PETALING JAYA: Pengunjung di Plaza Low Yat kecoh selepas berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja salah sebuah premis di kompleks berkenaan.
Selain merakam gambar, mereka yang menyaksikan aksi bergasak turut memuat naik beberapa visual yang kemudian dikongsi di laman sosial, termasuk Siakap Keli.
Sementara itu, Harian Metro Online melaporakan tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam Sabtu.
Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.
Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Dalam rakaman yang dimuat naik, ia menunjukkan beberapa lelaki menerpa masuk di sebuah kedai, bertikam lidah dan kemudian disusuli pergaduhan.
Sumber FMT.
Sebenarnya kan, kumpulan belia remaja yang mengamuk berkenaan telah dituduh mencuri, bukannya mencuri.
Malah kalau merujuk pada satu sumber, mereka telah di tipu dengan diberikan telefon bimbit jenama OPPO tiruan.
KPDNKK tidak akan berani bertindak tegas keatas pemilik premis di bangunan Low Yat khasnya keatas premis yang terbabit.
Jangan kan di Low Yat, sedang runcit di pasar ikan pun tidak agensi ini berani bertindak sekaligus menyelesaikan persoalan.
Kalau pun ada, hanya lebih kepada lagak semata mata lepas itu senyap. Saya berani katalah. Ini agensi ahh agak mengarut. Iklan saja yang lebih.
Atau paling tidak akan keluar saranan, agar masyarakat sendiri yang bertindak atas kebijaksanaan mereka. Himmm
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih...Atas Komen Saudara/i.