh pemimpin UMNO yang ada di seluruh negara.

Ketua Bahagian adalah pemimpin yang dilantik oleh masyarakat. Juga mereka adalah pemimpin rasmi yang mendapat kemenangan besar di PRU yang lepas.

Jadi kalau mahu melihat kedudukan PM Najib Razak sama ada tergugat atau tidak, rujuk dulu pergolakan politik di Bahagian Bahagian UMNO, kalau banyak dari Bahagian yang bergolak itu petanda kedudukan PM Najib agak rapuh tapi kalau sebaliknya nah elok saja politik pembangkang duduk diam. Tunggu saja PRU yang akan datang. Tidak usahlah susah susah bagi menyarankan agar PM berundur.

Propaganda 1MDB belum mampu menggugat kedudukan PM Najib Razak.

Apa yang perlu dilakukan oleh PM Najib Razak selepas ini ialah rangka strategi baharu untuk bagaimana  mendapatkan keuntungan selepas pelaburan yang dipersoalkan. Usah peduli momokkan pembangkang.


DAP Licik Memerangkap BN Sabah



DAP mengusulkan agar dibentuk satu jawatankuasa pilihan di DUN Sabah, bagi mengumpul pendapat masyarakat Sabah mengenai dapatan mereka di dalam Malaysia sejak 52 tahun yang lalu.

Lim Kit Siang menggariskan tiga dasar pembentukan jawatankuasa pilihan DUN, ia meliputi kebebasan beragama, hak tanah adat dan adat istiadat bumiputera Sabah.

DAP juga mengusulkan agar nanti Datuk Salleh Said dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa.

DAP memang bijak mencari ruang politik. Memandangkan sebelum ini Datuk Salleh Said dan Datuk Joseph Pairin Kitingan ada menyuarakan supaya  Sabah diberikan pilihan memerintah  secara sendiri yakni separa autonomi.

Maka itulah mahu tidak mahu terpaksa pentadbiran negeri Sabah menerima usul berkenaan sebab kalau tidak nanti saja Datuk Salleh Said dan Datuk Joseph Pairin Kitingan dinilai sebagai pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.

Jangan main main, sokongan terbuka  pemimpin BN Sabah agar  perjanjian 20 perkara dikaji semula tapi akhirnya tidak berjaya hanya akan merosakkan kredibiliti BN, sebagai parti pilihan masyarakat Sabah.


Sunday, March 8, 2015

Pendapat Yang Tidak Rasional Dari Naib Presiden PAS Pasal Anwar

Memang beliau pemimpin pembangkang, tapi ada banyak kenyataannya yang tidak rasional. Individu yang kita maksud ialah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS.

Seperti contoh kenyataannya pasal permohonan ampun Anwar kepada Agong. Beliau berpendapat itu tidak bermakna Anwar mengakui kesalahan liwatnya atau ada melakukan liwat. Sebab katanya Nabi Muhammad sendiri memohon keampunan daripada Allah walhal Nabi adalah insan yang mahsum bebas dari dosa kecil dan besar.

Rasional kah menyamakan Nabi junjungan dengan Anwar.

Sepatutnya beliau tidak membuat perbandingan sedemikian rupa, terlalu jauh bezanya. Lain lah kalau Anwar bukan seorang pemimpin politik yang boleh menentukan dasar.

Kenapa tidak saja menasihatkan Anwar agar reda mengakui kesalahannya sekaligus  bertaubat kepada Allah. Mengikut perlakuan Nabi junjungan.?

Kontradiksi seperti ini boleh membawa kekeliruan pada masyarakat. Menyebabkan masyarakat tidak mengambil kira kriteria yang perlu ada pada seorang individu sebelum dia diangkat sebagai pemimpin.


Najib Razak, Kenyataannya Keatas Fitnah Harakah

Saya sedar akan pelbagai tohmahan yang dilemparkan mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sesungguhnya apa yang ditulis di dalam artikel HarakahDaily bertajuk ‘Dana 1MDB Biaya Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)’ yang diterbitkan pada 19 Februari adalah fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan, langsung tidak bersandarkan fakta dan tanpa apa-apa bukti kukuh.

Sebagai warga negara Malaysia, saya berhak untuk mempertahankan diri saya dan keluarga saya daripada fitnah jahat ini menggunakan sistem undang-undang negara. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang menuntut HarakahDaily menarik balik artikel tersebut.

Ingin saya tegaskan di sini, 1MDB adalah sebuah syarikat pembangunan strategik, dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa menggunakan atau menyeleweng dana awam untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.

Sebagai Perdana Menteri, saya sedia menerima kritikan membina. Tetapi apabila fitnah liar yang sama-sekali tidak berasas dilemparkan kepada keluarga saya, saya tidak akan berdiam diri atau bertolak-ansur.

Sumber.


Juga Tidak Bersetuju Dengan Joseph Pairin Kitingan, Ekoran Salleh Said



Datuk Salleh Said melalui blognya  ingin mengurangkan cengkaman Federal terhadap pentadbiran negeri. Senang cerita meminta Sabah diperintah sendiri, walaupun tidak sepenuhnya. Adeh

Kenyataan atau kehendak pentadbiran negeri Sabah melalui Salleh Said berkenaan telah mendapat reaksi positif daripada Joseph Pairin Kitingan. Beliau bersetuju agar wujud pentadbiran separa autonomi. Dengan itu kata mereka sebarang keputusan tertentu boleh diputuskan dengan kadar yang segera, tanpa campurtangan Federal. Seperti mana kuasa yang ada pada Ketua Pengarah Pendidikan negeri Sabah, boleh meluluskan sehingga nilai 5 juta. Himmm

Sekali lagi kita tidak bersetuju. Sebenarnya apa yang dihadapi oleh masyarakat Sabah tidak disebabkan oleh pentadbiran Federal yang dianggap sebagai penghalang  tapi disebabkan oleh sikap sebahagian pemimpin dan pegawai pegawai kerja yang ada di dalam pentadbiran negeri. Satu satu perkara telah diputuskan terlebih dahulu tanpa melalui proses yang betul. Ertinya kehadiran masyarakat yang ingin terlibat hanyalah sarat bagi mengaburi proses yang kononnya telus.

Di andaikan dua pemimpin ini tidak percaya dengan kenyataan admin. Sebaiknya mereka bertanya pada komuniti atau masyarakat yang ada di sekeliling mereka. Pasti masyarakat akan menjawab "semua himpitan ini kerana kalian pemimpin yang sengaja tidak mencampurinya supaya mendapat pertimbangan. Yang  hanya kalian tahu ialah mempolitikkan kesetiaan  untuk kepentingan diri. Hasilnya kehidupan kami sebagai masyarakat Sabah kekal macam orang yang belum merdeka"

Secara tidak langsung, kemiskinan sebagai senjata politik nampaknya sengaja di relevankan demi survival politik. Betul tidak, jadi jangan salahkan Federal. Masyarakat ini sudah terlalu bijak untk dikelirukan.

Masyarakat tahu, pemimpin negeri yang lemah sistem pula yang dipersalahkan, yakni Federal.

Dibawah ini juga saya berikan contoh kelemahan tadbir yang akhirnya melemahkan BN. Ada sekumpulan individu yang dulunya berusaha gigih menjatuhkan BN tapi pula mendapat banyak keistimewaan hasil dari pentadbiran negeri, selepas PRU di tentukan. Berbanding penyokong totok BN atau saja masyarakat Sabah secara keseluruhannya, hanya mampu merasa kebodohan mereka. Alahai

Peluang berekonomi hanya dibolot oleh kumpulan kecil yang berpengaruh terutamanya mereka yang rapat dengan pentadbiran negeri. Sebab itulah walaupun sistem tadbir, kita nampak "telus"tapi tidak mendatangkan kebaikan atau tidak dirasa oleh masyarakat itu sendiri. Hanya saki baki yang sampai kepada masyarakat ramai, adapun induknya tetap milik mereka sebagai kroni negeri.

Manjang kroni yang untung, walhal orang lain juga punya nafsu duniawi sama seperti mereka. Tidak usahlah terlalu memusing.

Jangan pula lupa catatan sejarah ya, kenapa Sabah tidak mempunyai Sultan selepas era kesultanan Sulu. Ia adalah takdir yang telah ditentukan supaya masyarakat tidak berbunuhan hanya ingin berada di atas melebihi kaum kaum yang lain. Tapi ada pula ura ura mahu Sabah diperintah sendiri, separa autonomi.? Alahai

Apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana pentadbiran negeri menyikapi kehendak masyarakat Sabah. Terbuka, mendengar kritikan selepas itu berusaha untuk membetulkannya. Jangan dengan  sengaja mengalihkan perhatian masyarakat Sabah kepada Federal yang tidak pun berkaitan.

Perlu pihak yang berkenaan tahu, pertambahan kerusi Pembangkang di negeri Sabah bukan kerana tuntutan autonomi tapi perhatian dari pentadbiran negeri yang tidak memenuhi kehendak rakyat. Sedang hakikatnya pentadbiran negeri boleh melakukannya.

Ditegaskan sekali lagi, buat masa ini kita tidak menyokong pentadbiran separa autonomi yang di cadangkan  di dokong oleh Salleh Said dan Joseph Pairin Kitingan. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah berikan kekuatan  kepada pemimpin pemimpin Sabah yang berstatus Menteri sepertinya Dato Sri Shafie Apdal  sebagai pemimpin dari Sabah yang terlibat dengan pentadbiran Federal, supaya dengan itu Sabah mendapat perhatian yang lebih berbanding sekarang.

Klik link dibawah yang merujuk kenyataan Salleh Said sebelum ini.

 Menolak Cadangan Salleh Said  


Ayoh Bersikap Profesional Terhadap Semua Lapisan Masyarakat

Mengikut statistik berdasarkan bangsa mengikut parti, negeri negeri di pantai barat Semenanjung berada dalam genggaman DAP, hampir 75%.

Tapi gerak kerja jentera politik UMNO terutamanya orang muda tetap berdiri seperti orang kenamaan. Kawan, kalau juga  jawatan yang di sandang bukannya berstatus Menteri tidak usahlah berprotokal seperti orang yang berjawatan. Bergaul saja dengan pelbagai lapisan masyarakat, sebab hanya masyarakat bawahan itu yang mampu menyelamatkan UMNO/BN. Tapi jangan hanya bergaul semata-mata, menempiaskan air liur. Atau menghunus keris tidak tentu pasal. Harus ada gerak kerja yang jelas yang boleh merubah sosioekonomi mereka, tukar mereka menjadi "manusia".

Jangan selamanya bergantung pada polisi pentadbiran Federal di dalam mengekalkan kekuatan UMNO dan jawatan yang di sandang itu sendiri. Nanti orang ingat kalian dari spesis dua alam. Kurang itu tidak malu menabik dada. Alahai

Masyarakat sedar tu yang mana kewajipan sebagai pemerintah dan yang mana kewajipan sebagai pemimpin/jentera. Bukan kah pelik, jentera yang tidak seberapa tapi pula terlibat di dalam menentukan dasar masyarakat. Himmm

Ayoh, bersikap profesional terhadap semua lapisan masyarakat.!!!


Sunday, March 1, 2015

Azmin Ali Berpolitik Auta, Kononnya Membela Cina

Ini namanya politik auta. Mengambil kesempatan daripada perjuangan UMNO yang cuba memartabatkan bangsa Melayu pada masa yang sama menghormati tinggi kaum kaum lain, dalam hal ini kita merujuknya sebagai kaum Cina.

Beginilah politik pembangkang berlangsung. UMNO memperjuangkan Islam di tentang, memperjuangkan Melayu di tentang, memperjuangkan 1Malaysia yang merangkumi semua aspek bangsa dan agama juga di tentang. Jelek ini pembangkang kan. Adeh.